11/11/2025
UM perkasa MyResQ
Suasana sibuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bertukar cemas apabila seorang lelaki tiba-tiba rebah di balai ketibaan. Nafasnya terhenti, nadi tiada. Namun, di tengah kekalutan itu, seorang wanita muda tampil sebagai wira. Dengan tenang, beliau memulakan tekanan dada, sementara alat Automated External Defibrillator (AED) digunakan. Beberapa saat kemudian, denyutan nadi kembali β nyawa berjaya diselamatkan.
Kejadian dramatik pada April 2025 ini tular di media sosial, dengan ribuan netizen memuji keberanian dan tindakan pantas wanita tersebut. Namun tidak semua cerita berakhir sebegitu baik.
Pada Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 di Yogyakarta, suasana riang bertukar tragedi apabila pemain muda China, Zhang Zhijie, 17 tahun, rebah di gelanggang. Tiada bantuan CPR atau defibrilasi segera diberikan. Detik kritikal berlalu tanpa tindakan β dan nyawa Zhang tidak dapat diselamatkan.
Dua insiden berbeza, dua pengakhiran berlawanan. Namun mesejnya jelas, iaitu masa adalah musuh utama dalam usaha kita menyelamatkan nyawa.
#