Bossku CryptoVerse

Bossku CryptoVerse Sharing latest blockchain technology and industries news.
(1)

Current Market UncertaintyGold ATH, BTC p**a dumping. Petanda permintaan safe haven aset tinggi, manakala permintaan unt...
27/09/2025

Current Market Uncertainty

Gold ATH, BTC p**a dumping. Petanda permintaan safe haven aset tinggi, manakala permintaan untuk aset speculative/high risk p**a kurang. Apa yang membuatkan pelabur dalam keadaan berhati-hati ketika ini?

Posting kali ni kita cuba kupas dari segi uncertainty dalam makroekonomi dulu, next post baru pasal uncertainty dalam geopolitik.

Dari segi ekonomi, fokus utama tetap adalah tahap kesihatan ekonomi US. Kalau ekonomi US mantap, maka market akan rally. Data PCE semalam menunjukkan inflasi masih kekal tinggi, data weekly jobless claim Khamis lalu tu p**a dah menunjukkan penurunan, minggu depan kita tengok data NFP macam mana p**a. Inflasi dan sektor pekerjaan adalah faktor utama yang Fed nilai dalam menentukan kadar interest rate. So, market masih akan perlu monitor data NFP/CPI/PCE/PPI pada bulan October nanti sebab hujung bulan October tu nanti akan ada FOMC meeting lagi.

FOMC tu selalunya kita nak tengok apa keputusan Fed interest rate kan? Trump nak Fed turunkan interest rate sebab nak jimat kos terbit hutang, pastu bisnes/kilang pun mungkin akan lebih terbuka hati untuk buat loan dan kembangkan bisnes/ambil pekerja. Tapi, cuba lihat short dan long term US treasury yield, yield naik ke turun selepas Fed turunkan interest rate?🤣Yield makin naik sekarang ini, ertinya makin tinggi kos Trump nak terbit hutang, dan yang nak buat loan rumah semua tu pun makin tinggi la interest rate kena bayar. Sekarang ni kalau bukan pasal taktik debt buy back operation, rasanya lagi tinggi yield US treasury akan naik.

Memang la Fed dah turunkan "standard" interest rate, tapi nak follow "standard" interest rate tu ke tak, yang ni kena la tanya market.🤡 Trump nak pinjam $1Bil, pastu offer akan bayar "standard" 4.0% interest rate kepada hutang itu. Tapi, kalau saya pelabur, saya rasa ekonomi US tak kukuh dibawah Trump sebab dia cari gaduh dengan seluruh ekonomi dunia, pastu DXY/nilai USD p**a menjunam sejak Trump masuk office. Kalau saya nak bagi Trump pinjam duit, maka saya akan minta interest rate yang lebih tinggi dari standard 4.0% untuk play safe. So, untuk US treasury dan home mortgage yang lebih dipengaruhi oleh long term US treasury yield, sebenarnya kesan Fed turunkan interest rate ketika ini adalah minimal, malah memberi kesan yang berlawanan daripada yang ramai expect p**a.

Sebab tu saya balik-balik kata, kalau Fed turunkan interest rate ketika inflasi dah turun dan ekonomi kukuh, maka itu bullish. Tapi, kalau Fed terpaksa turunkan interest rate ketika inflasi masih tinggi dan ekonomi/sekto pekerjaan p**a teruk, maka itu bearish. Sekarang ni, inflasi masih tinggi. Sektor pekerjaan/ekonomi punya data p**a macam buat lawak. NFP July sangat teruk, BLS CES juga revised down dengan sangat teruk. Sektor pekerjaan teruk, patut ekonomi pun teruk la kan. Tapi, minggu lepas, data GDP Q2 US kena "revised" lagi, dari 3.3 naik ke 3.8%, ertinya ekonomi sangat kukuh dan berkembang. Rakyat susah cari kerja/dibuang kerja, tapi ekonomi p**a makin berkembang, ilmu ekonomi mana Trump pakai ni?😬 Atau adakah ekonomi US sekarang ni adalah "bubble" yang hanya nampak cantik sebab US stock market sedang rally?

Adakah taktik edit data ekonomi ni antara gameplay Trump untuk mengelirukan market dan Fed?🤔 Biar semua tak tahu apa tahap kesihatan ekonomi US? Bahkan baru-baru ni Trump cadang company earning report tak perlu buat by quarter, buat setahun sekali dah cukup dah.🤣 Nampak gaya macam Trump nak semua data ekonomi not available untuk para pelabur untuk nilai keadaan ekonomi/kewangan syarikat dan Gov US. No data, then we can just simply "assume" everything is OK.🤡

Selain inflasi dan sektor pekerjaan, kita juga perlu monitor perkembangan hutang/budget kerajaan US. Sejak Trump 1.0(2016-2020) hingga Trump 2.0 ketika ini, nampaknya isu government shutdown adalah isu yang akan berulang-ulang. Terkini, kalau kongress masih tak luluskan budget Trump sebelum 30hb September, maka Gov US akan terpaksa shutdown bermula 1hb October.

