Perkim Bhg. Wilayah Persekutuan

Perkim Bhg. Wilayah Persekutuan NGO Islam yang memfokuskan bidang dakwah, pendidikan & kebajikan khusus di Wilayah Persekutuan. di muka bumi ini.

'MEMPERKASA DAKWAH, MENYANTUNI UMMAH'

NGO yang menjadikan lapangan dakwah, pendidikan dan kebajikan sebagai wacana dalam usaha menghayati Islam sebagai cara hidup serta teras pembinaan tamadun yang memartabatkan kemuliaan insan sebagai hamba Allah S.W.T.

15/09/2026

SIMPOSIUM BAHAYA JENAYAH MURTAD

Anjuran Bersama: PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Tempat: Masjid Khalid Al-Walid Kementah, KL

Peserta: Saudara Baharu di kalangan Angkatan Tentera Malaysia

๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐Ÿ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐š๐ง, ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐‰๐š๐ญ๐ข ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎKUALA LUMPUR, 6 Septem...
09/09/2026

๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐Ÿ ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐š๐ง, ๐ˆ๐›๐š๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐‰๐š๐ญ๐ข ๐ƒ๐ข๐ซ๐ข ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ

KUALA LUMPUR, 6 September 2026 โ€“ Seramai 60 orang mualaf menyertai Konvensyen Mualaf Wilayah Persekutuan 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 4 hingga 6 September 2026, berjaya menghimpunkan saudara baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman Islam, pemantapan ibadah, penghayatan akidah serta pembangunan jati diri.

Program yang berlangsung dengan pelbagai pengisian kerohanian dan pembangunan diri itu dimulakan dengan sesi pendaftaran, makan malam, solat Maghrib berjemaah dan tazkirah sebelum peserta mengikuti taklimat program serta sesi Ice Breaking yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Suariza binti Muhammad. Pada hari kedua, peserta mengikuti solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh bertajuk โ€œPerkongsian Pengalaman Cabaran Selepas Memeluk Islamโ€ yang memberi ruang kepada peserta berkongsi pengalaman serta memahami cabaran yang dihadapi selepas memeluk Islam. Program diteruskan dengan pengisian Islam dan Teknologi serta aktiviti menghasilkan poster Islamik bertemakan Maulidur Rasul 1448H.

Peserta turut mendapat manfaat melalui sesi Pembentangan Isu Fiqh Mualaf dan Soal Jawab yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohd Nidzam bin Abdul Kadir. Sesi tersebut memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan persoalan fiqh yang berkaitan dengan kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.

Pada sebelah petang, peserta menyertai LDK 1 โ€“ Ibadah: Tahsin Pemantapan Rukun Solat, Fiโ€™li, Qauli dan Qalbi, diikuti LDK 2 โ€“ โ€œAku Seorang Pendakwahโ€ yang bertujuan meningkatkan keyakinan serta kesedaran peserta terhadap peranan mereka sebagai seorang Muslim dalam menyampaikan mesej dakwah. Pengisian malam p**a diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah sebelum peserta menyertai aktiviti โ€œMenggilap Bakat Seorang Pendakwahโ€ yang memberi peluang kepada peserta mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran komunikasi serta membina keyakinan dalam penyampaian dakwah. Pada hari terakhir, peserta mengikuti solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh bertajuk โ€œAkhlak Rasulullah SAWโ€ sebelum meneruskan LDK 3 โ€“ Perbincangan Isu Akidah Mualaf. Sesi tersebut memberi ruang kepada peserta membincangkan persoalan akidah serta mendapatkan kefahaman yang lebih jelas dalam menghadapi cabaran sebagai saudara baharu. Peserta juga dibimbing oleh ustaz Mohamad Sufian bin Mohd Sulaiman dengan melaksanakan solat fardu berjemaah, solat sunat qabliyah dan ba'diyah, zikir-zikir selepas solat serta tazkirah ringkas selepas solat berjemaah.
Konvensyen kemudiannya diakhiri dengan Majlis Penutup dan Bersurai.

Secara keseluruhannya, Konvensyen Mualaf Wilayah Persekutuan 2026 bukan sahaja menjadi platform pengisian ilmu, malah berjaya mengeratkan ukhuwah sesama saudara baharu serta meningkatkan keyakinan peserta dalam aspek akidah, ibadah, akhlak dan dakwah. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan secara berterusan bagi membantu memperkukuh penghayatan Islam serta membina jati diri mualaf di Wilayah Persekutuan.

๐Œ๐”๐‘๐“๐€๐ƒ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐”๐’, ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡๐’๐™ก๐’†๐™: ๐‘ด๐™Š๐‘ฏ๐˜ฟ ๐™Ž๐’€๐˜ผ๐‘ฏ๐™๐‘ฐ๐™‡ ๐™๐‘ถ๐™Ž๐‘ซ๐™„ ๐˜ผ๐‘ฏ๐™ˆ๐‘จ๐˜ฟ ๐™•๐‘จ๐™ƒ๐‘ผ๐˜ฟ๐‘ฐ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ‘ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ...
03/09/2026

๐Œ๐”๐‘๐“๐€๐ƒ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐”๐’, ๐€๐Š๐ˆ๐ƒ๐€๐‡ ๐’๐€๐”๐ƒ๐€๐‘๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡

๐’๐™ก๐’†๐™: ๐‘ด๐™Š๐‘ฏ๐˜ฟ ๐™Ž๐’€๐˜ผ๐‘ฏ๐™๐‘ฐ๐™‡ ๐™๐‘ถ๐™Ž๐‘ซ๐™„ ๐˜ผ๐‘ฏ๐™ˆ๐‘จ๐˜ฟ ๐™•๐‘จ๐™ƒ๐‘ผ๐˜ฟ๐‘ฐ

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ‘ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Pemerkasaan akidah, bimbingan berterusan dan sokongan menyeluruh kepada saudara Muslim dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu diperkukuh bagi memastikan mereka tidak terpinggir atau berdepan cabaran keimanan selepas memeluk Islam.

๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ฃ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ) ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง, ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐Œ๐š๐ญ๐ก๐ฎ๐ซ๐ฎ๐๐ข ๐‘๐ž๐ฃ๐š๐› berkata, akidah yang kukuh bukan sekadar menjadi pegangan peribadi seorang Muslim, malah merupakan pasak kekuatan modal insan dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Simposium Bahaya Jenayah Murtad anjuran bersama PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bahagian Kerohanian Islam ATM di Dewan Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH, Jalan Padang Tembak, Kampung Datuk Keramat, di sini, hari ini.

Simposium yang bermula pukul 8 pagi itu menghimpunkan kira-kira 70 saudara baharu daripada tiga cabang perkhidmatan ATM, iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pegawai Staf 3 Muamalat ATM, Kapt. Aqmalie Iman Jalaludin.

Menurut Haji Mathurudi yang mewakili ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ด ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘พ๐’Š๐’๐’‚๐’š๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’†๐’Œ๐’–๐’•๐’–๐’‚๐’, ๐’€๐‘ฉ๐’‰๐’ˆ. ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ฏ๐’‚๐’‹๐’Š ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ต๐’‚๐’Œ๐’‰๐’‚๐’Š๐’† ๐‘ฏ๐’‚๐’‹๐’Š ๐‘จ๐’‰๐’Ž๐’‚๐’… penganjuran simposium itu amat signifikan sebagai platform memperluas kefahaman mengenai Islam, khususnya berkaitan ancaman kemurtadan, pemantapan akidah serta usaha memelihara keimanan dalam kalangan warga Muslim.

Katanya, isu kemurtadan tidak wajar dianggap sebagai perkara terpencil, sebaliknya perlu diberikan perhatian serius melalui pendekatan pendidikan akidah, bimbingan kerohanian, sokongan moral serta mekanisme perundangan Syariah.

โ€œPemeliharaan akidah dalam konteks ATM mempunyai dimensi yang lebih luas kerana anggota pasukan keselamatan bukan sahaja memikul amanah sebagai seorang Muslim, malah turut bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.

โ€œJusteru, kekuatan rohani, akhlak mulia, disiplin dan kefahaman Islam yang menyeluruh perlu bergerak seiring dengan keberanian serta profesionalisme dalam melaksanakan tugas,โ€ kata Haji Mathurudi.

Beliau turut mengingatkan peserta mengenai firman Allah SWT dalam Surah Ali โ€˜Imran ayat 102 yang menyeru orang beriman supaya bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dan tidak meninggal dunia melainkan dalam keadaan Islam.

Katanya, Rasulullah SAW turut menjelaskan tiga perkara yang membawa kepada kemanisan iman, iaitu mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi segala-galanya, mencintai seseorang kerana Allah SWT serta membenci kembali kepada kekufuran sebagaimana seseorang membenci dirinya dicampakkan ke dalam api neraka.

Dalam pada itu, Haji Mathurudi turut menghargai peranan berterusan Bahagian Kerohanian Islam ATM dalam membina kekuatan spiritual, ketahanan jiwa, akhlak dan kefahaman Islam dalam kalangan anggota Muslim.

Beliau berkata, cabaran memelihara kesucian iman pada masa kini semakin kompleks dan memerlukan kerjasama strategik pelbagai pihak bagi memastikan saudara Muslim bukan sahaja memahami asas agama, malah mempunyai kekuatan ilmu dan jiwa untuk menghadapi cabaran kehidupan.

โ€œKerjasama antara PERKIM, MAIWP dan ATM perlu terus diperkukuh supaya agenda pemeliharaan akidah dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan,โ€ katanya.

Beliau turut menyeru warga ATM supaya terus membulatkan tekad mempertahankan setiap inci bumi Malaysia dengan keberanian, disiplin, integriti dan penuh keimanan, sambil menegaskan bahawa tugas sebagai anggota ATM bukan sekadar kerjaya, tetapi satu amanah dan ibadah yang menuntut kesetiaan kepada Allah SWT, Raja dan negara.

Sementara itu, ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐”๐ง๐ข๐ญ ๐”๐ง๐๐š๐ง๐ -๐”๐ง๐๐š๐ง๐  ๐Œ๐€๐ˆ๐–๐, ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐€๐ฌ-๐’๐ข๐๐๐ข๐ช ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐’๐ฎ๐›๐ค๐ข dalam ceramah pertama bertajuk โ€œStatistik Permohonan Murtad dan Enakmen Jenayah Syariah di Wilayah Persekutuanโ€ berkata, isu murtad perlu difahami secara menyeluruh daripada perspektif hukum syarak, perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, pengurusan isu berkaitan murtad di Wilayah Persekutuan melibatkan kerjasama beberapa institusi utama termasuk MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan M***i Wilayah Persekutuan dan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau, rekod pendaftaran mualaf amat penting kerana dokumen tersebut menjadi antara rujukan utama apabila timbul pertikaian berkaitan status agama seseorang, termasuk dalam prosiding mahkamah.

