Dunia Artis Malaysia HQ

Dunia Artis Malaysia HQ Mengetengahkan cerita Artis Malaysia dan isu semasa yang berlaku di Malaysia dan luar negara. Terima kasih.

Boleh support kami dengan memberikan star dan melanggan page Dunia Artis Malaysia.

“MAMA, ABAH SAKIT KE MENINGGAL, JANGAN DATANG…” – UCAPAN HARI LAHIR ABBY ABADI BUAT ANAK JADI TUMPUAN, AKUI MENYESAL BER...
17/09/2026

“MAMA, ABAH SAKIT KE MENINGGAL, JANGAN DATANG…” – UCAPAN HARI LAHIR ABBY ABADI BUAT ANAK JADI TUMPUAN, AKUI MENYESAL BERKAHWIN DENGAN NORMAN HAKIM

Ucapan ulang tahun kelahiran pelakon Abby Abadi buat anak perempuannya, Maria Danisha Hakim, yang genap 18 tahun hari ini mengundang perhatian ramai.

Apa yang mencuri tumpuan, ucapan tersebut bukan sekadar kata-kata penghargaan buat anak, sebaliknya diselitkan dengan luahan hati Abby yang mendakwa dirinya kini sudah “hilang rasa” selepas melalui pelbagai perkara dalam hubungannya bersama anak-anak.

“Terima kasih menjadi anak Mama utk 18 tahun ini. Tak tahu nak tulis apa, sebab hati Mama dah hilang rasa sebenarnya.”

Abby turut mengimbau pengorbanannya membesarkan anak-anak sejak mereka kecil. Katanya, walaupun dirinya tidak mempunyai kemampuan yang besar, dia tetap berusaha memberikan kehidupan yang selesa buat mereka.

Namun, Abby meluahkan rasa terkilan apabila merasakan segala pengorbanan sebagai seorang ibu seolah-olah tidak lagi dihargai selepas anak-anak semakin dewasa.

“Kalau Mama yang melahirkan pun dibuang macam tu je, apatah lagi Abahnya… ada pun seakan tiada dibuatnya.”

Dalam hantaran sama, Abby turut mengimbas kembali perjalanan hidupnya ketika mengandungkan Danisha serta tempoh sukar yang dilaluinya sebelum perkahwinannya dengan Norman Hakim berakhir dengan perceraian.

Walaupun berat hati untuk menulis ucapan tersebut, Abby berkata dia tetap mahu menitipkan pesanan buat anaknya selagi masih diberikan kesempatan.

Antara pesanan yang paling mengundang perhatian ialah:

"Kalau Mama, Abah sakit ke meninggal jangan datang tau… uruskan sahaja kehidupan sendiri. Pesan Mama untuk yang terakhir kalinya.”

Abby kemudian mengakhiri hantaran berkenaan dengan ungkapan:

“Yang menyesal kawin dengan Norman Hakim".

“Diumur Baby yang ke 18 , lupakan terus Mama terus takpe, teruslah hidup bersama Puppy & Momok tu ye”, luah Abby Abadi dalam kesedihan di akaun media sosialnya.

Untuk rekod, Maria Danisha merupakan anak bongsu, Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim dan kini genap berusia 18 tahun.

Pada hari sama, Norman turut berkongsi ucapan istimewa buat puterinya sempena ulang tahun kelahiran tersebut.

Dunia Artis Malaysia HQ









MARIA DANISHA SAMBUT HARI LAHIR KE-18 BERSAMA KELUARGA, NETIZEN P**A PERSOAL KEHADIRAN ABBY ABADISambutan ulang tahun ke...
17/09/2026

MARIA DANISHA SAMBUT HARI LAHIR KE-18 BERSAMA KELUARGA, NETIZEN P**A PERSOAL KEHADIRAN ABBY ABADI

Sambutan ulang tahun kelahiran ke-18 Maria Danisha Hakim mencuri perhatian selepas beberapa foto majlis diraikan bersama keluarga dikongsikan di media sosial.

Majlis berkenaan dilihat berlangsung meriah dengan hiasan belon, kek serta sejambak bunga gubahan khas yang kelihatan cukup mewah.

Turut kelihatan dalam beberapa keping gambar ialah ahli keluarga yang hadir bagi memberikan sokongan dan meraikan hari istimewa Maria Danisha.

Namun, di sebalik kemeriahan sambutan tersebut, ada p**a netizen yang mula mempersoalkan satu perkara — di manakah ibu kandungnya, Abby Abadi?

