Sayyidul Media

Sayyidul Media Media | Berita Semasa | Dakwah | Viral

03/10/2025

Menyampah dengan sesetengah komen netizen di dalam sosial media yang masih beranggapan bahawa Sumud Flotilla ini adalah usaha yang sia-sia, sedangkan ia sangatlah memberi kesan, tekanan kepada global, dan banyak lagi makna lain.

Sejak bertahun-tahun, pelayaran Flotilla kemanusiaan ke GZ sering mendapat perhatian dunia. Namun, tidak kurang juga suara yang menganggap usaha ini sia-sia, kerana kapal-kapal tersebut biasanya dihalang, ditahan atau tidak sampai ke destinasi.

Ada yang melihatnya sebagai pengorbanan membazir, malah sekadar ‘simbolik’ tanpa hasil nyata. Kononnya.

Namun hakikatnya, Flotilla ke GZ membawa banyak kebaikan, yang tidak boleh diukur semata-mata pada kejayaan menembusi sekatan saja ya.

Meh sini aku cuba senaraikan satu-satu.

1. Menyedarkan dunia tentang kezaliman sekatan GZ

Setiap kali Flotilla belayar, media antarabangsa akan melaporkan berita tersebut. Walaupun kadang-kadang disekat, ia tetap membuka mata dunia bahawa GZ masih dikepung dan dizalimi. Ia berfungsi sebagai kempen global yang berulang kali mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang isu Plstn.

2. Membangkitkan solidariti umat manusia seluruh dunia

Flotilla bukan hanya melibatkan aktivis Muslim, tetapi juga s**arelawan dari pelbagai bangsa, agama dan negara. Kehadiran mereka menunjukkan bahawa isu Plstn bukan sekadar isu politik atau agama, tetapi isu kemanusiaan sejagat.

3. Memberi kekuatan moral kepada rakyat GZ

Walaupun bantuan fizikal yang sampai mungkin sedikit bahkan mungkin langsung tiada, tetapi rakyat GZ sentiasa tahu dan merasai bahawa mereka tidak bersendirian. Mereka tahu ada manusia di luar sana yang sanggup meredah lautan dan risiko nyawa demi menunjukkan sokongan. Ia memberi semangat untuk mereka terus bertahan dan tidak sesekali bergoyah. Walaupun tekanan sentiasa datang atas bawah kiri dan kanan. Itulah maksud ‘Sumud’ yang sebenar!

4. Mendedahkan watak sebenar rejim Zns

Tindakan Ishell menahan, menyerang atau merampas Flotilla membuktikan kepada dunia betapa zalimnya sekatan yang dikenakan. Perkara ini s**ar dinafikan bila bukti ditayangkan secara terbuka. Ia menambah tekanan diplomatik terhadap pihak Ishell.

5. Mendidik masyarakat dunia tentang pengorbanan.

Flotilla menjadi simbol bahawa perjuangan menentang kezaliman bukan sekadar pada doa atau kata-kata. Ia perlukan tindakan, walaupun risiko besar. Semangat keberanian ini menjadi inspirasi kepada banyak gerakan kemanusiaan di seluruh dunia. Membuka banyak mata, dari rakyat biasa sehingga ke pemimpin atasan! Dari sebuah negara yang mungkin tidak peduli dahulu, namun sekarang mungkin menyusun strategi dalam diam.

6. Mencabar normalisasi dan kelalaian.

Dalam dunia moden yang sering melupakan Plstn, Flotilla hadir sebagai gangguan yang menyedarkan semula masyarakat agar tidak menerima penjajahan sebagai perkara biasa atau normalisasi. Jauh sekali menyokong rejim Zns yang melanggar ses**a hati polisi antarabangsa bahkan jenayah perang!

Mengatakan sumud flotilla ke GZ sebagai sia-sia adalah satu pandangan yang terlalu sempit.

Walaupun ia mungkin gagal dari segi matlamat logistik untuk membawa bantuan besar-besaran, kejayaannya dari segi moral, politik, psikologi, dan kesedaran global sangatlah besar nilainya.

Flotilla adalah simbol bahawa perjuangan Plstn masih hidup, dan bahawa manusia sejagat masih punya hati nurani untuk melawan kezaliman bangsat Ishell!

Terus berdoa agar kesemua wira-wira Malaysia kita yang diculik disana selamat kembali ke tanah air, ke pangkuan keluarga. Amin!

Kredit : SN

11/09/2025
19/08/2024
12/08/2024

Zaman kecelaruan Akidah umat,jom belajar Tauhid Sifat 20.

Nota diri.

TAUHID SIFAT 20*

(20 Sifat Wajib Allah swt dengan Dalilnya)

Allah swt memiliki 20 sifat Wajib yang harus diketahui oleh seseorang yang bergelar Muslim. Sifat-sifat itu dikelompokkan menjadi 4 yakni;

1) Sifat Nafsiyah
2) Sifat Salbiyah
3) Sifat Ma’ani
4) Sifat Ma’nawiyah

* Sifat Nafsiyah

Yaitu sifat yang berhubungan dengan Dzat Allah. Sifat Nafsiyah ini ada satu, yaitu Wujud yang ertinya “ADA”.

* Sifat Salbiyah

Adalah sifat yang meniadakan adanya sifat sebaliknya, yakni sifat-sifat yang tidak sesuai, atau sifat yang tidak layak dengan kesempurnaan Dzat-Nya. Sifat Salbiyah ini ada lima, yaitu;

1) Qidâm
2) Baqâ
3) Mukhâlafatu lil hawâditsi
4) Qiyâmuhu binafsihi
5) Wahdâniyat

* Sifat Ma’ani

Yaitu sifat- sifat abstrak yang wajib ada pada Allah swt. Yang termasuk Sifat Ma’ani ada tujuh yaitu;

1) Qudrat
2) Irâdat
3) Ilmu
4) Hayât
5) Sama’
6) Bashar
7) Kalam

* Sifat Ma’nawiyah

Adalah kelaziman dari Sifat Ma’ani. Sifat Ma’nawiyah tidak dapat berdiri sendiri, sebab setiap ada Sifat Ma’ani tentu ada Sifat Ma’nawiyah. Bila Sifat Ma’ani telah didefinisikan sebagai sifat yang ada pada sesuatu yang disifati secara tersendirinya menetapkan suatu Hukum padanya, maka Sifat Ma’nawiyah merupakan Hukum tersebut.

Ertinya, Sifat Ma’nawiyah merupakan keadaan yang selalu menetapi Sifat Ma’ani. Sifat ‘ilmu misalnya, pasti Dzat yang bersifat dengannya mempunyai keadaan berupa Kaunuhu ‘âliman (Keberadannya sebagi Dzat yang berilmu). Dengan demikian itu, Sifat Ma’nawiyyah juga ada tujuh sebagaimana Sifat Ma’ani.

Berikut ini 20 sifat wajib Allah swt dan penjelasannya;

1) WUJUD

Wujud ertinya “ADA”, maka mustahil Allah bersifat “Tiada”. Sifat Wajib Allah dan dalilnya firman Allah didalam Al-Qur'an;

“Allah yang telah menciptakan tujuh langit dan bumi beserta segala sesuatu di antara keduanya.”
(QS. As-Sajdah : 4)

2) QIDÂM

Qidam ertinya Dahulu dan Awal. Sifat mustahilnya Hudus ertinya baru. Dalilnya adalah firman Allah swt;

“Dialah Allah yang awal dan yang akhir.”
(QS. Al-Hadid : 3)

3) BAQA’

Maksudnya Allah Maha Kekal. Tidak akan rosak, binasa, atau mati. Dia akan tetap ada selamanya. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur’an;

“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. BagiNya-lah segala penentuan, dan hanya kepadaNya-lah kamu dikembalikan”.
(QS. Al-Qasas : 88)

“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal wajah Rabb mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”.
(QS. Ar-Rahman : 26-27)

4) MUKHÂLAFATU LILHAWADITSI

Mukholafatul Lilhawaditsi ertinya berbeza dengan ciptaan-Nya. Sifat mustahilnya Mumatsalatuhu lil hawadits, ertinya serupa dengan ciptaan-Nya. Dalilnya firman Allah swt;

“Allah tidak sama dengan segala sesuatu.”
(QS. Asy-Syuuro : 11)

5) QIYÂMUHU BINAFSIHI

Maksudnya Allah itu berdiri sendiri, tidak bergantung pada apapun dan tidak memerlukankan bantuan siapapun. Dalil firman Allah didalam Al-Qur'an;

“Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta”.
(QS. Al- Ankabut : 6)

6) WAHDÂNIYAT

Wahdaniyah ertinya ESA atau Tunggal. Sifat mustahilnya Ta’addud ertinya berbilang atau lebih dari satu. Dalilnya firman Allah swt;

“Seandainya di langit dan di bumi ada Tuhan-Tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu akan binasa”.
(QS Al-Anbiya : 22)

7) QUDRAT

Qudrat ertinya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada yang boleh menandingi kekuasaan Allah swt. Berikut salah satu ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur'an;

“Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.”
(QS. Al-Baqarah : 20)

😎 IRÂDAT

Iradat ertinya Berkehendak. Apabila Allah Berkehendak maka jadilah hal itu dan tidak ada seorang pun yang dapat mencegah-Nya. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur'an;

“Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki”.
(QS. Hud : 107)

9) ILMUN

Ilmun ertinya Mengetahui dan Allah swt Mengetahui atas segala sesuatu. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur'an;

“Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”.
(QS. Qaf : 16)

10) HAYÂT

Hayat bererti Hidup dan tidak pernah mati ataupun musnah. Kekal selamanya yang dijelaskan didalam Al-Qur'an;

“Dan bertakwalah kepada Allah yang hidup (kekal) yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memujiNya”.
(QS. Al-Furqon : 58)

11) SAMA’

Sama’ ertinya Mendengar. Allah swt Maha Mendengar yang diucapkan mahu pun yang disembunyikan. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur’an;

“Dan Allah-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(QS. Al-Maidah : 76)

12) BASAR

Basar ertinya Allah swt Melihat segala sesuatu. Penglihatan Allah tidak terbatas, Dia mengetahui apapun yang ada di dunia ini. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur'an;

“Dan Allah melihat atas apa yang kamu kerjakan”.
(QS. Al-Hujurat : 18)

13) QALAM

Qalam ertinya Berkata. Allah boleh berbicara atau berkata secara sempurna tanpa bantuan apapun. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur'an;

“Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan kami) pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya”.
(QS. Al-A’raf : 143)

14) QADIRUN

Allah yang Maha Kuasa diatas segalanya. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur'an;

“Hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali sinar itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. jika Allah menghendaki, niscaya dia melenyapkan pendengaran dan pengelihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.”
(QS. Al-Baqarah : 20)

15) MURIDAN

Jika Allah Berkehendak maka tidak akan ada yang boleh menolaknya. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur’an;

“Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksanya terhadap apa yang Dia kehendaki”.
(QS. Hud : 107)

16) ‘ALIMUN

Yang mengetahui segala sesuatu. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur’an;

“Dan Allah Maha Mengetahui sesuatu” …
(QS. An-Nisa : 176)

17) HAYYUN

Yang Maha Hidup. Allah adalah Dzat yang hidup dan tidak akan mati. Ayat yang menjelaskan didalam Al-Qur’an;

“Dan bertakwalah kepada Allah yang hidup, yang tidak mati, dan bertasbihlah denga memuji-Nya. Dan cukuplah dia Maha Mengetahui dosa-dosa hambaNya”.
(QS. Al-Furqon : 58)

18) SAMI’AN

Sami’an ertinya yang Mendengar. Allah swt Mendengar pembicaraan manusia dan doa hambanya.

19) BASHIRAN

Bashiran adalah yang Maha Melihat. Allah boleh melihat tiap-tiap perbuatan umatnya.

20) MUTAKALLIMUN

Ertinya yang Berbicara. Sama dengan Qalam, Mutakalliman juga bererti Berfirman. Firman Allah terwujud melalui kitab-kitab suci yang diturunkan melalui Para Rasul.



23/07/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ

Daripada Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (Sahih Bukhari No: 614) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat di masjid:

a. Orang yang paling jauh jarak rumahnya ke masjid

b. Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam (tidak solat sendirian)

2. Beruntung mereka yang rumahnya jauh dari masjid namun tetap datang ke masjid. Semoga orang yang lebih jauh jarak rumahnya lebih semangat untuk ke masjid kerana pahalanya lebih besar dibandingkan dengan orang yang rumahnya dekat dan mudah untuk ke masjid.

3. Seseorang yang menunggu solat dengan datang awal ke masjid hingga dia melaksanakan solat bersama imam, lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat (hanya datang pada waktu hampir solat didirikan).

4. Ganjaran pahala bertambah dengan seseorang mengambil kesempatan berada di masjid antara dua waktu solat seperti waktu maghrib dan menunggu sehingga waktu isya – sama ada membaca al-Quran, berzkir, mendengar kuliah atau bergaul mesra merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli jamaah.

22/07/2024

Menjadi Wanita Tenang

1. Bangunlah seawal pagi. Mandi ni wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan.

2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.

3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran.

4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi.

5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya.

6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.

7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka.

8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.

9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah

10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita s**a.

11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat.

12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita s**a.

13. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Ilmu akhirat lebih baik. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya.

14. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah

15. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanitabyang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

16. Foto saya ketika dalam Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah ketika mengerjakan umrah yang lalu. Jika dengan bas, 7 jam perjalanan. Dengan train laju ini, dua setengah jam boleh sampai. Alhamdulillah.

Kredit dan penulisan asal oleh Siti Suryani Yaakop, via FB Faridah Mohd Ali & oh bulan

20/07/2024

SELESA DI ALAM KUBUR
Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di alam kubur.

Amalkan 3 perkara ni:
1. Baca Alquran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur p**a dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Kawan-kawan,
Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.

Tapi itulah, sudah bersediakah kita?

Credit to:

17/07/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh badan. Apabila ada salah satu anggota tubuh badan yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ' (HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara.

2. Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.

3. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan.

4. Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji

5. Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.

6. Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajiran untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam Madinah.

Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Ummah Sejahtera Yang Berkualiti. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.

Perkongsian lebih menarik di : https://t.me/SunnahInspired

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60162274828

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sayyidul Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sayyidul Media:

Share

Category