Katanya, apabila permohonan untuk keluar daripada Islam difailkan di Mahkamah Syariah, pemohon lazimnya boleh diarahkan menjalani sesi kaunseling dan pemulihan akidah bersama Jabatan M***i bagi memberikan kefahaman, bimbingan dan ruang untuk menilai semula pendirian mereka.

Ustaz Abdullah turut menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara, manakala kuasa menggubal undang-undang berkaitan Islam diberikan kepada negeri dalam lingkungan bidang kuasa yang ditetapkan.

Beliau turut menyentuh isu pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, termasuk kes berkaitan status agama dan hak penjagaan anak, yang menunjukkan kepentingan penyelarasan perundangan bagi mengelakkan ketidakpastian dan pertindihan bidang kuasa.

Dalam menghuraikan murtad dari perspektif hukum syarak, beliau menjelaskan bahawa ia boleh berlaku melalui iktikad atau kepercayaan, ucapan dan perbuatan, justeru isu akidah tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan permohonan rasmi untuk keluar daripada Islam.

Beliau pada masa sama mengingatkan ibu bapa supaya memainkan peranan lebih aktif dalam memantau pergaulan dan kandungan digital yang diakses anak-anak kerana perkembangan media sosial membuka ruang lebih luas kepada penyebaran fahaman yang berpotensi menggugat akidah.

Ustaz Abdullah turut menekankan kepentingan memastikan status agama saudara baharu dikemas kini dengan pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan pertikaian pada masa hadapan, termasuk urusan keluarga, harta pusaka dan pengurusan jenazah.

Beliau menegaskan bahawa sebarang isu berkaitan status agama perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang dan institusi agama yang berautoriti, bukannya tindakan sendiri atau pendekatan emosional.

โ€œUsaha mempertahankan akidah tidak bermaksud memusuhi penganut agama lain. Sebaliknya, dakwah perlu dilaksanakan secara berhikmah, bijaksana dan berakhlak,โ€ katanya.

Ceramah kedua bertajuk โ€œFaktor-faktor Permohonan Murtad dan Cara Mengatasinyaโ€ p**a disampaikan ๐„๐ค๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐Ÿ ๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง, ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐‰๐š๐ข๐ฌ ๐Œ๐š๐ซ๐ข๐š๐ฉ๐ฉ๐š๐ง ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก.

Beliau menegaskan bahawa murtad tidak boleh disamakan dengan keadaan seseorang Muslim yang lemah dalam melaksanakan ibadah seperti solat atau puasa kerana penilaian berkaitan akidah perlu dibuat secara tepat dan berhati-hati.

Menurut beliau, antara faktor yang boleh mempengaruhi permohonan murtad termasuk kelemahan kefahaman agama, masalah keluarga dan rumah tangga, perkahwinan, kebajikan, persekitaran, tekanan sosial serta kekurangan bimbingan selepas pengislaman.

Katanya, perkahwinan boleh menjadi asbab seseorang mengenali Islam, namun keyakinan kepada Allah SWT perlu menjadi asas utama pengislaman supaya pegangan agama tidak bergantung kepada kelangsungan hubungan dengan pasangan.

โ€œMasuk Islam bukan noktah dakwah. Ia adalah permulaan kepada perjalanan panjang untuk memahami, menghayati dan mengamalkan Islam,โ€ katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa saudara baharu memerlukan ilmu, sahabat, komuniti, sokongan emosi, bantuan kebajikan serta seorang pembimbing yang konsisten agar mereka tidak berasa bersendirian ketika menghadapi cabaran.

Katanya, masyarakat Islam juga perlu mengelakkan sikap menghukum, memperlekeh atau memalukan saudara Muslim atas kelemahan mereka kerana akhlak dan layanan masyarakat merupakan sebahagian daripada wajah dakwah.

โ€œDakwah yang berkesan bukan sekadar membawa seseorang mengucapkan syahadah, tetapi memastikan mereka mempunyai pembimbing, tempat bertanya, sokongan dan komuniti untuk membantu mereka membina kehidupan sebagai seorang Muslim,โ€ katanya.

Peserta kemudiannya mengikuti latihan dalam kump**an yang dibimbing fasilitator KAGAT dan PERKIM, masing-masing iaitu Kapt. Muhammad Nur Syafiq Zainal, Mej. Azizul Hafiz Azmi Murad, Mej. Nazri Yahya, Ustaz Jais Mariappan, Ustazah Siti Munirah Sayed Mohd Hamdan dan Ustazah Nur Syahirah Musa.

Enam kump**an peserta membentangkan pelbagai perspektif berkaitan cabaran akidah, krisis keyakinan, penerimaan keluarga, peranan rakan dan pegawai agama, kaedah menangani persoalan terhadap Islam serta bentuk sokongan untuk memastikan saudara Muslim terus istiqamah.

Antara rumusan utama latihan berkenaan ialah keperluan mendengar sebelum membimbing, membimbing sebelum menghukum dan mendampingi sehingga mampu berdikari.

