Gempaking

Gempaking Trending | Berita Viral | Info Semasa
Kami Bawakan Terus Ke Timeline Anda šŸ”„

Dikatakan tak puas hati penghantar makanan lambat isi minyak, terus keluarkan pisau pemotong daging!Itulah tindakan seor...
10/08/2026

Dikatakan tak puas hati penghantar makanan lambat isi minyak, terus keluarkan pisau pemotong daging!

Itulah tindakan seorang lelaki berusia 55 tahun yang kini direman empat hari hingga 13 Ogos selepas dipercayai mengacukan pisau ke arah seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam.

Suspek ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kediamannya di Kampung Nibung.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mendakwa mangsa lambat mengisi minyak.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Ujian air kencing turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.

Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri dan menyerang menggunakan senjata berbahaya.

Kes itu sebelum ini menjadi tular selepas video berdurasi 23 saat memaparkan suspek mengacukan pisau ke arah penghantar makanan ketika mangsa sedang mengisi minyak.

Empat kali ditampar dalam kelas, bekas pelajar terima ganti rugi RM88,069. šŸ˜”Apa yang berlaku dalam kelas pada 28 Januari...
10/08/2026

Empat kali ditampar dalam kelas, bekas pelajar terima ganti rugi RM88,069. šŸ˜”

Apa yang berlaku dalam kelas pada 28 Januari 2019 akhirnya membawa ke mahkamah.

Mahkamah Tinggi mengarahkan seorang pesara guru, Isamuddin Ismail, 63, membayar RM88,069 kepada bekas pelajarnya, Mohamad Adam Maidin, kini 21 tahun.

Ketika kejadian, Mohamad Adam baru berusia 14 tahun dan mengalami masalah pendengaran. Dia ditampar empat kali pada muka termasuk kedua-dua p**i, menggunakan tangan kanan dan kiri dari arah belakang atau dikenali sebagai ā€œtampar kapitā€.

Akibat tamparan itu, mangsa mengalami masalah pendengaran, pening dan bunyi berdesing di telinga.

Hakim Mohd. Rosli Yusoff mendapati Isamuddin melakukan serangan sentuh serta gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai pendidik untuk berhati-hati terhadap pelajar.

Jumlah ganti rugi itu merangkumi RM45,000 ganti rugi am, RM569 khas, RM11,250 teladan, RM11,250 teruk serta RM20,000 kos dan faedah.

Ibu mangsa menyedari perubahan anaknya selepas dia pulang dari sekolah dengan wajah merah, murung dan mengadu sakit kepala. Seorang rakan sekelas kemudian memaklumkan bahawa dia ditampar guru berkenaan dan perlu mendapatkan rawatan.

Lebih menyedihkan, akibat trauma, Mohamad Adam terpaksa berpindah sekolah kira-kira sebulan selepas kejadian dan hanya kembali pulih selepas dua hingga tiga tahun.

Seorang kakitangan hotel dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku bers...
04/08/2026

Seorang kakitangan hotel dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tunangnya yang berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah hotel di Tanah Merah pada 24 Julai lalu.

Tertuduh, Muhamad Nazaim Mohd Nazari, 34, didakwa mencabul mangsa sebanyak dua kali ketika remaja itu sedang tidur selepas membawanya dari Kuala Krai dengan alasan mahu menguruskan perpindahan sekolah. Mangsa yang ketakutan kemudian berjaya melarikan diri sebelum ditemui orang awam di tepi jalan dan dibawa ke IPD Tanah Merah.

Ketika kejadian, tertuduh turut berkata, ā€œAdik comel, papa sayang adik, adik kecil macam baby.ā€

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dijalankan serentak, satu sebatan bagi setiap pertuduhan, selain mengarahkan tertuduh mengikuti kaunseling pemulihan sepanjang menjalani hukuman serta dikenakan pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan.

Didakwa menerima suapan hampir RM500 daripada seorang warga asing, seorang ketua balai polis di Kelantan kini direman se...
20/07/2026

Didakwa menerima suapan hampir RM500 daripada seorang warga asing, seorang ketua balai polis di Kelantan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM.

