Sarawak First

Sarawak First Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sarawak First, News & Media Website, Kuala Lumpur.
(2)

KENYATAAN RASMIPENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKANSEKOLAH SARAWAK KALI KE-53 TAHUN 2026Jabatan Pendidikan Negeri...
10/08/2026

KENYATAAN RASMI

PENANGGUHAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN
SEKOLAH SARAWAK KALI KE-53 TAHUN 2026

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) sentiasa menitikberatkan
penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya semasa menghadapi keadaan cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.

Cuaca panas yang melanda negara juga turut menyebabkan beberapa lokasi di Sarawak menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Susulan daripada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat di daerah Samarahan, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sarawak Kali Ke-53 Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 14 Ogos 2026
bertempat di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

JPNS mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh atlet dan warga pendidikan yang terlibat dalam kejohanan
tersebut.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
10 OGOS 2026

10/08/2026
PETROS SALUR RM1 JUTA KEPADA UNIFOR UNTUK PERKASA PEMBANGUNAN KOMUNITI INKLUSIFKUCHING, 10 Ogos — Petroleum Sarawak Berh...
10/08/2026

PETROS SALUR RM1 JUTA KEPADA UNIFOR UNTUK PERKASA PEMBANGUNAN KOMUNITI INKLUSIF

KUCHING, 10 Ogos — Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyalurkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada UNIFOR Charitable Trust (SUCT) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembangunan komuniti yang inklusif serta memperkukuh keharmonian sosial di Sarawak.

Menurut kenyataan PETROS, sumbangan tersebut bertujuan menyokong peranan Unit For Other Religions (UNIFOR) dalam menyelaras bantuan kepada rumah ibadat bukan Islam serta pelbagai inisiatif berkaitan komuniti, selaras dengan usaha bersama memastikan pembangunan negeri dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

PETROS berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan pendekatan holistik syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat yang memberi penekanan terhadap nilai perpaduan, kesejahteraan dan kemajuan bersama tanpa mengira latar belakang agama serta budaya.

Sumbangan terbaru itu turut melengkapi pelaksanaan tanggungjawab zakat korporat PETROS yang telah disempurnakan sebelum ini, sekali gus memperlihatkan komitmen syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pelbagai platform yang memberi manfaat jangka panjang.

Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo, berkata pembangunan mampan perlu bersifat inklusif dan berteraskan keperluan komuniti.

“Setiap sumbangan yang diberikan mestilah membawa impak jangka panjang kepada kump**an sasaran.

“Melalui kerjasama bersama UNIFOR, kami berhasrat menyokong platform yang memperkukuh keharmonian, menggalakkan sikap saling menghormati serta menyumbang kepada kesejahteraan seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

UNIFOR merupakan badan penyelaras utama yang memainkan peranan penting dalam memastikan bantuan kepada institusi keagamaan bukan Islam disalurkan secara tersusun dan berkesan, sekali gus memperkukuh model kerjasama antara agama serta keharmonian masyarakat pelbagai latar belakang di Sarawak.

Selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030), kerjasama antara PETROS dan UNIFOR ini mencerminkan visi bersama dalam membangunkan Sarawak secara seimbang dengan memberi perhatian bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi juga aspek perpaduan sosial, keterangkuman dan kesejahteraan rakyat.

PETROS menegaskan komitmennya untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik pembangunan negeri melalui sumbangan dan kerjasama berterusan yang mampu memberi manfaat bermakna serta berkekalan kepada komuniti di Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden Kanan PETROS bagi Modal Insan, Perhubungan Korporat dan Perkhidmatan, Ismail Said; Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr Penguang Manggil; Pengarah UNIFOR, YBhg. Dato Georgina Apphia Ngau; serta Ketua Pegawai Eksekutif UNIFOR Charitable Trust, John Kennedy Janang. — SF

10/08/2026
WILLIE PANTAU PROGRAM BANTUAN LESEN B2, FOKUS MASA DEPAN GOLONGAN MUDAPUNCAK BORNEO, 10 Ogos – Program Bantuan Lesen Mem...
10/08/2026

WILLIE PANTAU PROGRAM BANTUAN LESEN B2, FOKUS MASA DEPAN GOLONGAN MUDA

PUNCAK BORNEO, 10 Ogos – Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) B2 Peringkat Parlimen P198 Puncak Borneo Tahun 2026 menjadi antara inisiatif membantu golongan muda meningkatkan mobiliti dan kemahiran, sekali gus membuka ruang lebih luas untuk mendapatkan pekerjaan serta menjana pendapatan.

Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo, YB Datuk Willie Anak Mongin berkata inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada golongan muda yang memerlukan lesen motosikal bagi memudahkan pergerakan untuk bekerja dan menjalankan aktiviti ekonomi.

Beliau meninjau dan memantau pelaksanaan program berkenaan di Dewan Gunasama Kampung Bratan/Kampung Rabak Asah, semalam.

Program itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat, khususnya golongan muda.

Menurut Willie, usaha membantu golongan muda mendapatkan lesen memandu bukan sahaja berkaitan pematuhan undang-undang jalan raya, malah mempunyai nilai pembangunan modal insan kerana ia meningkatkan kemahiran dan keupayaan mereka bergerak untuk mencari peluang ekonomi.

Bagi masyarakat di kawasan Puncak Borneo, kemudahan pengangkutan dan mobiliti menjadi antara faktor penting untuk membolehkan penduduk bergerak ke tempat kerja, mengikuti latihan atau menjalankan kegiatan yang boleh menghasilkan pendapatan.

Justeru, pelaksanaan BLM B2 dilihat sebagai intervensi praktikal yang boleh membantu mengurangkan kekangan tersebut, terutama bagi golongan muda yang bergantung kepada motosikal sebagai pengangkutan harian.

Kehadiran Willie pada program itu turut membolehkan beliau melihat sendiri perjalanan pelaksanaannya serta memastikan inisiatif yang disediakan benar-benar sampai kepada kump**an sasaran.

Program tersebut selari dengan usaha memperkasa generasi muda Puncak Borneo melalui peningkatan kemahiran, kebolehpasaran dan akses kepada peluang pekerjaan.—SF

“DI SEBALIK SETIAP ANGKA, ADA KELUARGA YANG MENDERITA” – NANCYLUNDU, 10 Ogos — Di sebalik angka 298 kes keganasan rumah ...
10/08/2026

“DI SEBALIK SETIAP ANGKA, ADA KELUARGA YANG MENDERITA” – NANCY

LUNDU, 10 Ogos — Di sebalik angka 298 kes keganasan rumah tangga yang direkodkan di Sarawak dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, terdapat realiti yang jauh lebih besar daripada statistik — individu yang hidup dalam ketakutan, anak-anak yang terkesan dan keluarga yang menanggung penderitaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Nancy Shukri berkata realiti itu menuntut masyarakat mengubah cara melihat keganasan rumah tangga, daripada dianggap sebagai masalah peribadi sesebuah keluarga kepada isu sosial yang memerlukan tindakan bersama.

Menurut beliau, rumah sepatutnya menjadi ruang paling selamat untuk setiap wanita, kanak-kanak, warga emas dan anggota keluarga, namun hakikatnya masih terdapat individu yang hidup dalam ketakutan di tempat yang sepatutnya memberikan perlindungan.

“Di sebalik setiap angka, ada wanita yang hidup dalam ketakutan, ada anak-anak yang membesar dalam trauma, dan ada keluarga yang sedang menanggung penderitaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Wonderful Life: Program Kesedaran Keganasan Rumah Tangga Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2026 di Pusat Latihan SALCRA Bajo di sini, semalam.

Statistik Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan Dato’ Sri Nancy menunjukkan sebanyak 7,391 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara sepanjang 2025. Sehingga Jun tahun ini, sebanyak 4,014 kes telah dilaporkan. Sarawak p**a merekodkan 552 kes pada 2025, manakala 298 kes dicatatkan sehingga Jun 2026.

