University Of Kehidupan

University Of Kehidupan Berita | Isu semasa ! | Video Viral | Pengiklanan ! Learning for life

Tahun 2026, semoga kita semua ada sifat qanaah — hati tenang, tak gelisah kejar dunia. Dalam masa yang sama, terus usaha...
02/01/2026

Tahun 2026, semoga kita semua ada sifat qanaah — hati tenang, tak gelisah kejar dunia. Dalam masa yang sama, terus usaha sehabis baik.

Islam letakkan kejayaan lelaki dan perempuan berbeza, tapi saling melengkapi.Allah sebut lelaki & perempuan secara beras...
13/12/2025

Islam letakkan kejayaan lelaki dan perempuan berbeza, tapi saling melengkapi.
Allah sebut lelaki & perempuan secara berasingan dalam Surah Al-Ahzab ayat 35 kerana:

Lelaki berjaya bila jadi lelaki soleh

Perempuan berjaya bila jadi perempuan solehah

Bukan bersaing, tapi lengkap-melengkapi

Peranan asas:

Suami: cari nafkah, solat berjemaah, belajar & ajar agama, berdakwah, pimpin keluarga

Isteri: urus rumah, jaga anak, jaga maruah, sokong suami, ibadah di rumah

Perempuan boleh bekerja, tak salah.
Yang salah bila:

Abaikan anak & suami

Rosakkan akhlak, solat, maruah

Kalau dua-dua bekerja:

Kerja rumah buat sama-sama

Tapi takwa lelaki tetap di masjid & dakwah

Takwa perempuan di rumah & ketaatan

Masalah hari ni:

Lelaki gagal jadi lelaki (tinggal solat jemaah, ilmu, dakwah)

Perempuan p**a tuntut jadi “lelaki” ikut versi lelaki yang salah takwa

Akhirnya dua-dua rosak fungsi

Hakikat besar:

Perempuan lebih mudah masuk syurga: jaga solat + taat suami

Lelaki beban tanggungjawab sangat berat: keluarga, nafkah, ilmu, dakwah, masyarakat

Islam bukan hina wanita, Islam angkat wanita dari zaman jahiliah yang kejam

Kesimp**an utama:

Perempuan tak perlu jadi lelaki untuk berjaya

Allah dah tetapkan standard kejayaan masing-masing

Ikut = selamat dunia akhirat

Lawan fitrah = rosak institusi keluarga

Pilihan di tangan: 👉 Kepimpinan dunia yang sementara
atau
👉 Syurga yang kekal

Tepuk dada, tanyalah iman.

BUKANKAH SUBUH ITU SANGAT DEKAT?Apabila Malaikat datang memberitahu Nabi Luth a.s. untuk segera keluar dari kota S***m p...
03/12/2025

BUKANKAH SUBUH ITU SANGAT DEKAT?
Apabila Malaikat datang memberitahu Nabi Luth a.s. untuk segera keluar dari kota S***m pada waktu malam, Malaikat berpesan:
"Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud: 81)

Kisah dalam Al-Quran bukan sekadar cerita lama, ia adalah kitaran yang berulang dan perlu kita renungkan. Jika kita perhatikan naratif "Kaum S***m Moden" hari ini, skrip mereka saling tak tumpah dengan apa yang direkodkan dalam Al-Quran ribuan tahun lalu.

Ciri-ciri yang disebutkan pada Kaum S***m ini adalah tanda sebelum turunnya azab.

Dulu, apabila Nabi Luth menegur, kaumnya menjawab dengan sinis: "Usirlah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (berpura-pura) suci!" (Al-A'raf: 82).

Hari ini, ayat itu kedenganran semula. Bila ada yang menegur tentang fitrah dan agama, peluru pertama yang ditembak adalah
"You’re holier than thou." (Kau acah-acah suci), juga dengan alasan "Kubur masing-masing."

Mereka memanip**asi rasa bersalah dalam hati orang beriman supaya kita diam. Mereka menjadikan perbuatan melarang itu kelihatan sebagai satu "kebodohan" atau "ketinggalan zaman".

