Al-Waqqas Archery

Al-Waqqas Archery Menjual Peralatan memanah. Boleh hubungi kami untuk sebarang pertanyaan. Tel : 0104337572

05/06/2026
11/01/2026

New Sipahi Bow.
Sesuai Untuk Pemanah Kanak2, Remaja Dan Dewasa.
Tarikan Max Draw 32/33inch
Panjang Bow NtN 41inch
Pemanah Berkuda, Pemanah Static, Pemanah Dinamik Sgt Sesuai๐Ÿ‘๐Ÿผ
Berminat Boleh PM Untuk Tempahan

29/12/2025

โ€œHidupkan sunnah Rasulullah ๏ทบ melalui memanah.โ€

Busur yang berkualiti untuk latihan & ibadah.
Sesuai untuk pemula & pemanah serius.

๐Ÿ“ฉ For orders & enquiries, please PM us.

Gajah adalah binatang yg kuat, dia boleh angkat satu atau dua kayu balak dlm satu masa. tapi ada yg lebih kuat dari gaja...
09/04/2025

Gajah adalah binatang yg kuat, dia boleh angkat satu atau dua kayu balak dlm satu masa. tapi ada yg lebih kuat dari gajah iaitu FIKIR..

Kalau manusia guna Fikirannya, satu bukit boleh dijadikan balak dibuatkannya..
Tapi ada yg lebih hebat dari FIKIR, iaitu namanya MABUK..

Bila dia Mabuk, hilang Fikirannya.. Tapi ada jgk yg hebat daripada Mabuk. Namanya MENGANTUK..

Kalau Mengantuk, hilang Mabuknya, dlm longkang pun dia boleh tiduq. ๐Ÿ˜…
Dan ada yg lebih hebat dari Mengantuk, namanya RISAU..

Orang bila dah Risau, hilang mengantuk dia. tak lena tiduq, tak boleh tiduq dibuatnya.

Tapi persoalannya Kerisauan ini membawa kita kemana???
Ramai org Risau xboleh tiduq sebab Fikirkan hal DUNIA. ๐Ÿ˜‘

Tapi kalau kita lihat, Rasulullah SAW kurang tidurnya, hilang Mengantuknya, kerna Risau tentang Umatnya..๐Ÿฅบ

Orang2 soleh Risau tak boleh tiduq, Sebab Risau dimana temptnya nanti adakah di Syurga atau pn di Neraka..๐Ÿฅบ

Tanya diri kita, Apa yg kita Risaukan..
Pakat2 lah kita Risau tentang kehidupan kita selepas kematian kita kelak.. InShaaAllah. ๐Ÿ˜‡

ุงูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ูŽุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงูŒู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู  ุฃูŒู„ุญูŽู…ู’ุฏูู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ...
07/07/2024

ุงูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ูŽุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงูŒู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู
ุฃูŒู„ุญูŽู…ู’ุฏูู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู ุงูŒู„ู’ุนูŽู„ูŽู…ููŠู†ูŽ* ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽูฐู†ู ุงูŒู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู* ู…ูŽู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงูŒู„ุฏู‘ููŠู’ู†ู* ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจููˆู’ุฏู ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู’ู†ู* ุฅูŒู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุฑูŽุทูŽ ุงูŒู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู’ู…ู* ุตูุฑูŽุทูŽ ุงูŒู„ู‘ูŽุฐููŠู’ู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู‘ู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑูุงูŒู„ู’ู…ูŽุบู’ุถูุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ุงูŽ ุงูŒู„ุถู‘ูŽุขู„ู‘ููŠู†ูŽ*
ุขู‹ูู…ููŠู†

29 Mei 1453.. Sultan Muhammad Al-Fatih Pembebasan KonstantinopelSultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hij...
29/05/2024

29 Mei 1453..
Sultan Muhammad Al-Fatih Pembebasan Konstantinopel

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.