Angka berkenaan, menurut beliau, menunjukkan isu keganasan rumah tangga masih memerlukan perhatian serius walaupun pelbagai usaha pencegahan dan perlindungan telah dilaksanakan.

Lebih membimbangkan ialah masih terdapat mangsa yang memilih untuk berdiam diri kerana takut atau malu, manakala ada yang tidak mengetahui ke mana mereka harus mendapatkan bantuan. Justeru, Dato’ Sri Nancy menegaskan keganasan rumah tangga tidak boleh lagi dianggap sebagai masalah dalaman yang hanya perlu diselesaikan oleh sesebuah keluarga. Sebaliknya, kesannya boleh menjangkau perkembangan anak-anak, kesejahteraan masyarakat dan masa depan negara.

Kehadiran kira-kira 300 peserta pada Program Wonderful Life di Lundu disifatkan sebagai petanda positif bahawa kesedaran masyarakat terhadap isu keganasan rumah tangga semakin meningkat.

Menurut beliau, penyertaan itu memberikan keyakinan bahawa masyarakat bukan lagi sekadar mahu menjadi pemerhati, tetapi bersedia memainkan peranan dalam usaha menangani isu tersebut.

Program Wonderful Life dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat melalui pendidikan, perkongsian ilmu dan penglibatan aktif komuniti. Peserta turut diberikan pendedahan mengenai hak mangsa, saluran bantuan yang disediakan serta peranan individu dalam mencegah keganasan rumah tangga.

Matlamatnya bukan sekadar supaya masyarakat mengetahui kewujudan bantuan, tetapi mempunyai keberanian untuk bertindak melalui saluran yang sewajarnya apabila mengetahui berlakunya keganasan.

Sebagai permulaan, Program Wonderful Life akan dilaksanakan secara berfasa selama lima tahun di 10 negeri yang merekodkan jumlah kes keganasan rumah tangga tertinggi. Bagi tahun ini, JKM menerima peruntukan sebanyak RM200,000 untuk melaksanakan Program Wonderful Life. Peruntukan itu disalurkan Kementerian Kewangan menerusi Peruntukan Program Penghargaan SARA Tahun 2025 yang tidak dibelanjakan atau dituntut.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kerajaan tidak mampu menangani keganasan rumah tangga secara bersendirian.

Tanggungjawab itu, katanya, bukan terletak kepada KPWKM atau JKM semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan seluruh masyarakat.

Kerjasama antara kerajaan, komuniti termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta institusi keluarga dilihat penting dalam usaha memutuskan kitaran keganasan rumah tangga.

Dato’ Sri Nancy turut berharap kira-kira 300 peserta yang mengikuti program berkenaan menjadi penyampai mesej kepada masyarakat dengan berkongsi ilmu yang diperoleh, mendidik keluarga masing-masing serta membantu mereka yang memerlukan perlindungan.—SF


RUANG TAMU RUMAH DI KAMPUNG GIAT MARA SEBUYAU TERBAKARSEBUYAU, 10 Ogos – Sebuah rumah separa kekal di Kampung Giat Mara,...
10/08/2026

RUANG TAMU RUMAH DI KAMPUNG GIAT MARA SEBUYAU TERBAKAR

SEBUYAU, 10 Ogos – Sebuah rumah separa kekal di Kampung Giat Mara, Sebuyau mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus selepas ruang tamunya terbakar pagi tadi. Bagaimanapun, tindakan pantas penghuni rumah berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya sebelum pasukan bomba tiba, sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke bahagian lain kediaman.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi sebelum enam anggota bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan Hilux digerakkan ke lokasi. Pasukan yang diketuai PBK I Christopher anak Tungoh tiba pada jam 8.20 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh kira-kira 60 kilometer.

Menurut laporan operasi, rumah terbabit merupakan struktur separa kekal berukuran kira-kira 40 kaki panjang dan 30 kaki lebar. Pemeriksaan mendapati kebakaran berlaku di bahagian ruang tamu, dengan keluasan kawasan terjejas dianggarkan sekitar 20 peratus. Api bagaimanapun telah berjaya dipadam sepenuhnya oleh penghuni sebelum ketibaan pasukan bomba.