Apa kesan kalau Gov shutdown? Bayangkan kalau semua jabatan/badan/muzium/polis/bomba/zoo/hospital kerajaan di Malaysia ni terpaksa ditutup/cuti sebab kerajaan tiada dana untuk tampung perbelanjaan harian jabatan dan untuk bayar gaji staff kerajaan. Apa akan jadi pada ekonomi?

Kerugian kepada ekonomi itu memang dah confirm. Dengan tariff terbaru(perabot/truck/pharmaceutical dll) Trump semalam tu, kalau Gov shutdown, bagaimana bisnes nak berkomunikasi dengan agensi/jabatan yang berkenaan kan? Tapi, masalah terbesar sekarang ni, kalau Gov shutdown, ertinya semua agensi di US yang bertanggungjawab untuk keluarkan data NFP/CPI/PPI/PCE tu semua juga akan cuti. Tanpa data ekonomi, bagaimana pelabur nak analisis ekonomi US kan? Tanpa data ekonomi, bagaimana Fed akan tentukan keputusan interest rate hujung bulan October nanti kan?

Apa-apa pun, kita tengok adakah Trump akan dapat pujuk 7 undi dari parti Democrats untuk sokong budget Trump sebelum 30hb ke tak. Kalau betul Gov shutdown, maka kita kena monitor berapa lama p**a shutdown tu. Kalau setakat tutup 1-2 hari, mungkin kesan tak besar sangat. Tapi kalau shutdown berlarutan hingga 2-3 minggu, maka market mungkin akan akan lebih kepada sideway/dump untuk October ini.

Faktor lain dalam ekonomi yang mungkin kita perlu monitor adalah pergerakan harga Copper. Pernah dengar apa itu Dr.Copper? Boleh cuba lihat gambar dibawah atau Google sendiri ya. Kalau harga/demand Copper naik sebab ekonomi kukuh dan permintaan industri tinggi, maka itu bullish. Tapi, sekarang ini, harga Copper rally sebab gangguan bekalan dunia dan kes runtuhan lombong Copper di Indonesia. Demand tak bertambah, tapi harga meningkat, so kita expect inflasi akan naik lagi untuk tempoh beberapa bulan akan datang. Inflasi naik, maka akan makin bearish la nada Fed pada FOMC nanti bila tersepit antara inflasi yang kekal tinggi dan sektor pekerjaan yang makin suram.

Btw, selain Copper, emas dan perak juga sedang rally ketika ini. Emas dan perak ni selalunya akan rally ketika market banyak uncertainty atau ketika expectation inflasi tu akan makin naik. Sekarang ini, pelabur dah kurang risau pasal inflation, tapi dah ramai pelabur yang mula risau stagflation. Boleh lihat gambar dibawah apa itu stagflation.

Kesimp**an, kalau lihat keadaan makroekonomi ketika ini, rasa-rasa bullish ke market October nanti?🤔 Jawapannya, tiada siapa yang tahu. 🤣 Bak kata Jerome Powell, we need more data. Atau seperti yang selalu saya kata, BTC=TradFi, so, kita tunggu apa perkembangan di TradFi untuk October ini. Kalau banyak berita buruk di TradFi, maka saya akan monitor support sekitar $105.5k-106.5k tu mampu bertahan ke tak. Kalau support pecah, maka peluang shopping bawah $100k mungkin akan muncul lagi la kot. Market zaman Trump ni laju gameplay, dump laju, tapi pump semula pun laju, so, paling selamat guna taktik DCA sikit-sikit la kot, simpan peluru jangan all in.😬

Crypto is fun&easy. Dont wait, start learning&investing in crypto now. Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY

Why Dump? BTC=TradFi.Fed dah turunkan interest rate seperti yang ramai tunggu, ramai yang bullish dan expect BTC akan ra...
25/09/2025

Why Dump? BTC=TradFi.

Fed dah turunkan interest rate seperti yang ramai tunggu, ramai yang bullish dan expect BTC akan rally hingga ramai sangat yang buka long position. Tapi, market dump baru-baru ni telah menyebabkan liquidation long position melebihi $1.8Bil dan merupakan liquidation terbesar untuk tahun ini, kalah liquidation masa April lalu ketika BTC dump hingga bawah paras $75k.

Kenapa market dumping?

Ada yang kata BTC dump ni saja-saja sebab nak liquidate long position, sebab kat TradFi tu tak dump. S&P500 DJI Nasdaq semua tak dump pun, malah hit new ATH p**a tu.

Seperti yang saya selalu kata, BTC=TradFi.

Apa yang berlaku di TradFi akan memberi kesan kepada BTC dan crypto market.

So, betul ke TradFi tak dumping? 😁

Kalau kita hanya lihat major index seperti SP500 DJI Nasdaq, memang la kita tak akan nampak kesan dumping itu. Tapi, lihat la list company dalam setiap index tu. Tengok stock price company yang kecil, banyak yang dah dumping, bahkan crypto related trust fund pun banyak yang dah dumping, yang pumping hanya la top company yang dah high marketcap seperti Nvidia Tesla dll top Tech/AI company.