Ketika berumur 19 tahun beliau diangkat untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Selepas pelantikan beliau, Sultan al-Fateh menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai ibu kota dan pusat pemerintahannya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah ketika beliau berusia hanya 21 tahun.

Kota Konstantinopel yang kini dikenali sebagai Istanbul, terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

ู„ุชูุชุญู† ุงู„ู‚ุณุทู†ุทูŠู†ูŠุฉ ูู„ู†ุนู… ุงู„ุฃู…ูŠุฑ ุฐู„ูƒ ุงู„ุฃู…ูŠุฑ ูˆ ู„ู†ุนู… ุงู„ุฌูŠุด ุฐู„ูƒ ุงู„ุฌูŠุด

โ€œConstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tenteraโ€ฆโ€ฆโ€

Hadis riwayat Imam Ahmad

800 tahun selepas hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah ia akhirnya menjadi kenyataan. Seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali pernah mengiisyaratkan bahawa Sultan al-Fateh akan berjaya menakluk kota Konstantinopel ketika beliau di dalam buaian lagi. Syeikh Syamsuddin Al Wali pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

โ€œWahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,โ€ sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar dengan didikan agama dan pemerintahan serta strategi peperangan. Beliau seorang yang tampan mempunyai bentuk badan yang tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Beliau mewarisi takhta bapanya ketika umurnya 19 tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh guru-guru tersebut pulang.

Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Sultan al-Fateh terlibat secara langsung dalam pembinaan benteng tersebut, beliau membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Seterusnya beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Kemudian Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian beliau membuat persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

Antara sumbangan Sultan al-Fateh sebagai seorang pemimpin Islam yang berwibawa dan disegani sehingga kini:

Keadilan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka. Mereka telah memilih Anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih s**a melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan.
Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah pebguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi. matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

Perkembangan Tamadun
Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.

Sebelum beliau meniggal dunia, beliau menyampaikan wasiat seperti berikut: โ€œTidak lama lagi aku akan mati, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana aku telah meninggalkan calon pengganti dan penerus seperti kamu. Jadilah orang yang adil, soleh dan penyayang. Lindungilah seluruh rakyatmu tanpa membeza-bezakan dan bekerjalah untuk menyebar agama Islam. Ini adalah kewajipan seluruh raja di atas muka bumi ini, dahulukan perhatianmu kepada urusan agama berbanding urusan yang lain. Jangan berhenti untuk terus melaksanakannya.

Jangan memilih orang yang tidak mengutamakan urusan agama, tidak menjauhi dosa besar dan tenggelam dalam maksiat. Jauhilah juga bidaah yang merosakkan. Jauhilah orang yang mengajak kamu melakukan bidaah. Perluaskanlah negeri kamu dengan berjihad dan janganlah sampai harta baitulmal itu dibazirkan. Jangan mengambil harta seorang pun dari rakyat kamu kecuali dengan mengikut aturan Islam. Berikanlah jaminan makanan dan keselamatan bagi orang yang lemah. Muliakan orang yang berhak dengan sebaik-baiknya.

Ketahuilah bahawa ulama adalah satu kekuatan yang ada dalam tubuh negara kamu, maka muliakanlah kehormatan mereka dan motivasikanlah mereka dengan sumber kekuatan dan kekuasaan yang kamu miliki. Jika engkau mendengar ada ulama di negeri yang jauh, maka jemputlah ia datang dan muliakannya. Waspada dan berhati-hatilah, jangan sampai engkau terlena dan terpesona dengan harta dan kekuatan yang banyak. Jangan sampai engkau menjauhi ulama syariat dan jangan sampai engkau cenderung melakukan amalan yang menyalahi syariat. Agama adalah tujuan kita, hidayah adalah jalan hidup kita dan dengan keduanya kita akan menang.

