Jom tambah ilmu sains dengan kaedah yang menyeronokkan.🔬🧪
01/11/2025
KS Episod 12: Robot AI
Ini realiti tau, bukan rekaan! Robot AI humanoid terbaru keluaran 1X ni memang turut dikawal oleh manusia, dalam keadaan sekiranya AI terbatas kemampuannya.😅
Kenapa Welder tak ada ‘job’ di angkasa?
Jom baca artikel terbaru di science4derp.
07/10/2025
Betul ke gaji welder/tukang kimpal besar?
05/10/2025
KS Episod 11: Kaki Hiking.
02/10/2025
Alfred Nobel asalnya bukanlah seorang yang dikenali dengan kecemerlangan, malah dia sebenarnya pernah digelar sebagai ‘The merchant of death’.
Jom baca kisah lengkap Alfred Nobel di web science4derp. Link di bio.
01/10/2025
1 nautical miles bersamaan 1.852 kilometer.
30/09/2025
KS Episod 10: Kaki besi.
*Tulang bayi normal yang baru dilahirkan adalah kira-kira 300 batang, sebelum bercantum sehingga 206 batang seiring peningkatan usia.*
28/09/2025
Kisah disebalik Anugerah Nobel
Rupa- rupanya, ramai yang tidak tahu bahawa pengasas Anugerah Nobel, Alfred Nobel asalnya bukanlah seorang yang dikenali dengan kecemerlangan, malah dia sebenarnya pernah digelar sebagai ‘The merchant of death’.
———————————————————————
Alfred dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan perusahaan berkaitan besi dan keluli di Sweden. Pada usia muda nya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa ciptaan yang menarik, dan salah satu ciptaan terbesar yang pernah dihasilkannya adalah apabila dia menjalankan ujikaji terhadap bahan nitroglycerin, ketika dia melanjutkan pelajaran di Paris.
Nitroglycerin adalah sejenis bahan mudah meletup yang berkesan 100 kali ganda lebih baik berbanding serbuk letupan ‘gunpowder’, akan tetapi ianya sangat sensitif kepada persekitaran, yang mana hanya dengan sedikit ketukan atau goncangan sahaja akan menyebabkannya meletup.
Alfred mencari penyelesaian bagi tindak balas ini, dengan mencampurkan bahan Nitroglycerin dengan serbuk silika yang mampu menstabilkan keadaan alaminya, maka terhasillah sebuah bahan letupan yang dikenali sebagai ‘dynamite’🧨 .
‘Dynamite’ digunakan secara meluas dalam bidang pembinaan untuk memudahkan kerja meratakan tapak, dan juga dalam bidang perlombongan mineral. Penciptaannya membawa impak yang besar dalam kehidupan Alfred. Akan tetapi, bahan ini tidak terlepas daripada digunakan dalam peperangan dan kejahatan, disebabkan keupayannya untuk menjadi senjata yang paling berkesan dalam melumpuhkan pihak lawan. Peristiwa yang paling berdarah dalam sejarah Amerika Syarikat di sebuah sekolah turut disebabkan oleh penggunaan Dynamite sebagai bahan letupan, mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa.
Dalam satu peristiwa kemalangan di perusahaanya, Alfred disangkakan telah menjadi mangsa yang meninggal dunia. Disinilah menjadi titik perubahan dirinya, dimana ketika itu, surat khabar menayangkan pernyataan kematiannya dengan tajuk ‘the merchant of death is dead’. Alfred yang sebenarnya masih hidup tidak mahu dunia mengingatinya sebgai seorang yang membawa kebinasaan, maka dia telah mewasiatkan sebahagian besar kekayaan yang dimilikinya untuk memberi anugerah kepada para pengkaji dan ahli sains yang merealisasikan penemuan yang membawa kebaikan terbesar kepada dunia.
Bermula dari saat itu sehingga ke hari inilah, nama Alfred Nobel diingati sebagai sebuah pingat kecemerlangan, dan ramai yang tidak pernah tahu akan pembabitannya dalam senjata pemusnah umat manusia.
-sumber: YouTube Veritasium
27/09/2025
Dimanakah terletaknya peti ais yang terbesar sekali di alam semesta?
27/09/2025
KS Episod 9: Lipas zombie.
26/09/2025
Eksperimen Sains: Tarian Kismis
Hanya dengan 3 bahan je korang boleh buat kismis menari dengan bermacam2 gaya.. Macam mana lah kejadian nya ye? baca artikel penuh di science4derp sekarang. Link di bio
Be the first to know and let us send you an email when Science4derp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
S= Sains
T= Teknologi
E= Kejuruteraan (Engineering)
M= Matematik
STEM merupakan dasar pendidikan yang menfokuskan empat kategori diatas bagi memperkasakan bidang - bidang ini dalam kalangan generasi muda masa kini.
Seiring dengan era globalisasi, empat cabang ini adalah amat penting dan menjadi tarikan yang paling utama dalam mencorak masa depan anak - anak, terutamanya dalam pemilihan kerjaya.
Oleh yang demikian, anak - anak seharusnya dipupuk dengan dasar STEM ini sejak kecil lagi untuk menanam minat mereka terhadap sains disebalik pelbagai situasi yang terjadi.
Umpamanya:
"Bagaimana tindak balas diantara alat kawalan jauh dan televisyen berlaku?"
"Mengapa air yang telah masak mengeluarkan wap?"
"Bagaimana lampin bayi boleh menyerap segala cecair dan tidak bocor?"
dan pelbagai persoalan yang lain yang mungkin timbul dalam fikiran mereka.
Kami di "science4derp" ingin menyahut seruan kerajaan dalam memperkasakan dasar STEM di Malaysia. Menariknya, kami juga pada masa yang sama ingin memupuk penggunaan bahasa kebangsaan dalam setiap medium yang dihasilkan bagi memudahkan dan menerbitkan keseronokan serta kefahaman yang mendalam pada setiap aktiviti yang dijalankan.
Insya-ALLAH, anda boleh mengetik 'Like' pada page kami untuk mendapatkan kemaskini yang terbaru dan nantikan pelancaran rasmi produk science4derp dalam masa yang terdekat!