ViralTerkini

ViralTerkini Memperkenalkan ViralTerkini untuk rakyat Malaysia, Memaparkan berita terkini dan sensasi dari masa semasa Disamping membantu masyarakat memberi hebohan@viral

Menyampaikan berita terkini dan sensasi dalam dan luar negara.

11/01/2026

Ini macam kerja puak² ni

11/01/2026

2 unit flat di Selayang terbakar

10 Januari 2026, 11:53pm

Oleh: Noor Hidayah Tanzizi

SELAYANG: Penduduk flat Taman Wilayah Selayang panik apabila dua unit rumah di tingkat empat musnah dalam kebakaran.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.45 malam tadi.

Katanya, pasukan operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, dibantu BBP Gombak Selatan dan BBP Jalan Hang Tuah dengan kekuatan 25 orang anggota.

“Kebakaran membabitkan dua rumah di tingkat empat yang terbakar 100 peratus. Tindakan pemadaman menggunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran itu dapat dikawal pada jam 9.20 malam dan berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10.50 malam,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Tiada mangsa terbabit dalam kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut.

Artikel : Buletin Tv3

Gempar! 10 Lelaki Bersenjata Letupkan Stesen Minyak PTT Di Sungai Golok, Tiga Lokasi Musnah​SUNGAI GOLOK – Kawasan sempa...
11/01/2026

Gempar! 10 Lelaki Bersenjata Letupkan Stesen Minyak PTT Di Sungai Golok, Tiga Lokasi Musnah

​SUNGAI GOLOK – Kawasan sempadan Malaysia-Thailand dikejutkan dengan satu serangan nekad oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki bersenjata lengkap yang meletupkan sebuah stesen minyak PTT di Mukim Pa Samas, awal pagi tadi.

​Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, kumpulan penyerang yang berpakaian serba hitam dipercayai menceroboh masuk ke kawasan stesen minyak sebelum meletakkan bahan letupan di tiga lokasi strategik.

​Pegawai Daerah Sungai Golok merangkap Pengarah Pusat Operasi Daerah, Encik Supiyan Demaeleng berkata, sasarannya melibatkan sebuah lori yang diletakkan di dalam premis, kedai serbaneka 7-Eleven, serta barisan pam minyak di bahagian hadapan stesen.

​"Letupan kuat tersebut telah mencetuskan kebakaran marak yang memusnahkan sebahagian besar struktur kedai serbaneka, lori tersebut serta kemudahan pam minyak. Kerosakan harta benda dilaporkan amat serius," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Susulan kejadian itu, pasukan keselamatan daripada tiga agensi utama yang diketuai oleh Encik Supiyan bersama Komander Pasukan Petugas Marin Diraja Thailand dan Ketua Polis Sungai Golok telah mengepung kawasan tersebut bagi tujuan pemeriksaan dan kawalan keselamatan.

​Pihak berkuasa mengesahkan setakat ini tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Walau bagaimanapun, kehadiran kumpulan bersenjata ini disyaki bertujuan untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta menggugat kestabilan keselamatan di wilayah Narathiwat.

​Pasukan pemusnah bom (EOD) dan unit forensik kini sedang giat menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian bagi mengumpul bukti-bukti fizikal. Kawalan ketat di pintu masuk dan jalan-jalan utama sekitar Sungai Golok juga dipertingkatkan bagi mengesan suspek yang terlibat untuk dibawa ke muka pengadilan.

Artikel : infosemasaofficial

Mayat budak 4 tahun hilang dipukul ombak besar ditemui terdampar di pantaiZaid SalimJanuary 11, 2026 @ 7:58amKUALA NERUS...
11/01/2026

Mayat budak 4 tahun hilang dipukul ombak besar ditemui terdampar di pantai

Zaid Salim
January 11, 2026 @ 7:58am

KUALA NERUS: Pencarian Muhammad Zarif Mohd Hazahari, 4, berakhir apabila mayat kanak-kanak berkenaan ditemui jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mayat anak kelima daripada enam beradik itu ditemui terdampar di pantai oleh pasukan penyelamat dan penduduk kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

"Kanak-kanak mangsa lemas telah ditemui lebih kurang 6km dari tempat kejadian," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Jam 6 petang Jumaat lalu, Muhammad Zarif dihanyutkan ombak besar ketika berada di Pantai Sauh, Batu Rakit, di sini, bersama ibu saudara serta empat lagi kanak-kanak lain untuk bersiar-siar dan melihat ombak.