Pergerakan major US stock index sekarang lebih banyak dipengaruhi oleh top ranking/big marketcap company. Puluh/ratusan company/marketcap kecil semua dumping sekalipun, tapi jika ada 3-5 top company/marketcap besar yang pumping, ini dah cukup untuk menarik chart major index keatas. Contoh, Index A ada 10 list company, total marketcap index A adalah $10. Top No.1 company dalam index A tu sumbang marketcap $9.9, baki 9 company lagi hanya menyumbang $0.10 kepada marketcap index A. Ertinya, jika total $0.10 marketcap untuk 9 company kecil ni stock price mereka junam jadi $0 sekalipun, tapi jika No.1 company tu rally $0.20 sahaja pun, index A tu tetap menunjukkan pergerakan positif. 9 company kecil semua dumping, tapi kalau top No.1 company tu p**a rally, ini tetap boleh membuatkan index A itu gerak positif.

Dapat tangkap? Ertinya kat stock market sekarang ni, company kecil, atau yang fundamental tak kuat, naratif/story tak kuat, semua dah dumping. Yang rally hanya la top company/marketcap yang mempunyai fundamental/naratif/story yang kukuh. Contohnya, saham Tesla dll big AI/Tech company banyak yang rally. Ini adalah petanda pelabur dah mula play safe dan hanya "bet" on company yang betul-betul solid fundamental sahaja. Pendek kata, dalam stock market sekarang ni sentimen pelabur dah mula ke gameplay yang lebih low risk. So, high risk investment seperti crypto ini dah kurang permintaan. Maka terjadi la senario seperti ketika ini, major stock market semua rally new ATH, tapi BTC p**a dumping.

So, boleh nampak apa yang berlaku di TradFi/stock/market/Wallstreet ketika ini? Para pelabur dah beralih ke risk off mode. Macam biasa, bila dah risk off mode, maka emas sudah tentu akan rally, kita boleh nampak emas juga non stop hit new ATH baru-baru. Pastu, untuk player saham yang tak minat emas p**a, mereka juga dah play safe dengan hanya melabur dalam top AI/tech company yang solid fundamental dan major US stock index. Sebab tu kita nampak emas dan major stock index di US sekarang dalam keadaan ATH. Manakala risk aset seperti crypto spot ETF, crypto trust fund, dan company kecil yang fundamental tak solid semua dah mula dumping dah.

Fed dah turunkan interest rate, global M2 pun dalam keadaan ATH, patut high risk market seperti BTC ni akan hype dan rally bagi lemang hijau panjang la kan? Kenapa p**a BTC dumping ketika ini?😬

Seperti yang saya share dalam posting lepas, kalau Fed turunkan interest rate dikala inflasi dah turun dan ekonomi masih kukuh, maka itu bullish. Jika Fed "terpaksa" turunkan interest rate untuk selamatkan ekonomi/sektor pekerjaan yang semakin kritikal dikala inflasi masih tinggi, maka itu adalah bearish. Yang masih tak faham kenapa Fed turunkan interest rate boleh jadi bearish, boleh cuba baca posting dibawah.

Fed Cuts Rate - Bearish(March)

https://www.facebook.com/share/p/19dxxW95vv/

Fed Cuts Rate - Bearish(July)

https://www.facebook.com/share/p/18xqCqm2Cd/

Next post kita sembang kenapa market kini dah beralih ke low risk gameplay dan apa yang pelabur bimbang ketika ini. Btw, lihat posting/gambar dibawah, sejak awal September saya dah share saya 51%/slightly bearish untuk September.😁

September Dump?

https://www.facebook.com/share/p/1BKDkNCMAa/

Bagaimana, best study ekonomi/market fundamental/sentimen? Kalau hanya "predict" market guna TA sahaja, banyak yang dah target BTC akan rally kan? Sebab tu ramai yang liquidated baru-baru ni.🤣 Fokus TA tapi kalau tak faham sentimen dalam ekonomi/market, maka ready la untuk terpaksa jadi hodler+floater sejati. Terpaksa hodl sebab floating bila market junam tiba-tiba. Benda boleh take profit dalam 1-2 minggu, buat apa nak hodl+floating 3-6 bulan atau lebih untuk ROI yang lebih kurang sama kan?😬

2021, kita study crypto whitepaper/blockchain fundamental/utiliti. 2025 p**a, kita study makroekonomi, geopolitik, dan Trumphonomic.

Crypto is fun&easy. Dont wait, start learning&investing in crypto now. Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Why BNB Pumping?Ingat lagi tak Januari awal tahun ni, masa memecoin TRUMP hype? SOL hit new all time high kan? Antara se...
22/09/2025

Why BNB Pumping?