Persoalan itu timbul susulan luahan Abby Abadi sebelum ini yang menjadi perhatian ramai, khususnya berkaitan hubungannya dengan anak-anak.

Malah, ucapan ulang tahun Abby buat Maria Danisha turut mengundang pelbagai reaksi selepas pelakon itu meluahkan rasa terkilan dan menulis pesanan yang cukup menyentuh hati.

Dalam masa sama, Norman Hakim turut berkongsi ucapan istimewa buat anak perempuannya yang kini secara rasmi melangkah ke usia 18 tahun.

Sambutan kali ini pastinya menjadi detik bermakna buat Maria Danisha, biarpun perhatian netizen turut tertumpu kepada keadaan hubungan keluarganya.

Dunia Artis Malaysia HQ

Psssttt... kesian p**a dekat seorang ibu apabila anak-anak seperti membelakangkannya. Hari tu Marissa Dania, sekarang Baby p**a ulang perkara sama. Wahai anak, ingatlah ibu walau dalam keadaan apa sekalipun.










“SOALAN BODOH…” – A AIDA SELAR NETIZEN DAKWA AZEVA BERADA DALAM INDUSTRI KERANA ‘KABEL’“Takkanlah saya ni bodoh nak labu...
16/09/2026

“SOALAN BODOH…” – A AIDA SELAR NETIZEN DAKWA AZEVA BERADA DALAM INDUSTRI KERANA ‘KABEL’

“Takkanlah saya ni bodoh nak labur duit kalau anak tu tak boleh nak menyanyi dan berlakon.”

Penerbit Datuk A. Aida tampil menjawab dakwaan segelintir netizen yang mempersoalkan sama ada anaknya, Azeva Natassha, mendapat peluang dalam industri hiburan kerana menggunakan ‘kabel’ ibunya.

Menerusi perkongsian di Threads, A. Aida dilihat tidak berselindung ketika menjawab persoalan berkenaan, malah menyifatkan pertanyaan itu sebagai tidak berasas.

Menurutnya, keputusan untuk menghasilkan album dan filem yang melibatkan Azeva dibuat kerana anaknya mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian dan lakonan.

“Soalan bodoh ada yang tanya guna kabel mak dia ke?

“Jawapan pada soalan bodoh. Saya buat album sebab dia boleh menyanyi, buat filem sebab dia boleh berlakon.

“Takkanlah saya ni bodoh nak labur duit kalau anak tu tak boleh nak menyanyi dan berlakon,” katanya.

Dalam pada itu, A. Aida menjelaskan bahawa sokongan akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bakat, tidak kira sama ada individu berkenaan mempunyai pertalian keluarga dengannya atau tidak.

“Tak kisah anak atau bukan… kalau ada bakat dan aura, kita akan push.

“Moga my princess terus menyinar dan mewarnai industri,” katanya.

Azeva atau Azeva Natassha mula dikenali ramai selepas beliau menyertai program realiti Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2).

Azeva nerupakan anak kepada Ameng Spring dan Datuk A. Aida. Azeva mula terbuka hati menceburi bidang seni selepas ibunya berdepan ujian kesihatan serius dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum mula aktif sebagai penyanyi, pelakon, dan pengacara.

Dunia Artis Malaysia HQ








16/09/2026

Sebak P**a Apabila Melihat Janna Nick & Dini Menangis

Pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann berkahwin pada 10 Jun 2023. Kiranya kini usia perkahwinan mereka baru sahaja berusia 3 tahun. Masih baru lagi.

Bagi pasangan yang berjuang untuk memiliki anak, apabila isu anak dibicarakan pasti akan menyentuh hati mereka.

Semoga Janna dan Dini terus kuat dan bahagia bersama. Muda lagi, jika ada rezeki untuk timang cahaya mata, pasti saat itu akan muncul. Terus berusaha dan berdoa.









16/09/2026

Aisha Retno di Keretapi Sarong 2026

Aisha Retno antara artis yang 'sporting' apabila bertemu peminat.

Dunia Artis Malaysia HQ

DIDAKWA TERLIBAT ISU RM1.3 JUTA DI INDONESIA — AISAR KHALED MOHON DOA, “SEMOGA ALLAH MUDAHKAN”“Semoga Allah mudahkan, do...
15/09/2026

DIDAKWA TERLIBAT ISU RM1.3 JUTA DI INDONESIA — AISAR KHALED MOHON DOA, “SEMOGA ALLAH MUDAHKAN”

“Semoga Allah mudahkan, doakan ya.”

