11/01/2022
Perjalanan takdir
Bersama kami Team Wadah Insan
Simpan kenangan disini
Kg Span Loi, kampung Sangang Segamat Johor/Jelebu
Negeri Sembilan.
9.1.2022
Ahad.
Segamat Johor sedang berduka Air Banjir sedang Termenung..
πΊπΊπΊπΊπΊπΊ
Biarkan gambar terus berbicara tentang duka
Kami dibawa ke Kampung Span Loi oleh adik pak imam untuk melihat kawasan yang lebih teruk terjejas banjir.
Kami teruskan perjalanan ke kampung Span Loi.. Sepanjang perjalanan kami ke Kg Span Loi apa yang kami lihat air banjir yang masih bertakung dan air nya deras.. sana sini air masih tinggi tengok rumah-rumah musnah. Ini lah perjalanan yang sangat-sangat menginsafkan.
Ya Allah terlalu besar dugaan buat mereka dalam masa tiga hari begini jadinya cuba bayangkan kalau seminggu hujan berterusan apa akan jadi agaknya adakah segamat akan tenggelam..
Ya Allah air masih lagi bertakung dan arus masih deras air banjir masih lagi arus deras.. Orang kampung sedang berkemas, air masih deras.. Ya Allah betapa kuat ujian dan dugaan mereka. Masih menggunakan perahu...
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, magsa banjir kg Span Loi dan Sangang. Bila kami sampai tengok kebanyakan penduduk masih sibuk mengemas kesan - kesan dari banjir, ada yang belum dapat berkemas ada yang menumpang dirumah sahabat dan sauadara rumah mereka masih bertakung dengan air yang belum surut.
Ya Allah bila sampai saja lihat keadaan kampung ini sangat sedih rumah dikelilingi air yang masih belum surut lagi.. ada yang paras dada.. Dah jadi lautan dikg Span Loi. Bila kah akan surut air ini..
Hakikatnya bukan orang saja yang termenung tapi air pun termenung. Air termenung dan tenang tiada jalan untuk keluar dan surut..kalau difikirkan agak ngeri..Pengalaman mak chik Minah tidur diatas air. Terpaksa menyelamatkan diri dari rumah bila rumahnya tenggelam sehingga ke bumbung
Sebelum ini belum pernah kejadian banjir berlaku dikawasan ini. Ini pengalaman pertama mereka lalui banjir yang teruk.. Allahuakbar.. Sepatutnya banjir berlaku diPantai Timur.. Allah maha besar. Bersangka baik dengan Allah. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian dan membuka mata semua pihak..
Rakyat Malaysia memang terbaik, rakyat sama sama turun saling membantu rakyat, malangnya ternampak kerajaan tidak ada idea untuk membantu rakyat. Negara perlu pemimpin berwibawa dan dihormatI. Allah sedang menegur sedarlah.
Bertembung dengan NGO dari Trengganu Kemaman yang sedang membuat pembersihan hebat mereka semiggu berkampung membantu penduduk kampung membuat pembersihan.. dan ada juga NGO yang baru datang..agak lewat..
Sempat bersembang dan bertanyakan khabar kata anak muda bernama Farid, katanya benteng yang hanya ditutup dengan pokok kelapa sawit pecah.. Mahunya tidak pecah kalau benteng hanya ditutup dengan daun pokok kelapa sawit
benteng hanya ditutup dengan daun kelapa sawit saja.. Allahuakbar.. betapa berat ujian dan dugaan mereka ini..
Sepanjang kami menyalurkan misi bantuan kemanusiaan musibah banjir ini lah paling teruk.. Kebanyakan penoreh getah tak boleh menoreh getah air masih bertakung sana sini.. rumah masih ditengelami air.
Ada rumah yang masih ditenggelami air.sampai anak - anak pun boleh berenang dalam rumah.. tidak nampak bila air akan surut. Mungkin ambik masa untuk air surut.. berapa hari berapa minggu tiada jawapan. Ada yang masih menumpang dirumah saudara dan rumah Kawan kawan.
Kata kak Eton dia redha dengan apa yang berlaku. Selama sepuluh tahun tinggal disini.. Ini pertama kali berlaku banjir selama tiga hari hujan.. Jd bersangka baik dengan Allah.. Jika selama sepuluh tahun hidup tidak diuji dengan banjir ini kali pertama diuji kita dah marah dan saling menyalah antara satu sama lain.. Bagus kka Enton ni sentiasa bersangka baik dengan Allah dengan apa yang berlaku..
Kami bergegas ke pekan bandar yayasan untuk beli makanan seratus pack untuk petugas-petugas yang sukarelawan datang membantu penduduk kampung buat pembersihan rumah ke rumah. Lebih kurang 7km dari kampung untuk ke pekan.
Kami terpaksa bantu adik yang jual nasi sebab nak cepat..banyak pengalaman hari ini bungkus lauk2.Penat lelah dan letih tak terasa.. Gembira dapat gembirkan dan membahagiakan hati orang dah sampai rumah baru terasa nak makan..
Memandangkan mereka kelaparan dahaga dalam keadaan panas terik boleh terasa mcm terbakar kulit.
Tiada makanan yang masuk.Ada NGO datang2untuk membantu mengemas dan menyuci rumah yang teruk berselut. Semoga dipermudahkan urusan kami dan mereka membersihkan rumah.
Kami tidak dapat maklumat jelas mengenai keadaan jadi kami hanya membawa barangan keperluan dan makanan dan tidak membawa alatan untuk memcuci rumah, kami hanya mampu membantu saja.
Bagaimana mereka hendak membina dan memulakan kehidupan yang baru setelah segalanya musnah begitu saja.. Bagi mampu dan ada saving masih boleh membeli bagaimana pulak dengan orang-orang susah
Pemimpin yang dipilih terus mm
Dalam perjalanan balik kami singgah diJelebu ziarah rumah sahabat untuk memyampaikan sedikit sumbangan pada sahabat yang lumpuh akibat strok. Alhamdulillah Allah permudahkan misi kami hari ini.. Aamiin. Terima kasih. Semua sahabat - sahabat yang mendoakan kami. Kekuatan kami datangnya dari doa sahabat2 dan semua yang mendoakan kami.
Belajar dari pengalaman pengalaman pelajaran yang sangat berharga.. Alhamdulilah hari ini banyak pengalaman yang dikutip akan disimpan sebagai kenangan terindah dalam hidup. Terima Kasih Ya Allah atas segalanya buat aku..
Bersama kita berkongsi rezeki. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. .. Aamiin.
9.1.2022
Ahad
kg Span Loi/jelebu N
Sembilan