Detik Malaysia

Detik Malaysia Detik Malaysia merupakan platform berita tanah air yang menyajikan liputan menyeluruh merangkumi isu semasa, politik dan sukan.

Layari laman web kami di https://detikmalaysia.com


Hubungi kami:
[email protected]

15/09/2026
15/09/2026
Anugerah Khas Menteri suntik semangat keluarga MuaythaiKUALA LUMPUR – Atlet Muaythai negara, Aliff Rakib menerima Anuger...
15/09/2026

Anugerah Khas Menteri suntik semangat keluarga Muaythai

KUALA LUMPUR – Atlet Muaythai negara, Aliff Rakib menerima Anugerah Khas Menteri pada malam Anugerah Perdana Belia Negara sekali gus menjadi pembakar semangat baharu buat seluruh keluarga Muaythai Malaysia. Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) merakamkan penghargaan kepada Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari atas pengiktirafan berkenaan yang disifatkan sebagai detik bersejarah buat atlet berkenaan. Menurut PMM, penghormatan itu bukan hanya untuk Aliff, sebaliknya turut mencerminkan pengiktirafan terhadap atlet, jurulatih, pegawai, persatuan negeri, kelab, ibu bapa dan penyokong yang bersama-sama mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa....

https://detikmalaysia.com/anugerah-khas-menteri-suntik-semangat-keluarga-muaythai

Muaythai Malaysia

15/09/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kulim, Baling, S*k dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah) • Perak (Kerian, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak, Kampar, Bagan Datuk, Muallim dan Batang Padang) • Pahang (Bera, Rompin dan Pekan) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) • Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Sarikei (Julau), Betong (Betong), Miri (Subis dan Marudi), Limbang (Limbang) • Sabah: Tawau (Kalabakan, Kunak, Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Sandakan, Labuk & Sugut, Paitan dan Kinabatangan) sehingga 10:00 Malam; Selasa, 15 September 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 7:40 malam, 15 September 2026




15/09/2026
15/09/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG NASIHAT RAKYAT AMAL PEMAKAIAN PELITUP MUKA SUSULAN KUALITI UDARA TIDAK SIHAT

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menasihatkan rakyat agar sentiasa menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Seri Paduka Baginda berdua bertitah bahawa kualiti udara yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan pelbagai masalah, khususnya berkaitan sistem pernafasan.

Justeru rakyat, khususnya warga emas, kanak-kanak, golongan yang mempunyai masalah pernafasan serta individu yang bekerja di luar, dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada kesan buruk pencemaran udara.

Seri Paduka Baginda berdua turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar, terutama ketika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat.

Selain itu, rakyat juga disaran supaya minum air secukupnya, sentiasa peka terhadap pengumuman rasmi serta mengikuti perkembangan bacaan IPU harian bagi memastikan kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga sentiasa terpelihara.

Seri Paduka Baginda berdua berharap agar seluruh rakyat sentiasa mengutamakan kesihatan dan mengambil langkah sewajarnya dalam menghadapi keadaan jerebu.

Gambar Fail RPO



15/09/2026

🔥 PENJARING TERBANYAK MPFL 2026! 🔥

Selepas tamatnya Sirkit 9, perebutan gelaran penjaring terbanyak semakin menarik!

Siapakah yang bakal bergelar Penjaring Terbanyak MPFL 2026?

Sambutan Hari Kebangsaan Bagan Datuk meriahBAGAN DATUK – Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Bagan Datuk berlangsu...
15/09/2026

Sambutan Hari Kebangsaan Bagan Datuk meriah

BAGAN DATUK – Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Bagan Datuk berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang menghimpunkan masyarakat setempat di Padang Arena Selekoh, di sini hari ini. Program yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10.45 pagi itu turut diadakan bersama Program Jelajah Sejahtera Desaku @ Rungkup 2026. Program berkenaan dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak....

https://detikmalaysia.com/sambutan-hari-kebangsaan-bagan-datuk-meriah

Pusat Perkhidmatan YAB Ahli Parlimen Bagan Datuk

15/09/2026

IT’S RACE WEEK AT AUSTRIA! 🇦🇹

Hakim Danish Ramli kembali ke litar dengan misi meneruskan momentum kebangkitan selepas aksi di GP San Marino. Danish kini bersedia memberikan yang terbaik di Red Bull Ring bagi memburu keputusan yang lebih cemerlang.

Let’s go, Danish!

15/09/2026

Address

Kuala Lumpur
5900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Detik Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Detik Malaysia:

Shortcuts

Share