Harapan Senaling

Harapan Senaling Page ini memaparkan aktiviti, perkembangan terkini dan kisah masyarakat di DUN Senaling.

MENYERAHKAN KERUSI RODA KEPADA SALAH SEORANG PENDUDUK KG DIOHISNIN12/6//2023Penyelaras DUN Senaling, Mohd Razali Abdul L...
12/06/2023

MENYERAHKAN KERUSI RODA KEPADA SALAH SEORANG PENDUDUK KG DIOH

ISNIN
12/6//2023

Penyelaras DUN Senaling, Mohd Razali Abdul Latif telah berbesar hati untuk menyumbang sebuah kerusi roda kepada seorang penduduk di Kg Dioh iaitu En Tumpang berikutan keuzuran yang beliau hadapi dan amat memerlukan kerusi roda.

Terima kasih Tok Joe menjadi wakil untuk membuat serahan dan cakna dengan permasalahan penduduk. Semoga dengan sumbangan kerusi roda ini dapat memberi manfaat memudahkan pergerakan beliau.



MENGHADIRI PROGRAM DEKO RAYA KG REMBANG PANAS ISNIN 29/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  tel...
09/06/2023

MENGHADIRI PROGRAM DEKO RAYA KG REMBANG PANAS

ISNIN
29/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke program deko raya MPKK Rembang Panas pada malam semalam. Tn Razali juga telah menjadi juri dalam program tersebut untuk menilai kediaman penduduk yang telah dihias dengan cantik sempena dengan aidilfitri yang lalu.

Untuk makluman semua, program seperti ini julung kali diadakan di dalam peringkat DUN. Sebanyak 11 buah rumah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Antara perkara yang dinilai semasa dalam pertandingan tersebut adalah kemeriahan dan kreativiti peserta menghias rumah mereka. Tahniah kepada pemenang dan peserta yang terlibat. Syabas juga kepada Pengerusi serta AJK MPKK Rembang panas kerana menganjurkan program seperti ini yang telah berjaya merapatkan silaturrahim penduduk di kampung tersebut. Turut sama hadir Tok Hadzriq penghulu dun senaling selaku juri dalam program deko raya ini.



MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR JUMAAT 26/05/2023Usai menziarah kematian, Penyelaras DUN Sen...
08/06/2023

MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR

JUMAAT
26/05/2023

Usai menziarah kematian, Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah melawat ke rumah salah seorang penduduk Kg Sawah Lebar Seberang yang mengalami masalah atap bocor dan masalah sistem perparitan.

Permohonan telah dibuat oleh Pengerusi MPKK Tok Mizan untuk menukarkan atap rumah yang sudah usang dan bocor itu. Tindakan selanjutnya akan di ambil untuk mengatasi masalah ini.



ZIARAH KEMATIAN DI KG SAWAH LEBAR JUMAAT 26/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  telah pergi me...
08/06/2023

ZIARAH KEMATIAN DI KG SAWAH LEBAR

JUMAAT
26/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah pergi menziarah kematian di Kg Sawah Lebar. Allahyarhamah Noriah binti Saris telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di kediamannya dan dikebumikan di tanah perkuburan islam Kg Sawah Lebar .

Penyelaras juga telah menghulurkan sedikit wang tunai kepada waris. Terima kasih diucapkan kepada Tok Mizan atas pemberitahuan berkenaan berita ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Takziah diucapkan kepada waris.



SERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK TG PAUH RABU24/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan  Mohd Razali Abdul Latif telah...
07/06/2023

SERAHAN BAKUL MAKANAN KEPADA PENDUDUK TG PAUH

RABU
24/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menyumbang beberapa bakul makanan kepada pengurusan MPKK Tg Pauh untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di kampung tersebut. Serahan telah dibuat oleh cikgu Razak kepada penerima.

Penerima terdiri daripada warga emas yang uzur dan mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban.



MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK TEMERIS RABU17/05/2023 Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  tel...
06/06/2023

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK TEMERIS

RABU
17/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada salah seorang penduduk Temeris yang telah mengalami masalah kesihatan. Diharapkan sumbangan kewangan ini dapat membantu sedikit sebanyak kos perubatan dan pengurusan beliau.

