The Kebun

The Kebun Bermula semasa PKP.. perjalanan kebun durian moden dan Farmstay The Kebun.. dari mula hingga kini

Pemegang Sijil MyGap (Malaysian Good Agricultural Practices) bagi Hasil Tanaman Pisang Dan Durian bagi tahun 2021, 2022 & 2023

ALHAMDULILLAH, SELESAI 2 SESI PERKONGSIAN THE KEBUN DI AGRI MALAYSIA 2026Alhamdulillah, selesai sudah 2 sesi perkongsian...
14/09/2026

ALHAMDULILLAH, SELESAI 2 SESI PERKONGSIAN THE KEBUN DI AGRI MALAYSIA 2026

Alhamdulillah, selesai sudah 2 sesi perkongsian The Kebun di AGRI Malaysia 2026, berkisarkan industri durian, realiti semasa dan masa depan industri durian Malaysia.

📍 Sesi 1 — Forum

KUPAS DURIAN: REALITI & MASA DEPAN INDUSTRI DURIAN MALAYSIA
📅 10 September 2026
⏰ 2.30 petang – 4.30 petang
📍 Main Stage, AGRITALK – AGRI Malaysia 2026

📍 Sesi 2 — Seminar

KOS SEBENAR PENGHASILAN DURIAN
📅 12 September 2026
⏰ 10.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Main Stage, AGRITALK – AGRI Malaysia 2026

Selesai juga satu lagi tanggungjawab The Kebun untuk berkongsi apa yang kami fahami, lihat dan pelajari sepanjang berada dalam industri durian.

Perkongsian ini bukanlah bermaksud kami mempunyai semua jawapan.

Kami baru 6 tahun dalam industri ini. Sudah tentu tempoh tersebut masih belum cukup lama jika dibandingkan dengan pemain-pemain otai yang telah puluhan tahun berada dalam bidang ini.

Apa yang kami kongsikan hanyalah pengalaman kami, pemerhatian kami, penelitian kami dan perjalanan kami sepanjang 6 tahun ini.

Termasuk juga beberapa mitos dalam industri durian yang kami sendiri cuba rungkaikan dan fahami berdasarkan pengalaman sebenar di kebun.

Daripada perjalanan ini, kami belajar satu perkara yang sangat penting:

Nak masuk industri durian, kena ada ilmu yang bersesuaian. Yang penting, ada minat.

Dan apabila sudah memilih untuk masuk —

Buat dengan betul.
Buat terus dengan baik.
Costing betul-betul.
Kuasai skill.
Sentiasa belajar.

Kerana bagi kami, DURIAN ADALAH TANAMAN SKILL.

Ia bukan sekadar tanam pokok, tunggu pokok besar dan berharap hasil akan datang.

Pengurusan pokok, nutrisi, air, penyakit, pembentukan kanopi, pembungaan, penghasilan buah, tenaga kerja, kos operasi dan banyak lagi memerlukan ilmu dan kemahiran.

Apa yang kami kongsikan bukan untuk mengatakan inilah satu-satunya cara yang betul.

Kami hanya berkongsi apa yang kami lalui.

Apa yang kami belajar daripada kesilapan.
Apa yang kami perhatikan di kebun.
Apa yang kami teliti.
Apa yang kami cuba.
Apa yang menjadi.
Dan apa yang tidak menjadi.

Semuanya dengan satu harapan —

supaya industri durian Malaysia terus berkembang dan mampu bersaing dengan negara-negara yang telah lebih jauh ke hadapan dalam industri ini.

Kalau kita mahu industri durian Malaysia maju, kita bukan hanya perlu menghasilkan lebih banyak durian.

Kita perlu melahirkan lebih ramai pemain industri yang berilmu, mahir dan profesional.

Terima kasih kepada semua yang hadir, mendengar dan berkongsi pandangan bersama kami sepanjang kedua-dua sesi ini.

The Kebun akan terus belajar, terus meneliti dan terus berkongsi.

Bukan kerana kami sudah cukup tahu.

Tetapi kerana kita semua masih belajar.

