Lensa AAC Rasmi

Lensa AAC Rasmi 🔶️ Suara Rakyat yang tidak dibayar satu sen...
🔶 Segala Komen-Komen adalah tanggungjawab sendiri

Dimiliki Oleh :
Ashraf Zainal Global Resources

23/08/2026

🇲🇾 MALAYSIA MAMPU TERAJUI PELANCONGAN ISLAM SEPANJANG TAHUN

Malaysia berpotensi besar untuk terus muncul sebagai destinasi utama pelancongan Islam dunia, bukan hanya ketika Ramadan, Aidilfitri atau Aidiladha.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, konsep pelancongan Islam perlu diperluaskan melebihi makanan halal dan lawatan ke masjid semata-mata.

Menurut beliau, pelancong Muslim masa kini mahukan pengalaman yang lebih menyeluruh, termasuk aktiviti, hospitaliti dan produk pelancongan yang selari dengan nilai Islam sepanjang tahun.

Antara pendekatan baharu yang diketengahkan ialah pakej pelancongan kapal persiaran berunsurkan nilai Islam, selain usaha menarik lebih ramai pelancong Asia Barat yang kini semakin memilih rantau Asia Tenggara.

Malaysia perlu terus memperkukuh ekosistem pelancongan agar kekal kompetitif dan menjadi pilihan utama pelancong Muslim antarabangsa.
📍 Kuala Lumpur
📅 23 Ogos 2026

https://aatvnews.com/?p=18258

23/08/2026

🚨 “RUGI RM9 BILION TAK BOLEH DITOLERANSI!”

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya audit forensik menyeluruh dilaksanakan terhadap FELDA susulan kerugian atau kehilangan yang mencecah RM9 bilion.

Beliau menegaskan, siasatan tidak seharusnya terhenti setakat audit pengurusan biasa, sebaliknya perlu meneliti kemungkinan berlakunya salah guna kuasa, pecah amanah atau ketirisan tatakelola.

Menurut Zahid, tindakan tegas penting bagi membela nasib lebih 225,000 peneroka FELDA serta komuniti generasi pertama hingga kelima yang dianggarkan mencecah 1.8 juta orang.

Sekiranya terdapat bukti kukuh, pihak yang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan. Namun, beliau turut mengingatkan agar proses keadilan dilakukan secara adil tanpa unsur penganiayaan, kezaliman atau niat untuk memalukan mana-mana individu.

📌 “Audit forensik perlu dilakukan secara menyeluruh, bukan sekadar audit pengurusan biasa.”

https://aatvnews.com/?p=18254

23/08/2026

🔥 “JANGAN MASUK LUBUK KELI TAK BOLEH HIDUP” – ZAHID BERI KIASAN PEDAS ISU KERJASAMA POLITIK MELAKA

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa hala tuju serta bentuk kerjasama politik Barisan Nasional (BN) di Melaka akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi UMNO dan BN di peringkat pusat.

Menurut beliau, cadangan awal akan dikemukakan oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sebelum melalui penelitian dan penilaian lanjut.

Mengulas sentimen akar umbi terhadap kemungkinan kerjasama dengan parti lain, Zahid menegaskan bahawa kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.

Beliau turut menggunakan kiasan yang cukup tajam:
“Jangan masuk ke lubuk di mana keli tidak boleh hidup atau ikan sepat tinggal tulang.”

Dalam perkembangan lain, Zahid turut mengesahkan BN menerima jemputan menghadiri Muktamar Tahunan PAS dan akan menghantar wakil rasmi.

Persoalannya, apakah bentuk kerjasama politik yang bakal dipilih BN menjelang percaturan politik di Melaka?

https://aatvnews.com/?p=18249

18/08/2026

Majlis Apresiasi Atlet & Kontinjen Sukan Komanwel Glasgow 2026 anjuran Majlis Datuk Persekutuan Malaysia

31/07/2026

KERAJAAN WAJIB MENJELASKAN ISU MyKAD, INPReS DAN KESELAMATAN DATA RAKYAT

Hari ini telah tular satu dokumen bertarikh 13 Julai 2026 yang menyatakan wujud perbincangan mengenai pembatalan kontrak MyKad sedia ada dan pembatalan tender Sistem Pendaftaran Penduduk Bersepadu Nasional atau INPReS.

Isu ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana dokumen bertanda “Strictly Confidential” ini turut memaparkan penglibatan beberapa pemimpin tertinggi kerajaan, individu korporat, syarikat swasta dan penyedia teknologi asing. Nama Dato’ Sri Farhash turut disebut secara khusus sebagai antara pihak yang didakwa berada di belakang cadangan penyusunan berkenaan.