Sementara itu, ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐€๐ก๐ฐ๐š๐ฅ ๐’๐ฒ๐š๐ค๐ฌ๐ข๐š๐ก (๐Š๐€๐’) ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐Š๐จ๐ซ ๐€๐ ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐Š๐€๐†๐€๐“), ๐‹๐ญ. ๐Š๐จ๐ฅ. ๐™๐ฎ๐ก๐š๐ข๐ซ๐ฒ ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ ๐Š๐ฎ๐ฌ๐š๐ข๐ง๐ข ketika merasmikan penutupan simposium menegaskan bahawa isu murtad tidak boleh lagi dianggap perkara terpencil, sebaliknya memerlukan tindakan yang tersusun, segera dan realistik.

Beliau yang mewakili ๐‘ป๐’Š๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’•๐’–๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ถ๐’‘๐’†๐’“๐’‚๐’”๐’Š ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’๐’”๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’๐’‰๐’‚๐’๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ฐ๐’”๐’๐’‚๐’Ž ๐‘จ๐‘ป๐‘ด, ๐‘ฉ๐’“๐’Š๐’ˆ. ๐‘ฑ๐’†๐’. ๐‘ซ๐’‚๐’•๐’โ€™ ๐‘จ๐’ƒ. ๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐‘ด๐’๐’‰๐’‚๐’Ž๐’‚๐’… ๐‘จ๐’“๐’Š๐’” yang tidak dapat hadir atas faktor kesihatan berkata, tiga sesi utama sepanjang simposium telah memberikan gambaran menyeluruh mengenai statistik permohonan murtad, aspek perundangan serta faktor dan cabaran yang mendorong berlakunya krisis akidah.

Katanya, usaha menangani isu tersebut tidak boleh bergantung kepada aspek perundangan semata-mata kerana faktor kemurtadan lazimnya kompleks, termasuk kerapuhan iman, tekanan sosial, masalah kebajikan, kekosongan jiwa, konflik keluarga serta kekurangan sokongan selepas pengislaman.

Beliau menyeru supaya kerjasama PERKIM, MAIWP dan ATM diteruskan melalui gerak kerja yang lebih bersepadu dengan melibatkan agensi agama, kebajikan, institusi zakat dan badan dakwah.

โ€œSaudara Muslim tidak boleh dibiarkan bersendirian selepas mengucapkan syahadah. Mereka memerlukan ilmu, bimbingan, sokongan moral dan bantuan sosioekonomi yang disalurkan secara produktif,โ€ katanya.

Beliau turut berharap setiap resolusi yang dicapai sepanjang simposium diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan dalam memperkukuh akidah serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan saudara Muslim terus terbela.

Pada majlis penutup itu, Lt. Kol. Zuhairy turut menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta daripada ATM, manakala Haji Mathurudi menyampaikan cenderamata kepada beliau sebagai tanda penghargaan.

Simposium berakhir dengan bacaan doa, sesi fotografi bersama peserta dan fasilitator serta jamuan tengah hari sebelum para peserta meneruskan aktiviti seterusnya.

Turut hadir ialah ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—œ๐—  ๐—ช๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—จ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—น๐—ถ, ๐—ฆ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ถ๐—ป๐—ถ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜.

30/08/2026

Nyanyian Jalur Gemilang Peserta Klinik Iqraโ€™ Anak-Anak Asnaf dan Mualaf

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang di bawah naunganmu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang di bawah naunganmu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur gemilang

KLINIK IQRAโ€™ PERKASA CELIK AL-QURAN ANAK ASNAF, MUALAFAKTIVITI MENARIK DALAM KLINIK IQRAโ€™ โ€ข Mengenal Huruf Hijaiyahโ€ข Soa...
30/08/2026

KLINIK IQRAโ€™ PERKASA CELIK AL-QURAN ANAK ASNAF, MUALAF

AKTIVITI MENARIK DALAM KLINIK IQRAโ€™

โ€ข Mengenal Huruf Hijaiyah
โ€ข Soal Jawab Pengetahuan Agama
โ€ข Menyempurnakan Titik Hijaiyah
โ€ข Kuiz Iqra' & Bingo Iqra'
โ€ข Tebuk Al-Quran
โ€ข Tahsin Surah Al-Fatihah
โ€ข Pengertian Surah Al-Fatihah

๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐ˆ๐๐‘๐€โ€™ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐‚๐„๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐€๐’๐๐€๐…, ๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐…๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Seramai 100 anak asnaf dan mualaf men...
29/08/2026

๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐ˆ๐๐‘๐€โ€™ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐‚๐„๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐€๐’๐๐€๐…, ๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐…

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Seramai 100 anak asnaf dan mualaf menyertai Klinik Iqraโ€™ Anak-Anak Asnaf dan Mualaf sebagai usaha memperkukuh penguasaan bacaan al-Quran, khususnya dalam kalangan generasi muda yang memerlukan bimbingan secara berterusan.

Program anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berlangsung pada 29 Ogos bermula jam 8 pagi di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Klinik tersebut bukan sekadar memberi pendedahan asas mengenal huruf hijaiyah dan membaca al-Quran, malah dirangka secara interaktif bagi menyemai kecintaan terhadap al-Quran sejak usia kanak-kanak.

๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ, ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‰๐จ๐ ๐ข ๐๐š๐ง๐ฃ๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ๐ข berkata pendekatan pembelajaran secara santai, menyeronokkan dan berasaskan aktiviti berkump**an penting bagi memastikan kanak-kanak tidak melihat proses mempelajari al-Quran sebagai sesuatu yang sukar atau membebankan.

Menurut beliau, penguasaan al-Quran bukan semata-mata berkaitan kebolehan membaca, sebaliknya menjadi asas penting kepada pembentukan kefahaman agama, akhlak dan jati diri seseorang Muslim.