Kemudian, dosa kaum S***m bukan sekadar dilakukan secara sembunyi, tetapi dilakukan secara terbuka. Al-Quran merekodkan mereka melakukan kemungkaran di tempat pertemuan awam (Al-Ankabut: 29).

Lihat hari ini. Maksiat songsang tidak lagi dilakukan di lorong gelap. Ia menjadi content, ia menjadi perarakan, ia diraikan dengan bendera pelangi. Mereka terus terang tanpa malu, malah bangga menayang identiti yang melanggar fitrah. Hilangnya rasa malu adalah tanda awal kehancuran sesuatu tamadun.

Ketiga, azab Allah di kota S***m menimpa seluruh penduduk, bukan hanya pelaku homoseksual. Kenapa? Kerana wujudnya golongan Enabler.

Isteri Nabi Luth adalah simbol The Ultimate Enabler. Dia tidak melakukan hubungan sejenis, tetapi dia menyokong 'hak asasi’ kaumnya, membocorkan rahsia orang beriman kepada kaumnya iaitu tentang kedatangan malaikat yang menjelma sebagai tetamu yang memiliki rupa paras baik, serta redha dengan maksiat di sekelilingnya.

Hari ini, enabler muncul dalam bentuk "kawan yang open minded", watak-watak kartun yang ditayangkan, jenama korporat yang meraikan "pride", dan netizen yang komen "biarlah dia, dia tak kacau orang". Apabila masyarakat menjadi enabler, seluruh bandar ditimpa azab, walaupun dalam bandar tersebut ada orang baik, tetapi mereka hanya berdiam diri.

Keempat, Kaum S***m tidak pernah tertindas. Merekalah yang memegang tampuk kekuasaan dan mengugut Nabi. Zaman moden juga sama. Mereka menzahirkan diri sebagai mangsa minoriti yang "tertindas" untuk meraih simpati dan perhatian undang-undang. Namun realitinya, merekalah yang duduk di posisi yang tinggi, yang lantang menyerang undang-undang, cancel culture kepada yang menegur dan mendesak norma baharu diterima secara paksa.

Kenapa Allah pilih waktu Subuh untuk membalikkan bumi S***m? Kerana itu waktu manusia sedang nyenyak, waktu paling lalai, dan waktu paling gelap sebelum datangnya terang.

Hari ini, kita mungkin rasa selesa. Kita rasa dunia moden ini terlalu canggih untuk dibinasakan. Peringatan buat kita agar menentang perbuatan ini habis-habisan, jangan jadi enabler kepada perbuatan yang dilaknat ini, kerana kita tidak mahu ‘Azab Subuh’ itu menimpa kita. Nauzubillah

Moga kita dan keluarga kita tidak menjadi sebahagian daripada debu-debu sejarah yang dibinasakan kerana kita diam dan membenarkan kemungkaran.

Kredit : Siti Sarah Amran

***mZamanModen

Nasihat yang sesuai
30/11/2025

Nasihat yang sesuai

Rutin Solat
30/11/2025

Rutin Solat

Google lancarkan Flood Hub. Alat ramalan banjir masa nyata untuk Malaysia.Melihat paparan ini, jelas betapa pentingnya k...
26/11/2025

Google lancarkan Flood Hub. Alat ramalan banjir masa nyata untuk Malaysia.

Melihat paparan ini, jelas betapa pentingnya kita bersedia. Teknologi kini bukan sekadar memudahkan hidup, tetapi mampu menyelamatkan nyawa.

Fakta Menarik tentang Google Flood Hub:
• Ramalan awal sehingga 7 hari: Flood Hub boleh meramal risiko banjir lebih awal, membantu penduduk membuat persediaan awal.

•Digunakan di lebih 80 negara, termasuk Malaysia, Thailand, India dan Bangladesh (kawasan yang sering terkesan banjir).

• Data berpandukan AI & satelit: Sistem ini menggabungkan data cuaca, paras sungai, dan model AI Google yang sangat tepat.

