01/10/2025
11 Mafia China dihukum mati
Yang korang selalu dengar berita rakyat kita kena scam kat Myanmar tu…
inilah dalangnya
11 orang ini sebenarnya ahli Keluarga Ming.
Hidup family ni macam raja
di Kokang dekat Myanmar.
Rumah besar. Kereta mewah. Pengawal bersenjata.
Tapi semuanya hasil duit haram.
Nilai kekayaan mereka? RM5.88 billion
Apa keluarga bangsat ini buat sejak 2015?
– Pusat judi haram
– Scam online
– Pemerdagangan manusia
– Edar dadah
– Pelacuran
Modus operandi licik, antaranya :
Iklan kerja gaji USD, kononnya di Singapura.
Bila orang percaya, tiba tiba kena naik flight ke Thailand…
kemudian diseludup masuk ke Myanmar ikut jalan darat.
Sampai sana…
Mangsa dikurung.
Dipaksa kerja 18 jam sehari untuk menipu orang lain.
Wanita muda jadi hamba seks sindiket
Mana yang cuba lari kena seksa, ada yang mati.
Kalau yang stay p**a jadi hamba.
10,000 orang dah jadi mangsa
Makan pun sampai diberi tikus, babi.
Tak kisahlah kau Islam atau tak. Semua sama.
Bertahun-tahun keluarga ni fikir dorang kebal.
Tak ada siapa berani usik.
Maklumlah… dah kautim dengan 'orang dalam'.
Tapi akhirnya…
Atas desakan China, mafia ini diburu kerajaan Myanmar & Thailand.
Lalu dibawa p**ang ke China.
Ketua keluarga sempat bunuh diri.
Yang lain semua diheret ke mahkamah.
Dan minggu ni…
11 ahli keluarga dihukum mati sekaligus oleh Mahkamah China.
Manakala 28 lagi family Ming yang lain kena penjara 5-24 tahun.
📌 Pengajaran?
Kaya dari jalan kotor mungkin nampak senang. Sooner or later… akan melingkup.
Kredit : Owner Asal