โ€œKanak-kanak perlu dididik supaya memahami bahawa al-Quran adalah panduan kehidupan dan membacanya merupakan satu amalan yang mempunyai nilai besar di sisi Allah SWT.

โ€œJusteru, klinik ini memberi penekanan kepada pembelajaran asas yang boleh membina keyakinan mereka untuk membaca al-Quran dengan lebih baik, di samping menggalakkan mereka terus belajar dan mengamalkannya selepas program berakhir,โ€ kata Ustaz Jogi yang juga Eksekutif PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.

Program seterusnya, dikendalikan oleh dua urus setia utama ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐’๐š๐ง๐๐ก๐ฒ๐š๐ฅ๐ข๐ง๐ข ๐’๐ฎ๐ฆ๐š๐ฒ๐ฒ๐š๐ก ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ๐š๐ก ๐’๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐š ๐Œ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ฌ๐ฌ๐š๐ง yang mengatur perjalanan aktiviti bermula dengan bacaan Ummul Kitab, doa pembuka majlis dan nyanyian lagu Nasab Nabi bersama peserta.

Suasana program kemudiannya diserikan dengan pendekatan pembelajaran yang bersifat interaktif apabila peserta dibahagikan kepada sembilan kump**an bagi mengikuti pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kump**an (LDK).

Antara aktiviti yang disusun termasuk mengenal huruf hijaiyah, soal jawab pengetahuan agama, menyempurnakan titik pada huruf hijaiyah, kuiz Iqraโ€™, tebuk al-Quran, tahsin Surah al-Fatihah serta pengenalan kepada pengertian surah berkenaan.

Pendekatan tersebut membolehkan peserta belajar dalam suasana santai sambil menguji kefahaman mereka melalui permainan, kuiz dan cabaran berkump**an.

Dalam sesi penerangan, peserta turut diberi kefahaman mengenai kepentingan mempelajari al-Quran, termasuk kewajipan membaca Surah al-Fatihah dalam solat serta kedudukan al-Quran sebagai kalam Allah SWT dan sumber panduan umat Islam.

Peserta turut didedahkan kepada asas huruf hijaiyah dan kepentingan mengenal perbezaan huruf yang hampir sama bentuk tetapi mempunyai kedudukan titik yang berbeza.

Selain penguasaan bacaan, aspek pembetulan sebutan turut diberi perhatian apabila peserta dibimbing mengenal pasti kesilapan lazim dalam sebutan huruf dan perkataan Arab supaya bacaan dapat diperbaiki secara berperingkat.

Aktiviti Bingo Iqraโ€™ antara pendekatan kreatif yang digunakan bagi menguji keupayaan peserta mengenal huruf dengan lebih pantas. Peserta diminta mendengar huruf yang disebut oleh fasilitator sebelum mencari dan membulatkan huruf berkenaan pada lembaran masing-masing.

Kaedah pembelajaran berbentuk permainan itu bukan sahaja mencetuskan suasana ceria, malah membantu peserta mengukuhkan daya ingatan dan kemahiran mengenal huruf hijaiyah.

Program turut menitikberatkan pembacaan Surah al-Fatihah secara individu apabila fasilitator ditempatkan di setiap kump**an untuk mendengar bacaan peserta serta memberikan teguran dan pembetulan secara langsung.

Peserta dibimbing membaca ayat demi ayat bagi memastikan sebutan, makhraj dan kelancaran bacaan dapat diperbaiki sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke tahap seterusnya.

Aktiviti berkenaan dibantu sembilan fasilitator, iaitu ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™…๐™ค๐™œ๐™ž, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™Ž๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™ˆ๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ง๐™–๐™ ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™š๐™™ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™ƒ๐™–๐™ข๐™™๐™–๐™ฃ, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™‰๐™ค๐™ง๐™ก๐™–๐™ž๐™ก๐™ž๐™–๐™ก๐™ฅ๐™ž๐™ฃ ๐™Ž๐™ช๐™ง๐™–๐™ฉ๐™ข๐™–๐™ฃ, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™Ž๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™ก๐™ž๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐˜ผ๐™ง๐™ž๐™›๐™›๐™ž๐™ฃ, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™Ž๐™ช๐™ข๐™–๐™ฎ๐™ฎ๐™–๐™, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™Ž๐™๐™–๐™ข๐™ž๐™ก๐™–, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™Ž๐™ฎ๐™–๐™๐™ง๐™ž๐™ก ๐™๐™ค๐™จ๐™™๐™ž ๐˜ผ๐™๐™ข๐™–๐™™ ๐™•๐™–๐™๐™ช๐™™๐™ž, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™–๐™ข๐™ข๐™–๐™™ ๐™„๐™ง๐™›๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ฏ๐™ข๐™ž dan ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™ˆ๐™ช๐™๐™–๐™ข๐™ข๐™–๐™™ ๐™‡๐™ช๐™ฆ๐™ข๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™—๐™™๐™ช๐™ก ๐™๐™–๐™๐™ข๐™–๐™ฃ.

Sepanjang program, peserta turut diterapkan dengan nilai disiplin, kerjasama, keberanian menjawab soalan serta kepentingan memberikan tumpuan ketika guru menyampaikan ilmu.

Pendekatan berkenaan dilihat berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dekat dengan dunia kanak-kanak, apabila elemen permainan, nyanyian dan pertandingan digabungkan dengan pengajaran asas agama.