Komander operasi kemudian melakukan penilaian keadaan di lokasi sebelum mengarahkan anggota memasang sawar-sawar keselamatan serta mendapatkan maklumat daripada penghuni rumah.

Selepas memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada risiko kebakaran berulang, operasi ditamatkan pada jam 8.45 pagi. Turut berada di lokasi ialah tiga wakil Pejabat Daerah, seorang penghulu dan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pegawai Bomba, PBK I Berjaya B. Hj Udin turut hadir di lokasi.

Berdasarkan laporan operasi yang diterima, punca kebakaran dan nilai kerugian belum dinyatakan.—SF

10/08/2026

Bazaar IPU Sarawak setakat jam 7 lagi.Jaga kesihatan, pakai pelitup muka dan minum air banyak ktk orang semua

WANITA RIMBAS ULU PERKASA KEMAHIRAN KRAF SUGU TINGGI, WARISAN TRADISIONAL TERUS DIPELIHARADEBAK, 9 Ogos — Seni warisan t...
09/08/2026

WANITA RIMBAS ULU PERKASA KEMAHIRAN KRAF SUGU TINGGI, WARISAN TRADISIONAL TERUS DIPELIHARA

DEBAK, 9 Ogos — Seni warisan tradisional Sugu Tinggi terus diberi perhatian melalui penganjuran Program Kemahiran Kraf yang melibatkan penyertaan 48 wanita daripada Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Rimbas Ulu.

Program yang berlangsung di Rumah Jimmy, Ulu Bayor, Ulu Rimbas itu memberi fokus kepada latihan pembuatan dan ukiran Sugu Tinggi sebagai usaha memperkasa kemahiran wanita dalam bidang kraf tradisional, di samping memastikan khazanah budaya tempatan terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi seterusnya.

Program anjuran Pusat Khidmat ADUN N.37 Bukit Saban itu merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan dalam menyediakan peluang pembangunan kemahiran kepada komuniti setempat, khususnya golongan wanita, menerusi penguasaan bidang kreatif yang mempunyai nilai budaya serta potensi ekonomi.

Ketua Wanita PBB Cawangan N.37 Bukit Saban, Puan Natasha Nasa Uggah, berkata program berkenaan membuktikan komitmen berterusan dalam memperkasakan wanita menerusi kemahiran yang bukan sahaja mengekalkan identiti budaya, malah berpotensi dikembangkan sebagai sumber pendapatan.

“Penguasaan kemahiran seperti pembuatan Sugu Tinggi bukan sahaja membantu memastikan warisan budaya kita terus terpelihara, tetapi turut membuka peluang kepada wanita untuk menghasilkan produk kreatif yang mempunyai nilai komersial.

“Usaha seperti ini penting agar seni kraf tradisional terus berkembang dan tidak terpinggir dalam perubahan zaman,” katanya.

Beliau berkata latihan secara praktikal yang diberikan membolehkan peserta memahami teknik asas pembuatan serta ukiran Sugu Tinggi dengan lebih mendalam, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan bernilai.

Menurut beliau, pembangunan kemahiran dalam bidang kraf turut selaras dengan usaha menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti ekonomi kreatif yang mampu memberi manfaat kepada keluarga dan komuniti.

Sepanjang program tersebut, peserta menerima bimbingan daripada tenaga pengajar Edika Jalin yang berkongsi ilmu serta teknik berkaitan proses pembuatan dan ukiran Sugu Tinggi, termasuk kaedah menghasilkan rekaan yang lebih kemas dan menarik.

Penyertaan 48 wanita dalam program berkenaan mencerminkan minat serta komitmen komuniti setempat dalam memastikan seni kraf tradisional terus dipelajari, diperkasakan dan dikembangkan.

Penganjuran program seumpama itu secara berterusan di kawasan DUN N.37 Bukit Saban dijangka mampu memperkukuh pemeliharaan warisan budaya tempatan, memperluas peluang peningkatan kemahiran wanita serta menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat setempat. — SF

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak First posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share