Kacamataku

Kacamataku Kacamataku.. adalah satu portal bercirikan informasi dan santai.

Seram betul! Kejadian pukul 5 pagi. Mana datangnya budak ni? Tutup lampu kereta terus hilang budak ni.Ini bukan kantin s...
22/10/2025

Seram betul! Kejadian pukul 5 pagi. Mana datangnya budak ni? Tutup lampu kereta terus hilang budak ni.

Ini bukan kantin sekolah tapi kantin air dalam SYABAS. Kawan meniaga dalam tu.

Kredit: TikTok syafikaaismail96

Terkini, kes tikam remaja perempuan di Melaka yang berlaku semalam,  polis menahan seorang suspek berusia 20an di sebuah...
21/10/2025

Terkini, kes tikam remaja perempuan di Melaka yang berlaku semalam, polis menahan seorang suspek berusia 20an di sebuah rumah berdekatan dengan lokasi.
........

Gadis 19 tahun, baru tiga minggu datang ke Melaka untuk bekerja di sebuah kilang, tiada sebarang perselisihan faham dengan sesiapa dan tiada kenalan lain di negeri itu. Tujuannya hanya mahu bekerja mencari rezeki.

Namun, pada suatu petang tiba-tiba sahaja gadis yang berasal dari Tangkak, Johor ini dilibas dengan objek tajam hingga cedera oleh individu tidak dikenali ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak iparnya yang juga merupakan rakan sekerja di kilang sama.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu Sembilan, Tangga Batu.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 20an telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

13 TRILIONHari ini di Jakarta, dewan utama Istana Negara bertukar menjadi pentas luar biasa. Sebukit (atau seperti kata ...
20/10/2025

13 TRILION

Hari ini di Jakarta, dewan utama Istana Negara bertukar menjadi pentas luar biasa.

Sebukit (atau seperti kata orang sana, setumpok) wang tunai disusun bertingkat seperti tembok.

Nilainya diumumkan berjumlah 13 Trilion Rupiah, Rp13.255.244.538.149, atau lebih 3.8 bilion ringgit Malaysia.

Presiden Prabowo Subianto hadir bersama Jaksa Agung ST Burhanuddin untuk menerima wang tersebut, hasil rampasan daripada kes rasuah eksport minyak sawit yang menggoncang republik itu.

Tiga nama besar menjadi tumpuan:

1. Wilmar Group

Wilmar International Ltd berpusat di Singapura dan diasaskan oleh ahli perniagaan Kuok Khoon Hong, sepupu jauh kepada tokoh jutawan Malaysia, Robert Kuok.

Wilmar ialah antara pengeluar dan pengeksport minyak sawit terbesar dunia, dengan ladang dan kilang di Indonesia serta Malaysia.

Dalam siasatan, Wilmar dituduh mendapatkan lesen eksport secara tidak sah ketika krisis minyak goreng pada tahun 2021 hingga 2022.

Mereka didakwa membayar pegawai kerajaan bagi mempercepat proses kelulusan permit eksport walaupun arahan kerajaan ketika itu mengutamakan bekalan domestik.

Jumlah yang dikembalikan kepada negara oleh Wilmar dianggarkan sekitar Rp11.8 trilion, menjadikannya penyumbang terbesar dalam rampasan kali ini.

2. Musim Mas Group

Musim Mas Group beribu pejabat di Medan, Indonesia, dan dimiliki oleh keluarga Nathania–Widjaja.

Syarikat ini terlibat dari ladang hingga pengilangan serta eksport ke pasaran global.

Dalam kes ini, Musim Mas dilaporkan terlibat dalam jaringan rasuah yang sama dengan Wilmar, dengan bayaran kepada pegawai kementerian bagi mempercepat kelulusan lesen eksport.

Sumbangan kewangan mereka kepada skim ini dianggarkan sekitar Rp1.8 trilion, dan beberapa pegawai syarikat telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

3. Permata Hijau Group (PHG)

Permata Hijau Group atau PHG juga berasal dari Medan, Indonesia.

Mereka mengendalikan pelbagai cabang dalam industri sawit, termasuk pengeluaran bahan makanan dan oleokimia.

