Hokita

Hokita Bersatu Untuk Hoki

instagram.com/hokitamy
x.com/HokitaMY
tiktok.com/
youtube.com/

Jom kita throwback peristiwa-peristiwa tahun ini. Banyak detik yang sangat bermakna dapat kita cipta. 🏑🔥Apa highlight ke...
31/12/2025

Jom kita throwback peristiwa-peristiwa tahun ini. Banyak detik yang sangat bermakna dapat kita cipta. 🏑🔥
Apa highlight kegemaran korang tahun ini guys? 👀

2️⃣hari sahaja lagi sebelum masuknya kita ke tahun baru. Jom kita tengok satu-satu pencapaian kita sepanjang tahun 2025 ...
30/12/2025

2️⃣hari sahaja lagi sebelum masuknya kita ke tahun baru. Jom kita tengok satu-satu pencapaian kita sepanjang tahun 2025 ini.

Apa pendapat korang guys? Yang pasti kita akan buat lebih baik tahun 2026 nanti.

Tahniah diucapkan buat pemain tengah  , Muhajir Rauf yang sempat mengakhiri zaman bujangnya sebelum masuk ke tahun baru!...
29/12/2025

Tahniah diucapkan buat pemain tengah , Muhajir Rauf yang sempat mengakhiri zaman bujangnya sebelum masuk ke tahun baru! 😆

New year, new Muhajir. 🫣❤️ Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat brother! 🤲🏼

Bersama Marhan Jalil, ketua pasukan   dan TNB, kita melangkah ke tahun baru sebagai satu pasukan, satu suara.Menang kita...
29/12/2025

Bersama Marhan Jalil, ketua pasukan dan TNB, kita melangkah ke tahun baru sebagai satu pasukan, satu suara.

Menang kita raikan, kalah kita bangkit bersama. Setuju dengan kapten? 😁

Pemain muda kelahiran Kuala Lumpur, Gagandeep Singh (18 tahun), yang beraksi di posisi tengah serta bahagian serangan, s...
28/12/2025

Pemain muda kelahiran Kuala Lumpur, Gagandeep Singh (18 tahun), yang beraksi di posisi tengah serta bahagian serangan, selangkah lebih dekat merealisasikan impian apabila terpilih dalam senarai 3️⃣0️⃣ pemain yang dipanggil menyertai latihan skuad hoki remaja kebangsaan yang dikendalikan jurulatih Nor Saiful Zaini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Anak kepada bekas pemain kebangsaan Aphthar Singh, Gagandeep bertekad meneruskan legasi keluarga selepas beraksi bersama KL City dan berjaya menjaringkan 3️⃣ gol di Piala Mirnawan 2025 yang lalu.

Kredit foto: NewStraitsTimes

27/12/2025

Ada yang rindu tempoh hari ke? Meh kami belanja sikit momen-momen dengan vibe stadium yang meriah dan penuh tenaga.

Antara bintang paling konsisten tahun ini, penjaga gol no.1   — Hafizuddin Othman. 🧤2️⃣ kali 'Man-of-the-Match' di penta...
27/12/2025

Antara bintang paling konsisten tahun ini, penjaga gol no.1 — Hafizuddin Othman. 🧤

2️⃣ kali 'Man-of-the-Match' di pentas antarabangsa, & dan hanya 7️⃣ bolos sepanjang kejohanan .

Perlukan penyelamat? Hafizuddin sentiasa bersedia. 😤🫡

AZRAI AIZAD & SYED SYAFIQDuo pemain TNB, Azrai Aizad dan Syed Syafiq, membuktikan semangat juang sebenar apabila bangkit...
26/12/2025

AZRAI AIZAD & SYED SYAFIQ

Duo pemain TNB, Azrai Aizad dan Syed Syafiq, membuktikan semangat juang sebenar apabila bangkit daripada kecederaan lutut yang dialami mereka.

Kemuncak kebangkitan mereka hadir di pentas , dengan Azrai Aizad muncul sebagai penjaring terbanyak menerusi 1️⃣5️⃣ gol, sementara Syed Syafiq mencetak 1️⃣2️⃣ gol, sekali gus membantu menjulang pingat emas 🥇 ke-18 Sukan SEA sejak penyertaan sulung pada tahun 1971.

AKHIMULLAH: MESIN GOL SERBA BOLEHAkhimullah mencatat nombor yang mengagumkan tahun ini di mana dia muncul sebagai penjar...
25/12/2025

AKHIMULLAH: MESIN GOL SERBA BOLEH

Akhimullah mencatat nombor yang mengagumkan tahun ini di mana dia muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 1️⃣2️⃣ jaringan! 💥

Lepas itu tapau p**a penjaring gol terbanyak bagi acara hoki 5s baru-baru ini dengan jumlah jaringan sebanyak 9️⃣ gol. Memang serba boleh betul lah penyerang kita ni. 😮‍💨

Selamat menyambut Hari Natal buat rakan-rakan sekalian! 🎄 Marilah kita berkongsi kasih sayang dan detik-detik manis bers...
24/12/2025

Selamat menyambut Hari Natal buat rakan-rakan sekalian! 🎄

Marilah kita berkongsi kasih sayang dan detik-detik manis bersama orang yang tersayang sebagai penutup tahun 2️⃣0️⃣2️⃣5️⃣ ini. Selamat bercuti guys! 🙌🏻

DEBUTANT | SUKAN SEA 2025AMANRAJ SINGHAmanraj Singh mencuri tumpuan apabila tampil membuat debut di pentas   baru-baru i...
24/12/2025

DEBUTANT | SUKAN SEA 2025

AMANRAJ SINGH

Amanraj Singh mencuri tumpuan apabila tampil membuat debut di pentas baru-baru ini. ⭐️

Pemain muda berusia 20 tahun ini menjadi watak penting dalam perlawanan penentuan pingat emas 🥇 menentang Thailand 🇹🇭 acara hoki padang, menjaringkan hat-trick sekaligus menutup kempen sulungnya dengan cemerlang. Tahniah Amanraj! 👏🏼

Seramai 🔟 pemain dari TNB memainkan peranan penting dalam kejayaan menjulang pingat emas dalam acara hoki padang🥇di   bu...
23/12/2025

Seramai 🔟 pemain dari TNB memainkan peranan penting dalam kejayaan menjulang pingat emas dalam acara hoki padang🥇di buat .

Sokongan berterusan dan pembangunan pemain yang diusahakan oleh TNB jelas menjadi antara faktor penting kejayaan skuad negara. Syabas atas kejayaan yang diukir di Bangkok!🇲🇾

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hokita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share