Sembang Rakyat Malaysia

Sembang Rakyat Malaysia " Dedah, Siasat, Bongkar "
" Bukan Sekadar Cerita,Tapi Fakta "

Dato’ Fadlun Mak Ujud dilantik  Datuk Bandar KL Baharu, Ini Rekod Cemerlang Dato’ Fadlun Yang Wajar Anda Tahu!KUALA LUMP...
14/11/2025

Dato’ Fadlun Mak Ujud dilantik Datuk Bandar KL Baharu, Ini Rekod Cemerlang Dato’ Fadlun Yang Wajar Anda Tahu!

KUALA LUMPUR, 14 November 2025 — Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, 58, sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, berkuat kuasa 15 November 2025, selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pelantikan itu dibuat selaras dengan peruntukan ⁠Subseksyen 4(2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, menurut kenyataan rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.

Tokoh Perancang Bandar Berpengalaman Lebih 28 Tahun

Dato’ Fadlun merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mempunyai rekod lebih 28 tahun dalam bidang perancangan bandar, pembangunan wilayah serta pengurusan bandar raya.

Sebelum dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, beliau memegang jawatan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) sejak 2022, di mana beliau memainkan peranan besar memperkukuh pelaksanaan Putrajaya Smart City Blueprint 2025, Pelan Transformasi Hijau Putrajaya dan pelbagai inisiatif kesejahteraan bandar berasaskan prinsip inklusiviti dan kelestarian.

Beliau turut merupakan Ahli Lembaga Perancang Bandar dan Felo Pertubuhan Perancang Malaysia, selain aktif menyertai forum profesional di peringkat antarabangsa — menjadikan beliau salah seorang tokoh perancang bandar paling berwibawa di negara ini.

Keyakinan Tinggi Terhadap Kepimpinan Baharu DBKL

Datuk Seri Dr. Zaliha menyatakan keyakinan bahawa kepimpinan baharu ini akan memperkukuh agenda pembangunan Kuala Lumpur, termasuk meneruskan pelaksanaan Agenda Bandar CHASE serta usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota global yang inklusif, berdaya saing dan berdaya huni, berpaksikan nilai MADANI.

Penghargaan Buat Bekas Datuk Bandar

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada bekas Datuk Bandar, YBhg. Dato’ Seri TPr. (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, atas sumbangan signifikan sepanjang menerajui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dr. Maimunah baru-baru ini dilantik sebagai Penasihat Hartanah PETRONAS, dan kerajaan yakin pengalaman luas beliau akan terus menyumbang kepada agenda pembangunan strategik negara.










13/11/2025

Empat Perkara ‘Sensitif’ Dalam Perlembagaan Sebuah Parti Politik Dibongkar – NGO Mahu Siasatan Segera!

PUTRAJAYA, 13 Nov 2025 — Lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mendesak agar Perlembagaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dikaji semula, selepas didakwa bercanggah dengan beberapa peruntukan utama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Gabungan NGO tersebut diketuai oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Malaysia, Mohd Zai Mustafa (Cikgu Zai) bersama Presiden PERKASA, Tuan Syed Hassan Syed Ali, dan Presiden Negarawati Tanahair, Puan Bibi Sunita.

Menurut Cikgu Zai, semakan yang dibuat oleh panel peguam mendapati terdapat empat perkara dalam Perlembagaan DAP yang dikatakan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita melihat terdapat beberapa terma dalam Perlembagaan DAP yang tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kita minta ROS mengkaji semula dan memberi amaran agar perkara itu dipinda atau dibatalkan sekiranya terbukti bercanggah,” katanya kepada media di luar pejabat ROS hari ini.

Sementara itu, Tuan Syed Hassan menegaskan bahawa gabungan lebih 300 NGO yang hadir hari ini di bawah Sekretariat Penyelidikan UMMAH, Sekretariat Melayu Berdaulat dan Majlis Penyelaras NGO-NGO Melayu memberi sokongan penuh terhadap tuntutan berkenaan.

“Kami mahu hidup dalam negara yang harmoni dan menghormati asas Perlembagaan. Namun akhir-akhir ini kita lihat ada kecenderungan daripada pemimpin DAP untuk menyingkirkan kepentingan Melayu dan Islam dalam sistem politik negara,” tegas beliau.

Dalam masa yang sama, Puan Bibi Sunita membacakan memorandum rasmi yang menuntut ROS mengambil tindakan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) — yang memperuntukkan supaya mana-mana pertubuhan ditolak pendaftarannya sekiranya tujuan atau aktivitinya bertentangan dengan undang-undang, keselamatan, atau kepentingan negara.

Memorandum tersebut mendakwa Perlembagaan DAP melanggar empat prinsip utama Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

Islam sebagai Agama Persekutuan (Perkara 3);

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak (Perkara 153);

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152); dan

Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara (Perkara 32 dan 38).