Ingat lagi tak Januari awal tahun ni, masa memecoin TRUMP hype? SOL hit new all time high kan? Antara sebab kenapa SOL rally masa tu adalah disebabkan oleh aktiviti di DEX/DeFi trading coin TRUMP yang mana menyebabkan demand gas fee SOL meningkat.

Kini, skrip yang sama berlaku lagi, tapi kali ini berlaku di blockchain BNB(BSC) p**a. Perasan tak baru-baru ni BNB rancak rally? Lihat gambar dibawah, total trading volume di BNB DEX kini hampir +-8x lebih banyak berbanding trading volume di blockchain SOL.

Dari segi total Tx p**a, Tx SOL masih lebih tinggi berbanding Tx atas blockchain BNB(BSC). Lebih banyak aktiviti/Tx atas blockchain, maka lebih tinggi la keperluan untuk gas fee. Tapi, kena tahu juga, Tx banyak tapi kalau fee murah, demand terhadap gas fee juga tak akan banyak. Ibarat A dan B jual benda yang sama, modal produk yang sama, tapi A jual harga RM0.30, B p**a jual dengan harga RM1.00. Biarpun A mampu jual lebih banyak produk, tapi total profit nanti tetap akan kalah kepada B jika jumlah jualan produk tak jauh beza antara A dan B. Ini yang berlaku ketika ini antara BNB dan SOL, biarpun Tx SOL lebih tinggi, tapi fee atas BNB yang lebih mahal "sikit" dari fee atas SOL tu menjadikan demand terhadap BNB tu lebih tinggi.

Selain aktiviti di DEX, kemunculan coin yang meletup baru-baru ini seperti MYX dan ASTER juga turut turut membantu demand terhadap BNB meningkat. Trend coin SOL sebelum ini kebanyakan lepas listing saja terus dump. Berbeza dengan trend coin Binance Alpha dan coin yang related to Binance Labs/CZ baru-baru ini, coin tak terus dumping lepas listing. Semua ini menjadikan pelabur lebih berminat untuk hodl BNB dan berinteraksi dengan blockchain/exchanger BNB, sama ada simpan BNB untuk join launchpool/pad, DEX IDO, dan BNB DeFi ekosistem seperti ASTER yang sedang hot ketika ini.

Kesimp**an, BNB rally ketika ini bukan sekadar pump&dump, tetapi disokong oleh aktiviti onchain dan ekosistem demand. Tapi, sejauh mana hype BNB boleh bertahan?🤔

Lihat gambar dibawah, CMC altcoin season index cecah sekitar +-75-80% 2-3 hari lepas. Ertinya, tak hairan la kan altcoin boleh pump banyak ketika altcoin season.🤣 Tapi, BTC sekarang dah mula dumping, altcoin season index juga ikut menjunam. Kita tengok sejauh mana BTC akan junam, kalau junam jauh, maka expect altcoin juga akan ikut junam juga.

Banyak uncertainty dalam ekonomi dan geopolitik dunia ketika ini, pastikan kita always take profit, terutamanya yang hodl banyak sh*tcoin. Benda boleh take profit dalam masa 1-2 minggu, buat apa nak floating hold hingga 3-6 bulan atau lebih untuk dapat ROI yang lebih kurang sama kan?🤣

Next post kita kupas pasal uncertainty dalam ekonomi dan geopolitik dunia ketika ini p**a. 😁 Market susah nak ada long&big rally jika market banyak uncertainty.

Crypto is fun&easy. Dont wait, start learning&investing in crypto now. Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY

Fed Rate Cuts - When Bull Run?Fed dah turunkan interest rate, tapi pergerakan BTC masih nampak agak slow ketika ini. Ken...
18/09/2025

Fed Rate Cuts - When Bull Run?

Fed dah turunkan interest rate, tapi pergerakan BTC masih nampak agak slow ketika ini. Kenapa BTC tiada lemang hijau panjang seperti yang kebanyakan orang expect?🤣

Pertama, market mungkin dah price in Fed akan turunkan interest rate sebanyak 0.25% sejak minggu lepas dan BTC dah rally dari paras $113k-114k ke paras ketika ini sekitar $116k-117k. Kedua, seperti dalam posting yang saya share sebelum ini, jika Fed turunkan interest rate sebab inflasi dah turun dikala ekonomi masih kukuh, maka itu bullish. Tapi kalau Fed turunkan interest rate dikala inflasi masih tinggi tetapi ekonomi dah teruk, maka itu bearish. Keadaan sekarang ni adalah inflasi masih tinggi, job sector/ekonomi p**a dah teruk. So, tiada apa yang perlu kita raikan dalam keadaan ekonomi seperti ini.

So, whats next? Nak dump ke pump ni?

