Tv Gapena

Tv Gapena GAPENA adalah akronim bagi Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia yang ditubuhkan pada 23 Oktober

GAPENA adalah gabungan federasi 22 buah persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu di seluruh Malaysia. BADAN KERABAT GAPENA terdiri daripada :-
• Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
• Badan Bahasa Sabah (BAHASA)
• Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
• Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
• Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)
• Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)
• Perkumpulan Penul

is dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
• Persatuan Penulis dan Kebajikan Selangor (KEMUDI)
• Persatuan Penulis Johor (PPJ)
• Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
• Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
• Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
• Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
• Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
• Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
• Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS)
• Persatuan Penulis Perlis (3P)
• Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
• Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
• Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
• Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
• Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA)

Tujuan/Matlamat Penubuhan:
1. Mempertahan hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
2. Menyatupadukan semua rakyat Negara Ini menerusi Bahasa Kebangsaan yang tunggal Iaitu Bahasa Melayu.
3. Berusaha untuk memajukan Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Kebangsaan di Peringkat Negeri, Negara dan Antarabangsa
4. Menyatukan Persatuan-Persatuan Penulis Malaysia yang bergiat dalam Bahasa Kebangsaan
5. Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis
6. Memberikan sumbangan moral secara positif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan; dan
7. Mengusahakan peluang-peluang untuk Penulis-Penulis memajukan bakat mereka. Kegiatan Gabungan
- Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
- Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya
kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
- Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan
kepentingan penulis di dalam
a. persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar
negeri;
b. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama
sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan.
- Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan
penulis;
- Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke
semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.

23/07/2026

Kami mendapat lebih 1,000 reaksi pada catatan minggu lepas! Terima kasih semua atas sokongan anda!🎉 Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) PENAMA -Persatuan Penulis Negeri Melaka Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Dewan Bahasa Dewan Bahasa DBP Buku Persatuan Penulis Kelantan (PPK) Ai Music Awards Loonaq Records Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE-2, 2026❗️KEPUTUSAN RASMI❗️🔴HADIAH...
18/07/2026

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KE-2, 2026

❗️KEPUTUSAN RASMI❗️

🔴HADIAH UTAMA🔴

- JOHAN : MUHAMMAD AIDIL FIRDAUS BIN MOHD KHAIRUL JASRI (PAHANG)

- NAIB JOHAN : MUHAMAD SAID SULAIMAN BIN SUMARDI (SABAH)

- KETIGA : AINUL HUSNA BINTI NARIZAM (PERLIS)

- KEEMPAT : MUAZ RIFQIE BIN MD NIZAM (KEDAH)

- KELIMA : ALIFF HAIQAL BIN MUHAMAD HISHAM (KELANTAN)

🔴SAGU HATI (TIDAK MENGIKUT KEDUDUKAN)🔴

- MUHAMMAD FARIS BIN MOHD UMAR (JOHOR)
- ADEEB HAIKAL BIN MUHAMMAD ASRI (W.P. KUALA LUMPUR)
- MUHAMMAD NAFEES MIFZAL BIN ZAMIRUDIN (PERAK)
- IZZ DANIAL BIN RIDZUAN (MELAKA)
- ⁠ELMER EMMERIC ALEXIUS (WP LABUAN)
- ⁠MUHAMAD HAIKAL HANIFFAHMIE BIN MUHAMAD ZAWAWI (NEGERI SEMBILAN)
- NUR AISYAH BINTI ABU BAKAR AL-SIDIQ ABDULLAH (SARAWAK)
- NUR AISYAH DARWISYA BINTI MOHD ZAWAWI (TERENGGANU)
- ALYSSA IRIS NAMIRA BINTI HELMI (SELANGOR)
- SYASYA SYAHMINA BINTI MOHD AMIR FAISAL (PULAU PINANG)

🔴ANUGERAH BUSANA TERBAIK (LELAKI)🔴
MUAZ RIFQIE BIN MD NIZAM (KEDAH)

🔴ANUGERAH BUSANA TERBAIK (PEREMPUAN)🔴
NUR AISYAH DARWISYA BINTI MOHD ZAWAWI (TERENGGANU)

TANAH DAN LANGIT TANAH AIR.- menemukan saya dengan seorang pelajar tingkatan 3 dari SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN.- Mu...
18/07/2026

TANAH DAN LANGIT TANAH AIR.

- menemukan saya dengan seorang pelajar tingkatan 3 dari SMK ABDUL RAHMAN TALIB, KUANTAN.

- Muhmmad Aidil Firdaus bin Mohd Khairul Jasri mewakili Negeri Pahang dalam Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan, Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2026.
--------------------------------
Setelah diberikan jodol sajak 'Tanah dan Langit Tanah Air' - Aidil terus menghubungi saya, memohon kebenaran dan restu, dan sekaligus berhasrat mencari resepi yang perlu dihidangkannya di Pentas Akhir SDPKSSM, pada 18 July 2026.

Setelah 3 panggilan dan 1 pertemuan singkat - saya dapati Aidil memang sudah pun memiliki sebahagian dari 'ciri-ciri terbaik' seorang deklamator.

Berbekalkan sedikit rempah ratus asli, diiringi doa restu dan genggaman keyakinan - saya bisikan kepadanya;
" Juadah hidangan ini kelihatan segar dan enak - jadi terus tenang dan yakin - kerana saya, bagaikan sudah ternampak cahaya yang turut mengiringi perjalanan Aidil dari Kuantan ke Wisma DBP.

Ternyata benar.
Terima kasih Aidil - kerana menyalakan semula Jamung yang telah lama terpadam.

Razali Mohd Yussof
TANAH DAN LANGIT TANAH AIR
18 July 2026
Wisma Dbp.

# Sumber dari Razali Mohd Yussof

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2, 2026 (SDPKSM)2 hari lagi!...
16/07/2026

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2, 2026 (SDPKSM)

2 hari lagi!

Debaran kian terasa!
Siapakah yang bakal bergelar Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, 2026.

Nantikan pada 18 Julai 2026 (Sabtu) bertempat Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir.

Sambutan Hari Puisi Nasional 2026
15/07/2026

Sambutan Hari Puisi Nasional 2026

Saluran media rasmi GAPENA.

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2, 2026 (SDPKSM)4 hari lagi!...
14/07/2026

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2, 2026 (SDPKSM)

4 hari lagi!

Debaran kian terasa!

Siapakah yang bakal bergelar Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, 2026.

Nantikan pada 18 Julai 2026 (Sabtu) bertempat Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir.

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2, 2026 (SDPKSM)5 hari lagi!...
13/07/2026

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-2, 2026 (SDPKSM)

5 hari lagi!🔥

Debaran kian terasa!
Siapakah yang bakal bergelar Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2, 2026.

Nantikan pada 18 Julai 2026 (Sabtu) bertempat Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Wisma DBP Kuala Lumpur. ✨

12/07/2026

Address

Rumah GAPENA, JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling
Kuala Lumpur
50460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tv Gapena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tv Gapena:

Shortcuts

Share