“Perlembagaan negara ini bukan boleh diubah sesuka hati. Ia menjadi mercu panduan kepada bentuk negara, budaya dan sistem pemerintahan kita. Kita mahu ROS tegas dalam hal ini,” jelas Bibi Sunita.

Gabungan NGO turut memberi amaran keras bahawa kegagalan ROS bertindak boleh mencetuskan preseden berbahaya yang akan membenarkan pertubuhan lain meniru tindakan sama pada masa hadapan.

Penyerahan memorandum ini berlangsung aman namun tegas, dengan kehadiran ratusan wakil NGO dari seluruh negara yang menunjukkan solidariti mempertahankan asas kenegaraan Malaysia.










24/09/2025

Dah la parking kat mainroad lepas tu nak salahkan orang lain pulak??

Dashcam Stories

Video Kredit: Owner

23/09/2025

BQH 9923 ni tak nampak traffic light tu merah ke main jalan je ?... Dah macam nak cuba membunuh akak tu je... Semoga akak tu baik baik je...

📍Dataran Merdeka 23.9.25

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS BERKENAAN TANGKAPAN KES MENYAMAR POLIS & SAMUN BERKAWAN MENGGUNAKAN PISTO...
23/09/2025

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BRICKFIELDS BERKENAAN TANGKAPAN KES MENYAMAR POLIS & SAMUN BERKAWAN MENGGUNAKAN PISTOL (TIRUAN).

23/09/2025

Bangsa India pun pertahankan penduduk Melayu kg sg baru, mana perginya MP² dan 4nwar Ibrahim itu sendiri sebagai orang yang ada kuasa sekarang, kenapa diam membisu???

22/09/2025

60 Tahun Bermastautin, Kini 34 Keluarga Hadapi Pengusiran – Nasib Ladang Sungai Ular Dipertaruhkan

Penduduk Rayu MB Kedah Campur Tangan

KULIM, KEDAH 22 September 2025 – Penduduk Ladang Sungai Ular Bahagian 2 merayu campur tangan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, agar mempertahankan nasib lebih 34 keluarga yang kini berdepan ugutan pengusiran oleh sebuah syarikat pemaju.

Menurut Pengerusi Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara (SKBN), Dato’ Dr Kalaivanar, penduduk yang majoritinya merupakan mantan pekerja ladang itu sudah bermastautin di kawasan tersebut sejak lebih 60 tahun, malah ada yang sejak sebelum merdeka. Namun, mereka kini menerima notis peguam dan writ saman daripada pihak syarikat yang menuntut mereka keluar dalam tempoh 14 hari.

Selanjutnya baca 👇
https://aizatashrafshare.wordpress.com/2025/09/22/60-tahun-bermastautin-kini-34-keluarga-hadapi-pengusiran-nasib-ladang-sungai-ular-dipertaruhkan/

🚘 Jom Jadi Pemandu MyCar Hari Ini! 🚘MyCar hadir sebagai platform e-hailing yang lebih mesra pemandu – dengan komisyen TE...
22/09/2025

🚘 Jom Jadi Pemandu MyCar Hari Ini! 🚘

MyCar hadir sebagai platform e-hailing yang lebih mesra pemandu – dengan komisyen TERENDAH iaitu hanya 13% sahaja!

✅ Lebih banyak trip, lebih banyak untung masuk poket anda
✅ Masa kerja fleksibel – pilih sendiri bila nak online
✅ Pendaftaran mudah & sokongan berterusan untuk pemandu
✅ Mesra pengguna dan semakin ramai penumpang setia

Jangan tunggu lagi – daftar sebagai pemandu MyCar sekarang dan nikmati kebebasan bekerja dengan pendapatan lebih lumayan.

👉 Muat turun & mulakan perjalanan anda bersama MyCar hari ini!

22/09/2025

Lori Tayar pecah Kat highway PLUS hala utara…

BUDI95: Harga RON95 Turun RM1.99 Seliter – Rakyat Senyum, Warga Asing Bayar Lebih!PUTRAJAYA, 22 September 2025– Pengumum...
22/09/2025

BUDI95: Harga RON95 Turun RM1.99 Seliter – Rakyat Senyum, Warga Asing Bayar Lebih!

PUTRAJAYA, 22 September 2025– Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, langkah penyasaran subsidi melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah tindakan berprinsip serta mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.

Selanjutnya baca 👇🏻
https://aizatashrafshare.wordpress.com/2025/09/22/budi95-harga-ron95-turun-rm1-99-seliter-rakyat-senyum-warga-asing-bayar-lebih/

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sembang Rakyat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sembang Rakyat Malaysia:

Share