Untuk durian Malaysia.
Untuk masa depan industri kita.













THE KEBUN | KOS SEBENAR PENGHASILAN DURIANMasih berbaloi ke tanam durian?Kalau hari ini ada tanah, kita pilih sawit, get...
10/09/2026

THE KEBUN | KOS SEBENAR PENGHASILAN DURIAN

Masih berbaloi ke tanam durian?

Kalau hari ini ada tanah, kita pilih sawit, getah atau durian?

Bagi yang baru mahu membuka kebun, persoalannya ialah berapa besar modal yang diperlukan dan berapa lama perlu menunggu untuk p**ang modal.

Bagi yang sudah mempunyai kebun p**a, persoalannya mungkin lebih besar:

Kebun kita benar-benar untung, atau kita sekadar melihat hasil jualan tanpa mengetahui kos sebenar?

Dalam seminar ini, The Kebun tidak akan memberikan jawapan berdasarkan teori semata-mata.

Kita akan mengupas satu kajian kes sebenar pembangunan ladang durian moden The Kebun — bermula dari hari pertama kebun dibuka, pembangunan dan penjagaan pokok, sehingga tahun keenam, termasuk pengalaman melalui tiga musim pengeluaran buah.

Daripada situlah kita melihat perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka:

Berapa sebenarnya modal yang telah dilaburkan?

Berapa kos penjagaan setiap tahun?

Berapa kos menghasilkan buah?

Bila kebun mula memberikan p**angan?

Dan akhirnya…

Selepas enam tahun dan tiga musim berbuah, kebun ini sebenarnya berada di mana — untung, rugi atau masih dalam proses mendapatkan kembali modal?

The Kebun tidak mendakwa pengalaman sebuah kebun boleh mewakili semua kebun.

Setiap tanah, pengurusan, teknologi, varieti, kos dan hasil adalah berbeza.

Tetapi kami percaya pengalaman sebenar perlu dikongsikan, supaya lebih ramai bakal pekebun dan pemilik kebun dapat memahami realiti sebelum membuat keputusan.

Bukan untuk mempengaruhi.

Bukan untuk mengajak semua orang menanam durian.

Tetapi untuk berkongsi ilmu sebenar, pengalaman sebenar dan angka sebenar sejauh yang boleh dikongsikan.

Kerana kita mungkin tahu harga durian.

Tetapi belum tentu kita tahu kos sebenar durian.

📅 12 September 2026
⏰ 10:30 pagi – 11:30 pagi
🎤 The Kebun | Encik Zurfahiz Hussin
📌 Kos Sebenar Penghasilan Durian

Datang, dengar dan nilai sendiri.

Selepas mendapat ilmu dan melihat realiti sebenar…

Tepuk dada, tanya selera.

🌳 THE KEBUN — Berkongsi pengalaman sebenar, supaya lebih ramai memahami realiti sebenar industri durian.

10/09/2026

Di mana hala tuju industri durian Malaysia? Behn Meyer AgriCare

Sertai KUPAS DURIAN, sebuah forum di Pameran Agri Malaysia yang menghimpunkan penggiat industri dan pekebun durian berpengalaman untuk membincangkan secara terbuka realiti hari ini, cabaran yang dihadapi serta peluang yang bakal membentuk masa depan industri durian negara. Sama ada anda seorang pekebun, pengusaha, pemain industri atau sekadar ingin memahami dengan lebih dekat perjalanan industri durian Malaysia, inilah ruang untuk mendengar, memahami dan melihat ke hadapan.

