24/09/2021
50zine π€ Revo Magazine
Hampir sedekad yang lalu, menerbitkan isu terakhir mereka #107 pada 2012. Pengunduran itu adalah kombinasi faktor peribadi dan ekonomi. Kekosongan itu cuba diisi oleh majalah Popper yang dikelolakan oleh Munir Sibling tetapi mereka juga tidak mampu untuk bertahan lama. Begitu juga dengan majalah online Sindrommag yang diterbitkan pada 2012. Pengeluaran yang tidak konsisten menyebabkan projek ini terkubur begitu sahaja.
Ketika ini, perkhabaran berita tentang sukan skateboarding hanya dikongsi dialam maya bersama Sk8 Malaysia melalu laman web dan sosial media. Namun begitu, pada 2015 sekumpulan anak muda mengambil keputusan untuk menyambung perjuangan Sindrommag dengan menerbitkan majalah online 50zine. Alhamdulillah, usaha mereka berkekalan sehingga kini dan pada 2021, setelah 10 tahun menyepi, 50zine dengan bangganya mengalu-alukan kemunculan semua majalah Revolution.
Sebagai meraikan comeback , projek t-shirt rasmi 50z x Revolution telah dihasilkan. Siap dengan serial number untuk kesahihan release yang terhad. Baju ini tidak dikeluarkan pada pasaran dan bukan untuk dijual. NOT FOR SALE. Sebaliknya, ia akan diberikan secara percuma sebagai hadiah. Hanya 10 helai yang akan dicetak dan ada dua helai akan diberikan semasa sessi FB Live 50z dan Revolution di FB page Trick Skateboard Apa Hari Ini. Ingat tarikh ini. 26 September, 11pm secara langsung di FB page Trick Skateboard Apa Hari Ini.
Syarat nak layak untuk menang hadiah ini mudah. First kena follow IG atau FB dan Kemudian semasa sessi live, just tanya soalan-soalan yang menarik dalam komen. Moderator akan memilih pemenang berdasarkan kualiti soalan dan dua yang terbaik akan menerima T-shirt limited edition ini. Jadi jangan lupa. 26 September (Ahad), 11pm FB live di page FB Trick Skateboard Apa Hari Ini. Jumpa nanti ya.