Mandat Rakyat Reporter

Mandat Rakyat Reporter " Dedah, Siasat, Bongkar "
" Bukan Sekadar Cerita,Tapi Fakta "

Tolak calon BERSATU & PHโ€ฆ undi calon BN ๐Ÿ˜…
27/06/2026

Tolak calon BERSATU & PHโ€ฆ undi calon BN ๐Ÿ˜…

25/06/2026

Ok done screenshot. Tepek dekat sini lah supaya tak hilang..

Saja je nanti 01.08.2026 boleh up balik dekat Negeri Sembilan Update ( N.S.U ) posting dia ni lepas SPR umum keputusan PRN kalau keputusan sebalik nye

Mungkin malam tadi dia mimpi Pakatan Harapan menang pRN 16 kot.. Tu yang pagi-pagi dah up posting ni..

Berangan tak salah tapi yang SALAH dan GAGAL Pakatan Harapan dibawah kepimpinan Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun dan DAP dibawah kepimpinan Anthony Loke Siew F**k kat Nismilan ni.

Ini kali kasi jadi Tolak PH tolak DAP

Betulkah PAS Meminang UMNO Lagi Sekali?Sejak kebelakangan ini, semakin jelas kedengaran naratif mengenai penyatuan semul...
25/06/2026

Betulkah PAS Meminang UMNO Lagi Sekali?

Sejak kebelakangan ini, semakin jelas kedengaran naratif mengenai penyatuan semula Melayu-Islam antara UMNO dan PAS. Apa yang dahulunya hanya dianggap spekulasi kini mula disahkan sendiri oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Lebih menarik, perbincangan tersebut muncul ketika tumpuan politik semakin terarah kepada kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ketiga-tiga negeri ini mempunyai komposisi pengundi Melayu yang besar dan sering menjadi medan penting dalam menentukan arah aliran politik nasional.

Persoalannya, adakah PAS sedang meminang UMNO sekali lagi?

Jawapannya ada di sini:

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui bahawa telah berlaku pertemuan antara wakil PAS dan UMNO. Pengakuan tersebut menamatkan pelbagai spekulasi bahawa hubungan antara kedua-dua parti telah terputus sepenuhnya selepas keruntuhan Muafakat Nasional.

Pengakuan itu kemudiannya disusuli oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengesahkan kewujudan saluran komunikasi antara kedua-dua parti. Ini bermakna kedua-dua pihak bukan sahaja bercakap mengenai perpaduan Melayu-Islam di pentas ceramah, malah dialog politik itu benar-benar sedang berlangsung.

Namun, bagi UMNO, persoalan utama bukan lagi soal penyatuan semata-mata. Paksi kepada sebarang kerjasama adalah keikhlasan dan kepercayaan.

Pengalaman lalu menjadi pengajaran paling besar kepada UMNO dan BN.

Ketika Muafakat Nasional diwujudkan pada tahun 2019, ramai melihatnya sebagai platform penyatuan politik Melayu-Islam yang berjaya merapatkan dua parti terbesar orang Melayu selepas bertahun-tahun bermusuhan. Formula tersebut diterima baik oleh akar umbi dan dianggap sebagai model baharu yang mampu menyatukan kekuatan politik Melayu dalam menghadapi cabaran semasa.

Namun, harapan itu tidak bertahan lama.

Ketika UMNO berusaha memperkukuhkan Muafakat Nasional sebagai wadah utama politik Melayu-Islam, PAS memilih untuk menyertai Perikatan Nasional bersama Bersatu. Keputusan itu menjadi titik perubahan yang meruntuhkan keyakinan UMNO terhadap rakan politiknya.

Apa yang lebih mengecewakan ialah penyertaan PAS ke dalam Perikatan Nasional berlaku selepas pelbagai jaminan diberikan bahawa Muafakat Nasional akan terus menjadi platform utama kerjasama antara kedua-dua parti. Akhirnya UMNO mendapati dirinya berada dalam sebuah hubungan politik yang tidak lagi mempunyai kejelasan arah apabila PAS memilih untuk berada dalam dua pakatan politik pada masa yang sama.

Dari perspektif UMNO, di sinilah bermulanya krisis kepercayaan yang membawa kepada keretakan hubungan kedua-dua parti.

Sebab itu apabila isu kerjasama UMNO-PAS kembali diperkatakan hari ini, fokus UMNO bukan lagi kepada slogan, sentimen atau jenama politik tertentu. Fokusnya adalah sama ada PAS benar-benar bersedia membina hubungan yang berteraskan kesetiaan politik, kejujuran dan komitmen yang jelas.

Atas sebab itulah UMNO dilihat tidak menutup pintu kepada sebarang bentuk kerjasama. Namun pada masa yang sama, UMNO secara tegas menolak usaha menghidupkan semula jenama Muafakat Nasional.

Bagi UMNO, masalah sebenar bukan terletak pada nama Muafakat Nasional itu sendiri. Masalahnya ialah kepercayaan yang telah rosak sepanjang perjalanan kerjasama tersebut.

Ringkasnya, UMNO boleh menerima kerjasama tanpa syarat yang membebankan tetapi UMNO tidak mahu mengulangi formula lama yang pernah berakhir dengan episod pengkhianatan politik.

Dalam konteks PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, perkembangan ini menjadi semakin signifikan. PAS memahami bahawa pertandingan banyak penjuru hanya akan terus memecahkan undi Melayu dan membuka ruang kepada lawan untuk mendapat kelebihan. Sebab itu naratif penyatuan Melayu-Islam kembali diketengahkan secara agresif.

Namun, realiti politik hari ini jauh berbeza berbanding tahun 2019.