Dalam siasatan, PHG dituduh memals**an laporan bekalan minyak sawit tempatan untuk memastikan eksport tetap berjalan walaupun arahan sekatan masih berkuat kuasa.

Jumlah yang disita daripada mereka dianggarkan antara Rp600 bilion hingga Rp900 bilion, melengkapkan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 13 trilion.

Bagaimana rasuah ini berlaku?

Rasuah ini bermula ketika Indonesia menghadapi krisis minyak masak dua tahun lalu.

Kerajaan memperkenalkan peraturan baru yang mewajibkan syarikat menyalurkan bekalan mencukupi ke pasaran tempatan sebelum dibenarkan mengeksport lebihan.

Namun tiga syarikat gergasi itu menggunakan jalan pintas dengan membayar pegawai tertentu bagi mendapatkan permit khas.

Akibatnya, bekalan tempatan berkurang, harga minyak goreng melambung, dan rakyat kecil menanggung kesannya.

Apabila siasatan dibuka, beberapa pegawai kerajaan dan orang tengah ditahan.

Lebih mengejutkan, ada hakim turut disiasat kerana disyaki menerima sogokan untuk membebaskan pihak korporat yang terlibat.

Selepas keputusan mahkamah dibatalkan, kerajaan menuntut semula keuntungan tidak sah dan hasilnya kini berdiri di depan mata dalam bentuk gunung wang tunai.

Akhir kata

Apa yang berlaku di Indonesia hari ini bukan hal luar biasa. Ia cerminan bagi seluruh rantau, termasuk Malaysia.

Kita juga punya industri besar yang sering berselindung di sebalik istilah “pembangunan”, “pelaburan”, dan “rangkaian strategik”.

Dari sawit hingga tenaga, dari projek mega hingga lesen eksport, ceritanya selalu sama.Segelintir mengaut terlalu banyak, mengeksplotasi ketamakan pemegang amanah negara sementara rakyat teramai menanggung akibatnya.

Dan bila semuanya terbongkar, kita hanya mampu bertepuk tangan menyambut “kejayaan” memulangkan apa yang tidak sepatutnya diambil sejak awal lagi.

Sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, Johor Bahru, terpaksa menghentikan operasi sementara selepas sebuah kereta bernomb...
20/10/2025

Sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, Johor Bahru, terpaksa menghentikan operasi sementara selepas sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura memandu keluar dengan hos pam minyak masih terpasang, menyebabkan seluruh kios pam tercabut dalam kejadian malam Jumaat lalu.

Menurut pekerja yang bertugas, laporan polis telah dibuat dan pihak insurans dimaklumkan. Bahagian pam yang rosak kini ditutup bagi pemeriksaan keselamatan dan kerja pembersihan. Pemandu terbabit, lelaki warga Singapura berusia 30-an, memohon maaf dan memberi kerjasama penuh kepada kakitangan serta pihak berkuasa, malah menunggu di lokasi sehingga jam 3 pagi untuk menyelesaikan urusan berkaitan insiden tersebut.

Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan beliau datang kepada saya kata “saya influencer”. Saya ...
19/10/2025

Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan beliau datang kepada saya kata “saya influencer”. Saya pun kata ok. Lalu beliau pun tunjuk tiktok acc beliau di mana beliau mempunyai follower dalam 40K. Lepas itu beliau kata tak perlu bayar kan. Beliau kata akan ambil video NKS. Saya kata perlu bayar. Nak ambil video itu ikut s**a beliau sahaja. Saya tidak menghalang. Tetapi perlu bayar. Sebab bukan saya jemput beliau.

Jadi influencer bukan bermaksud tak perlu bayar. Kalau 10 orang buat macam beliau habislah mamu akan bankrap terus hahahah. Sebab yang ini pun sudah RM53. Lepas beliau sudah makan ketika nak bayar beliau masih kata lagi “saya influencer”, beliau nak saya bagi free walaupun pada awal saya sudah beritahu yang perlu bayar😆

Kredit: FB Nasi Kandar Sulaiman

Nikmat mengajar di luar bandar. Musim buah sekarang ini. Murid datang ke arah saya, “Cikgu Mahu makan durian ka, mak say...
19/10/2025

Nikmat mengajar di luar bandar. Musim buah sekarang ini. Murid datang ke arah saya, “Cikgu Mahu makan durian ka, mak saya bagi “ sambil malu-malu tanya saya, mungkin dia fikir saya akan menolak.