Dalam sesi interaksi bersama peserta, mereka turut diajak memahami bahawa al-Quran bukan sekadar bahan bacaan, sebaliknya menjadi sumber petunjuk, teman kehidupan dan amalan yang akan memberi manfaat kepada pembacanya di akhirat.

Peserta juga diingatkan supaya ilmu yang diperoleh tidak terhenti selepas tamat klinik, sebaliknya diamalkan secara konsisten di rumah dan dikongsi dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

Program kemudian melabuhkan tirai dengan penyampaian hadiah kepada setiap kump**an sebagai penghargaan terhadap komitmen dan kerjasama peserta sepanjang mengikuti aktiviti yang disediakan.

Dalam suasana penuh semangat patriotik, peserta dan urus setia turut menyanyikan lagu Jalur Gemilang secara beramai-ramai bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.

Penganjuran klinik itu diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam membina generasi muda yang bukan sahaja celik al-Quran, tetapi turut memahami, menghayati dan menjadikan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Usaha sedemikian juga dilihat penting dalam memastikan anak-anak asnaf dan mualaf mendapat ruang pembelajaran agama yang tersusun, inklusif dan mesra kanak-kanak, sekali gus membantu mereka membina keyakinan serta kecintaan terhadap ilmu dan al-Quran.

๐”๐ฌ๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐Ÿ ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐’๐š๐ค๐ข๐ง๐š๐ก, ๐Œ๐š๐ฐ๐š๐๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ก.Antara Pengisian dan Manfaat:โ€ข Memperkukuh kefahaman Islam dal...
28/08/2026

๐”๐ฌ๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Œ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐Ÿ ๐Š๐จ๐ง๐ฌ๐ž๐ฉ ๐’๐š๐ค๐ข๐ง๐š๐ก, ๐Œ๐š๐ฐ๐š๐๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ก.

Antara Pengisian dan Manfaat:

โ€ข Memperkukuh kefahaman Islam dalam institusi
keluarga

โ€ข Ruang perkongsian pengalaman & sokongan sesama saudara baharu

โ€ข Panduan membina keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah

โ€ข Ilmu tentang pendidikan anak-anak & pengurusan konflik berlandaskan nilai Islam

โ€ข Mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang

๐”๐’๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐… ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐Ž๐๐’๐„๐ ๐’๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐‡, ๐Œ๐€๐–๐€๐ƒ๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€” Lebih 80 saudara baharu darip...
27/08/2026

๐”๐’๐‘๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐… ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐Ž๐๐’๐„๐ ๐’๐€๐Š๐ˆ๐๐€๐‡, ๐Œ๐€๐–๐€๐ƒ๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐‘๐€๐‡๐Œ๐€๐‡

๐’๐„๐‘๐„๐Œ๐๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€” Lebih 80 saudara baharu daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk Cina, India, Punjabi, Orang Asli, Bidayuh, Murut, Iban dan Kadazan menyertai Usrah Keluarga Mualaf: Konsep Sakinah, Mawaddah, Rahmah yang dianjurkan bersama PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dewan Seminar PERKIM, Seremban, hari ini.

Program bermula jam 9 pagi itu menjadi wadah pengukuhan kefahaman Islam dalam kalangan saudara baharu, khususnya berkaitan pembinaan institusi keluarga yang berteraskan iman, ilmu, kasih sayang, tanggungjawab dan akhlak.

๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ, ๐”๐ฌ๐ญ๐š๐ณ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‰๐จ๐ ๐ข ๐๐š๐ง๐ฃ๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ๐ข berkata usrah berkenaan bertujuan membimbing saudara baharu memahami Islam bukan hanya sebagai pegangan akidah dan ibadah individu, malah sebagai panduan menyeluruh dalam membina kehidupan berkeluarga.

Menurut beliau, penghayatan konsep sakinah, mawaddah dan rahmah amat penting bagi membantu keluarga mualaf membina rumah tangga yang tenang, saling menghormati dan mampu menghadapi cabaran kehidupan berdasarkan ajaran Islam.

โ€œUsrah ini juga menjadi ruang untuk peserta berkongsi pengalaman, memperkukuh hubungan sesama saudara baharu dan mendapatkan panduan berkaitan kehidupan berkeluarga, pendidikan anak-anak serta pengurusan konflik berdasarkan nilai Islam,โ€ kata Ustaz Jogi yang juga Eksekutif PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan.

Program itu turut menampilkan ceramah bertajuk โ€œ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข ๐˜’๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜š๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜”๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉโ€ disampaikan ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ก๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง, ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐Œ๐š๐ญ๐ก๐ฎ๐ซ๐ฎ๐๐ข ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐‘๐ž๐ฃ๐š๐›.

Beliau mengingatkan bahawa perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua insan, sebaliknya amanah besar daripada Allah SWT untuk membina keluarga, melahirkan generasi dan membentuk masyarakat yang berteraskan agama.

Mengambil pedoman Surah al-Rum ayat 21, beliau menjelaskan bahawa pasangan diciptakan Allah SWT sebagai sumber ketenteraman serta untuk membina hubungan yang dipenuhi kasih sayang dan rahmat.

Kata Haji Mathurudi, matlamat rumah tangga bukan semata-mata menyediakan kehidupan yang sempurna dari sudut material, tetapi membentuk hati yang tenteram dan hubungan yang mampu menjadi sumber kekuatan kepada setiap ahli keluarga.