Pendapat peribadi, kita tunggu data PCE 26hb minggu depan. Kalau trend inflasi masih menaik, maka itu petanda Fed akan makin tersepit dengan tanggungjawab dual mandate mereka iaitu nak jaga inflasi dan sektor pekerjaan, so market akan dump. Kalau PCE dah menurun, maka market mungkin akan small rally hingga ke NFP awal bulan October. Untuk NFP p**a, tak kisah la data positif atau negatif sekalipun, market mungkin akan tetap 50-50. Data NFP tak cantik, petanda ekonomi makin teruk(bearish), Fed perlu turunkan interest rate secara lebih aggresif(bullish). Kalau NFP cantik, petanda ekonomi tak la teruk sangat(bullish), tapi Fed mungkin akan perlahankan rentak turunkan interest rate(bearish).

Fun fact, ahli terbaru FOMC yang Trump baru "hantar" angkat sumpah minggu ni merupakan satu-satunya voting member yang vote untuk 0.50% cut, manakala voting member yang lain semua vote untuk 0.25%. Untuk dot plot chart p**a, ada kemungkinan interest rate akan diturunkan lagi pada FOMC Nov dan Dec nanti. So, masih ada hype untuk market rally Nov-Dec nanti.

Tapi, economic projection summary FOMC tu banyak kali mention pasal economic risk. Ertinya, Fed memang terpaksa turunkan interest rate sebab ekonomi makin teruk. So, market masih tetap akan monitor the next data untuk CPI/PCE/PPI/NFP.

Pendek kata, we need more data.🤣🤣

2021 bull run, kita study whitepaper/fundamental/utilities crypto. 2025-2026, kita study news di TradFi, isu geopolitik, dan Trumphonomic.🤣Btw, adakah peluang shopping BTC bawah $110k akan muncul lagi di Q4 ini?😁

Next post kita sembang pasal global makroekonomi dan geopolitik. Banyak isu yang berpotensi untuk jadi black swan event ketika ini.

Crypto is fun&easy. Dont wait, start learning&investing in crypto now. Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Part 3: US Massive Debt vs Stablecoin/Crypto/GoldPart 1&2 boleh baca link dibawah.https://www.facebook.com/share/p/17Pjt...
17/09/2025

Part 3: US Massive Debt vs Stablecoin/Crypto/Gold

Part 1&2 boleh baca link dibawah.

https://www.facebook.com/share/p/17PjtKGWfQ/

https://www.facebook.com/share/p/1DBWWmmvW7/

Apa yang membuatkan USD ni mampu menjadi world reserve currency? Kekuatan senjata/tentera US? Saiz ekonomi US? Sebab Petrodollar? Atau hutang US? Ya, semua itu. Tapi, ada 1 lagi faktor paling penting yang menjadikan USD ni kekal sebagai world reserve currency, iaitu SWIFT settlement layer/messaging system.

Tak kisah la guna currency apa sekalipun, currency itu kena ada "medium/platform" untuk bergerak merentasi seluruh dunia. Contoh, warga Indonesia di Malaysia jika nak kirim duit balik ke Indonesia, maka mereka kena cari platform/bank/apps yang boleh convert+transfer duit itu dari Malaysia ke Indonesia. Tanpa medium/platform, susah nak buat transaksi kewangan yang rentas daerah/negara kan?

Contoh lain, apa yang betul-betul menjadikan BTC ni currency yang special? Sebab BTC decentralized? Sebab limit 21 juta supply? Untuk saya, yang menjadikan BTC ini betul-betul special adalah ledger/blockchain nya itu sendiri. Ledger BTC atau kita boleh panggil payment/transaction settlement layer yang tak perlu maintenance dari centralized body ini la yang betul-betul menjadikan BTC unik. Soalan bonus, kalau suatu hari nanti, kesemua 21 juta BTC dah habis kena mining, pastu para miner rasa kos mining/validating BTC block dah tak berbaloi dengan harga/fee BTC masa itu, pastu SEMUA miner off mesin, LANGSUNG dah tiada miner di seluruh bumi. Cuba fikir, pada masa itu, adakah BTC dalam wallet kita masih berguna? Nak buat transaction send BTC, tapi kalau dah langsung tiada miner untuk buat block validation, bagaimana kita nak buat transaksi kan? Boleh tangkap? BTC itu sendiri tidak berguna, kena ada ledger/settlement layer tu baru la BTC kita ada nilai.

Ada USD sahaja tak cukup untuk jadi world reserve currency, kena ada platform/settlement layer yang seluruh dunia guna baru USD itu akan jadi penting.

Dalam dunia kewangan global ketika ini, SWIFT merupakan platform/medium yang paling penting sebagai cross border settlement layer. Untuk yang tak tahu, SWIFT ni digelar sebagai Financial Nuclear Weapon.