• Capaian percuma: Semua orang boleh akses Flood Hub tanpa kos, termasuk agensi kerajaan dan orang awam.

• Tujuan utama: Mengurangkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, dan memberi amaran lebih awal kepada komuniti berisiko.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu ramai untuk lebih peka dan bersedia menghadapi musim hujan.

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat t...
25/11/2025

Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha-Allah tanda taubat ALLaH dah terima.

Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu..

Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang..

Pastu baru niat..

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]

Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut s**a.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama..

Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..

AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.

Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...

Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a.. Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..

Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah..
Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati..
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa.

Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;

Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar.

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.. Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.

Imam al-Ghazali ada cakap..

Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat

Luahan seorang Ayah @ Yang ingin berceraiini aku tengah cuba kumpul balik cool aku, sambil tahan air mata.Setiap kali ak...
24/11/2025

Luahan seorang Ayah @ Yang ingin bercerai

ini aku tengah cuba kumpul balik cool aku, sambil tahan air mata.

Setiap kali aku cakap pasal anak aku, memang senang sangat aku jadi emotional. Tambah p**a bila kena bagi ucapan depan dia pada hari istimewa dia… memang terus emo aku naik tahap maksimum.

Tak ramai boleh buat aku menangis, tapi dengan Aleesya… aku selalu rasa macam aku tak cukup sebagai seorang ayah.

Sebagai ayah, matlamat paling besar ialah bagi anak satu rumah yang bahagia, stabil dan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, Aleesya ada semua benda material yang diperlukan seorang remaja umur 16 tahun. Aku syukur setiap hari untuk rezeki tu.

Aku dan mak dia dah lama melepasi fasa tu. Aku dah sedar bertahun dulu, mungkin memang ini jalan yang Allah SWT tentukan untuk kami — dan aku reda sepenuhnya.

Setiap kali aku makan dengan Aleesya di luar, hati aku memang pecah bila ada “keluarga lengkap” duduk meja sebelah.

Dan aku boleh rasa kesedihan dia setiap kali situasi tu jadi… sebab jiwa dia sama macam jiwa aku.

Kalau kau masih boleh selamatkan perkahwinan kau, buat lah apa kau perlu buat sebelum kau betul-betul lepaskan. Bagi peluang lagi, dan lagi, dan lagi — siapa peduli? Sebab anak kau layak untuk semua tu. Jangan cepat mengalah… sebab percayalah, kau tak nak pikul sakit yang aku pikul.

Aku sungguh-sungguh doa semoga Allah SWT mudahkan, lapangkan dan angkat segala kesusahan sesiapa yang baca ni.

Dan semoga anak-anak korang semua membesar jauh lebih bahagia daripada anak aku, Aleesya. Allahumma.

AKU MENJADI HAMBA HUTANGSETIAP BULAN DAPAT GAJI MEMIKIRKAN HUTANG BODOH YANG AKU BUATAku baru berusia 30-an tapi hutang ...
23/11/2025

AKU MENJADI HAMBA HUTANG
SETIAP BULAN DAPAT GAJI MEMIKIRKAN HUTANG BODOH YANG AKU BUAT

Aku baru berusia 30-an tapi hutang dah nak cecah 1juta.. hari pikir macam mana nak bayar hutang..tapi bila dapat gaji tak cukup dan terpaksa utamakan nafkah anak bini..sampai tahap sekrang mak ayah kat kampung nak bagi rm100 pun tak mampu..

Dulu kemAruk nak buktikan pada orang yang aku boleh berjaya..nak lawan orang yang mak ayah banggakan tanpa sedar kita ni ikan bilis yang terpengaruh kate-kate motivasi kononnye boleh berjaya..tapi hujung2 terceduk atas kebodohan sendiri.

aku hutang 3bank kesemua hampir 1juta.. hutang PWB 20k yang tak bayar 6bulan..hutang dengan orang 20k..hari-hari pikir nak bayar hutang..sampai anak cutikan sebab tak ade duit untuk belanja sekolah....orang lain pikir macam mana nak berjaya aku cuma pikir hutang..

dapat gaji bayar hutang negative p**ak 3k..aku dah pasrah dan damai dengan takdir..

