Koleksi Ceramah Ustaz Malaysia

Koleksi Ceramah Ustaz Malaysia *Credit to all video Owner*
Perkongsian koleksi klip video ceramah ustaz-ustaz malaysia
"sampaikan dariku walau sepotong ayat"

26/03/2025
Jom sama-sama kita amalkan 🤲
26/02/2025

Jom sama-sama kita amalkan 🤲

24/02/2025

Boleh buat sebelum Ramadan Ini. Aamiin 🤲🏻

24/02/2025

Salam Ramadhan 🤲

Boleh SimpanDi sini min sertakan 4 gambar untuk rujukan kalian.- Niat puasa Sebulan- Niat puasa Ramadan- Doa berbuka pua...
23/02/2025

Boleh Simpan
Di sini min sertakan 4 gambar untuk rujukan kalian.

- Niat puasa Sebulan
- Niat puasa Ramadan
- Doa berbuka puasa
- Niat solat sunat tarawih
Salam Ramadan Al Mubarak. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan keinsafan.. ❤️

18/02/2025

Mohon penjelasan daripada PDRM 😮‍💨

Pada 10/10/2024 pukul 5.46pm kediaman kami di datangi 4 anggota polis yg tidak dikenali. Dan mereka meminta kami membuka pintu. Dan apabila kami meminta waran untuk geledah mereka tidak dapat memberinya lalu kami pon tutup pintu kerana ingin melihat tindakan yg di ambil oleh anggota tersebut.

Ternyata tindakannya yang diambil amatlah tidak mengikut sop sebagai angota Polis yg telah di tetapkan di dalam undang-undang POLIS DI RAJA MALAYSIA. Dan telah memecahkan cctv milik peribadi milik kami Dan mengambil Memory Card Cctv didalam rumah sebagai tiada bukti untuk kami ambil tindakkan terhadap pasukan tersebut.

Sekian ulasan dari kami atas ketidak puas hati kami terhadap tindakan tersebut Dan Meminta Wang Pemerasan Sebanyak Rm12000.00 Cash. Sekian terima kasih.

Seorang Anggota Bernama Azlin Bin Slemat Telah Meminta Wang Kepada Saya Untuk Selesaikan, Saya Membuat Pinjaman Kepada Rakan Untuk Bayar Kepada Dia Kerana Ada Salah Seorang Dari Kami Mempunyai Anak Kecil.

Laporan Pemeriksaan Mereka Tidak Buat Di IPD. Dan Saya Dapat Tahu Azlin Bin Slemat Juga Pengguna Ketum Dan Diletakkan Di Dalam Keretanya Number Plate Pendaftaran QM6471M Toyota Veloz, Dan Kerap Menjaga Port Dan Sarang Air Ketum Dan Memasang Seorang Pekerja Indonesia Untuk Menolak Flavour Sejenis Cecair Menghayalkan.

Di samping itu Dia Kerap Kali Membuat Pemerasan Terhadap Orang Lain Dan Menggunakan Account Bank SOS dia sebagai Pelindung Dan Dia Ada Juga Call Adik Ipar Saya Untuk Berurusan Bayaran Bulanan Kepada Dia. Kediaman Kami Ada Cctv Diluar Mereka Pecahkan Cctv Atas Dasar Bukti Dilupuskan. Laporan Saya Dia Sering Kali Salah Guna Kuasa Sebagai BSJND Di IPD Petaling Jaya.

Tujuan Saya Membuat Ni Saya Teraniaya Kerana Dia Membuat Semua Ni Dan Letak Keatas Nama Saya Seolah Saya Yang Memberi Maklumat Kepada Anggota Untuk Operasi Di Sekitar Kuasan Yang Dia Jaga. Saya Sebagai Orang Awam Saya Tidak Ada Sama Sekali Memberi Maklumat Kepada Anggota BSJND Di Ipd PJ. Kerana dia nak tutup Nama Dia.

Dia Khianat Saya Memberi Tahu Kepada Orang Saya Yang Salur Maklumat Sedangkan Dia Yang Menjaga Dan Memgambil Wang Setiap Bulan. Dan Dia Menjaga Port Jualan Air Ketum Dan Melepak Disitu Meminum Air Bersama Si Penjual.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA!

Persoalan Saya Kenapa Perlu Pecahkan Cctv Kalau Datang Dengan Niat Yang Betul. Dan megambil Memory Card Kediaman Kami.

Sumber : Edisi Siasat

Patut ke tak🤔🤔Tak lama lagi bulan puasa. Jadi tadika buat waktu operasi baru. Lambat ambik, cas RM1 seminit. via IkhaFar...
07/02/2025

Patut ke tak🤔🤔
Tak lama lagi bulan puasa. Jadi tadika buat waktu operasi baru. Lambat ambik, cas RM1 seminit.

via IkhaFarhah

Hukumnya berdosa.. tabahlah bang.. tupperware mmg rare sekarang 🤣
07/02/2025

Hukumnya berdosa.. tabahlah bang.. tupperware mmg rare sekarang 🤣

Seorang kanak-kanak selalu kelihatan tidur di lorong sahaja. Seorang insan baik hati, Kak Nooraini perasan anak ini.Keli...
07/02/2025

Seorang kanak-kanak selalu kelihatan tidur di lorong sahaja. Seorang insan baik hati, Kak Nooraini perasan anak ini.

Kelihatan lesu dan memegang perut tanda kelaparan. Maka diajak makan dan bertanya kisah hidupnya.

Sebelum beredar, anak ini minta untuk bungkus ,agaknya sebagai makanan waktu malam p**a.

Kak Nooraini tak lena tidur memikirkan anak ini. Siapa sebenarnya dia. Di mana dia tinggal. Kat mana dia tidur setiap malam. Apa dia sudah makan atau belum.