Ambillah pengajaran daripada diriku. Aku datang ke negeri ini seperti semut yang kecil, lalu Allah memberikan aku semua nikmat yang besar ini. Oleh itu, ikutilah dan jejaklah apa yang aku lakukan. Bekerjalah untuk meneguhkan agama ini dan muliakan pengikutnya. Jangan menggunakan wang negara untuk kemewahan dan sia-sia atau membelanjakan lebih daripada sepatutnya kerana ia penyebab terbesar kebinasaan.โ€

24/05/2024
Catatan DAURAH KITAB MEMANAH DALAM ISLAMSedikit Mengenai Sejarah MemanahTidak ada senjata yang lebih klasik daripada mem...
13/05/2024

Catatan DAURAH KITAB MEMANAH DALAM ISLAM

Sedikit Mengenai Sejarah Memanah

Tidak ada senjata yang lebih klasik daripada memanah. Sejarah memanah bermula dari Nabi Adam a.s. Ketika baginda sedang bercucuk tanam, datang dua ekor burung merosakkan tanamannya. Nabi Adam mengadu kepada Malaikat Jibril lalu Jibril datang membawa busur dan anak panah dari syurga. Itulah busur pertama di dunia.

โ€œIni adalah kekuatan dari Allah,โ€
kata Malaikat Jibril mengenai busur.
โ€œIni alat membunuh dari Allah,โ€
kata Jibril mengenai anak panah.

Dengan busur dan anak panah itu, Nabi Adam membunuh dua ekor burung yang merosakkan tanamannya.

Nabi Adam menjadikan busur sebagai penemannya.

Busur adalah peneman ketika gelisah. Sesiapa yang rasa gelisah, peganglah busur. Kalam seorang ulama, โ€œSiapa yang resah gelisah, hendaklah dia mengambil busurnya maka Allah akan menghilangkan gelisahnya.โ€

Nabi Adam mewariskan busurnya kepada anaknya Nabi Syit. Busur itu diwariskan turun-temurun kepada para nabi hingga kepada Nabi Nuh.

Satu ketika dulu, bangsa Parsi terkenal sebagai pakar dalam memanah. Hingga dikatakan antara hiburan raja Parsi adalah dengan memanah anting-anting di telinga hamba sahaya perempuannya dalam keadaan hamba itu ditutup matanya.

Dalam siri Perang Salib, pas**an jihad Muslim dikuatkan dengan tentera memanah.

Dikatakan pada zaman Dinasti Mamalik di Mesir, pas**an pemanah dinasti ini memberi sumbangan terbesar pada kejayaan mereka menyekat serangan tentera Mongol. Tentera Mongol terkenal sebagai pas**an yang tidak pernah kalah dalam perang tetapi itulah pertama kali mereka dikalahkan iaitu sewaktu cuba menawan Mesir. Kerajaan Mamalik melatih hamba-hamba sahaya sebagai pemanah yang diasuh menghafal Quran dan dilatih memanah sejak kecil. Mereka kemudian membentuk pas**an pemanah yang menguasai teknik memanah yang dikenali sebagai teknik Mamluk.

Mengenai Mazhab dalam Memanah

Tiga orang imam yang paling dikenali dalam dunia panahan yang mazhabnya dalam seni memanah menjadi rujukan para pemanah Islam:
1. Imam Abu Hasyim al-Mawardi (hidup di akhir pemerintahan Dinasti Umawiyah dan awal Dinasti Abbasiyyah (abad 7M hingga abad 8M)
2. Imam Thahir al-Balkhi (hidup di akhir abad ke-8M)
3. Imam Ishaq ar-Raqqi (hidup pada awal abad ke-9M)

Mengenai Hukum Memanah

Sebahagian ulama mengatakan hukum memanah adalah fardu ain iaitu wajib ke atas setiap orang Islam. Sebahagian ulama mengatakan hukumnya fardu kifayah iaitu wajib ada di kalangan umat Islam di sesuatu daerah atau kawasan yang berlatih memanah, supaya terlepas kewajipan itu bagi orang lain di kawasan itu.