Pegawai polis berusia 41 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada pemegang kad UNHCR sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap individu tersebut yang menjalankan perniagaan besi buruk.

Mahkamah Majistret Kota Bharu membenarkan reman sehingga 26 Julai bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Suspek ditahan pada jam 2.20 petang semalam sebelum tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 9 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap jingga serta diiringi dua pegawai SPRM.

Sumber: Berita Harian

Tindakan kejam seorang mekanik mencederakan, merogol, dan merompak seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang sedang...
20/07/2026

Tindakan kejam seorang mekanik mencederakan, merogol, dan merompak seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang sedang berjoging bulan lepas membalas padap apabila Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 20 tahun dan tujuh sebatan terhadapnya.

Hukuman ke atas tertuduh, Muhammad Faryzuan Aiman Mat Yatim, 23, dijatuhkan Hakim Zulkpli Abdullah selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku di kawasan semak Kampung Mesira, Palekbang, Tumpat kira-kira jam 7.40 pagi pada 17 Jun lalu. Tertuduh bukan sahaja menyerang dan merogol mangsa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan, malah turut menggunakan sebatang kayu untuk merompak telefon bimbit mangsa di bawah Seksyen 392/397 kanun sama, yang kemudiannya dijual pada harga RM35.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Na’ilah Harizan, menegaskan wujudnya keperluan hukuman berat memandangkan mangsa menderita kecederaan parah merangkumi retak tulang muka, rongga mata, hidung, dan patah gigi.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sempat memohon kelonggaran atas faktor tanggungjawab kepada isteri dan anak kecil, namun mahkamah menetapkan hukuman penjara berasingan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 7 Julai—iaitu 15 tahun penjara dan lima sebatan (rogol) serta lima tahun penjara dan dua sebatan (rompak).

Selain hukuman pemenjaraan dan sebatan, tertuduh diwajibkan mengikuti program kaunseling pemulihan sepanjang berada di dalam penjara dan dikehendaki berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun sejurus selesai menjalani hukuman.

Sumber: Sinar Harian

Hanya kerana tidak berpuas hati melihat isteri bersolek, satu pertengkaran domestik berakhir dengan tragedi berdarah di ...
17/07/2026

Hanya kerana tidak berpuas hati melihat isteri bersolek, satu pertengkaran domestik berakhir dengan tragedi berdarah di Medan, Indonesia. Seorang suri rumah, Yuyun Kristina Br Sirait (25), kini berdepan dakwaan membunuh suaminya, Irfansyah Hutagalung, di kediaman mereka.

Insiden bermula apabila mangsa menegur tindakan tertuduh yang memakai make-up sebaik sahaja pulang bekerja. Walaupun hiasan wajah itu telah dipadamkan, perang mulut antara mereka tetap berlarutan hingga ke dalam kamar tidur.

Keadaan menjadi luar kawalan apabila tertuduh bertindak menyerang semula dengan mencekik leher mangsa, sebelum keluar mengambil kain sarung untuk melilit leher suaminya itu sehingga tidak bermaya. Tertuduh kemudian bertindak keluar rumah dan hanya mendapati suaminya sudah tidak bernyawa apabila kembali semula dua jam kemudian.

Berdasarkan laporan bedah siasat (visum et repertum), pakar perubatan menemui kesan lebam serta melecet pada bahagian muka dan leher mangsa. Pemeriksaan dalaman turut mengesahkan terdapat resapan darah pada jaringan leher, sekali gus merumuskan punca kematian adalah akibat mati lemas (asfiksia) kerana saluran udara tersekat.

Kes berprofil tinggi ini sedang dibicarakan di Pengadilan Negeri Medan di bawah fasal berlapis KUHP Baharu (UU No. 1/2023) atas pertuduhan membunuh suami dan penganiayaan maut, serta Akta Keganasan Rumah Tangga (UU No. 23/2004). Perbicaraan di bawah kendalian Hakim Ketua Zufida Hanum ini akan diteruskan bagi mendengar keterangan saksi.