โ€œIman dan ketakwaan kepada Allah SWT hendaklah menjadi teras keluarga. Kehidupan suami isteri perlu dipandu al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW serta dibina melalui ilmu agama yang benar,โ€ katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan komunikasi berhemah, sikap saling memahami dan kesediaan memaafkan dalam rumah tangga.

Setiap pasangan perlu belajar mendengar sebelum memberikan respons, memahami perasaan pasangan dan mengelakkan kata-kata kasar, sindiran serta tindakan ketika emosi memuncak.

Dalam pada itu, keluarga digalakkan mencari keberkatan melalui amalan mudah seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, berdoa dan makan bersama.

Penggunaan telefon serta peranti digital p**a perlu dikawal supaya tidak menghakis masa berkualiti antara ahli keluarga.

Tanggungjawab suami, katanya, bukan hanya menyediakan nafkah, tetapi turut merangkumi kepimpinan, perlindungan, pendidikan agama dan bimbingan kepada isteri serta anak-anak.

Isteri p**a berperanan sebagai teman hidup yang saling melengkapi, menjaga kehormatan diri dan keluarga serta bersama-sama mendidik anak-anak.

Haji Mathurudi turut mengingatkan bahawa anak ialah amanah Allah SWT yang perlu dididik bukan sahaja dengan ilmu, tetapi juga akhlak dan teladan. Ibu bapa perlu menyedari bahawa anak-anak belajar melalui apa yang mereka lihat, dengar dan alami setiap hari di rumah.

โ€œRumah tangga yang kukuh tidak terbina hanya dengan nasihat. Ia terbina melalui contoh, ibadah yang konsisten, komunikasi yang baik, sikap saling menghargai dan kesediaan melakukan kebaikan kerana Allah SWT,โ€ katanya.

Sementara itu, ๐„๐ค๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ข๐Ÿ ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐Ÿ ๐๐„๐‘๐Š๐ˆ๐Œ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง, ๐’๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐ฎ๐ง๐ข๐ซ๐š๐ก ๐’๐š๐ฒ๐ž๐ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‡๐š๐ฆ๐๐š๐ง meneruskan pengisian menerusi ceramah bertajuk โ€œ๐˜™๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜š๐˜บ๐˜ถ๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ: ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ข๐˜ด ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ข๐˜ข๐˜ฏโ€.

Ustazah Munirah memulakan sesi secara santai dan interaktif dengan mengajak peserta melakukan senaman ringkas bagi menyegarkan badan sebelum membawa mereka menyelami aspek rohani dan emosi dalam pembentukan keluarga.

Menurutnya, keluarga yang dimiliki seseorang merupakan amanah Allah SWT yang perlu diterima dengan penuh kesyukuran dan diusahakan untuk menjadi lebih baik, tanpa terlalu meratapi keadaan yang telah berlaku.

Berdasarkan pengalaman dakwah membimbing golongan mualaf, khususnya wanita, beliau berkongsi bahawa kekurangan bimbingan agama sebelum perkahwinan boleh menyebabkan sebahagian mualaf berdepan kesukaran memahami tanggungjawab sebagai Muslim dan pasangan.

Justeru, kata Ustazah Munirah, ilmu asas seperti akidah, syahadah, rukun iman, rukun Islam, solat, bersuci, aurat dan batas pergaulan perlu dikuasai supaya kehidupan selepas memeluk Islam dapat dibina dengan kefahaman yang kukuh.

Beliau mengajak peserta menjadikan rumah sebagai tempat yang dekat dengan Allah SWT, bukan sekadar ruang untuk makan, tidur dan berehat.

Katanya, aktiviti harian seperti memasak, membantu pasangan, mengurus rumah, bekerja dan menjaga keluarga juga boleh menjadi ibadah apabila dilakukan dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah SWT.

Ustazah Siti Munirah Hamdan turut menggalakkan amalan solat berjemaah, membaca al-Quran bersama-sama serta makan bersama sebagai pendekatan mudah membina ikatan kekeluargaan.

โ€œApabila keluarga membiasakan solat berjemaah, wujud kebersamaan. Daripada kebersamaan lahir komunikasi, kasih sayang dan kekuatan keluarga,โ€ katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menjadikan al-Quran sebahagian daripada kehidupan harian keluarga, termasuk membaca dan menerangkan maksud ayat kepada anak-anak dengan bahasa mudah.

Katanya, pendidikan agama tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada sekolah atau guru kerana rumah ialah institusi pendidikan pertama yang membentuk akidah, ibadah, akhlak dan keperibadian anak-anak.

Dalam aspek hubungan suami isteri, beliau menekankan kepentingan saling menghormati, membantu, menerima kekurangan pasangan dan menghargai usaha walaupun kecil.

Pasangan juga diingatkan supaya menjaga amanah, maruah dan batas pergaulan, selain membincangkan sesuatu keputusan bersama bagi mengelakkan salah faham dan memupuk rasa dihargai.

Empat perkara turut ditekankan untuk dielakkan dalam rumah tangga, iaitu membandingkan pasangan dengan orang lain, membuka aib keluarga, mengungkit kesalahan lalu dan membuat keputusan ketika marah.

Beliau turut mengajak peserta menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan berkeluarga dengan mengutamakan kelembutan, kesabaran, kemaafan dan akhlak yang baik.

Amalan zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar turut disarankan sebagai sumber kekuatan rohani ketika menghadapi cabaran kehidupan.