Maka malam tadi Kak Nooraini pm aku bercerita tentang anak ini. Tanpa buang masa, sebaik aku sampai kedai Awe jam 10:30 tadi aku kerah 'askar-askar' aku mengesan anak ini.

Askar-askar aku bukan kaleng-kaleng. Tak sampai 15 minit mereka mencari terus jumpa. Mereka pimpin tangan anak untuk untuk berjumpa aku.

"Jom ke kedai tu. Cikgu saya nak jumpa. Cikgu tu muka ganas, tapi dia baik."

Geram betul aku, ada dia kata muka suci aku ni ganas. Takut-takut anak ini nak datang tadi. Hahaha.

Sebaik dia duduk, aku suruh dia order makan. Mulanya dia kata dah kenyang. Dengan sopan menolak.

Namun aku pujuk suruh order juga. Akhirnya dia mengalah. Sebelum makan dia doa dulu. Bagus budaknya. Tu diaaa, kata dah kenyang. Sepinggan penuh kejap je habis. Allahu. Nampak sangat dia sebenarnya lapar.

Aku berborak dengan dia. Bertanya tentang latar belakang dan hidupnya. Ibunya meninggal dunia masa dia umur 8 tahun. Kemalangan jalan raya.

Setelah itu dia tinggal bersama ayah tiri. Dulu tinggal di Ulu Tiram, Johor. Umur 9 tahun datang ke Kuala Lumpur.

Sejam itu dia tidak pernah bersekolah. Aku bertanya tentang ic dan surat beranak. Terus dia buka wallet, keluarkan salinan ic dan surat beranak.

Punya aku seronok dapat tahu dia ada dokumen pengenalan diri. Dokumen ni sangat penting. Bolehlah dia bersekolah nanti.

"Awak tahu baca?"

Angguk.

"Cuba baca tulisan di baju cikgu."

Lancar dia baca. Bila aku suruh dia sebut masa dengan menunjukkan jam jarum aku, pun boleh dia sebut dengan tepat. Tambah tolak asas tu lancar je dia menjawab.

"Awak belajar kat mana?"

"Saya homeschooling je."

"Siapa ajar?"

"Saya belajar sendiri."

Tu dia. Homeschooling pun pandai sebut. English kau!

Budak ni ada potensi. Agak bijak budaknya. Ni kalau masuk sekolah boleh pergi jauh kalau kena gaya.

Aku siasat dengan askar-askar aku, budak ni bagus. Tak pernah mencuri, tidak merokok dan tidak melepak dengan budak-budak nakal.

Nantilah aku cuba usaha hubungi ayah tiri dia untuk urusan persekolahan. Tahun ni anak ini dah 13 tahun dah. Tahun depan sepatutnya dah masuk Tingkatan 2.

Katanya ayah tiri dia kerja jaga. Umur dah hampir 60 tahun. Tinggal berdua sahaja di sini.

Ayah tirinya tidak kisah dia balik atau tidak. Kadang-kadang 2-3 hari sekali baru dia balik rumah. 😓

Terabai budak ni. Terus aku pesan kat dia,

"Lapar je datang kedai ini. Order apa awak nak makan. Datang setiap hari pun tak apa. Nanti cikgu bayarkan semua. Faham tak?"

"Baik cikgu. Terima kasih."

Kedai Awe ni, Cina yang kurang siuman, auntie Indian yang selalu lalu lalang, beberapa keluarga asnaf, orang gila, OKU, semua aku suruh datang makan.

Datanglah untuk sepinggan nasi dan segelas air. Jangan risau. Selagi aku ada, selagi kedai Awe buka, selagi sokongan kalian pada aku ada, mereka ini takkan sesekali kelaparan.

Aku pernah melalui saat di mana duit langsung tidak ada dan hanya makan nasi sekali untuk 3 hari. Minum air paip, makan roti expired hanya untuk menghilangkan kelaparan suatu ketika dulu.

Aku tahu peritnya berlapar. Aku tahu betapa malu dan hinanya rasa diri bila tiada satu sen pun dalam kocek.

Dan aku takkan membiarkan sesiapa sahaja dalam pengetahuan dan radar aku untuk melalui saat sebegitu selagi aku mampu membantu.

Itu prinsip aku sejak dulu.

Aku tidak mampu nak bantu semua orang. Namun aku cuba sedaya upaya untuk membantu sesiapa sahaja disekeliling aku semampu aku.

Kredit :

Note : Alhamdulillah nasib adik ini,terbela dengan bantuan cikgu diatas dan NGO

Alhamdulillah, perceraian bukan pengakhiran. Bapa yang bertanggungjawab.Rezeki Subuh. Pagi tadi ayahnya 3 ketui bagi dui...
07/02/2025

Alhamdulillah, perceraian bukan pengakhiran. Bapa yang bertanggungjawab.

Rezeki Subuh. Pagi tadi ayahnya 3 ketui bagi duit untuk beli buku sekolah anak-anaknya.

Ceritanya, semalam dah buat kira-kira, lepastu whatsapplah kat bekas suami. Selalunya, buku sekolah kebangsaan, saya selesaikan. Yang selalu saya minta dia topapkan untuk sekolah agama. Sekolah agama, bayarannya tinggi sikit.

Tapi kalini, ayah 3 ketui bayarkan semuanya.

Alhamdulillah!
Semoga mengalir terus rezekinya sebab mengutamakan keperluan anak-anaknya. Aamiiin.

Sumber: threads azwa_ghazali

09/09/2024

Kisah misteri part 2

Address

Jalan Budiman Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koleksi Ceramah Ustaz Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share