YayaExplain

YayaExplain Yaya akan explain pelbagai cerita dengan cara lebih mudah untuk kawan² faham. Follow yaya dekat semua platform yaaa..

Air Kolam Taman Tema, Bersih ke Sebenarnya?Ramai s**a pergi taman tema air, especially time cuti sekolah. Kolam nampak b...
05/07/2025

Air Kolam Taman Tema, Bersih ke Sebenarnya?
Ramai s**a pergi taman tema air, especially time cuti sekolah. Kolam nampak biru cantik, ramai orang happy… tapi korang tahu tak, dalam air tu bukan setakat air je? Ada ‘extra’ yang kita tak nampak.
Pakar dari Universiti Alberta, Kanada buat kajian:
➜ Dalam kolam besar taman tema, boleh ada 30 ke 75 liter air kencing
➜ Kolam kecil pun sama, tetap ada puluhan liter ‘bahan tambahan’
➜ 1 daripada 5 orang pernah kencing dalam kolam, selalunya budak-budak… sebab susah nak tahan kalau dah syok main air
Tahu tak apa jadi bila air kencing campur klorin?
➜ Terbentuk bahan kimia chloramines
➜ Chloramines ni bukan main-main, dia boleh:
➜ Buat mata pedih
➜ Kulit jadi gatal atau naik ruam
➜ Bau pelik dalam kolam (bukan bau klorin semata)
➜ Kalau ada asma, boleh trigger sesak nafas
Macam mana nak elak?
➜ Jangan minum air kolam (sebab kita tak tahu campuran apa ada dalam tu)
➜ Lepas main air, terus bilas badan dengan air bersih
➜ Kalau rasa mata pedih sangat, keluar dulu, jangan paksa stay dalam kolam
➜ Lagi ELOK jangan pergi ke Taman Teman.
Kesimpulan dari ini,
Taman tema air memang best, seronok main gelongsor, ombak buatan, semua tu… Tapi realitinya, bukan semua dalam air tu ‘bersih’ macam yang kita sangka.
Jom, ajak kawan-kawan share info ni.
Ramai orang tak tahu pasal chloramines ni, ramai ingat bau kuat tu bau klorin je, padahal tu campuran ‘air lain’ juga. Lagi ramai tahu, lagi ramai boleh jaga diri.
Yaya dah explain, lepas ni pandai-pandai jaga kesihatan masa main air, okay?

Kenapa kita buat ibadah korban?
10/06/2025

Kenapa kita buat ibadah korban?

09/06/2025
09/06/2025

Zaman Nabi Nuh dulu, orang dah tak nak ikut ajaran Allah.
Diorang buat jahat, sombong… siap gelakkan Nabi Nuh! 😔

Tapi Nabi Nuh tetap sabar berdakwah.
Bukan sehari dua. Tapi… 950 TAHUN 😳

Sampai satu hari, Allah suruh Nabi Nuh bina kapal besar.
Sebab apa?

➡️ Banjir besar akan datang!

Walaupun tak nampak laut, Nabi Nuh patuh.
Orang kampung ejek? Tak kisah. Sebab baginda yakin dengan perintah Allah.

Lepas siap kapal, Allah suruh naik:

✅ Nabi Nuh & pengikutnya
✅ Setiap haiwan – 2 ekor, jantan & betina!

Bayanglah dalam kapal tu ada 🐘🐒🦓🐔🐍 semua!

Lepas tu... langit hitam.
Hujan turun. Air naik.
Seluruh bumi banjir.
Yang selamat? Hanya yang ikut Nabi Nuh

09/06/2025
"Anak dah habis SPM, tapi malas sambung belajar. Asyik pegang telefon, game dari pagi sampai ke malam."Aku tahu rasa tu,...
30/04/2025

"Anak dah habis SPM, tapi malas sambung belajar. Asyik pegang telefon, game dari pagi sampai ke malam."

Aku tahu rasa tu, ibu ayah. Rasa geram, rasa kecewa. Kadang-kadang sampai rasa nak marah, nak paksa. Tapi dalam hati... kita sebenarnya takut. Takut anak terlepas arah. Takut masa depannya kabur. Takut dia leka, dan akhirnya hanyut.

Tapi sebelum kita menghukum... cuba kita duduk sekejap. Tenung wajah dia waktu dia main game tu. Tenung bukan dengan marah. Tapi dengan doa.

Mungkin... anak kita sedang lari.
Dari tekanan. Dari takut gagal. Dari rasa tak cukup bagus.
Mungkin dia rasa dia tak sehebat kawan-kawan yang dah dapat tawaran sambung belajar.
Atau... dia sendiri tak tahu apa cita-citanya.

Waktu usia 17–18 ni, jiwa masih mentah. Tapi emosi penuh gelora. Mereka perlukan bukan sekadar arah tapi teman untuk memegang tangan mereka, berjalan perlahan-lahan bersama.

Apa yang kita boleh buat sebagai ibu ayah?

1. Duduk berbual tanpa marah.
Tanya dia apa sebenarnya dia nak? Apa dia minat? Apa yang buat dia gembira? Kadang-kadang kita pun terkejut bila anak buka mulut, baru kita tahu dia simpan macam-macam.

2. Bimbing pelan-pelan.
Mungkin dia tak minat akademik, tapi hebat dalam kreativiti? Dalam gaming sendiri pun, ada laluan kerjaya grafik, coding, content creation. Kita yang perlu buka mata dan bimbing dia.

3. Disiplinkan dengan hikmah.
Ya, telefon jangan sampai jadi candu. Tetap kena ada batas. Tapi kalau kita marah tanpa tunjuk alternatif, dia akan lawan... atau diam dan jauhkan diri.

4. Doa siang malam.
Sebut nama anak satu-satu dalam sujud. Yakin, hati anak milik Tuhan. Kadang bukan kata-kata yang ubah mereka tapi doa seorang ibu dan ayah yang ikhlas.

🌸 Kadang, anak yang paling kita risaukan... itulah yang paling banyak ajar kita erti sabar, erti redha, dan erti percaya.

Jangan putus asa, ya.
Anak kita sedang mencari.
Dan tugas kita, jangan berhenti menjadi cahaya.

03/01/2025

Haram hukumnya bagi seorang lelaki muslim, mendekati wanita yang sudah bersuami lalu menikahi suaminya

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+6099751990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YayaExplain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to YayaExplain:

Share