Firdaus Wong Wai Hung

Firdaus Wong Wai Hung Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Firdaus Wong Wai Hung, Digital creator, 12-1, Jalan 4/27F, Kuala Lumpur.
(1155)

Pendakwah | Aktivis | Corporate Trainer & Coach

Pengasas NGO MRM & The Merdeka Times (TMT) | Penasihat Pakar Dakwah & Komunikasi USAS | Duta Rahmah | Tokoh Dakwah Dewan Pemuda PAS | SPC MAIWP | Key-Opinion Leader (KOL) CIJ 2022 bersama Tun M, TGHA & TMJ

09/08/2025

Tuan-tuan & puan-puan, kita kena sangka baik.

Barangkali mereka sedang melakukan demonstrasi “Bagaimana Untuk Tidak Kibarkan Jalur Gemilang” agar ‘raykat’ tidak lagi melakukan kesilapan.

Mungkin mereka rakam video kedua dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan betul.

Kita kena buat laporan polis meminta polis siasat motif orang yang merakam & menyebarkan video ini.

Mungkin sangka baik saya yang terakhir ialah, mereka ini OKU.

Diharapkan janganlah memperbesarkan isu begini. Nanti mereka minta maaf & ahli politik yang tu akan backup.

Sekian maklong..

📏📏📏

“Saya mengajar teknik komunikasi ‘Verbal Judo’”Sampai di PARC, Taman Subang Ria, saya ternampak sahabat saya Sattis (di ...
09/08/2025

“Saya mengajar teknik komunikasi ‘Verbal Judo’”

Sampai di PARC, Taman Subang Ria, saya ternampak sahabat saya Sattis (di sebelah kiri saya) yang berada di situ menjual panipuri kegemaran saya. Belum sempat saya pesan panipuri, Sattis hulurkan satu botol minuman;

“Is this asam boi?”, tanya saya. Sattis membalas;

“It look like asam boi tapi ini bukan asam boi. This one very good, got 7 different spices.”

Wah, menarik. Saya tak rasis apatahlagi terhadap makanan. Herba Cina, herba Melayu, herba India semua saya ok. Saya tanya;

“How much is this with my panipuri?”

Sattis sempoi, “Takpe. Ini air saya belanja. Bro pay for panipuri je.”

Selang beberapa minit, saya ke gerainya lagi tapi kali ini dia sedang berborak dengan seorang pelanggan berketurunan India. Sattis menyapa saya dulu,

“How is the drink?”

Saya bagi thumbs up la malahan saya beli lagi sebotol. Kemudian saya bersalam dengan pelanggannya;

“Hi, how are you sir. I am Firdaus.”

Pelanggannya menjawab; “Great, I know you.”

Dalam hati, ‘🤨🙄’

Sattis mencelah;

“He asked me just now about you. He said he saw you very friendly with everyone here in the park lepas tu saya bagitau sama dia, you tak kenal dia ma. Mesti kena kenal dulu.”

Habis je, Sattis berlalu untuk siapkan pesanan pelanggannya. Saya menyambung perbualan dengan pelanggannya tadi;

“Sir, you are from PULAPOL?”

Dia membalas; “Yes, I’m teaching communication at PULAPOL.”

Saya sambung;

“You know Dato Shamsuddin Mat, ex Komandan of PULAPOL.”

“Yes, I know him.” dia membalas.

“I’m teaching police officer how to communicate, how to talk using a technique called ‘Verbal Judo’. Soft skills is one of the most important element especially the police force.”

Wah, sangat menarik. Soft skill seperti kemahiran komunikasi ini sangat penting bukan sahaja untuk polis tetapi manusia. Ianya membantu kita menyampaikan mesej dengan jelas, mengelakkan konflik & pengurusan emosi dengan baik.

“I need to learn from you. Do you conduct any classes or maybe certification kind of thing? Verbal judo is very interesting. Communication itself is very interesting.”, saya membalas dengan teruja.

“No la. We learn from one another. I know and heard about you before and this is my first time meet you in person. I told him your seems like very friendly person to everyone here but I never met you and he said I must get to know you in person.

I even took picture of you just now in good faith telling my friends I saw you today.”

