Islam Itu Indah

Islam Itu Indah Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.

Menunaikan solat fardhu lima waktu
Berpuasa pada bulan Ramadan
Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu

21/09/2025
16/09/2025

Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat.

Iaitu elakkan TENGKING anak.

Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas.

Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg.
Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.

Tengking = Sejenis sikap s**a melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka s**a menengking.

Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta s**ar membuat . Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2.

Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org s**a marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk.

Panas baran sebenarnya org yg s**a menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia s**a diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi.

Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org oenakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani.

Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking.
Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya. Org yg rapat dengan nabi saw. Org yg awal memeluk islam diusia muda. Org yg memimpin umat Islam dikala suasana perit
Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw. Org plg hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw.
Saidina ali ra pesan

" Didik anak 7 tahun pertama sbg raja "
Mcm mana ko layan raja? Ada ko tengking raja?
Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.

7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat.

Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri.

Tak kisah lah ko bg fish oil ker, h**p oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yg terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2.

Hannah panggil aku. Nti sambung...
If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan.
Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca.
Stop TENGKING anak.

Agaknya, s**a tak dpr suami atau bos yg s**a menengking?
Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nti sambung..
So start arini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.

Sumber : Abu Hannah

13/09/2025
03/09/2025

Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah 🌸

21/08/2025
16/08/2025

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.

Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.

“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”

Saya p**a memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.

Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.

“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.

Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.

Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.

“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”

Dia mengangguk perlahan.

“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”

Eh, terkejut saya dengar.

“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.

Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”

Saya p**a menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.

“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”

“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”

Aduh, saya diam terkedu.

“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”

Saya makin khusyuk mendengar.

“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”

“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.

Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.

“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”

Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.

Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih Ya Allah.
Sumber : Redza Zainol

13/08/2025

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islam Itu Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share