Careta

Careta Berita dan informasi mengenai kenderaan bermotor di Malaysia dalam bahasa paling mudah!
(397)

A Bahasa Malaysia page on automotive news, product reviews and motoring tips, local and international. Our objective is to educate Malaysians to be a smarter consumer when it comes to their automotive purchases.

Lamborghini Diablo Restomod Eccentrica Kini Ada Versi RoadsterLamborghini Diablo tanpa bumbung, enjin V12 5.7 liter dan ...
11/08/2026

Lamborghini Diablo Restomod Eccentrica Kini Ada Versi Roadster

Lamborghini Diablo tanpa bumbung, enjin V12 5.7 liter dan gated manual enam kelajuan, itu yang ditawarkan Eccentrica menerusi V12 Roadster. Restomod ini menghasilkan 550 hp dan 601 Nm, mampu mencapai 335 km/j serta dibina menggunakan lebih 3,500 komponen khas bagi setiap kereta.

Hanya 19 unit akan dibina dan harga V12 Roadster masih dirahsiakan. Versi Coupe sebelum ini dilaporkan berharga AS$1.3 juta (RM5.45 juta), belum termasuk sebuah Lamborghini Diablo yang perlu disediakan sebagai donor car.

Baca di ruangan komen.

Volvo Car Malaysia bakal membawa 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) ke pentas utama apabila diumumkan sebagai ...
11/08/2026

Volvo Car Malaysia bakal membawa 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) ke pentas utama apabila diumumkan sebagai rakan kenderaan rasmi dan 'Rakan Selamat' bagi acara berprestij itu.

Barisan model seperti Volvo ES90, XC90, XC60, EC40 dan EX30 akan mengiringi para finalis pada malam kemuncak AJL40 yang berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena.

Kerjasama ini turut membawa kempen Selamat Volvo ke pentas hiburan tanah air, termasuk memperkenalkan Selamat Calculator kepada tetamu dan peminat di ruang karpet merah AJL40.

⬇️ Baca di ruangan komen.

Dua kereta daripada jenama Malaysia kembali menjadi perhatian media automotif antarabangsa selepas disenaraikan Top Gear...
11/08/2026

Dua kereta daripada jenama Malaysia kembali menjadi perhatian media automotif antarabangsa selepas disenaraikan Top Gear dalam senarai 43 kereta terburuk sejak tahun 2000.

Lebih menarik, salah satu daripadanya bukan pertama kali menerima “pengiktirafan” sebegini. Pada 2011, model sama pernah dimasukkan The Telegraph dalam senarai 10 kereta paling hodoh pernah dihasilkan.

⬇️ Kereta apa agaknya? Baca di ruangan komen.

Mazda MX-5 sememangnya antara roadster paling ikonik di dunia. Tapi bagaimana kalau ia diberi wajah seperti Chevrolet Co...
11/08/2026

Mazda MX-5 sememangnya antara roadster paling ikonik di dunia. Tapi bagaimana kalau ia diberi wajah seperti Chevrolet Corvette C1 klasik?

Itulah yang sedang diusahakan oleh Mitsuoka, pengeluar automotif Jepun yang terkenal dengan rekaan retro. Model baharu berasaskan MX-5 itu dijangka diperkenalkan secara rasmi pada November ini dan daripada imej teaser yang dikongsi, hasilnya memang cukup menarik.

Siapa yang masih ingat? Sekitar awal tahun 2000-an, pernah ada pengedar recon yang membawa masuk beberapa model Mitsuoka ke Malaysia.

Kali ini, jenama itu kembali menjadi bualan apabila mendedahkan sebuah lagi model berasaskan Mazda MX-5 dengan sentuhan klasik Chevrolet Corvette C1.

⬇️ Baca di ruangan komen.

Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah memandu ...
11/08/2026

Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Johor Bahru.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM4,000 kepada isteri mangsa serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

⬇️ Baca berita di ruangan komen.

10/08/2026

EP.31 | TOYO TYRES - SATU-SATUNYA DI MALAYSIA!

Dikenali bulat dan hitam, teknologi tayar nampaknya belum berhenti setakat itu. Ada banyak ilmu tentang tayar yang kita boleh belajar.

Tanya Direct bersama individu penting di bawah jenama Toyo Tyres, satu-satunya yang ada kilang di Malaysia.

Mana yang dah tunggu lama motor ni? Haa Hong Leong Yamaha Motor akhirnya dah bawa masuk dalam pasaran Malaysia.Jadi kora...
10/08/2026

Mana yang dah tunggu lama motor ni? Haa Hong Leong Yamaha Motor akhirnya dah bawa masuk dalam pasaran Malaysia.

Jadi korang dah pecahkan tabung ke belum?

Yamaha XSR155 ni ada tiga warna sahaja, harga disyorkan dari RM12,998.

Motor apa lagi korang nak Yamaha bawa masuk p**a lepasni?

Baca penuh di Careta.com.my

Perodua Bezza terus kekal sebagai model paling laris di Malaysia bagi Julai 2026, diikuti Proton Saga dan Perodua Axia. ...
10/08/2026

Perodua Bezza terus kekal sebagai model paling laris di Malaysia bagi Julai 2026, diikuti Proton Saga dan Perodua Axia.

Perodua turut menguasai empat daripada lima kedudukan teratas menerusi Bezza, Axia, Myvi dan Alza.

Dalam masa sama, Proton e.MAS 5 mencuri tumpuan apabila menjadi model EV pertama berjaya menembusi kelompok 10 kereta paling laris di negara ini.

Baca penuh di Careta.com.my

Perodua terus kekal sebagai jenama kereta paling laris di Malaysia pada Julai 2026 dengan lebih 31,000 unit didaftarkan....
10/08/2026

Perodua terus kekal sebagai jenama kereta paling laris di Malaysia pada Julai 2026 dengan lebih 31,000 unit didaftarkan.

Proton dan Toyota p**a terus mengisi tiga kedudukan teratas, namun apa yang menarik perhatian ialah kebangkitan jenama-jenama China yang semakin merapatkan jurang.

BYD, Jetour, Omoda | Jaecoo, Chery dan Zeekr kini bersaing sengit dalam carta jualan bulanan.

Adakah jenama China bakal menggugat penguasaan jenama tradisional dalam masa terdekat?

Baca penuh di Careta.com.my

Hannah Yeoh hari ini melancarkan Program Pit Stop Petron yang menawarkan set kombo makanan dan minuman pada harga RM4.90...
10/08/2026

Hannah Yeoh hari ini melancarkan Program Pit Stop Petron yang menawarkan set kombo makanan dan minuman pada harga RM4.90 di 176 stesen Petron terpilih sekitar Lembah Klang.

Dalam ucapannya, beliau turut mengenang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang memperkenalkan Menu Rahmah pada 31 Januari 2023. Hannah berkata, kata-kata Allahyarham di Dewan Rakyat, "tidak sepatutnya ada rakyat Malaysia yang lapar," menjadi inspirasi kepada pelaksanaan Menu Rahmah.

Beliau turut memuji syarikat swasta seperti CIMB, HWC Coffee, ZUS Coffee dan kini Petron kerana meneruskan semangat membantu meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif.

Baca Pit Stop Petron di ruangan komen.

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Careta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Careta:

Shortcuts

Share