Selepas itu kami bertukar-tukar no telefon untuk kami berjumpa dan belajar dari satu sama lain.

Selepas bergambar bersama, saya balik ke meja saya & Sattis p**a hantar apam telur saya sambil berkata dengan tersengih;

“Kan saya sudah kata. Dia tanya saya pasal bro saya kata mesti mau kenal dulu ma. Kan sudah kenal mesti ok punya”

Kami ketawa berjemaah… 😆🤣🤣

*ini kisah pertemuan pertama saya dengan Satti pada Nov 2024 https://www.facebook.com/share/17FkydHtoE/?mibextid=wwXIfr

Kerapkali kita menyesali reaksi kita dalam situasi yang terjadi sebelum itu dan bertanya kepada diri;"Kenapa aku pilih r...
08/08/2025

Kerapkali kita menyesali reaksi kita dalam situasi yang terjadi sebelum itu dan bertanya kepada diri;

"Kenapa aku pilih reaksi berbanding respon tadi?"

Tidak faham apa bezanya dua perkataan itu? Rasa macam sama je kan?

Reaksi adalah tindakan automatik, selalunya emosi atau impulsif dan membawa konotasi negatif manakala respon adalah tindakan yang lebih bernas dan disengajakan berdasarkan pertimbangan sedar selain membawa konotasi lebih positif.

Pernah dengar perkataan 'knee jerk reaction' merujuk kepada tindakan spontan tanpa pertimbangan wajar manakala respon adalah lebih rasional, lebih teratur dan positif.

"Bomba Response Team" atau dikenali juga sebagai Emergency Response Team (ERT). Ya response team bukan reaction team.

Banyakkan istighfar sebelum kita memberikan tindakbalas dan seboleh-bolehnya biarlah kita memberikan respon bukannya memberikan reaksi.

Ali Bin Abi Talib pernah berkata;

"Sesaat kegilaan, kekesalan seumur hidup"

You may be new to Islam, but you'll never be alone on this journey, there will always be fellow Muslim ready to help.
08/08/2025

You may be new to Islam, but you'll never be alone on this journey, there will always be fellow Muslim ready to help.

07/08/2025

Adakah Tuhan Mencipta Manusia Untuk Hidup Abadi?

Atau sebagai Fana?

"Jika kamu makan dari pokok itu, kamu akan hidup Abadi seperti Malaikat."

Lihat bagaimana Bro Firdaus menjawab persoalan Kristian Muda dari Amerika ini.

Jadilah Penyokong Usaha Dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Menemani dua anak teruna ke gym. Dua-dua main ragbi. Anak sulung bawa kereta, daddy duduk tepi manakala adiknya duduk be...
07/08/2025

Menemani dua anak teruna ke gym. Dua-dua main ragbi. Anak sulung bawa kereta, daddy duduk tepi manakala adiknya duduk belakang.

Semoga semua anak-anak daddy menjadi orang yang bertaqwa serta berjaya dunia & akhirat. Allahuma Ameen

07/08/2025

Jikalau pasangan anda aktif beriadah walaupun sibuk & penat bekerja atau berbisnes, ketahuilah mereka bukan mengelak berjumpa kalian tetapi di padang/gelanggang s**an itulah mereka menghasilan pelepasan dopamin yang meningkatkan mood dan memberikan perasaan gembira.

Pelepasan dopamin juga akan membantu meningkatkan fungsi kognitif seperti peningkatan fokus, pengurangan tekanan, dan rasa kesejahteraan keseluruhan.

Happy spouse, happy marriage, happy children = HAPPY FAMILY 🥰

*Satu-satunya sumbangan saya dalam ‘game’ Liga Veteran tengah malam Selasa lepas. 😜

Dahulu, kaum Quraisy mencuba pelbagai cara untuk menghentikan dakwah Nabi Muhammad ﷺ.Mereka melabel Baginda dengan pelba...
07/08/2025

Dahulu, kaum Quraisy mencuba pelbagai cara untuk menghentikan dakwah Nabi Muhammad ﷺ.

Mereka melabel Baginda dengan pelbagai gelaran. Namun akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Setiap gelaran yang direka untuk menjatuhkan, tidak pernah melemahkan perjuangan Baginda.