Program diteruskan dengan sesi soal jawab sebelum peserta dibahagikan kepada enam kump**an bagi melaksanakan Latihan Dalam Kump**an (LDK) bertemakan konsep Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Sesi berkenaan dibimbing fasilitator terdiri daripada ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™…๐™ค๐™œ๐™ž, ๐™๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™ˆ๐™–๐™ฉ๐™๐™ช๐™ง๐™ช๐™™๐™ž, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ๐™–๐™ ๐™ˆ๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ง๐™–๐™, ๐™๐™จ๐™ฉ๐™–๐™ฏ ๐™•๐™–๐™›๐™ง๐™ž ๐™„๐™จ๐™ข๐™–๐™ž๐™จ๐™ ๐™–๐™ฃ๐™™๐™–๐™ง ๐˜ผ๐™—๐™™ ๐™‚๐™๐™–๐™ฃ๐™ž ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™…๐™–๐™ข๐™จ๐™–๐™ง๐™ž ๐™ˆ๐™ค๐™๐™–๐™ข๐™–๐™™.

Menerusi pembentangan kump**an, peserta menterjemahkan kefahaman mereka terhadap konsep keluarga bahagia melalui lukisan, simbol dan perkongsian pengalaman.

Kump**an pertama menggambarkan rumah sebagai tempat berkumpul, beribadah dan melakukan aktiviti bersama seperti mengaji, solat berjemaah, makan, berbual, berbincang dan bergotong-royong. Mereka turut menekankan kepentingan saling menghormati, memaafkan, pendidikan agama dan komunikasi sebagai asas ketenangan keluarga.

Kump**an Sakinah p**a menggabungkan tema Keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah serta Rumahku Syurgaku. Unsur matahari, gunung, burung, haiwan dan sawah padi digunakan untuk menggambarkan keindahan kehidupan keluarga yang harmoni.

Mawaddah diterjemahkan melalui cinta dan kasih sayang, manakala rahmah menggambarkan belas ihsan serta sikap saling menyantuni.

Kump**an Mualaf menterjemahkan lukisan lima ekor burung sebagai simbol lima Rukun Islam dan enam unsur alam bagi menggambarkan enam Rukun Iman. Gambaran ibu, ayah dan anak-anak melambangkan keluarga, manakala cahaya matahari membawa maksud sinar Ilahi sebagai panduan kehidupan.

Kump**an Jannah โ€“ Syurga Allah p**a menampilkan rumah kampung dan keluarga bahagia sebagai simbol keamanan, kebersamaan dan ibadah. Awan, pelangi, sungai dan senyuman digunakan bagi menggambarkan kebesaran Allah SWT, warna-warni kehidupan, ketenangan menghadapi cabaran serta kebahagiaan keluarga.

Kump**an Nurani mengetengahkan konsep Rumahku Syurgaku melalui ketakwaan, kasih sayang, rahmah, komunikasi berkesan, ilmu, pendidikan anak, pengurusan kewangan dan aktiviti kekeluargaan.

Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada keenam-enam kump**an, cenderamata penghargaan, sesi fotografi dan jamuan makan tengah hari.

Turut hadir ialah ๐˜ผ๐™๐™ก๐™ž ๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ ๐™ช๐™–๐™จ๐™– ๐™‹๐™€๐™๐™†๐™„๐™ˆ ๐™‰๐™š๐™œ๐™š๐™ง๐™ž ๐™Ž๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ก๐™–๐™ฃ, ๐™‰๐™–๐™ž๐™— ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ๐™ž 1, ๐˜ฟ๐™–๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐˜ผ๐™ก๐™ž ๐˜ผ๐™— ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ž๐™™; ๐™Ž๐™š๐™ฉ๐™ž๐™–๐™ช๐™จ๐™–๐™๐™– ๐™†๐™š๐™๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™ฉ, ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™๐™ช๐™จ๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™จ๐™จ๐™–๐™ฃ; ๐˜ฝ๐™š๐™ฃ๐™™๐™–๐™๐™–๐™ง๐™ž ๐™†๐™š๐™๐™ค๐™ง๐™ข๐™–๐™ฉ, ๐™Ž๐™ช๐™ฏ๐™ก๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™– ๐™ˆ๐™–๐™๐™–๐™ฎ๐™ช๐™™๐™™๐™ž๐™ฃ; ๐˜ผ๐™…๐™†, ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ ๐™๐™–๐™ง๐™ž๐™™๐™–๐™ ๐™…๐™–๐™—๐™—๐™–๐™ง, ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™„๐™ฎ๐™ค๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™š๐™  ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ ๐™Ž๐™–๐™—๐™–๐™ง๐™ž๐™–๐™ ๐™ˆ๐™ค๐™๐™™ ๐™”๐™–๐™ฉ๐™ž๐™ข, ๐™จ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™– ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ ๐™จ๐™š๐™ฉ๐™ž๐™– ๐™‹๐™€๐™๐™†๐™„๐™ˆ, ๐™Ž๐™ช๐™ง๐™ž๐™– ๐˜ผ๐™—๐™™๐™ช๐™ก๐™ก๐™–๐™, ๐™‰๐™ค๐™ค๐™ง ๐˜ผ๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™…๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง ๐™‰๐™œ ๐˜ผ๐™—๐™™๐™ช๐™ก๐™ก๐™–๐™.

Address

Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60340434801

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Bhg. Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perkim Bhg. Wilayah Persekutuan:

Shortcuts

Share