Tambahan p**a, Farhash sebelum ini telah dikaitkan dengan kontrak pembekalan MyKad, MyTentera dan MyPOCA bernilai RM732.72 juta melalui Datasonic Technologies Sdn. Bhd. bagi tempoh enam tahun, bermula 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2032.

Meskipun Kerajaan sebelum ini turut memberi jaminan bahawa pangkalan data dan maklumat sensitif MyKad kekal menjadi milik mutlak kerajaan serta ditempatkan di pusat data kerajaan. Tetapi penularan dokumen ini sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai penguasaan syarikat swasta terhadap infrastruktur identiti serta pengesahan rakyat Malaysia.

Ini bukan isu MyKAD dan INPReS semata-mata, tetapi isu melibatkan identiti, kewarganegaraan, keselamatan, subsidi, perkhidmatan kerajaan dan urusan harian jutaan rakyat Malaysia. Sebarang perubahan terhadap perkara ini mesti melalui proses yang telus, mempunyai kawalan keselamatan yang ketat dan bebas daripada kepentingan politik atau komersial.

Oleh itu, rakyat Malaysia berhak bertanya:

• Apakah peranan sebenar Farhash dalam cadangan tersebut?
• Adakah beliau bertindak atas kapasiti peribadi, korporat atau mempunyai hubungan dengan mana-mana pihak dalam kerajaan?
• Mengapakah projek strategik yang melibatkan identiti seluruh rakyat mahu dipindahkan kepada susunan baharu, dan
• Siapakah yang akhirnya akan mengawal pelaksanaannya?

Pada masa yang sama, timbul satu lagi persoalan: Adakah wujud agenda tersembunyi untuk menyusun semula infrastruktur identiti dan pengesahan digital rakyat Malaysia bagi memperkenalkan pengundian elektronik atau e-voting menjelang PRU-16?

Justeru, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menuntut Kerajaan memberikan penjelasan rasmi mengenai kesahihan dokumen tersebut, kewujudan mesyuarat yang didakwa, kedudukan kontrak MyKad dan tender INPReS serta jaminan bahawa data peribadi rakyat tidak akan dikawal atau dieksploitasi oleh mana-mana kepentingan tertentu.

28/07/2026

🔵 PRN NEGERI SEMBILAN: BN KEKAL ‘UNDERDOG’, JENTERA DIINGATKAN JANGAN TERLALU YAKIN

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan seluruh jentera BN supaya terus bekerja dengan rendah diri dan tidak bersikap overconfident sepanjang baki tempoh kempen PRN Negeri Sembilan.

Menurut beliau, pegangan sebagai underdog penting agar setiap kump**an pengundi terus disantuni tanpa mengira latar belakang atau saiz kelompok.

Ahmad Zahid turut menyifatkan kadar keluar mengundi awal yang melebihi 88 peratus sebagai petanda positif, namun menegaskan fokus utama BN ketika ini ialah melepasi garis kemenangan terlebih dahulu sebelum membincangkan calon Menteri Besar.

BN juga mengulangi komitmen manifesto untuk mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun serta memperkasa latihan TVET bagi melahirkan tenaga kerja muda berkemahiran tinggi dan bergaji premium.

“Kita memang underdog. Kita bekerja dengan penuh rendah diri dan merayu kepada rakyat Negeri Sembilan agar memberikan peluang semula kepada kami.”

https://aizatashrafchannel.com/archives/4829

27/07/2026

Uncle Wong : Malam ni jadi ke?

Mat : Jadi ler

Uncle Wong : Aku kena buat apa?

Mat : Tak payah buat apa. Orang ambil gambau senyum je.

Uncle Wong : Tak buat apa? Jalan-jalan ?

Mat : A'ah. Jalan-jalan je.
_______________________

Jumpa Uncle Wong malam nanti

Tarikh : 27 Julai 2026

Masa : 8.30 malam

Lokasi : Bilik Gerakan Teriang, Jelebu

https://maps.app.goo.gl/GxzzhZ1jw2xC39NT6?g_st=ac

Zahid Hamidi
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Ab Rauf Yusoh

27/07/2026

JANGAN LUPA PDRM! APA YANG PH BUAT SETELAH MEREKA MENANG 2018 DAHULU!

Address

Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lensa AAC Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lensa AAC Rasmi:

Shortcuts

Share