Sebaliknya, Allah mengangkat kedudukan Nabi ﷺ dengan gelaran-gelaran yang jauh lebih mulia.

Tahukah anda apa gelaran-gelaran itu?

Muallaf Diugut B*nuh?Ramai yang menghantar mesej & tag saya di medsos tentang satu video yang tular dimana seorang indiv...
07/08/2025

Muallaf Diugut B*nuh?

Ramai yang menghantar mesej & tag saya di medsos tentang satu video yang tular dimana seorang individu berketurunan India mendakwa adik beradik kandungnya telah membelikan insuran atas nama beliau & kini mereka menghantar orang untuk membunuhnya.

Saya meminta maaf kerana tidak dapat memberikan respon segera kerana terlibat dalam pengubalan Sijil Kemahiran Malaysia (Dakwah) di Bangi selama 5 hari selain banyak lagi urusan lain.

Namun, itu tidak bermakna saya tidak mengambil peduli isu ini.

Secara peribadi saya s**a bekerja di belakang tabir untuk mengumpul maklumat & menyiasat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun status.

Saudara berketurunan India itu bernama Kanegeswaran A/L Muniandy berusia 36 tahun berasal dari Johor Bahru.

Alhamdulilah. Beliau memang telah memeluk Islam dengan rela hati serta tanpa paksaan sesiapa pada 23/9/2023 di Pejabat Agama Islam Johor Bahru dan memilih nama Mohd Khairul. Alhamdulilah.

Saya juga telah berusaha menghubungi ketiga-tiga nombor telefon beliau tetapi hanya satu sahaja yang dibalas tetapi nombor itu bukan miliknya tetapi kenalannya yang juga tidak tahu di mana keberadaan saudara Mohd Khairul Kanegeswaran.

Saya enggan berspekulasi tentang dakwaan Mohd Khairul Kanegeswaran kononnya adik-beradik kandungnya telah membeli insuran dan mahu membunuhnya sehingga saya dapat berkomunikasi secara langsung dengan beliau atau adol beradik beliau.

Kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat & membantunya. Saya bukan polis atau adiwira.

Saya mendoakan agar beliau dalam keadaan sihat & selamat.

Jikalau ada sesiapa yang mengenali adik beradik kandungnya, bolehlah hubungkan saya dengan mereka untuk kami membantu mereka dan mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi.

Sesiapa yang mengenali saudara Mohd Khairul Kanegeswaran atau mengetahui keberadaannya, bantulah dia dengan membawanya ke balai polis berdekatan untuk kita sama-sama membantunya.

Jaga kesejahteraan mental dengan tidak memberikan fokus kepada perkara yang tidak bermanfaat untuk kita.Kita rasa sesuat...
06/08/2025

Jaga kesejahteraan mental dengan tidak memberikan fokus kepada perkara yang tidak bermanfaat untuk kita.

Kita rasa sesuatu mahal? Tinggalkan sahaja tanpa perlu bermuzakarah atau bermusyawarah kenapa penjual meletak harga yang mahal.

Masa yang terbazir mengadu mahalnya sesuatu itu jauh lebih bernilai, andai kita menyedarinya..

Selesai penggubalan Sijil Kemahiran Malaysia (Dakwah) Tahap 3-5 di Royal Park Hotel, Uniten, Bangi.Kami ‘berperang’ sesa...
06/08/2025

Selesai penggubalan Sijil Kemahiran Malaysia (Dakwah) Tahap 3-5 di Royal Park Hotel, Uniten, Bangi.

Kami ‘berperang’ sesama kami. Bukan berperang memenangkan ego tetapi berperang agar standard SKM Dakwah ini tinggi & berkualiti.

Seronok ‘berperang’ sesama kami selama 5 hari. Suasana ini pasti akan dirindui dan Insya Allah, diharapkan kami akan berkumpul semula untuk mengubal SKM Dakwah Tahap 6-8 kelak.

Adios

Address

12-1, Jalan 4/27F
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Sunday 08:30 - 18:00

Telephone

+60182678268

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Firdaus Wong Wai Hung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share