Menurut Imam Baijuri, hukum memanah itu relatif, bergantung pada niat. Jika niatnya mubah (harus) maka hukumnya harus. Misalnya jika diniatkan untuk memburu maka hukumnya mubah. Jika niatnya untuk jihad fisabilillah maka hukumnya sunat muakkad. Jika diniatkan untuk membunuh saudara Muslim maka hukumnya menjadi haram.

Ancaman kepada Pemanah yang Meninggalkan Memanah

Hadis dari Uqbah bin Amir: โ€œSiapa yang tahu cara memanah lalu dia meninggalkannya maka dia bukan golongan kami atau sungguh dia telah bermaksiat.โ€ (Riwayat Muslim)

โ€œSesiapa telah belajar memanah kemudian melupakannya, bererti dia telah kufur nikmat.โ€

Rasulullah melihat seorang lelaki dari kalangan Sahabat yang dipanggil dengan gelaran Habib yang badannya kurus. Habib dulunya seorang pemanah. Rasulullah bersabda kepadanya, โ€œApa yang engkau lakukan dengan panahmu dan badanmu?โ€ Seorang Sahabat lain di sebelahnya menjawab, โ€œDia telah meninggalkan memanah dan sekarang menumpukan kepada beribadah.โ€ Maka Rasulullah bersabda, โ€œDemi Allah yang mengutusku dengan kebenaran, pekerjaanmu sekarang (beribadah) tidaklah lebih afdhal dari pekerjaan yang telah engkau tinggalkan (memanah). Oleh itu Habib, kembalilah memanah."

Di Antara Fadhilat Memanah

Antara hadis mengenai fadhilat atau kelebihan memanah:

Rasulullah SAW bersabda, โ€œBarangsiapa melemparkan satu anak panah di jalan Allah SWT, lalu sampai sasaran atau tidak sampai sasaran, maka baginya panah tersebut akan menjadi cahaya di hari kiamat.โ€

Kaab al-Ahbar, bekas pendeta Yahudi yang masuk Islam, berkata: โ€œSaya membaca kitab para nabi terdahulu yang menyatakan bahawa para malaikat hadir menyaksikan acara memanah.โ€

Bermakna, memanah itu dis**ai oleh para malaikat.

Rasulullah SAW bersabda, โ€œSesungguhnya Allah SWT memasukkan tiga orang ke dalam syurga dengan sebab satu anak panah.

Pertama, orang yang membuatnya kerana mengharapkan kebaikannya. Kedua, orang yang mempersiapkannya di jalan Allah SWT. Ketiga, orang yang memanah di jalan Allah SWT.โ€

Rasulullah SAW bersabda, โ€œMemanah dan berkudalah, dan jika kalian memanah maka itu lebih baik daripada berkudaโ€.

Rasulullah bersabda: โ€œSiapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya.โ€

BURAQ.Buraq atau Buraq Arab: ุงู„ ุจูุฑูŽุง ู‚ู termasuk makhluk ghaib, yang kita tidak akan jumpa di alam semesta ini. Sedangk...
30/04/2024

BURAQ.

Buraq atau Buraq Arab: ุงู„ ุจูุฑูŽุง ู‚ู termasuk makhluk ghaib, yang kita tidak akan jumpa di alam semesta ini. Sedangkan Rasulullah ุตู„ ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ูˆุณู„ู… pernah menaikinya ketika Isra' Mi'raj, ia adalah sebahagian daripada keistimewaan dan keajaiban daripada Allah, yang tentunya tidak boleh ditiru oleh orang lain.

Dunia orang yang tiada, jadi tiada siapa yang muncul dalam ketiadaan dia. Kecuali orang-orang yang mencari perlindungan daripada Rasul, sesungguhnya ia membawa kamu dari antara tangannya dan dari belakang.

