28/09/2021
Perhatian untuk pemilik jenama barangan / skateboard / skateshops / skatemedia / skate clinics / skate related products and services yang bercadang mendaftarkan Cap Dagangan anda.
Semalam 27 September 2021, Kerajaan telah bersetuju meluluskan beberapa program dan projek utama untuk dilaksanakan dalam RMKe-12 bagi melonjakkan pertumbuhan sektor dan industri strategik. Antaranya ialah dana pinjaman pelaburan penyelidikan dan pembangunan bidang aeroangkasa, elektrik dan elektronik; penubuhan Centre of Excellence for Future Industry; dana harta intelek; dan skim pembiayaan mudah bagi pendigitalan dan penerimagunaan teknologi untuk menyokong syarikat tempatan beralih kepada teknologi termaju.
Para pemilik jenama barangan / skateboard / skateshops / skatemedia / skate related products and services berpeluang mendaftarkan jenama masing-masing melalui permohonan Dana Harta Intelek yang mensasarkan golongan belia, pelajar dan komuniti setempat bagi membiayai kos fi pemfailan harta intelek (Cap Dagangan antaranya) termasuk kos profesional ejen bagi pendaftaran paten.
Permohonan dana yang diluluskan adalah untuk permohonan harta intelek yang baru dan kebanyakan pemohon masih belum mempunyai pendaftaran harta intelek. Selain dibiayai 100% untuk kos pemfailan, dana yang diterima juga sebagai galakan dan pendedahan kepada usahawan berkenaan proses dan prosedur pendaftaran sesuatu harta intelek. Kelulusan dana akan diberikan kepada permohonan yang melepasi kriteria pendaftaran bagi memberikan keyakinan kepada penerima untuk fokus kepada aktiviti pengkomersialan dan eksploitasi harta intelek tersebut.
Permohonan dana akan diiklankan di laman sesawang MyIPO dan MyIPOUTREACH dan akan dimaklumkan kelak. Tunggu apa lagi, rebut peluang untuk kembangkan perniagaan dan produk skateboard tempatan kita.
Untuk menarik perhatian semua, Laksamana Skateboards, Hz Skateboards dan Madhorse (jenama berasal dari Johor Bahru daripada Saudara Mohd Najib Ajib Tmpank) merupakan antara jenama Syarikat Skateboard tempatan yang telah mendapat pendaftaran cap dagangan mereka.
Revolution Magazine 50zine MYSKATE.org - Malaysia Skate Federation Shipwreck Skateboard AR & CO. Skate Company Melekat Griptape