Dan aku dah MENGAKU KALAH dengan semua perlawanan kejayaan yang aku sendiri buat..

Dalam group ni ade CCTV yang follower tak de hutang cuma nak tengok post...aku nasihat jangan jadi BODOH macam aku ni..jangan mudah terpengaruh kate-kate pakar motivasi yang kite boleh berjaya tanpa ilmu dan kepakaran kita..

Perkara paling aku sedih sebagai aku seorang muslim bila terdengar roh orang berhutang tak terangkat ke langit dan betapa hancurnye hati bila teringat..tapi aku kuatkan jiwa untuk anak dan keluarga aku..kalau bankrap baik untuk aku..aku redho dah pasrah..bulan ni genap 6bulan aku fail bayar bank..jangan cakap pergi AKPK..dah buat akpk pun kene terminate sebab tak bayar 3bulan.

Duit habis seperti orang kaki judi sedangkan aku bukan orang berjudi...duit langsung tak lekat dan hutang p**a bertambah tiap-tiap hari...

SEKARANG AKU MENGAKU KALAH DAN AKU BERSEDIA DIBANKRAPKAN DEMI KELUARGA..

Share lah post ini supaya orang lain dapat pengajaran atas kebodohan aku ini..

Saya Abd Halim, umur saya 64 tahun.Orang selalu kata,“Bila anak-anak dah besar nanti, tak adalah susah sangat. Ada tempa...
23/11/2025

Saya Abd Halim, umur saya 64 tahun.
Orang selalu kata,
“Bila anak-anak dah besar nanti, tak adalah susah sangat. Ada tempat bergantung, ada tempat bermanja.”

Tapi sebenarnya,
bila anak-anak dah besar…
barulah saya belajar satu perkara:

Tak semua ayah akan tua dalam bahagia.
Ada yang tua dalam sepi.
Ada yang tua dalam luka yang ditinggalkan orang yang dianggap ‘keluarga’.

Isteri Berubah Sejak Menopause

Isteri saya, Salmah… kami kahwin 33 tahun.

Tapi sejak dia mula menopause, saya perasan dia cepat marah, cepat sensitif, banyak termenung. Saya cuba faham. Saya cuba sabar. Saya anggap itu ujian rumahtangga.

Sampai satu hari dia kata:

“Saya dah penat hidup dengan abang.
Anak-anak pun dah besar.
Saya nak bahagia cara saya.”

Dan hari tu,
tanpa saya sangka…
dia kemaskan baju, keluar rumah, dan tak pernah kembali.

Anak-Anak Pun ‘Menghilang’

Saya ingat… bila isteri tinggalkan, sekurangnya saya ada anak-anak.

Tapi saya silap.

Masa kecil dulu, sayalah yang mandikan, suapkan makan, hantar sekolah, peluk bila takut. Semua saya buat.

Tapi bila mereka dewasa
mereka p**ak selalu “sibuk”.

“Ayah, minggu ni kerja…”
“Ayah, nanti dulu… kami ada urusan…”
“Ayah jangan fikir bukan-bukan, ayah kan ada rumah sendiri…”

Padahal saya bukan nak duit.
Saya bukan nak disara.
Saya cuma nak ditemani.

Cuma nak anak duduk sekejap, minum teh dengan saya, tanya khabar.

Benda kecil…
tapi tak ada siapa yang bagi.

Rumah yang pernah bising dengan suara budak-budak berlari…
sekarang kosong, sepi, dingin.

Kadang saya sengaja letak cawan dua biji atas meja waktu buat kopi cawan saya satu, cawan “tetamu” satu.

Mana tahu…
ada anak teringat nak balik.

Tapi jarang.

Hari Saya Sakit… Baru Saya Faham

Beberapa bulan lepas, saya jatuh di dapur, terseliuh teruk.

Saya call anak sulung.

“Ayah okay je? Kalau boleh urus diri, ayah rehat dulu…”

Saya call anak kedua.

