Kelantan Times

Kelantan Times Random Content ✅
Cerita semasa ✅
Perihal Makanan ✅
Video Viral ✅
Ayat-Ayat Motivasi dll ✅

Permanently closed.
Kalendar Acara Kelantan 2026 kembali dengan tema “Indahnya Kelantan”Kalendar acara Kelantan (Calendar of Event Kelantan)...
06/05/2026

Kalendar Acara Kelantan 2026 kembali dengan tema “Indahnya Kelantan”
Kalendar acara Kelantan (Calendar of Event Kelantan) 2026 kembali dengan tema “Indahnya Kelantan” bagi menghimpunkan pelbagai acara menarik sepanjang tahun yang merangkumi sektor pelancongan, kebudayaan, kesenian, warisan serta komuniti.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor berkata, setiap program yang dirangka bertujuan menonjolkan keunikan Kelantan di samping memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Menurutnya, penganjuran kalendar acara itu bukan sahaja memperkukuh identiti negeri sebagai destinasi pelancongan berteraskan budaya, malah menjadi platform untuk merancakkan ekonomi setempat melalui penglibatan komuniti.
“Daripada Kota Bharu sebagai nadi budaya, keindahan pantai di Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, kehijauan alam semula jadi di Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai.

Kembara Solo Dua Anak Pasir Mas Keliling Dunia (1959)Pernahkah anda terbayang untuk meninggalkan kerjaya dan kampung hal...
30/04/2026

Kembara Solo Dua Anak Pasir Mas Keliling Dunia (1959)
Pernahkah anda terbayang untuk meninggalkan kerjaya dan kampung halaman selama 5 tahun semata-mata untuk melihat dunia? Inilah kisah luar biasa dua pemuda dari Pasir Mas, Kelantan yang pernah menjadi antara pelopor rakyat Malaysia untuk mengelilingi dunia.

Rakyat Pasir Mas seharusnya berbangga kerana seawal negara kita merdeka iaitu menurut laporan akhbar Berita Harian pada 20 Disember 1958, iaitu selepas setahun negara kita merdeka, dua pemuda dari Pasir Mas iaitu Hashim bin Lembang (27 tahun) dan Jamlus bin Abdul Kadir (24 tahun). Kedua-duanya sebelumnya bertugas sebagai kerani di Pejabat Pentadbiran Rancangan Tanah (Land Administrative Scheme) di Pasir Mas sebelum membuat keputusan nekad untuk "pusing dunia."

Misi mereka dikatakan cukup "Gila" pada masa itu iaitu Menaiki Skuter mengelilingi dunia, bukan dengan kapal terbang mewah, tetapi mereka merancang untuk mengembara dengan hanya menaiki dua buah motosikal skuter!

Destinasi mereka adalah mengembara merentasi pelbagai benua dalam masa lima tahun:

Asia & Timur Tengah: Thailand, Burma (Myanmar), India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Iraq, Jordan, Turki.

Eropah: Mesir, Itali, Switzerland, Perancis, Jerman, Belgium, Belanda, England.

Benua Amerika: Amerika Syarikat (Rancangan untuk menetap 2 tahun di sana bagi belajar Sains Politik dan Kewartawanan).

Kepulangan: Melalui Jepun, New Zealand, dan Indonesia sebelum kembali ke Tanah Melayu.
🇲🇾 Membawa Nama Tanah Melayu ke Persada Dunia.

Mereka bukan sekadar berjalan kosong. Hashim dan Jamlus membawa misi besar sebagai "Duta Kecil" dengan mempromosikan kebudayaan dan kesenian Tanah Melayu. Membawa gambar-gambar perusahaan bijih timah, getah, kelapa, dan cara hidup rakyat Malaya untuk ditunjukkan kepada dunia.
Menguji ketabahan hati dan kepintaran diri di bumi asing.

Mengapa Kisah kawe katakan hebat? Bayangkan pada tahun 1959, tanpa bantuan GPS, internet, atau Google Translate, dua pemuda ini berani memohon cuti tanpa gaji selama 5 tahun demi mengejar cita-cita yang lama terpendam. Mereka membuktikan bahawa anak Pasir Mas bukan sahaja hebat di negeri sendiri, malah berjiwa global!

Mohon kalau kedua-duanya masih hidup kita pakat cari mana duduk atau ada keturunan samada anak cucunya boleh kongsi gambar dua pemuda hebat ni dulu.

*Keratan akbar ini telah diwarnakan dan dijelaskan resolusi.

PM

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelantan Times posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share