"Dia ialah Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib, dan Dia tidak mendedahkan perkara yang ghaib kepada sesiapa pun. " Kecuali kepada Rasul yang diredhaiNya, maka sesungguhnya Dia memelihara para pengawal, Malaikat di depan dan di belakang. " (QS. Al-Jin. 26-27 )

Dilihat dari jenis nya, Buraq dikatakan makhluk yang penampilannya lebih besar daripada keldai, tetapi lebih kecil daripada kuda. Kakinya, sebagai penggerak, boleh bergerak sejauh mata memandang.

Hadis daripada Malik, Rasulullah ุตู„ ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ูˆุณู„ู… bersabda,

Kemudian saya datang dengan pakaian putih, dan ia dikatakan kepadanya: Kilat, di atas keldai, dan tanpa bagal, langkahnya jatuh di hujung yang paling pendek, dan saya membawanya.

"Lalu di bawa kepada saya sebuah tunggangan putih, namanya ialah Buraq. "Lebih tinggi daripada keldai dan lebih pendek daripada besar. Satu langkah di hujung penglihatannya. Kemudian saya dibesarkan di atasnya. " (H.R. Ahmad. Mohd Yusry (Kawan)

Selesai solat isya' dan berehat sebentar, Rasulullah ุตู„ ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆ ูˆุณู„ู… yang ketika itu sedang berbaring di Masjidil Haram yang didatangi Malaikat Jibril. Selepas itu diberi Buraq yang kemudiannya menjadi kenderaannya ketika Isra. Buraq satu akar perkataan dengan barq yang bermaksud kilat.

"Dibawakan kepada saya Buraq iaitu tunggangan berwarna putih, lebih tinggi daripada keldai dan lebih pendek daripada bighal, dia menetapkan langkahnya sejauh yang dia lihat. " " Perkataan Rasulullah dalam riwayat Imam Muslim daripada Anas bin Malik.

Sesampai di Masjid Aqsa, beliau solat dua rakaat, meniru jiwa para Nabi. Selepas solat dan meninggalkan Masjid Al Aqsa, Malaikat Jibril datang membawa dua bekas minuman. Satu mengandungi susu dan satu lagi mengandungi khamar. Nabi pun pilih susu. "Sesungguhnya kamu telah memilih kesucian. โ€œ Kata Jibril dalam sambungan hadis.

Dan Mi'raj telah bermula. Rasulullah menunggang Buraq bersama Jibril sehingga dia mencapai langit pertama. Dalam sebuah hadis yang panjang lebar, sambungan hadis Shahih Bukhari daripada Malik bin Sha'ah di atas diceritakan bahawa,

โ€œLalu aku dibawa ke atas punggung Buraq dan Jibril pergi bersamaku sehingga aku sampai ke syurga dunia lalu dia meminta pintu-pintu syurga dibuka.

Dia ditanya, "Siapakah ini? " " " "
Beliau menjawab, "
Jibril. " "
Gabriel ditanya lagi, "Siapakah yang bersamamu? " " " "
Jibril menjawab, โ€œMuhammad. " "
โ€œAdakah dia menghantar?
"Dia telah dihantar. " " " "

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Adam ุนู„ ูŠู‡ ุงู„ ุณู„ุงู…. Dia menyapa saya dan mendoakan saya yang baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga kedua. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " "
Jibril. " "
โ€œSiapakah yang bersama kamu?
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, kemudian saya bertemu dua orang sepupu saya iaitu Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria ูˆ ู„ู„ ูŠู‡ ุงู„ ุณู„ุงู…. Jadi kedua-duanya menyapa saya dan mendoakan saya yang baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga ketiga. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril. " "
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Yusuf yang telah dianugerahkan separuh daripada kehenseman dunia. Jadi Joseph mengalu-alukan saya dan berdoa kebaikan untuk saya.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga keempat. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril"
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Idris ูˆ ู„ู„ ูŠู‡ ุงู„ ุณู„ุงู…. Dia menyapa saya dan mendoakan saya yang baik. Tuhan telah berfirman untuknya, "dan kami telah mengangkat dia ke tempat-tempat yang tinggi. " "

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga kelima. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril. " "
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Harun. Dia menyapa saya dan mendoakan saya yang baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga keenam. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril"
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Pintu dibuka untuk kami, kemudian saya bertemu Nabi Musa dan beliau menyambut saya dan mendoakan saya dengan baik.

