Lepas Minit 90

Lepas Minit 90 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lepas Minit 90, Media, Kuala Lumpur.

13/08/2026

Arsenal, jangan beli Cristian Romero!

Walaupun Romero dianggap sebagai pilihan untuk memperkuat pertahanan Arsenal, ada persoalan besar yang perlu dipertimbangkan. Adakah sikap dan rekod kadnya mampu menjadi liabiliti kepada The Gunners?

Kalau nak kekalkan cabaran kejuaraan, betul ke Romero pemain yang Arsenal perlukan?

Tonton perbincangan penuh dalam LM90 Episod 12.

12/08/2026

Liverpool ‘kutip’ Ronald Araújo, tapi kenapa pemain Barcelona ini pernah jadi antara nama yang paling dibenci penyokong sendiri?

Adakah Liverpool sedang buat panic buying, atau Araújo sebenarnya boleh jadi jawapan kepada masalah pertahanan mereka?

Dengar pandangan penuh dalam LM90 Episod 12.

12/08/2026

Newcastle kehilangan beberapa pemain penting dan persoalannya, adakah skuad mereka masih cukup kuat untuk bersaing musim ini?

Adakah The Magpies mampu kekal di kelompok teratas Premier League, atau kehilangan pemain-pemain utama bakal memberi kesan besar kepada prestasi mereka?

Tonton perbincangan penuh dalam LM90 Episod 12 sekaran di saluran Youtube Lebih Masa

Liverpool ‘kutip’ Ronald Araújo, pemain yang pernah menjadi sasaran kritikan penyokong Barcelona. Arsenal p**a masih men...
11/08/2026

Liverpool ‘kutip’ Ronald Araújo, pemain yang pernah menjadi sasaran kritikan penyokong Barcelona. Arsenal p**a masih mencari solusi di posisi left wing, dengan nama seperti Rafael Leão mula dikaitkan. Dalam Episod 12, LM90 turut mengupas perkembangan Manchester United, Chelsea, Newcastle serta transfer terkini yang sedang hangat dalam dunia bola sepak.

Tonton LM90 Episod 12 pada Selasa, 11 Ogos jam 4:00 PM

11/08/2026

Adakah Michael Carrick akan berjaya bertahan di Manchester United?

Selepas pengalaman Ole Gunnar Solskjær yang berdepan tekanan untuk menghasilkan keputusan selepas beberapa siri pembelian pemain, persoalannya kini sama ada Carrick akan diberikan masa untuk membentuk pasukan mengikut acuan sendiri.

Dengan beberapa pemain baharu yang sudah dibawa masuk, adakah Manchester United akhirnya memberikan Carrick sokongan yang diperlukan?

Ikuti perbincangan penuh dalam Lepas Minit 90 Episod 11

07/08/2026

Liverpool masih belum menemui jawapan di bahagian tengah. Ketiadaan beberapa pemain utama, masa depan Alexis Mac Allister yang belum pasti, spekulasi Curtis Jones mahu keluar, dan isu pemain nombor enam terus menjadi persoalan.

Adakah Liverpool sedang berdepan krisis di posisi tengah?

Tonton perbincangan penuh dalam Lepas Minit 90 Episod 11.

Jendela perpindahan terus hangat menjelang musim baharu. Dalam Lepas Minit 90 Episod 11, Mat Kening bersama Anas Akasya ...
06/08/2026

Jendela perpindahan terus hangat menjelang musim baharu.

Dalam Lepas Minit 90 Episod 11, Mat Kening bersama Anas Akasya dan Alif Azizan mengupas sama ada Bruno Guimarães mampu mengubah Arsenal, peluang Vinícius Jr ke Emirates, aktiviti perpindahan Liverpool, isu bek kanan, masa depan Jarrell Quansah, pemburuan Barcola.

Serta perdebatan mengenai Michael Carrick, persaingan di bahagian tengah Manchester United dan pilihan antara Zirkzee atau Højlund.

Tonton disaluran Youtube Lepas Minit 90 pada 6 Ogos jam 4:00 PM

22/07/2026

Sepanyol benar-benar menguasai pentas final Piala Dunia 2026. Apa rahsia di sebalik dominasi mereka sehingga Argentina gagal bermain mengikut rentak sendiri?

Dalam klip ini, panel Lepas Minit 90 membedah taktikal Luis de la Fuente, peranan Rodri sebagai nadi permainan serta bagaimana struktur dan disiplin Sepanyol berjaya mematikan ancaman Lionel Messi dan rakan-rakan. Adakah ini persembahan taktikal terbaik kejohanan?

21/07/2026

Adakah Lionel Messi masih aset terbesar Argentina, atau sudah menjadi liabiliti ketika menentang pasukan bertaraf dunia?

Dalam klip ini, panel Lepas Minit 90 membincangkan sama ada Argentina terlalu bergantung kepada Messi sehingga menyukarkan taktikal mereka di pentas final Piala Dunia 2026.

Setuju atau tidak dengan pandangan ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Spain muncul juara dunia, tetapi adakah kemenangan itu berpunca daripada kehebatan mereka atau kelemahan Argentina? Dala...
20/07/2026

Spain muncul juara dunia, tetapi adakah kemenangan itu berpunca daripada kehebatan mereka atau kelemahan Argentina?

Dalam episod penutup Lepas Minit 90 World Cup Edition, Mat Kening bersama Coach Dom, Amar Amdan dan Nik Nazmi membedah taktikal final Piala Dunia 2026, termasuk peranan Rodri, pengaruh Messi, DNA bola sepak Sepanyol serta perdebatan mengenai anugerah individu.

Tonton episod penuh sekarang di YouTube Lepas Minit 90 sekarang!

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lepas Minit 90 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category