UMNO kini berada dalam kedudukan yang lebih berhati-hati. Parti itu tidak lagi melihat penyatuan sebagai matlamat yang boleh dicapai hanya melalui slogan atau retorik. Sebaliknya, penyatuan hanya boleh dibina melalui tindakan yang membuktikan keikhlasan dan kesetiaan kepada rakan politik. Dalam erti kata lain, UMNO tidak menutup pintu. Apatah lagi idea Rumah Bangsa yang mempunyai dasar buka pintu datang dari Presiden UMNO sendiri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, apabila PAS sekali lagi menghulurkan isyarat penyatuan Melayu-Islam, persoalan yang sedang dinilai oleh UMNO bukan sama ada kerjasama itu perlu diwujudkan atau tidak.

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada PAS benar-benar mahu membina hubungan politik yang baharu atau sekadar mahu menghidupkan semula formula lama yang pernah gagal.

Kerana dalam politik, luka akibat kekalahan boleh sembuh dengan masa tetapi luka akibat pengkhianatan memerlukan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar kata-kata.

Ia memerlukan bukti.

Perghhhh dahsyattttt!! Seluruh socmed sedang viral dgn posting ini. ๐Ÿ“ŒKALAU MENANG AKAN BAGI RM100K SAGUHATI?? WOWW DUIT ...
10/06/2026

Perghhhh dahsyattttt!! Seluruh socmed sedang viral dgn posting ini.

๐Ÿ“ŒKALAU MENANG AKAN BAGI RM100K SAGUHATI?? WOWW DUIT MANA TU???? Hebat si aisyah ni!

Takkan Pakatan Harapan xtau???? Tukar laa calon! Mmg x layak dah ni. Belum apa2 b*k cerita busuk die terbongkar. Mungkin jgk Allah bukak kan utk die sedar, hutang ni jgn bawak main. AZAB DI KUBUR!

Klu betul die lawyer, Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia tolong ambil tindakan kpd SITI AISYAH ini!

Sejak sahaja laporan kes di IPD muar!
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Sumber Berita - Iesya Toh

Jerantut tolak penghinaan terhadap Agama dan Bangsa... Boikot lah 4 kedai ini !!!
25/05/2026

Jerantut tolak penghinaan terhadap Agama dan Bangsa...
Boikot lah 4 kedai ini !!!

Kenapa MCMC sekat filem Bukit Kepong tu ??.. nak jadi hati siapa sebenarnya??
25/05/2026

Kenapa MCMC sekat filem Bukit Kepong tu ??.. nak jadi hati siapa sebenarnya??

Perlu bagi peluang ke tak ??.. Komen YA atau TIDAK.....
25/05/2026

Perlu bagi peluang ke tak ??..
Komen YA atau TIDAK.....

โœจ Selamat Bersara โœจSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mazlan bin Tawang atas segala jas...
25/05/2026

โœจ Selamat Bersara โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mazlan bin Tawang atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di Jabatan Penerangan Malaysia.

๐Ÿ—“๏ธ Tempoh Perkhidmatan
16 Oktober 2000 โ€“ 24 Mei 2026

Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik serta meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tercinta. Jasa dan kenangan bersama warga JAPEN Terengganu akan sentiasa terpahat di hati.

Terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan.

Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya. ๐ŸŒน





Mulai 1 Jun 2026, bayaran parkir di kawasan MPAG kini lebih mudah dan cepat melalui Aplikasi Telefon Pintar PBTPay. Apli...
25/05/2026

Mulai 1 Jun 2026, bayaran parkir di kawasan MPAG kini lebih mudah dan cepat melalui Aplikasi Telefon Pintar PBTPay.

Aplikasi PBTPay boleh dimuat turun melalui Google Play Store (untuk peranti Android) atau Apple App Store (untuk peranti iOS).

Aplikasi ini membolehkan pengguna menambah tempoh parkir serta menambah kredit dengan lebih mudah.

Muat turun aplikasi PBTPay untuk parkir yang lebih lancar.

Kupon gores yang masih belum digunakan dan sah tempohnya masih boleh digunakan.

๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™‚ ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ช๐™Ÿ๐™ช ๐™†๐™š ๐˜ผ๐™ง๐™–๐™ ๐˜ฝ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง ๐™‡๐™š๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ง๐™ž ๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™™๐™–๐™ฎ๐™– ๐™ƒ๐™ช๐™ฃ๐™ž ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™Ÿ๐™š๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฏ๐Ÿฑ.

๐™„๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™– ๐™จ๐™ค๐™จ๐™ž๐™–๐™ก ๐™ง๐™–๐™จ๐™ข๐™ž ๐™ˆ๐™‹๐˜ผ๐™‚ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™–๐™ ๐™ก๐™ช๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ ๐™ž๐™ฃ๐™ž.






Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Dalam MRT dan LRT, ada orang baru habis kerja. Ada yang pening kepala. Ada yang mengantuk. Ada yang sedang kawal emosi s...
25/05/2026

Dalam MRT dan LRT, ada orang baru habis kerja. Ada yang pening kepala. Ada yang mengantuk. Ada yang sedang kawal emosi selepas hari yang panjang. Ada yang cuma mahu duduk diam beberapa stesen sebelum sambung hidup semula.

Tapi tiba-tiba satu gerabak terpaksa dengar suara kuat, nyanyian, video bising, gelak menjerit atau panggilan telefon yang dibuka macam siaran awam.

Itu bukan ceria. Itu bukan berani. Itu bukan โ€œjadi diri sendiriโ€.

Itu mengganggu.

Ruang awam bukan ruang peribadi. Kalau suara anda sampai semua orang terpaksa dengar, masalahnya bukan orang lain terlalu sensitif. Masalahnya anda lupa bahawa gerabak itu dikongsi bersama.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mandat Rakyat Reporter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mandat Rakyat Reporter:

Shortcuts

Share