Dalam dunia moden ini, perang "fizikal" dah tak menakutkan dah, perang "ekonomi" tu yang lebih menakutkan. Contoh, kalau esok tiba-tiba tentera US serang Malaysia, ekonomi Malaysia belum tentu akan hancur. Tapi, kalau esok tiba-tiba US tendang Malaysia keluar dari SWIFT sistem, maka ada kemungkinan ekonomi Malaysia akan hancur. Kecuali la kalau China akan back up ekonomi Malaysia macam China back up ekonomi Russia.😬Untuk yang tak tahu, lepas US ban Russia dari SWIFT, pastu US warning seluruh dunia kalau siapa buat transaksi dengan Russia, maka negara itu juga akan kena ban dari SWIFT. Setakat ini, hanya China dan India yang terang-terangan masih berani support ekonomi Russia. Tapi, baru-baru ni India tu pun dah mula surender kepada Trump dah lepas kena ugut.

So, boleh bayangkan la ya betapa penting SWIFT ni.

Nak cipta dan maintainance settlement platform seperti SWIFT ni bukan mudah, makan modal, masa, dan kepakaran yang tinggi. Negara BRICS sampai sekarang masih testing settlement layer mereka. Sebab itu ledger/settlement layer BTC ni sangat special, zaman awal BTC dulu tu guna PC Pentium4 pun dah boleh buat mining/validation(platform maintenance) dah.

Seperti yang kita semua dah tahu, SWIFT ni lembap, mahal, pastu sangat terdedah kepada sekatan ekonomi oleh US. Bahkan, semua data transaksi dalam SWIFT ni US boleh monitor. Urusan jual-beli senjata China dengan negara lain kalau guna SWIFT semua US boleh monitor.

Sejak US tendang Russia keluar dari SWIFT, dah makin banyak pihak yang cuba membangunkan cross border payment messaging system/settlement layer sebagai alternatif kepada SWIFT. China dengan CIPS, Russia dengan SPFS, BRICS dengan BRICS PAY dan mBridge, dll.

Cuba fikir, kalau negara dunia semua dah mula meninggalkan SWIFT/USD pastu join system yang dibangunkan oleh China atau BRICS atau EU dll, adakah USD masih boleh kekal sebagai world reserve currency?

Sekarang ni, kuasa besar dunia dah mula nak rebut tempat dalam "gelanggang baru" dalam era digital/data ini. Gameplay Trump sekarang ni adalah nak pindahkan "gelanggang" dari USD/SWIFT/CBDC ke blockchain+USD stablecoin. USD stablecoin kekal sebagai world reserve currency, manakala settlement layer itu p**a adalah blockchain ledger. Logik la kan? Trump boleh kelentong blockchain tu decentralized dan US tak boleh "manip**asi", so, pihak yang "risau" pasal dominasi US dalam SWIFT mungkin akan kembali menggunakan USD(stablecoin) sebab kelebihan(murah/pantas/decentralized) ledger blockchain sebagai settlement layer.

So, sekarang ni kita dah nampak Trump nak push kekalkan USD stablecoin sebagai world reserve currency. Tapi, kita dah tahu, setakat ada currency sahaja masih tidak memadai, US kena ada platform/settlement layer untuk USD stablecoin itu yang US boleh "kawal/monitor". Disini la munculnya teori konspirasi kononnya US akan push ledger XRP sebagai primary settlement layer untuk USD stablecoin bagi kegunaan peringkat Gov/institusi kewangan dunia.

ETH(ERC20) BNB(BSC20) TRX(TRC20) dll semua tu kan dah boleh jadi settlement layer untuk USD stablecoin? Ya, memang boleh, tapi US nak settlement layer/ledger yang mereka boleh "kawal".😬 Pastu, dunia kewangan ni highly regulated, takkan nak guna ledger yang public dan belum tentu risiko keselamatannya kan? Takkan Gov/bank nak transaction mereka semua "terdedah" dalam public blockchain kan? XRP setakat ini adalah ledger yang paling selamat sebab dah certified compliance untuk ISO20022, SOC 2 Type 2, MiCA, dll legal requirement untuk kegunaan financial institution. Bahkan status legality XRP juga dah terbukti melalui kes mahkamah dengan US SEC. Untuk yang tak tahu, XRP juga ada private ledger nya sendiri ya. Nak issue tokenized RWA asset, nak issue stablecoin currency negara masing-masing, semua boleh guna XRPL.

So, kalau US banking/financial sector dah mula nak berpindah dari SWIFT ke USD stablecoin/onchain, maka sudah tentu mereka akan perlukan platform/ledger yang jelas statusnya dalam regulation/undang-undang US dan memenuhi semua financial standard kan? Adakah XRPL akan menjadi pilihan utama mereka nanti?🤔

Ada peminat konspirasi yang kata kemungkinan ini tinggi. Rosa Gumataotao Rios, iaitu 43rd Treasurer of the US(2009-2016) yang kini merupakan ahli board of director dalam Ripple , pastu merupakan chairman untuk handle event besar US 250th anniversary tahun depan. Takkan Rosa ni tak guna "kabel" untuk Ripple gain something dalam gameplay USD stablecoin Trump ni kan?

