05/08/2025
Tiada jurulatih. Tiada penaja/sponsor. Tiada alasan.
Hanya seorang wanita dengan api di dalam jiwanya.
Kenali Candelaria Rivas Ramos, seorang wanita Rarámuri berusia 30 tahun dari Chihuahua, Mexico — yang mengejutkan dunia apabila memenangi Maraton Ultra Canyon 2025, perlumbaan sejauh 63 kilometer merentasi kawasan pergunungan Tarahumara yang mencabar dan tidak berbelas kasihan.
Tetapi perjalanannya bukan sekadar tentang perlumbaan itu.
Sebelum garisan permulaan, Candelaria berjalan kaki selama 14 jam, sendirian, hanya untuk sampai ke lokasi acara tersebut. Tiada kereta. Tiada pasukan, hanya memakai "huaraches" tradisional dikakinya yang diperbuat daripada getah kitar semula, kain skirt mengalir yang mencerminkan asal-usul kaum asalnya.
Dalam masa 7 jam 34 minit, dia menamatkan perlumbaan sebagai juara tanpa memakai apa2 barangan berjenama mewah, tetapi dengan kekuatan yang senyap dan tidak pernah goyah — yang hanya dimiliki oleh mereka yang dibentuk oleh alam, kesusahan, dan kebanggaan budaya.
Candelaria bukan sekadar menewaskan peserta lain perlumbaan. Dia juga menewaskan sistem yang sering mengabaikan atlet yang tidak mempunyai pendedahan, pembiayaan, atau liputan media — dan dia menang.
Kemenangannya bukan sekadar tentang sukan.
Ia adalah warisan.
Ia adalah budaya.
Ia adalah peringatan bahawa kehebatan tidak semestinya hadir dengan pakaian berjenama dan sokongan tajaan.
Kadangkala, kehebatan datang tanpa kasut, merentasi gunung-ganang, untuk mengingatkan dunia siapa juara sebenar.