01/11/2023
Persidangan ini merupakan program berimpak tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berperanan sebagai platform bagi mengenal pasti dan membincangkan maklumat berkaitan pasaran kerja masa hadapan bagi graduan, mendapatkan intervensi terbaik bagi Kerajaan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan, serta menentukan penyelesaian terbaik bagi isu-isu berkaitan seperti ketidaksepadanan pekerjaan, gaji permulaan, nilai tambah dan pelbagai lagi.
Sesi Plenari : Perspektif tentang Pasaran Kerja dan Ekonomi Global
Sesi 1 : Kualiti Graduan Masa Hadapan
Sesi 2 : Kesan Kemajuan Teknologi ke atas Pasaran Kerja dan Graduan Masa Hadapan
Sesi 3 : Langkah Kesiapsiagaan IPT bagi menghadapi Perubahan Pasaran Kerja dan Teknologi Masa Hadapan