27/01/2019
Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan tiga model baharu bagi permulaan tahun 2019 iaitu Honda Super Cub 125, Honda CBR1000RR Fireblade SP dan Honda CB1100 RS.
1. Honda Super Cub 125 – RM13,999
Enjin 125cc SOHC empat-lejang dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana 9.1hp @ 7,500rpm dan 9.98Nm tork maksimum pada 5,000rpm.
Turut dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang lain seperti pakej lampu LED, sistem kunci pintar Honda, tempat duduk yang boleh dibuka secara elektronik, tangki minyak 3.7-liter dan lain-lain lagi.
Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black).
------------------------------------------------------------------
2. Honda CBR1000RR Fireblade SP – RM114,999
Fireblade SP didatangkan dengan enjin 1,000cc empat-silinder menghasilkan 189hp pada 13,000rpm dan 114Nm tork maksimum pada 11,000rpm. Model ini juga merupakan model Honda pertama yang dipasangkan dengan pakej suspensi elektronik pintar dari Ohlins.
Spesifikasi menarik yang lain adalah:
Tangki minyak titanium 16-liter
Sistem brek Brembo
Quickshifter
Cornering ABS
Model Fireblade SP didatangkan dengan warna HRC Tricolor.
------------------------------------------------------------------
3. Honda CB1100 RS – RM75,999
Memberikan imej yang retro dan juga moden pada model motosikal ini.
Reka bentuk ini diserlahkan lagi dengan tangki minyak unik tanpa kesan pateri, lampu utama bulat dan dua instrumen jenis dial jenis LED. Enjin 1,140cc empat-silinder model ini mampu menjana 88.5hp pasa 7,500rpm dan 91Nm tork maksimum 5,500rpm.
Pakej suspensi hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) dan suspensi belakang Showa berkembar dengan remote reservoir.
Model CB1100 RS datang dalam warna hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic).