Shahrul Zuber

Shahrul Zuber whatever

01/08/2024
Tarikh bermula puasa bagi 1445H
10/03/2024

Tarikh bermula puasa bagi 1445H

Kredit eMadani
02/12/2023

Kredit eMadani

02/12/2023

Lain macam senjata penyamum.

Penyamun bersenjata botol ubat nyamuk diberkas

KLANG – Kelicikan empat penyamun bersenjatakan botol penyembur ubat nyamuk melarikan wang tunai dan tiga tabung derma dari sebuah kedai runcit berakhir dengan tiga daripadanya ditahan kelmarin.

Penahanan ketiga-tiga suspek lelaki berusia 23 hingga 35 tahun dilakukan antara pukul 8.30 hingga 11 malam di sekitar Kuang dan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mendapati kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari pada Rabu dengan empat suspek menyamar pelanggan bagi membeli barangan dalam sebuah kedai runcit di Kampung Johan Setia di sini.

Semasa kejadian terdapat hanya seorang pekerja di kedai runcit tersebut. Secara tiba-tiba seorang daripada suspek mengeluarkan pemetik api dan botol penyembur disyaki ubat nyamuk dan membakar di hadapan mangsa bagi menakutkannya.

“Dua suspek masuk dalam kawasan kaunter dan mengambil duit, dua karton rokok, tiga tabung derma dan telefon bimbit pekerja itu sebelum melarikan diri menggunakan kereta Perodua Alza berwarna silver,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun kata beliau tiada kecederaan dilaporkan terhadap mangsa dengan nilai kerugian dianggarkan RM800.

Bertindak atas maklumat, Hoong Foong berkata, sepasukan polis kemudiannya menahan seorang suspek di Kampung Bunga Raya, Kuang dekat sini dan dua lagi di Bukit Tinggi Klang.

Turut dirampas pakaian dan beberapa barangan kes bagi membantu siasatan.

Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 11 rekod lampau jenayah dan tujuh berkaitan dadah. Ketiga-tiga suspek kini direman selama lima hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan adegan jenayah samun dengan seorang daripadanya menyala api daripada semburan ubat nyamuk

Suspek juga mengarahkan mangsa agar tidak bergerak sepanjang jenayah tersebut dilakukan mereka. -KOSMO! ONLINE

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
2 Disember 2023, 11:32 am

PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Ra...
29/11/2023

PETALING JAYA - Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tiga kes dadah.

Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kredit: Sinar Harian

Proton S70 (2024) secara rasminya dilancarkan hari ini!Bermula dari harga RM73,800, terdapat empat varian yang ditawarka...
28/11/2023

Proton S70 (2024) secara rasminya dilancarkan hari ini!

Bermula dari harga RM73,800, terdapat empat varian yang ditawarkan iaitu 1.5 Executive (RM73,800), 1.5 Premium (RM79,800), 1.5 Flagship( RM89,800) dan 1.5 Flagship X (RM94,800).

Kredit: Careta, PanduLaju, Proton Cars

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60102186160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shahrul Zuber posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share