“Ayah, saya tengah luar daerah. Minta tolong jiran dulu ya.”

Saya call anak bongsu.

Tak angkat.
Tak reply.

Malam tu, saya baring seorang diri.
Rasa pedih, rasa marah, rasa kecewa… tapi paling saya rasa ialah kosong.

Saya pejam mata dan saya sedar:

Saya sebenarnya bukan ditinggalkan masa tua.
Saya sudah lama ditinggalkan
sejak mereka rasa mereka sudah tak memerlukan saya.

Ayah Tak Perlu Disayang.

Cukuplah Jangan Ditinggalkan.

Orang tak tahu…

Seorang ayah yang dulu gagah, dulu kerja siang malam, dulu tak pernah tunjuk letih
bila masuk usia 50, 60, 70…

Hatinya lebih cepat runtuh daripada lututnya.

Dan bila isteri sendiri pergi…
anak-anak p**a menjauh…

Itulah luka yang paling susah sembuh.

Saya tak benci sesiapa.
Saya tak marah sesiapa.

Saya cuma nak satu:

Kalau kalian masih ada ayah…
jangan tunggu dia rebah, baru nak datang.
Jangan tunggu dia hilang suara, baru nak dengar.
Jangan tunggu dia pergi, baru nak menangis.

Sebab bila ayah dah tiada…

Barulah kalian akan sedar:
seluruh hidup dia
dia tak pernah tinggalkan kalian.
Yang tinggalkan… selalunya kita.

Sumber : Cikgu Azza

Ayah ni bukanlah manusia paling sempurna, tapi setiap hari dia belajar macam mana nak jadi tempat anak bergantung.Ada ma...
19/11/2025

Ayah ni bukanlah manusia paling sempurna, tapi setiap hari dia belajar macam mana nak jadi tempat anak bergantung.
Ada masa ayah penat, ada masa ayah takut dia tak cukup baik… tapi ayah tetap jalan juga.

Dulu ayah fikir hidup untuk diri sendiri.
Sekarang setiap langkah, setiap keputusan—semua ayah fikirkan “apa yang terbaik untuk anak aku nanti?”.

Ayah mungkin kurang cakap “I love you”,
tapi setiap pagi ayah bangun awal, turun kerja walaupun badan rasa nak tumbang—itu semua bahasa kasih sayang ayah.

Ayah cuma nak anak tahu satu benda:
Apa pun jadi nanti, ayah sentiasa belakang kamu. Slow-slowlah membesar, biar ayah sempat tengok semua moment tu

Rumahtangga tak jadi kuat sebab kaya, cantik, atau romantik hari-hari.Rumahtangga jadi kuat sebab dua jiwa yang pilih un...
16/11/2025

Rumahtangga tak jadi kuat sebab kaya, cantik, atau romantik hari-hari.
Rumahtangga jadi kuat sebab dua jiwa yang pilih untuk buat baik antara satu sama lain setiap hari, walau penat, walau banyak cabaran.

Suami buat baik → isteri lembut hati.
Isteri buat baik → suami rasa dihargai.
Dua-dua saling top up kekuatan.

Kadang kita lupa…
Kebaikan yang konsisten boleh ubah seluruh arah hidup.
Senyum yang kita bagi, sabar yang kita tahan, tolong yang kita buat tanpa disuruh — itu semua bukan kecil.
Itu semua batu bata yang bina masa depan keluarga.

Bila suami isteri berlumba-lumba buat kebaikan, Allah buka banyak pintu:
💛 Rezeki jadi lancar
💛 Hati jadi tenang
💛 Anak-anak pun ikut jadi lembut dan hormat

Kebaikan itu bukan tugas satu pihak — itu pas**an.
Kita kuat bila kita bekerjasama.
Kita bahagia bila kita saling menghargai.
Kita berjaya bila kita saling menguatkan.

Semoga kita semua terus upgrade diri, bukan untuk orang luar…
tapi untuk pasangan yang balik rumah sama-sama setiap hari

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Of Kehidupan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share