Terima kasih kepada pengerusi MPKK Temeris, Tok Zahari kerana telah menyampaikan sumbanga tersebut.



MENGHADIRI  PROGRAM LATIHAN TEMBAK PISTOL PERINGKAT IPD KUALA PILAH KHAMIS 25/05/2023Penyelaras DUN  Senaling, Tuan Mohd...
02/06/2023

MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN TEMBAK PISTOL PERINGKAT IPD KUALA PILAH

KHAMIS
25/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berada di Lapang Sasar Latihan Menembak dalam memenuhi undangan Pihak Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, YDH SUPT Amran b Hj Mohd Gani dalam Program Latihan Menembak Peringkat IPD Kuala Pilah bersama dengan YTM Dato’ Undang Luak Johol.

Penyelaras berkata pengalaman seperti ini amat mengujakan dan tidak dapat dilupakan. Program ini turut dihadiri penyelaras-penyelaras dari dun lain dan beberapa tetamu jemputan.



MENYANTUNI PENDUDUK FELDA KEPIS RABU24/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif  telah berkesempatan...
01/06/2023

MENYANTUNI PENDUDUK FELDA KEPIS

RABU
24/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk menyantuni beberapa penduduk Felda Kepis yang memerlukan. Serahan telah dibuat oleh bersama wakil blok kepada penerima di kediaman mereka sendiri.

Penerima terdiri daripada warga emas yang uzur, sakit dan kurang berkemampuan. Semoga sumbangan yang diberikan dapat mengurangkan beban mereka.



MENGHADIRI MESYUARAT PIBG SK REMBANG PANAS RABU 24/05/2023 Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif   telah ...
31/05/2023

MENGHADIRI MESYUARAT PIBG SK REMBANG PANAS

RABU
24/05/2023

Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah menghadiri mesyuarat Agung PIBG SK Rembang Panas kali ke 49 bertempat di Dewan Terbuka SK Rembang Panas sekaligus merasmikan mesyuarat tersebut.

Antara ucapan beliau di dalam mesyuarat yang dihadiri ibu bapa pelajar itu adalah isu pintu masuk utama sekolah yang hampir dengan selekoh. Penyelaras akan membawa isu ini ke JTPD untuk tindakan selanjutnya Terima kasih kepada Guru Besar SKRP dan PIBG diatas undangan ini.



MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR JUMAAT 26/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali A...
30/05/2023

MELAWAT KEDIAMAN PENDUDUK YANG MENGALAMI MASALAH ATAP BOCOR

JUMAAT
26/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah melawat ke rumah salah seorang penduduk Sungkak yang mengalami masalah atap bocor. Permohonan telah dibuat oleh Pengerusi MPKK Tok Rizal untuk menukarkan atap rumah yang sudah usang dan bocor itu. Tindakan selanjutnya akan diambil untuk mengatasi masalah ini.



MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK SAWAH LEBAR KHAMIS18/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Lati...
29/05/2023

MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK SAWAH LEBAR

KHAMIS
18/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah hadir ke Majlis bacaan Yassin, tahlil, doa selamat dan jamuan hari raya anjuran Surau & balairaya Kg Sawah Lebar bertempat di balairaya kampung tersebut.

Turut hadir Penghulu DUN Senaling Tok Eriq dan beberapa pengerusi mpkk yg lain. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa MPKK dan surau di atas undangan ini.



MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA SK REMBANG PANAS SELASA23/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah...
26/05/2023

MENGHADIRI JAMUAN HARI RAYA SK REMBANG PANAS

SELASA
23/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke jamuan hari raya anjuran SK Rembang Panas. Turut sama hadir Pengerusi MPKK Rembang Panas, Tok Lan dan beberapa tetamu kehormat yang lain. Terima kasih diatas jemputan ini.



