ELLE Malaysia

ELLE Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ELLE Malaysia, Media/News Company, Unit 1, Level 13, Naza Tower, Platinum Park, No. 10, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur.
(2)

FERRAGAMO memperkenalkan Cara Bag, rekaan terbaharu dalam koleksi barangan kulit jenama itu yang menggabungkan bentuk ar...
07/09/2026

FERRAGAMO memperkenalkan Cara Bag, rekaan terbaharu dalam koleksi barangan kulit jenama itu yang menggabungkan bentuk arca dengan ketukangan Itali. Hadir dalam pilihan material termasuk kulit calf, eel dan alligator, rekaan ini turut dilengkapi penutup ikonik Gancini sebagai sentuhan signature Ferragamo. Antara selebriti yang menggayakan beg ini termasuk Anne Hathaway, badgalriri, Monica Barbaro, Karlie Kloss, NANA dan ramai lagi.

Gambar ihsan Ferragamo

SOOBIN Of TXT membuktikan sekali lagi mengapa visualnya sentiasa menjadi perhatian setelah diumumkan sebagai duta global...
07/09/2026

SOOBIN Of TXT membuktikan sekali lagi mengapa visualnya sentiasa menjadi perhatian setelah diumumkan sebagai duta global Dolce&Gabbana. Penampilan ketua TOMORROW X TOGETHER OFFICIAL ini dalam rekaan koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 menyerlahkan sisi elegan dan sofistikatednya, melengkapkan aura bintang K-pop itu yang sememangnya mencuri hati 🐰

Gambar ihsan Dolce & Gabbana dan SOOBIN Of TXT

namtan.tinapree dinamakan sebagai Brand Muse baharu bagi Musim Luruh/Dingin 2026 BONIA. Bintang Thai ini bakal membuat p...
04/09/2026

namtan.tinapree dinamakan sebagai Brand Muse baharu bagi Musim Luruh/Dingin 2026 BONIA. Bintang Thai ini bakal membuat penampilan rasmi di Malaysia pada 16 September 2026 di House of BONIA, Pavilion Kuala Lumpur. Will we see you there?

Gambar ihsan Bonia

Antara barang kemas paling ikonik, Alhambra daripada Van Cleef & Arpels cukup dikenali dengan motif semanggi berdaun emp...
03/09/2026

Antara barang kemas paling ikonik, Alhambra daripada Van Cleef & Arpels cukup dikenali dengan motif semanggi berdaun empat. Kini, rekaan ini tampil dalam interpretasi baharu, diserlahkan dengan salah satu material yang menjadi kepakaran maison ini: enamel.

Tarikan utama koleksi ini ialah rona merah jambu yang intens dan lut sinar. Apabila terkena cahaya, rona enamel ini berubah mengikut sudut dan pantulan, menampilkan nuansa berbeza yang menyerlahkan keindahannya pada setiap pergerakan. Koleksi terbaharu ini hadir dalam rangkaian lengkap yang terdiri daripada rantai panjang, rantai leher, loket, gelang tangan dan anting-anting.

Apakah ertinya dipilih sebagai muse terbaharu Coco Mademoiselle ‘Crush Absolu’ oleh CHANEL BEAUTY? Bintang muka hadapan ...
03/09/2026

Apakah ertinya dipilih sebagai muse terbaharu Coco Mademoiselle ‘Crush Absolu’ oleh CHANEL BEAUTY? Bintang muka hadapan ELLE September 2026, Gracie Abrams berkongsi pengalamannya: “Saat pertama kali menghidu aromanya, saya tahu ia bakal menjadi satu babak baharu dalam kehidupan saya.” Baca temu bual selengkapnya di elle.my.

Temu bual: Riri Riri
Laporan tambahan:

Jaeger-LeCoultre menamakan Robert Pattinson sebagai duta jenama terbaru mereka. Menerusi kempen perdana aktor filem The ...
03/09/2026

Jaeger-LeCoultre menamakan Robert Pattinson sebagai duta jenama terbaru mereka. Menerusi kempen perdana aktor filem The Drama ini dilihat menyarung Master Control Chronometre Perpetual Calendar.

H&M mengumumkan kolaborasi terbaharunya bersama ELIE SAAB, membawa dunia haute couture pereka Lebanon itu ke dalam kolek...
03/09/2026

H&M mengumumkan kolaborasi terbaharunya bersama ELIE SAAB, membawa dunia haute couture pereka Lebanon itu ke dalam koleksi yang lebih mudah diakses. Menampilkan DNA ikoniknya menerusi gaun berhias, helaian berkilauan, lace, sequin gradient dan monogram, koleksi ini turut merangkumi menswear serta aksesori dan kasut.

Koleksi ELIE SAAB H&M akan dilancarkan pada 22 Oktober 2026 di H&M Avenue K, Malaysia, serta secara dalam talian.

Gambar ihsan H&M

H&M mengumumkan kolaborasi terbaharunya bersama ELIE SAAB, membawa dunia haute couture pereka Lebanon itu ke dalam kolek...
03/09/2026

H&M mengumumkan kolaborasi terbaharunya bersama ELIE SAAB, membawa dunia haute couture pereka Lebanon itu ke dalam koleksi yang lebih mudah diakses. Menampilkan DNA ikoniknya menerusi gaun berhias, helaian berkilauan, lace, sequin gradient dan monogram, koleksi ini turut merangkumi menswear serta aksesori dan kasut.

Koleksi ELIE SAAB H&M akan dilancarkan pada 22 Oktober 2026 di H&M Avenue K, Malaysia, serta secara atas talian.

Gambar ihsan H&M

Golf, tetapi make it Onitsuka Tiger. ⛳️Di bawah matahari Málaga, menerusi MEXICO 66™️ GOLF, Onitsuka Tiger membuktikan b...
03/09/2026

Golf, tetapi make it Onitsuka Tiger. ⛳️

Di bawah matahari Málaga, menerusi MEXICO 66™️ GOLF, Onitsuka Tiger membuktikan bahawa gaya tidak berhenti di fairway. Dari satu swing ke sesi poolside, makan malam menghadap pantai hingga momen bersama nama-nama seperti 2000, Lennon Gallagher Gala Gonzalez dan SREELEELA, semuanya tentang menikmati perjalanan dengan gaya tersendiri.

Address

Unit 1, Level 13, Naza Tower, Platinum Park, No. 10, Persiaran KLCC
Kuala Lumpur
50088

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ELLE Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ELLE Malaysia:

Shortcuts

Share