Cuba fikir, kalau seluruh dunia beralih dari SWIFT, dan guna XRPL sebagai settlement layer/platform, ertinya currency(USD)+platform(XRPL) pun dah dalam "tangan" US, maka sudah tentu status USD sebagai world reserve currency akan kekal kebal kan? Dulu, USD+SWIFT, akan datang p**a jadi USD stablecoin+XRPL. Dunia dah beralih ke sistem blockchain yang lebih murah,effisien, dan decentralized(kononnya), tapi tetap masih dipegang oleh US.

Macam biasa, selagi currency dan settlement layer tu US yang pegang, maka selagi tu la US tak perlu pening pasal hutang mereka, dan selagi tu la US boleh terus bermaharaja-lela di dunia ini.😬 Sebab tu saya berpendapat US tak pernah pun berminat nak fully bayar/hapuskan hutang mereka, tapi mereka akan buat apa sahaja untuk mengekalkan status USD sebagai world reserve currency dan seterusnya kuasa monopoli dalam ekonomi dan geopolitik dunia.

Currency=Power.

Btw, another possibility, tidak mustahil juga untuk SWIFT dan CBDC akan merge dengan blockchain/XRPL.

Macam mana? Logik tak teori konspirasi ini?🤣🤣All in XRP now?🤣🤣Jika anda hodler XRP, maka wajib share posting ini untuk bakar semangat para army dan hodler XRP.🤣🤣

Melabur crypto ni best, bukan setakat belajar pasal blockchain, ekonomi, geopolitik, malah kita juga akan tertanya-tanya sama ada kita ni tergolong dalam mereka yang paling awal faham dan memanfaatkan kelebihan BTC/crypto, atau adakah kita ni hanya la sekadar antara yang paling awal terkena "brainwash" untuk percaya kononnya BTC ni decentralized dan seterusnya menjadi buah catur kepada geng hidden hand yang sedang bermain catur untuk mengawal dominasi kuasa dunia.🤔

Pendapat peribadi, jadikan crypto/BTC ini sebagai medium pelaburan untuk gain profit sahaja. Tapi tak perlu la nak taksub dan naive sangat nak percaya BTC ni terpaling decentralized, kononnya si Satoshi itu manusia paling mulia yang hanya nak bebaskan manusia dari Fiat sistem dan tak minat pun nak gain profit dari BTC biarpun 1 sen, dll.🤣

Crypto is fun&easy. Dont wait, start learning&investing in crypto now. Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Part 2: US Massive Debt vs Stablecoin/Crypto/GoldPart 1 boleh baca link dibawah.https://www.facebook.com/share/p/1EBqzLa...
15/09/2025

Part 2: US Massive Debt vs Stablecoin/Crypto/Gold

Part 1 boleh baca link dibawah.

https://www.facebook.com/share/p/1EBqzLaYSi/

Dulu, ada orang kata Oil is the new gold. Kini, ada yang dah mula kata Data is the new gold.

US dah pernah guna gold untuk menjadikan USD sebagai world reserve currency, pastu US juga dah guna Oil/Petroleum(Petrodollar) untuk mengekalkan kedudukan USD sebagai world reserve currency. Kini, bila dunia dah bergerak kearah data/digitalization/tokenization, gameplay US tetap adalah nak cari jalan untuk terus mengekalkan dominasi USD dalam dunia "maya/digital" ini.

Dunia sekarang dah berubah, orang muda dah bergerak kearah digital dan dah mula bosan dengan permainan money game geng oldschool/old money. So, untuk nak kawal/manip**asi minda orang muda, maka konsep BTC yang kononnya decentralized dan tak dapat dikawal oleh centralized Gov pun diperkenalkan untuk brain wash golongan muda. Padahal urusan transaksi crypto 99.9% memang tak akan dapat lari dari penggunaan USD juga. Mungkin tak sampai 0.1% yang betul-betul dah FULLY go onchain(Crypto+DeFi) dan fully ditch USD. 🤣 Selebihnya/majoriti kita p**a masih guna pair crypto/USDT/stablecoin.

Selagi US dapat mengekalkan USD sebagai world reserve currency, maka selagi tu la US dan USD tak akan collapse. Selagi USD tak collapse, maka selagi tu US tak perlu risau pasal hutang US tu.

Cash is power. Power is king . Cash dalam level permainan kuasa dunia adalah "currency". Currency siapa jadi world reserve currency, maka dia la yang akan pegang power dan boleh tentukan naratif apa yang salah dan apa yang betul untuk seluruh dunia. Best ke pegang POWER ni?🤡 Lihat saja contoh dalam negara kita, masa Najib pegang POWER, 1MDB no problem no rasuah. Najib hilang POWER saja 1MDB terus jadi rasuah dan tumbang. DSAI masa tiada POWER, maka status bekas banduan. Bila dah ada POWER, terus dapat royal pardon dan jadi PM. So, sendiri fikir, best tak pegang POWER ni?😁

Selagi USD masih kekal sebagai world reserve currency, maka selagi tu la US akan kekal sebagai kuasa yang paling dominan dalam ekonomi dan geopolitik dunia. Dan selagi US masih kekal sebagai kuasa paling dominan di dunia, maka selagi tu la US dan Esreil boleh sesuka hati nak attack siapa/negara mana, nak jual naratif apa supaya seluruh dunia dengar cakap US, nak langgar piagam/peraturan PBB, dll. Maka, jangan hairan kenapa US sanggup buat apa sahaja demi mengekalkan kuasa dominasi mereka itu.

Bahkan, hutang itu adalah salah 1 senjata dan cara US untuk mengekalkan dominasi mereka. Cuba fikir, kalau kita hutang RM1juta dengan bank, kita yang risau kita tak dapat bayar loan itu. Tapi, kalau kita berhutang RM100bil dengan bank, maka bank itu la yang perlu risau kalau kita tiba-tiba default loan itu, boleh tumbang bank itu kalau bank tak dapat kutip semula modal RM100Bil tu kan.🤣Betul tak? Contoh sekarang ni, Jepun UK China ni semua pegang banyak hutang US, rasa-rasa semua negara ni akan biar US tiba-tiba bankrap dan tumbang ke? US kalau bankrap, China yang kononnya musuh US ni tak untung mana pun. Malah ekonomi China sendiri pun akan terjejas teruk juga sebab US ni antara customer terbesar China selama ini. Fenomena pengangguran dan bisnes bankrap sekarang di China pun teruk sebab bisnes ke US dah berkurang sejak Trump buat trade war.

Boleh nampak sekarang? US tak pernah kisah nak bayar/hapuskan hutang mereka menggunakan crypto/stablecoin/gold, tapi mereka akan mempergunakan crypto/stablecoin/gold untuk memastikan USD kekal sebagai world reserve currency dan boleh terbitkan hutang sesuka hati.

Btw, gameplay US dan Trump mungkin ada lain sikit ya. Gameplay US secara keseluruhannya adalah nak mengekalkan status USD sebagai world reserve currency, manakala gameplay Trump p**a adalah push stablecoin/BTC untuk cover perbelanjaan dan hutang yang dia akan pinjam untuk tempoh 2025-2028. Election 2028 tu Trump dah tak boleh masuk bertanding dah sebab had bertanding Presiden US, kiranya Trump hanya perlu pening kepala fikir cara untuk tingkatkan/kekalkan demand terhadap hutang US untuk tempoh 2025-2028. Selepas 2028, maka terp**ang la pada Presiden US masa tu nak guna cara apa untuk kekalkan USD sebagai world reserve currency supaya US masih boleh terbitkan hutang sesuka hati.

Setakat ini, cara yang Trump guna untuk kekalkan/tingkatkan demand terhadap hutang US adalah melalui stablecoin(Genius Act) yang memerlukan semua USD stablecoin itu pegged/backed by US Treasury/hutang US. Sebab tu Trump berabis push hype-kan BTC/crypto. Makin banyak bilis main crypto, maka makin tinggi la demand kepada USD stablecoin dan hutang US.🤡

2028 tu nanti lepas Presiden baru naik, kita tak tahu apa p**a gameplay Presiden baru tu. Katakan la kalau Presiden baru tu dari parti Democratic, pastu dia reverse semula semua benda yang Trump buat, rasanya apa akan jadi pada BTC/crypto?🤣 Kalau ikut sejarah lepas, parti Democratic seperti Obama Biden ni semua tak berapa nak mesra dengan crypto tetapi lebih mesra CBDC kan? Operation Choke Point 1.0 &2.0 masa zaman Obama dan Biden tu pun antaranya target sektor crypto/digital aset juga kan?So, rasanya mereka akan teruskan apa yang Trump dah buat untuk crypto, atau mereka akan kembali kepada rancangan lama mereka iaitu push untuk CBDC? Tips, lihat saja politik negara kita, benda pertama kalau parti baru naik jadi kerajaan adalah cancel/tukar semua sistem kerajaan lama kepada sistem baru mereka.🤡 So, kalau next US election tu parti Democratic p**a yang menang, maka saya expect US akan balik semula kepada sistem yang tak berapa mesra crypto tetapi push for CBDC atau platform digital yang lain p**a.🤔

Btw, ada XRP army lepak di page ini?🤣 Peminat XRP boleh cuba Google nama Rosa Gumataotao Rios, ex 43rd Treasurer di US, dan kini antara board of director di Ripple. Tahun depan US akan menyambut ulang tahun ke-250 negara US merdeka. Rosa Rios p**a merupakan chairman yang akan bertanggungjawab untuk handle ulang tahun itu. US250 ni event besar dan penting, so, kita boleh anggap Rosa Rios ni antara watak yang berpengaruh dalam kerajaan US ya.

Apa kaitan Rosa Rios/Ripple dengan USD sebagai world reserve currency?😁😁Kita sambung Part 3 p**a ya, panjang dah post ni.🙏

Crypto is fun&easy. Dont wait, start learning&investing in crypto now. Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Address

Kuala Lumpur
41200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bossku CryptoVerse posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share