Selepas setengah jam di pantai, mangsa dikatakan ke gigi air untuk membasuh kaki tetapi tiba-tiba dia dipukul ombak besar sebelum hanyut dibawa arus.




Tayar treler tercabut dari ‘flyover’, hempap kereta di IOIOleh MOHD. FAHMI ISMAIL10 Januari 2026, 7:15 pmPETALING JAYA –...
10/01/2026

Tayar treler tercabut dari ‘flyover’, hempap kereta di IOI

Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
10 Januari 2026, 7:15 pm

PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, hari ini.

Menerusi perkongsian akaun Threads thebokoson, kejadian itu berlaku betul-betul di hadapan mata mereka, hanya selang dua buah kenderaan dari lokasi kejadian.

“Selang dua kete je depan kami. Kereta brader ni yang tak bernasib baik kena. Tayar treler dari atas flyover tertanggal dan jatuh, mantul-mantul atas kereta dia. Allah lindung dia dan kami,” katanya.

Sementara itu, kakak kepada mangsa, Anis Suraya, meluahkan rasa syukur apabila adiknya terselamat walaupun kenderaan yang dipandu mengalami kerosakan teruk.

“Kesiannya adikku, dia jaga kereta tu dari buruk. Alhamdulillah tak kena apa-apa dekat dia,” katanya.

Menurut Anis ketika dihubungi, adiknya telah membuat laporan di ibu pejabat Polis Daerah Sepang.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati serta mempersoalkan aspek keselamatan kenderaan berat di jalan raya, khususnya melibatkan treler dan lori. – KOSMO! ONLINE


Mayat dengan kesan tatu di pinggul ditemui terdampar di pantaiOleh Fazli AhmadJanuari 10, 2026 @ 7:12pmPEKAN: Mayat deng...
10/01/2026

Mayat dengan kesan tatu di pinggul ditemui terdampar di pantai

Oleh Fazli Ahmad
Januari 10, 2026 @ 7:12pm

PEKAN: Mayat dengan kesan tatu di pinggul ditemui terdampar berhampiran persisiran Pantai Lagenda, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mayat berkenaan dijumpai penduduk dan melaporkan penemuan itu pada jam 10 pagi.

Katanya, kawasan rangka itu ditemui terpencil dan jarang dikunjungi pengunjung.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri mangsa dijumpai di lokasi terbabit. Mayat itu sudah separa reput tetapi terdapat kesan tatu di pinggul dan mungkin menjadi petunjuk identiti si mati," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Zaidi berkata, polis sudah menyiasat di sekitar lokasi terbabit tetapi tiada sebarang unsur jenayah dikenalpasti.

Menurutnya, mayat itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

"Bagaimanapun hospital terbabit memaklumkan proses itu tidak dapat dilakukan kerana mayat itu sudah separa reput.

"Hospital Pekan akan merujuk pakar tulang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA)," katanya.

Mohd Zaidi berkata, berdasarkan keadaan mayat itu polis juga sukar untuk mengenalpasti jantina mangsa.

Selain itu katanya, berdasarkan semakan rekod Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan tidak menerima sebarang laporan orang hilang sejak seminggu lalu.

"Mayat itu kini disimpan sementara di Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel : Berita Harian

KEJADIAN LEMAS DI PANTAI KG TANJUNG PAHANG, ROMPINROMPIN, 10 JANUARI 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...
10/01/2026

KEJADIAN LEMAS DI PANTAI KG TANJUNG PAHANG, ROMPIN

ROMPIN, 10 JANUARI 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang telah menerima panggilan kecemasan berhubung satu kejadian lemas melibatkan seorang kanak-kanak di Pantai Kampung Tanjung Pahang, Rompin pada jam 5.44 petang.

Pasukan Keluaran Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin telah segera digerakkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima oleh bilik kawalan.

Mangsa telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibantu oleh petugas bilik kawalan JBPM yang memberikan panduan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) melalui panggilan video.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Gemok pada jam 6.45 petang. Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Keadaan cuaca semasa kejadian dilaporkan mendung, tidak hujan dan berangin.

JBPM Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di kawasan pantai.


