27/02/2025
Kes Bunuh di Kuala Kubu Bharu, Malaysia:
Pada 26 Februari 2025, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah menetapkan 28 Mei sebagai tarikh untuk arahan izin memindahkan kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tertuduh, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, didakwa menyebabkan kematian Nur Farah Kartini antara 10 Julai, pukul 9 pagi, dan 15 Julai 2024, pukul 6 petang, di Ladang SKC Kledang, Hulu Selangor. Pertuduhan ini dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Eirene Nabila Amani Williams-Hunt, memaklumkan bahawa semua dokumen berkaitan, termasuk laporan kimia dan patologi, telah lengkap. Peguam bela tertuduh, Nur Aida Zainuddin, memohon tempoh masa yang lebih panjang sebelum tarikh arahan izin ditetapkan.
Kronologi kes ini bermula apabila Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim. Mayatnya ditemui pada 15 Julai 2024 di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor. Susulan penemuan tersebut, Muhammad Alif, yang bertugas di Balai Polis Slim River, Perak, telah ditahan dan didakwa pada 26 Julai 2024.
Kes ini telah beberapa kali ditangguhkan untuk melengkapkan laporan forensik dan dokumen berkaitan sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan lanjut.
Semoga ada keadilan pada mangsa.
AlFatihah