Itu antara perkongsian ringkas Aisar Khaled menerusi Instagram Story miliknya, ketika pempengaruh terbabit berdepan isu dakwaan penipuan kewangan di Indonesia.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perkara yang sedang dihadapinya, kata-kata tersebut mengundang perhatian ramai yang menganggap Aisar kini sedang melalui fasa sukar.

Dalam hantaran terbaharu di Instagram p**a, Aisar dilihat meneruskan rutin berkongsi kebaikan apabila memberikan kejutan kepada tiga pekerja pembersihan warga asing di hadapan kediamannya.

Aisar menyerahkan wang dalam mata wang Rupiah Indonesia kepada mereka bagi membantu menghantar wang kepada keluarga di Indonesia selepas wang tersebut ditukarkan melalui pengurup wang.

Ruangan komen hantaran berkenaan turut dipenuhi kata-kata semangat daripada warganet Indonesia yang mendoakan agar segala urusan Aisar dipermudahkan.

“Doa terbaik bang. Semoga Allah mudahkan, Allah jaga. Stay strong.”

“Masya-Allah kamu anak yang kuat. Allah kekuatanmu.”

“Semoga Allah selalu lindungi kamu bang.”

“Doa terbaik buat abang... we love you abang.”

Perhatian terhadap Aisar turut semakin meningkat di TikTok dan Threads apabila beberapa pengguna media sosial berkongsi pengalaman serta menggambarkan dirinya sebagai individu yang gemar membantu orang lain.

Namun, di sebalik perkongsian positif itu, Aisar kini berdepan dakwaan serius di Indonesia.

Sebelum ini, media Indonesia melaporkan beliau didakwa terlibat dalam kes penipuan dan pengubahan wang membabitkan nilai sekitar 5.7 bilion rupiah, bersamaan kira-kira RM1.3 juta.

Laporan berhubung dakwaan tersebut dikatakan telah dibuat kepada Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) oleh sebuah agensi yang pernah menjadi rakan kongsi Aisar di Indonesia melalui wakil peguam, Machi Achmad.

Menurut laporan, pihak terbabit mendakwa sudah tiga kali menghantar notis tuntutan kepada Aisar, namun mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas.

Seorang lagi peguam, Michael Sugijanto, p**a mendakwa isu berkenaan berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dengan syarikat yang diwakilinya.

Perjanjian tersebut dikatakan menetapkan beberapa tugasan yang perlu dilaksanakan oleh Aisar. Bagaimanapun, pihak agensi mendakwa pempengaruh itu gagal memenuhi kewajipan seperti yang dipersetujui.

Setakat ini, dakwaan berkenaan masih merupakan pertikaian antara pihak-pihak terbabit dan tidak boleh dianggap sebagai pengesahan bahawa Aisar telah melakukan kesalahan.

Dalam situasi yang sedang menjadi perhatian ramai ini, Aisar hanya meminta orang ramai mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

“Semoga Allah mudahkan, doakan ya.” 🤲

Dunia Artis Malaysia HQ






SEBELUM INI PUJI BURN LELAKI YANG BOLEH DIHARAP, SIAP ADA PERANCANGAN KE ARAH KAHWIN — KINI DIANA DANIELLE SAHKAN HUBUNG...
15/09/2026

SEBELUM INI PUJI BURN LELAKI YANG BOLEH DIHARAP, SIAP ADA PERANCANGAN KE ARAH KAHWIN — KINI DIANA DANIELLE SAHKAN HUBUNGAN SUDAH BERAKHIR

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle pernah berkongsi bahawa hubungannya dengan usahawan yang dikenali sebagai Burn mempunyai hala tuju ke alam perkahwinan.

Bagaimanapun, Diana ketika itu memilih untuk tidak terburu-buru membuat keputusan kerana mengakui terdapat banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum melangkah ke fasa tersebut.

Terbaharu, Diana mengesahkan hubungan cintanya bersama Burn sudah berakhir.

Meski enggan mendedahkan punca perpisahan, ibu kepada dua cahaya mata itu menjelaskan bahawa keputusan berkenaan dibuat demi kebaikan kedua-dua pihak.

“Saya ada sebab kenapa saya muat naik perkara itu, walaupun itu bukan cara yang saya mahu. Saya cuma nak fokus untuk melangkah ke hadapan.

“Tidak perlu tanya punca, dia orang sangat baik cuma ini yang terbaik untuk kebaikan kami berdua.”