Masuk akaun isteri pun kantoi.., koperal polis trafik dipenjara 4 bulan kerana suapan RM1,000.Seorang koperal polis traf...
16/07/2026

Masuk akaun isteri pun kantoi.., koperal polis trafik dipenjara 4 bulan kerana suapan RM1,000.

Seorang koperal polis trafik berusia 42 tahun menerima padah apabila Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,000.

Wang berkenaan didakwa dipindahkan secara dalam talian ke akaun isterinya menerusi empat transaksi antara 3 Oktober 2017 hingga 2 Mac 2018.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan, namun semua hukuman berjalan serentak menjadikan tempoh penjara kekal empat bulan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan sementara rayuan di Mahkamah Tinggi dengan ikat jamin RM10,000, seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Sumber: Harian Metro

Anggota polis didakwa ambil ketamine dan M**A di pusat hiburan, mengaku tidak bersalah di mahkamah.Seorang anggota polis...
15/07/2026

Anggota polis didakwa ambil ketamine dan M**A di pusat hiburan, mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh selepas didakwa memasukkan dadah jenis ketamine dan M**A ke dalam badannya di sebuah pusat hiburan pada April lalu.

Tertuduh, Mohammad Aizat Zamli yang bertugas di Balai Polis Segamat, Johor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Menurut pertuduhan, kejadian itu didakwa berlaku di Bilik VIP 1, Wisma Wolley, Jalan Canning Estate, Taman Ipoh pada jam 5.04 pagi, 5 April 2026.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta sama. Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, selain perintah pengawasan antara dua hingga tiga tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 selepas peguam memaklumkan dia berpendapatan sekitar RM3,000 sebulan dan menanggung bapanya yang sudah tua.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Ogos depan.

Sumber: Utusan Malaysia

Terkini! Syed Saddiq kini bebas sepenuhnya!Akhirnya tamat! Selepas hampir enam tahun berdepan kes berprofil tinggi, Syed...
13/07/2026

Terkini! Syed Saddiq kini bebas sepenuhnya!

Akhirnya tamat! Selepas hampir enam tahun berdepan kes berprofil tinggi, Syed Saddiq kini bebas sepenuhnya apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir pihak pendakwaan.

Selepas hampir enam tahun melalui proses perbicaraan yang panjang, Syed Saddiq Abdul Rahman akhirnya bebas sepenuhnya apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskannya daripada empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim menyaksikan rayuan terakhir pihak pendakwaan ditolak, sekali gus mengakhiri segala prosiding terhadap Ahli Parlimen Muar itu.

Sebelum ini, Syed Saddiq pernah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada November 2023. Bagaimanapun, keputusan itu kemudian dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan, sebelum Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir pendakwaan, sekali gus menamatkan episod perundangan yang menjadi perhatian umum sejak enam tahun lalu.

Korang kena baca kisah yang tengah tular dekat Indonesia ini. Memang lain macam cara orang kampung zaman sekarang ajar p...
12/07/2026

Korang kena baca kisah yang tengah tular dekat Indonesia ini. Memang lain macam cara orang kampung zaman sekarang ajar pencuri! Kisahnya, ada seorang remaja 18 tahun kantoi curi unit luar (outdoor) AC dekat rumah orang. Kawan dia sempat lari naik motor lain, tapi budak ni tersangkut dengan beca motor dia sebab dah dikepung warga desa.

Tapi plot twist dia dekat sini: orang kampung tak belasah dan tak hantar lokap pun! Mereka sepakat bagi hukuman sosial paling ikonik—suspek kena pikul AC yang beratnya dalam 20kg ke 30kg tu, jalan kaki sejauh 2 kilometer untuk pulangkan balik ke rumah mangsa. Sepanjang jalan diiringi penduduk naik motor sampai budak tu terduduk beberapa kali sebab letih dan tebal muka.

Apapun, penduduk sana sebenarnya masih berhati perut. Demi masa depan budak tu supaya tak ada rekod jenayah, mereka tak report polis dengan syarat suspek dan kawan dia kena bawa ibu bapa masing-masing datang pejabat desa untuk minta maaf secara rasmi.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gempaking posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share