ESPORT DAN JAMUAN HARI RAYA DUN SENALING SABTU 20/05/2023Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif dengan ker...
24/05/2023

ESPORT DAN JAMUAN HARI RAYA DUN SENALING

SABTU
20/05/2023

Penyelaras DUN Senaling Tuan Mohd Razali Abdul Latif dengan kerjasama MPKK di bawah DUN Senaling telah menganjurkan Kejohanan ESport FIFA dan Jamuan Hari Raya DUN Senaling di Dewan Orang Ramai Kg Senaling. Untuk makluman, Kejohanan Esport ini adalah salah satu program di bawah geran belia-beliawanis.

Alhamdulillah, semua nya telah berjalan dengan lancar dan meriah serta mendapat sokongan dari penduduk setempat. Penyelaras juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Pengerusi, Setiausaha dan AJK yang telah bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan program tersebut.



MEMENUHI JEMPUTAN KERAPATAN ADAT & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PENYANDANG PESAKA RABU 17/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tua...
19/05/2023

MEMENUHI JEMPUTAN KERAPATAN ADAT & MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PENYANDANG PESAKA

RABU
17/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk memenuhi jemputan kerapatan adat sekaligus jamuan hari raya penyandang pesaka bertempat di Di Telapak Sandaran Dato' Baginda Maharaja Tg. Ipoh.

Tahniah penganjur atas usaha untuk memperkasa dan memartabatkan adat terutama kepada generasi muda



JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI DUN SENALING 2023Penyelaras DUN Senaling Mohd Razali Abdul Latif dengan kerjasama MPKK DUN Se...
19/05/2023

JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI DUN SENALING 2023

Penyelaras DUN Senaling Mohd Razali Abdul Latif dengan kerjasama MPKK DUN Senaling akan mengadakan jamuan Aidilfitri pada ketetapan berikut

TARIKH : 20/05/2023 (Sabtu)
WAKTU : 2 hingga 5 petang
LOKASI : Dewan Orang Ramai Senaling

Sehubungan dengan itu, seluruh warga DUN Senaling dijemput hadir memeriahkan majlis.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

ZIARAH KEDIAMAN SALAH SEORANG PENDUDUK KG KUALA REMBANG PANAS YANG MUSNAH AKIBAT KEBAKARANISNIN 15/05/2023Penyelaras DUN...
17/05/2023

ZIARAH KEDIAMAN SALAH SEORANG PENDUDUK KG KUALA REMBANG PANAS YANG MUSNAH AKIBAT KEBAKARAN

ISNIN
15/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah pergi menziarah kediaman salah seorang penduduk Kg Kuala Rembang Panas yang telah musnah akibat kebakaran pada sabtu yang lalu. Hampir keseluruhan kediaman tersebut telah habis dijilat api. Mujurlah tiada berlaku kemalangan jiwa kerana difahamkan pada waktu kejadian rumah tersebut kosong. Pihak BOMBA sedang mengenalpasti punca kebakaran. Diharapkan agar pemilik kediaman rumah tersebut tabah dan sabar menghadapi ujian ini.



MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK & MASJID KARIAH REMBANG PANASSABTU13/05/2023Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd R...
17/05/2023

MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA MPKK & MASJID KARIAH REMBANG PANAS

SABTU
13/05/2023

Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah berkesempatan untuk hadir ke jamuan hari raya anjuran MPKK Kg Rembang Panas dengan kerjasama Masjid Kariah Rembang Panas bertempat di pekarangan masjid di kampung tersebut. Turut hadir ahli parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Adnan. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa MPKK dan Masjid Kariah Rembang Panas diatas jemputan ini.



JOM BACA BERSAMA 10 MINIT Jom sertai kami dalam program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis) bermula jam ...
17/05/2023

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Jom sertai kami dalam program Jom Baca Bersama 10 Minit pada 18 Mei 2023 (Khamis) bermula jam 11.00 pagi - 11.10 pagi di lokasi masing-masing atau di mana anda berada secara serentak di seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk daftarkan penglibatan anda dalam program ini melalui pautan - https://bit.ly/lrt2023





Address

Balairaya Kg Tebat Kering
Kuala Pilah
72000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harapan Senaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share