Assalamualaikum w.b.tInnalillahiwainnailaihirojiun.Dukacita dimaklumkan bahawa Mr wong.vg di kenali di TikTok nama gelar...
10/01/2026

Assalamualaikum w.b.t

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Dukacita dimaklumkan bahawa Mr wong.vg di kenali di TikTok nama gelaranva
telah meninggal dunia pada 10hb Januari 2026 pada jam 7:33 malam
di Hospital Besar Kuala Lumpur disebabkan sakit jantung.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumah malam ini
Jenazah akan dimandikan & disolatkan & dikebumikan pada esok pagi 11hb Januari 2026 :
Masjid Zaid Bin Haritsah Jalan Gombak Kuala Lumpur
Mohon doakan kesejahteraan sahabat saya & semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman InsyaAllah. Amin

Kredit: Tok Bad_anak🐘


ViralTerkini

‼️HEBAHAN ORANG HILANG📢📢Assalamualaikum dan salam sejahtera,Kami memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat ...
10/01/2026

‼️HEBAHAN ORANG HILANG📢📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kehilangan seorang individu dengan butiran berikut:

Nama: Zainab Farhani Binti Mohd Isa
Umur: 24 Tahun
Fizikal: Tinggi 149cm, Berat 75kg
Lokasi Terakhir: Kampung Pernu Melaka

Individu telah memaklumkan kepada ibu bahawa beliau keluar bersama rakan ke Cheng dan akan pulang pada hari yang sama, namun sehingga kini tidak pulang dan gagal dihubungi. Telefon didapati telah dimatikan / Offline.

Sekiranya ternampak, terjumpa, atau mempunyai sebarang maklumat / rakaman / petunjuk berkaitan individu ini, mohon jasa baik untuk hubungi Pegawai Penyiasat SM Mohamad Isa Bin Musa (016-7133729) atau Ketua Polis Balai Kandang Sjn Mohamad Hamdi (019-755 2491) atau menyalurkan maklumat ke balai polis terdekat.

🙏 Kerjasama dan bantuan anda amat dihargai.
Mohon sebarkan mesej ini untuk membantu usaha pencarian.

Terima kasih.

ViralTerkini

APM RESPON KES KJR SEMASA DALAM OPERASI BANJIR KE SELANGAU🗓 Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)📍 Lokasi: Batu 14, Jalan Sibu...
10/01/2026

APM RESPON KES KJR SEMASA DALAM OPERASI BANJIR KE SELANGAU

🗓 Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)
📍 Lokasi: Batu 14, Jalan Sibu Selangau
⏰ Masa Kejadian: 1:33 Petang

🚗 Pasukan APM Sibu yang dalam perjalanan bagi membantu Operasi Banjir ke Selangau telah terserempak dengan kejadian kemalangan tersebut.

🚨 Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dengan 04 orang mangsa.

🚨 Anggota APM segera memberikan pertolongan awal dengan membantu mengawal aliran trafik di lokasi kejadian.

🩹 Bantuan diberikan sementara menunggu ketibaan ambulans dan agensi berkaitan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
APM Sarawak

UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI APM SIBU

Sumber APM Sibu

Penunggang motosikal warga Thailand maut dilanggar kereta Januari 10, 2026, Sabtu - 2:05pmJERTIH: Seorang penunggang mot...
10/01/2026

Penunggang motosikal warga Thailand maut dilanggar kereta

Januari 10, 2026, Sabtu - 2:05pm

JERTIH: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan yang turut melibatkan dua buah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di simpang memasuki Hutan Lipur Lata Belatan di Jabi dekat sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mangsa Jefir Sareh, 31, yang merupakan warga Thailand disahkan meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.58 malam.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux mahu keluar simpang sebelah kanan jalan, namun bahagian hadapan kenderaan tersebut telah bergesel dengan motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangi mangsa dari arah Kuala Terengganu menuju Jertih.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa terjatuh di laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Md Sani berkata lelaki tersebut kemudian dikejarkan ke Hospital Besut namun disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan akibat kenderaan parah di kepala dan bahagian lain badan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019447576.

Oleh
BERNAMA

Artikel Utusan Borneo

𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 - 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀  : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kana...
10/01/2026

𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐑𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒𝐊𝐀𝐍 - 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀

: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikhuatiri lemas petang semalam, diteruskan 9 pagi tadi.

Ketua Bomba Balai dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata usaha pencarian itu diperluas sehingga ke kawasan sepanjang lapan kilometer di Pantai Batu Rakit.

Beliau berkata sebanyak 26 anggota penyelamat digerakkan untuk kerja-kerja pencarian menggunakan bot jenis kevlar.

📸 Mohd Syafiq Ambak | BERNAMA





ViralTerkini

Address

Jalan 20/2a, Fasa 4, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
68100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ViralTerkini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share