10/08/2026
Satu lagi cerita seram internet diangkat ke layar perak. Kali ini berkisarkan tentang Dead Internet Theory, dimana kepercayaan sesetengah bahawa segala kandungan dalam Internet ni dikawal oleh bot, ai, bukannya manusia.
Sebuah filem seram psikologi sedang dihasilkan oleh penerbit disebalik filem Backrooms.
Filem bertajuk Touch Grass diinspirasikan daripada teori konspirasi internet yang dikenali sebagai "Dead Internet Theory."
Lebih menarik, filem ini akan dihasilkan oleh syarikat kecerdasan buatan (AI), Promise dan akan mengabungkan pelakon sebenar, kesan praktikal dan A.I.
Apa itu "Dead Internet Theory"?
Dead Internet theory adalah kepercayaan sesetengah pihak yang mendakwa sebahagian besar kandungan di internet sebenarnya dikawal atau dihasilkan oleh bot, AI dan personaliti palsu, bukannya manusia sebenar.
Touch Grass mengisahkan seorang wanita muda yang bekerja merekabentuk personaliti AI untuk sebuah syarikat teknologi misteri.
Segalanya berubah apabila dia menemui sebuah dunia tersembunyi di sebalik internet yang dikenali sebagai The Feed.
Penemuan tersebut membawa kepada satu rahsia mengerikan apabila dia mendapati salinan manusia sedang dicipta berdasarkan keinginan terdalam mereka.
Setakat ini, tarikh tayangan, platform tayangan dan barisan pelakon masih belum didedahkan.