Diana turut memberitahu dia berada dalam keadaan baik dan mahu memberi tumpuan kepada kehidupan serta perkara-perkara yang lebih penting untuk masa depannya.

"Saya okay sahaja, banyak lagi perkara dalam hidup ini yang perlu disedihkan.”

Apa yang menarik perhatian, pengesahan perpisahan itu berlaku selepas Diana sebelum ini begitu positif berkongsi mengenai Burn.

Diana pernah menyifatkan lelaki berkenaan sebagai individu yang sentiasa memberikan sokongan, menghargai dirinya dan berada di sisinya ketika melalui fasa sukar.

Malah, Diana pernah menyifatkan Burn sebagai seorang lelaki yang boleh diharapkan.

"Bila kita mula berkawan sudah tentu kita tahu ke arah mana hala tuju hubungan itu. Tentulah ke arah perkahwinan.

"Tapi ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan juga membuatkan kita kena menjadi lebih strategik.

"Saya bersyukur Burn seorang yang menghargai dan beri sokongan. Dia tetap berada di belakang, bukan jenis cuba nak curi tumpuan.

"Waktu sukar pun dia tetap ada. Contoh bila saya penggambaran balik lewat malam seorang diri, dia ada bersama dalam fasa itu. Perkara itu membuktikan dia seorang lelaki yang boleh saya harapkan.”

Kini, selepas hubungan tersebut berakhir, Diana memilih untuk tidak membuka cerita mengenai punca perpisahan dan mahu meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

Kadang-kadang, sesuatu hubungan berakhir bukan kerana seseorang itu tidak baik, tetapi kerana perpisahan mungkin menjadi pilihan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Dunia Artis Malaysia HQ







Ucapan Amira Othman Buat Suaminya, Fattah Amin Menarik Perhatian Netizen"I love you sampai syurga ayang  insyaAllah🤍🫶 Mo...
15/09/2026

Ucapan Amira Othman Buat Suaminya, Fattah Amin Menarik Perhatian Netizen

"I love you sampai syurga ayang insyaAllah🤍🫶 Moga Allah jaga suami saya dunia dan akhirat. Terima kasih sudi terima sy seadanya. Happy 36th Birthday 🤍," luah Amira Othman di akaun media sosialnya.

Dunia Artis Malaysia HQ







SAMBUT HARI LAHIR KE-36, FATTAH AMIN TITIP UCAPAN PENUH MAKNA: “BUKANLAH APA YANG KITA MILIKI, TETAPI SIAPA YANG ALLAH H...
14/09/2026

SAMBUT HARI LAHIR KE-36, FATTAH AMIN TITIP UCAPAN PENUH MAKNA: “BUKANLAH APA YANG KITA MILIKI, TETAPI SIAPA YANG ALLAH HADIRKAN DI SISI”

Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang dipelajari tentang erti kehidupan.

Begitulah luahan hati pelakon Fattah Amin ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36, hari ini. Fattah Amin dilahirkan pada 14 September 1990, kini umurnya genap 36 tahun.

Menerusi perkongsian di media sosial, Fattah meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesihatan, kesempatan untuk menikmati kehidupan bersama insan tersayang serta peluang untuk terus memperbaiki diri.

Menurutnya, semakin dewasa, dia mula memahami bahawa kebahagiaan sebenar bukan semata-mata diukur melalui apa yang dimiliki, tetapi siapa yang hadir dan sentiasa berada di sisi.

"Semakin dewasa, semakin saya belajar bahawa nikmat terbesar bukanlah apa yang kita miliki, tetapi siapa yang Allah hadirkan di sisi, kesihatan yang masih diberi dan peluang untuk terus memperbaiki diri.

Dalam kesempatan itu, Fattah turut merakamkan penghargaan buat isterinya, Amira Othman, yang bersusah payah menyediakan kejutan sempena hari lahirnya bersama keluarga.

Pasangan itu turut meluangkan masa bersama anak-anak mereka, Nur Fatima Aisya dan Muhammad Jarir Umar, dalam meraikan hari istimewa berkenaan.

"Terima kasih, isteri syurgaku, bersusah-payah surprise kan birthday hari ini bersama keluarga. I love you sampai syurga. Amin, Allahumma amin.”

Ucapan penuh kesyukuran itu jelas memperlihatkan penghargaan Fattah terhadap keluarga yang menjadi antara nikmat terbesar dalam perjalanan hidupnya.










Address

Sri Hartamas
Kuala Lumpur
50480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dunia Artis Malaysia HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dunia Artis Malaysia HQ:

Shortcuts

Share