Jawapan saya: NAKKKKK.. saya lah hantu durian..
Lunak sangat-sangat. Nikmat apa yang didustakan. Saya sangat gembira mengajar di sini dikelilingi oleh ibu bapa yang sporting. Setiap kali mahu balik ke rumah, mereka akan tanya saya “Cikgu, pandai makan makanan ini kah cikgu? , Nanti petang saya hantar ke kuarters cikgu” .. “Cikgu sudah masak ka cikgu, saya nanti masakkan nasi dan lauk sekali untuk cikgu” .

Kredit: Facebook Dunstan Geraman

Inilah rakaman video sebenar Dewan al-Khuld Saat Saddam Hussein Memanggil Nama-Nama Pengkhianat Negara untuk di bun*h..S...
18/10/2025

Inilah rakaman video sebenar Dewan al-Khuld Saat Saddam Hussein Memanggil Nama-Nama Pengkhianat Negara untuk di bun*h..

Selepas 6 hari Saddam Hussein dilantik sebagai Presiden Iraq pada tanggal 22 Julai 1979... Saddam terus bertindak pantas pada politik Parti Ba‘ath yg bersekongkol dengan rejim Syria yg ketika itu condong kepada blok Soviet dan bersaing untuk menguasai dunia Arab untuk membuka ruang pengaruh kuasa asing, termasuk Barat dan Israel..

Mesyuarat tergempar di Dewan al-Khuld bukan sekadar “pembunuhan kejam” seperti yg dilapor CNN dan BBC.. namun Ia adalah gerakan pembersihan politik atau "political purge" untuk menamatkan pengaruh asing di dalam pemerintahan Iraq..

Di hadapan ratusan pegawai, Saddam berdiri dengan wajah tenang sambil menyalakan rokok cerut, beliau membaca senarai 68 nama-nama pengkhianat di bawah setiausaha presiden lama, iaitu Muhyi Abdul-Hussein Mashhadi..

Satu demi satu nama disebut, dan setiap kali nama dipanggil, askar bersenjata sedang menunggu individu-individu tersebut keluar dan tidak kembali lagi..

Dewan itu sunyi, hanya kedengaran nafas cemas dan dentuman but tentera di lantai marmar..

Ada yg menangis, ada yg menjerit "Hidup Saddam!" bukan kerana cinta, tetapi kerana takut..

Beberapa hari kemudian, 22 orang dihukum mati, termasuk lima anggota Majlis Revolusi sendiri..

Namun Saddam tidak berhenti di situ..dalam pidato beliau juga menegaskan "من يخون الوطن فلا مكان له بيننا في ارض تحاصرها الذئاب"

"Sesiapa yg mengkhianati tanah air, tiada tempat baginya di bumi yg dikepung serigala..."

Bagi menunjukkan siapa yg berkuasa, beliau memaksa rakan-rakan mereka sendiri menembak tubuh sahabat mereka..

Saddam percaya bahawa negara Arab mesti berdiri di atas kaki sendiri, bebas dari kawalan Amerika dan Barat..

Beliau nasionalis sejati yg mahu Iraq menjadi kuasa besar dunia Islam moden..

Negara yg dulunya miskin akibat penjajahan British, akhirnya bangkit menjadi antara yg paling maju di Timur Tengah, sehinggakan dunia Barat mula merasa terancam kerana pendiriannya yg enggan tunduk..

Di bawah pemerintahannya, Iraq terus berubah wajah, Iraq mampu membina universiti, hospital dengan sistem kesihatan moden, lebuhraya, empangan, dan program sains nuklear sendiri..

Minyak dijadikan senjata ekonomi, bukannya untuk di hadiahkan kepada negara-negara Barat..

Dan buat pertama kalinya, rakyat Arab mula percaya mereka mampu berdiri sama tinggi dengan Barat..

Beliau menolak pengaruh IMF, menolak penjualan minyak kepada Amerika dengan harga murah, dan terus membiayai perjuangan Palestin walau ditekan dari semua arah..

Iraq adalah benteng terakhir yg masih berdiri tegak menentang dominasi Barat dan Saddam mahu Iraq menjadi kuasa Islam yg berdikari, berilmu, berteknologi dan bersenjata sendiri..