Kemudian Buraq naik bersama kami ke syurga ketujuh. Jadi Gabriel meminta pintu dibuka.

"Siapakah ini? " " " "
"Jibril. " "
"Siapakah yang bersama kamu? " " " "
"Wahai Muhammad. " "
"Adakah dia menghantar kepadanya? " " " "
"Dia dihantar kepadanya."

Kami pun dibuka pintu, lalu saya bertemu Nabi Ibrahim ุนู„ ูŠู‡ ุงู„ ุณู„ุงู… yang sedang berehat di Baitulmaqdis yang makmur. Di mana tempat itu dimasuki oleh 70,000 Malaikat setiap hari dan mereka tidak pernah kembali selepas itu.

Kemudian Buraq yang dikatakan pergi bersamaku ke Sidratul Muntaha yang daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya sebesar periuk besar. Bila perintah Allah tunaikan Sidratul Muntaha, Sidratul Muntaha berubah dan tiada seorang pun makhluk Allah yang dapat menjelaskan sifat Sidratul Mntaha kerana kecantikannya. Kemudian Allah berikan aku wahyu dan wajib aku solat 50 kali sehari semalam.

Kemudian aku turun dan berjumpa dengan Musa dan dia bertanya, "Apakah yang Tuhan kamu wajibkan untuk kaum kamu? " " " "

Saya jawab, โ€œSolat 50 kali. " "

Musa berkata, โ€œKembalilah kepada Tuhan kamu, mohonlah kekeringan kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukannya. Sesungguhnya aku telah menguji Bani Israel dan aku telah mengetahui siapa mereka. " "

Saya akan kembali kepada Tuhanku. " "

Kemudian aku berdoa, โ€œYa Rabb, berikanlah kekeringan kepada umatku. "Saya diberi kekeringan lima kali solat. Kemudian aku kembali kepada Musa ุนู„ ูŠู‡ ุงู„ ุณู„ุงู….

Saya berkata kepadanya, "Allah telah memberikan yang kering sebanyak lima kali. " "

Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya kaummu tidak akan dapat melakukannya, oleh itu kembalilah kepada Tuhan kamu dan mohonlah kemarau. " "

Aku terus berulang-alik di antara Tuhanku dan Musa sehingga Tuhanku berfirman,

โ€œWahai Muhammad sesungguhnya solat itu wajib lima waktu sehari semalam. Setiap solat mendapat pahala 10 kali, jadi solat 5 kali bersamaan dengan solat 50 kali. Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan yang dia tidak melakukannya, maka satu kebaikan akan direkodkan untuknya. Dan jika dia melakukannya, maka direkodkan untuknya sepuluh nikmat. Sesiapa yang berniat untuk melakukan perbuatan keji tetapi tidak melakukannya, maka perbuatan keji itu tidak direkodkan sedikitpun. Dan jika dia melakukannya, ia ditandakan sebagai kekejian. " "

Kemudian saya turun untuk berjumpa Musa kemudian saya beritahu dia. Kemudian dia berkata, "Kembalilah kepada Tuhan kamu dan mohonlah kering semula. " "

Saya menjawab, "Saya telah kembali kepada Tuhanku berulang kali sehingga saya malu dengan-Nya."

Setelah Nabi Muhammad kembali ke bumi, maka perintah untuk solat lima waktu akhirnya menjadi wajib bagi setiap Muslim untuk dilaksanakan.

Sumpah demi Tuhan, saya tahu apa yang betul.

Halaman peminat: Qalam Ilmu โœ๏ธ

Address

Lot
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Waqqas Archery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al-Waqqas Archery:

Share