11/08/2026
Berita Hartanah: E&O Rancang Beli & bangunankan semula Kondo 30 Tingkat Berhampiran KLCC 🏢
Kumpulan Eastern & Oriental Bhd (E&O) menerusi syarikat usahasama KP Urban Sdn Bhd telah memeterai Perjanjian Jual Beli (SPA) bernilai RM189.9 juta untuk membeli tapak pegangan bebas seluas 5,682 meter persegi di Jalan Kia Peng, berhampiran KLCC.
Menariknya, tapak ini bukan tanah kosong. Langkah ini melibatkan rancangan awal kemungkinan merobohkan sebuah kondominium 30 tingkat sedia ada bagi memberi laluan kepada projek kediaman berstrata baharu untuk pasaran umum.
Dengan penilaian pasaran rasmi oleh CBRE mencecah RM200 juta, transaksi ini mencerminkan trend pembangunan semula (redevelopment) di zon teras Kuala Lumpur disebabkan penawaran tanah kosong yang semakin pupus.
Walaubagaimanapun, projek ini masih berada di peringkat paling awal (0%). Pihak pemaju perlu mendapatkan kelulusan serta permit untuk merobohkan struktur sedia ada terlebih dahulu daripada pihak berkuasa. Konsep pembangunan, campuran unit, kos anggaran, dan nama projek juga masih belum dimuktamadkan ➡️