Svara

Svara Perihal Budaya Kontemporari

Tentang tatu dan telinga panjang kaum Dayak dalam esei Kapuas Mahakam: Kisah Dua Sungai pada Zaman Anthropocene oleh Mic...
19/09/2026

Tentang tatu dan telinga panjang kaum Dayak dalam esei Kapuas Mahakam: Kisah Dua Sungai pada Zaman Anthropocene oleh Michael Eko.

Lebih lanjut dalam jurnal #18, Borneo: Mistis Timur Menenggara.

16/09/2026

Ucapan Tunku Abdul Rahman sekembalinya dari kota London selepas mengadakan perbincangan untuk membentuk negara baru, Malaysia. Ucapan beliau disaksikan sekitar 40,000 rakyat dalam hujan renyai.

Pembentukan Malaysia yang asalnya dirancang pada 1 Jun 1963 ditangguhkan ke 16 September pada tahun yang sama. Tarikh ini menandakan penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk persekutuan baru yang dinamakan Malaysia.

Singapura walaubagaimanapun memilih untuk keluar secara rasmi dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Selamat Hari Malaysia yang ke-63🇲🇾

Sumber klip: Youtube FINAS Malaysia

Suatu masa dahulu di sekitar tahun 1958 hingga 1977, judul-judul dari Sabah dan Sarawak giat diterbitkan di bawah Borneo...
16/08/2026

Suatu masa dahulu di sekitar tahun 1958 hingga 1977, judul-judul dari Sabah dan Sarawak giat diterbitkan di bawah Borneo Literature Bureau. Terbitan-terbitan tersebut memberi suara kepada rakyat biasa yang mengandungi cerita rakyat Borneo, adat dan mitos kepelbagaian kaum.

Benedict Samling menulis tentang sejarah penerbitan tersebut dan kemampuan serta keperluan Borneo Literature Bureau diusahakan kembali dalam isu #18, Borneo: Mistis Timur Menenggara.

Pautan untuk pembelian naskhah tersedia di ruangan bio.

Esok di Kuching.
31/07/2026

Esok di Kuching.

Tentang lagu Dayang Bintang, euforia Proust, pemerintahan Brooke dan mengapakah Sarawak masih kuat dibayangi kolonialism...
31/07/2026

Tentang lagu Dayang Bintang, euforia Proust, pemerintahan Brooke dan mengapakah Sarawak masih kuat dibayangi kolonialisma setelah berpuluh tahun merdeka? Dayang Nurhazieqa Hamzani menulis tentang itu dalam jurnal ke-18, Borneo: Mistis Timur Menenggara.

Dapatkan naskhah anda melalui pautan di bio.

Ruhaini Matdarin, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Penulis prolifik dari Kota Kinabalu ini aktif m...
11/07/2026

Ruhaini Matdarin, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan. Penulis prolifik dari Kota Kinabalu ini aktif menulis sejak tahun 2005 dan telah memenangi pelbagai hadiah sastera dan pencapaian di dalam dan luar negeri. Beberapa cerpen tulisan beliau diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Rusia.

Untuk isu #18 jurnal kami, Ruhaini menulis tentang Sumpahan Pemburu Kepala di Sungai Paitan. Dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku terpilih seperti di Tintabudi dan Riwayat, juga di atas talian melalui pautan di bio.

Salah satu pantun nasihat kaum Bidayuh yang tersiar dalam isu terkini jurnal Svara, BORNEO: Mistis Timur Menenggara. Bid...
01/07/2026

Salah satu pantun nasihat kaum Bidayuh yang tersiar dalam isu terkini jurnal Svara, BORNEO: Mistis Timur Menenggara.

Bidayuh bermaksud 'orang darat' atau 'orang tanah' dan kaum ini banyak terdapat di kawasan barat daya Sarawak seperti di Kuching, Serian, Bau dan Lundu.

Pecahan etnik kaum Bidayuh terbahagi kepada Jagoi/Singai, Biatah, Bukar/Sadong dan Selako/Lara. Pantun di atas merupakan dalam dialek Bidayuh Jagoi.

_____

Jurnal Svara boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih dan juga melalui atas talian. Klik pautan di bio untuk maklumat lanjut.

Address

Muzium Telekomunikasi Negara ,Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
50200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Svara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Svara:

Shortcuts

Share

Category