Saddam Hussein sedar dunia Arab berada dalam bahaya apabila Amerika dan sekutunya sudah menguasai Mesir melalui Anwar Sadat, menundukkan Teluk dengan petrodollar, dan membiarkan Israel menindas Palestin tanpa batas.

Kata beliau: "إذا هوجمت فلسطين، فالعراق سيكون في الصف الأول"

"Jika Palestin diserang, Iraq lah yg akan berdiri paling depan..."

Dan telah beliau buktikan kata-kata itu...

Pada awal 1990an, semasa dunia Arab tunduk diam, Saddam menghantar peluru berpandu Scud ke arah Israel, sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.. Satu-satunya pemimpin Arab yg berani menentang secara terbuka..

Apabila Barat gagal menundukkan Saddam melalui diplomasi, mereka beralih kepada senjata halus media..

Barat menyunting rakaman Dewan al-Khuld untuk mengaburi dunia Arab, agar Saddam tampak jahat di mata bangsanya sendiri..

Rakaman dan berita diputar menjadi tragedi kemanusiaan, menampilkan Saddam sebagai diktator haus darah, sedangkan jutaan rakyat Iraq ketika itu hidup aman dan makmur di bawah pemerintahannya..

Prinsip Barat, mereka tidak pernah membenci diktator, hakikatnya mereka hanya membenci diktator yg tidak tunduk kepada mereka..

Selepas Saddam digulingkan oleh bangsanya sendiri hasil hasutan dan manipulasi media Barat, Iraq yg kononnya telah “dibebaskan”..

Namun kebebasan itu tidak pernah membawa kestabilan hingga ke hari ini, pendidikan hancur, ramai para ulama dibunuh, hospital musnah, masjid dibom, dan jutaan rakyat menjadi pelarian..

Ironinya, dunia yg dahulunya konon mahu “menyelamatkan Iraq daripada Saddam”, kini menyesal kehilangan keamanan dan kemakmuran yg pernah wujud di bawah pemerintahannya..

Hari ini, lebih dua dekad selepas kejatuhannya, rakyat Iraq mula sedar... Beliau bukan malaikat, namun bukan juga syaitan seperti yg digambarkan Barat..

Justeru, beliau adalah seorang muslim yg berjuang mempertahankan negaranya daripada dijajah semula dengan caranya sendiri..

Dunia akhirnya sedar bahawa kekerasan Saddam sebenarnya menjaga keseimbangan di Timur Tengah..

Tanpanya, Iraq hilang maruah dan tidak lagi mampu untuk melindungi Palestin daripada kekejaman Israel dan Barat..

Dan dalam sejarah umat Islam moden, jarang sekali lahir seorang pemimpin yg sanggup menanggung fitnah dunia semata-mata kerana enggan tunduk kepada Israel dan Barat..

Sumber rujukan: مذبحة الرفاق - Maʿrifa & video di ruang komen..

S**a dengar nasihat abang ni 👍🏻
18/10/2025

S**a dengar nasihat abang ni 👍🏻

Dia bukan minta dikasihani, cuma mahu ditemani.Langkahnya mungkin perlahan, tapi semangatnya masih kuat dan cuba bertaha...
18/10/2025

Dia bukan minta dikasihani, cuma mahu ditemani.

Langkahnya mungkin perlahan, tapi semangatnya masih kuat dan cuba bertahan selama 48 jam !!

Namun di puncak yang sejuk itu, dia akhirnya sendirian dan ditemani angin, sunyi, dan takdir yang diam.

Kawan² meneruskan perjalanan tanpa khabar berita dan bantuan sepatutnya .

Tapi di situlah manusia sering tersilap , mengira masa lebih penting dari nyawa.

Kini gunung Liang menyimpan kisah tentang seorang sahabat yang pergi tanpa sempat dihulur tangan buat kali terakhir.

Semoga tragedi ini jadi peringatan buat kita semua bahawa pendakian sebenar bukan tentang siapa sampai dulu akan tetapi siapa yang sanggup menemani itulah dikatakan teman sejati .

INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN
🤲 AL Fatihah

Kredit : Mohd Firdaus Zainal Abidin
📹 - Bomba Perak Official.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kacamataku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share