Tajuk Forum: KUPAS DURIAN: Realiti & Masa Depan Industri Durian Malaysia

🍀Muhammad Hakimi Shuib, Behn Meyer AgriCare (Moderator)
🍀Kenneth Lim Tee Hak, Behn Meyer AgriCare (Panel)
🍀Mohd Aqmar Zaidi Bin Jafri, Behn Meyer AgriCare (Panel)
🍀Mohammad Izzat Ismail (Panel Jemputan, Dusun Cikgu Mail)
🍀Zurfahiz Hussin (Panel Jemputan, The Kebun)

Pendaftaran Percuma:
https://register.eps.net.my/register/AGMY2026VisitorReg?ref=CO-VISPROM13
📅 Khamis, 10hb September 2026
🕘 2:30 petang hingga 4:30 petang
📍 Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur

BERITA PENGHARGAAN BUAT CLIENT THE KEBUN (Buat Pelanggan Pembangunan Kebun Moden Sebeoum ini)Terima kasih kerana pernah ...
09/09/2026

BERITA PENGHARGAAN BUAT CLIENT THE KEBUN (Buat Pelanggan Pembangunan Kebun Moden Sebeoum ini)

Terima kasih kerana pernah mempercayai The Kebun dalam membantu membangunkan ladang dan kebun durian yang lebih sistematik, tersusun dan berdaya maju. (2021-2026)

Sebagai tanda penghargaan kepada semua client yang pernah menggunakan khidmat The Kebun, kami ingin berkongsi sedikit hadiah istimewa. 🎁

🎁 KHAS UNTUK 30 CLIENT TERAWAL!

Setiap 30 pelanggan The Kebun yang terawal akan menerima:

🌳 1 pokok anak durian Bunga Merah
🪴 5 beg baja kompos full organik “Signature The Kebun”
— untuk tujuan perawatan dan pemulihan tanah.

Percuma, khas sebagai tanda penghargaan daripada kami.

📍 Untuk mendapatkan hadiah ini, hanya perlu maklumkan kepada kami:

• Lokasi kebun
• Saiz kebun
• Nama untuk pengesahan

Dan yang paling penting…

Boleh datang ke The Kebun bila-bila masa.
Singgah, sembang, tengok pokok dan kita bincang apa sahaja berkaitan kebun. 🌳

Ini bukan sekadar hadiah, tetapi tanda penghargaan kami kepada client yang telah bersama-sama membina perjalanan The Kebun.

30 sahaja. Siapa cepat, dia dapat. 😉









09/09/2026

9 sept 2026- Lawatan Bulanan Bayer CS Malaysia
Memperkenalkan Racun dan teknologi pertahanan daya tahan anak pokok dari nursery lapangan.. disamping memperkenalkan beberapa racun baru utk prevention bagi penyakit Kanker.

CHANEE D123 — VARIETY BIASA, VALUE LUAR BIASAYa, Chanee memang berasal dari Thailand dan telah didaftarkan di Malaysia d...
08/09/2026

CHANEE D123 — VARIETY BIASA, VALUE LUAR BIASA

Ya, Chanee memang berasal dari Thailand dan telah didaftarkan di Malaysia dengan nombor D123.

Kalau tengok pada rupa, ia mungkin bukan varieti yang selalu menjadi perhatian seperti Musang King atau Black Thorn. Tetapi jangan cepat pandang sebelah mata.

Buah Chanee rata-rata boleh mencapai sekitar 3 kg — buah besar, biji kesep, isi tebal berwarna kuning oren, rasa manis dengan sedikit pahit di hujung.

Bagi The Kebun, inilah antara ciri yang menarik.

Kalau nak kata durian untuk “keluarga besar & anak ramai”, Chanee memang ada potensi. isi banyak dan berbaloi.. Bau tidak terlalu menyengat, rasa mudah diterima dan kombinasi manis serta sedikit pahit menjadikan rasanya tidak terlalu membosankan apabila dimakan berulang kali.

Dengan harga pasaran sekitar RM20–30/kg, ia boleh dianggap sangat berbaloi. Isinya tebal, bijinya kecil dan buahnya juga agak tahan — kulit yang tebal menyebabkan buah lebih lambat merekah dan boleh bertahan sehingga sekitar hari ketiga dalam keadaan yang sesuai.

Jadi, kalau ditanya berapa rating The Kebun untuk Chanee D123?

⭐️⭐️⭐️⭐️ 4 STAR dari 5 STAR

Bukan kerana ia varieti paling mahal.

Tetapi kerana ia menawarkan saiz buah, isi tebal, biji kesep, rasa yang mudah diterima, ketahanan buah dan harga yang masih munasabah.

Kadang-kadang dalam pertanian, kita terlalu mengejar varieti premium sehingga terlupa…

Variety biasa pun boleh mempunyai value yang luar biasa. 🌳

KUPAS DURIAN: RAJA BUAH KITA, KE MANA HALA TUJUNYA?Industri durian Malaysia sedang melalui satu fasa perubahan. Persoala...
08/09/2026

KUPAS DURIAN: RAJA BUAH KITA, KE MANA HALA TUJUNYA?

Industri durian Malaysia sedang melalui satu fasa perubahan. Persoalannya, ke mana hala tuju industri ini dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang?

Ramai yang PM saya, WhatsApp, Messenger, malah ada yang bertanya melalui komen di Facebook — “Bila lagi nak buat kelas ilmu tanaman durian?”

Bukan saya tidak mahu berkongsi ilmu tanaman durian lagi. Tetapi saya semakin berhati-hati untuk memberikan pandangan kerana setiap kenyataan yang kita keluarkan mungkin digunakan oleh orang lain untuk membuat keputusan terhadap kebun dan masa depan mereka.

Hari ini ada yang mengatakan industri durian sudah memasuki zaman suram atau zaman kejatuhan. Ada pekebun mula beralih kepada sawit, getah dan tanaman lain.

Namun dalam masa yang sama, masih ramai yang mahu menanam durian. Ada yang baru bermula, ada yang sudah menanam dan ada yang kebunnya sudah mula berbuah.

Jadi persoalannya bukan sekadar mahu teruskan atau tinggalkan industri ini.

Bagi yang sudah menanam, apa yang diperlukan untuk terus bertahan? Bagi yang baru mahu bermula p**a, apa yang perlu diberi perhatian?

Dahulu mungkin cukup sekadar ada tanah, tanam pokok dan tunggu musim buah. Tetapi untuk 5–10 tahun akan datang, pengurusan tanah, nutrien, air, kesihatan pokok, produktiviti, kos pengeluaran, kualiti buah dan pasaran perlu dilihat secara menyeluruh.

Persoalan inilah yang akan dikupas dalam KUPAS DURIAN – Realiti & Masa Depan Industri Durian Malaysia, sempena Behn Meyer Agricare Forum 2026.

Perbincangan menampilkan Muhammad Hakimi Shuib sebagai moderator, bersama Kenneth Lim Tee Hak, Mohd Aqmar Zaidi Bin Jafri, Mohammad Izzat Ismail (Dusun Cikgu Mail) dan saya sendiri Fahiz Hussin (The Kebun).

Bagi saya, persoalan paling penting bukan lagi sekadar:

“Berapa harga durian tahun ini?”

Tetapi…

“Adakah kebun kita masih mampu menghasilkan dengan baik 10 tahun dari sekarang?”

📅 10 September 2026
⏰ 2.30 – 4.30 petang
📍 Agritalk Main Stage, MITEC, Kuala Lumpur

200 peserta terawal akan diberi goodies beg dan menarik ada cabutan barangan Behn Meyer utk peserta bertuah. Semua dijemput hadir dan ia adalah percuma.

Jom kita kupas realiti industri durian Malaysia. 🌳

Selamat bekerja. Ya ini permandangan dari “Office saya”Pemandangan dari tingkap ini sebenarnya pernah menjadi impian dan...
08/09/2026

Selamat bekerja. Ya ini permandangan dari “Office saya”

Pemandangan dari tingkap ini sebenarnya pernah menjadi impian dan angan-angan saya suatu ketika dahulu. Dan alhamdulillah tercapai.

Menjangkau usia persaraan, saya membayangkan mahu hidup lebih rileks… duduk di kampung, berkebun, menikmati alam dan bekerja sekadar yang termampu.

Ya… hari ini sebahagian daripada impian itu sudah menjadi kenyataan.

Tetapi ada satu perkara yang mungkin orang luar tidak nampak.

Bertani bukan jaminan untuk hati sentiasa tenang.

Kalau berkebun durian, bersedialah dengan pelbagai perkara yang sentiasa bermain di kepala — masalah tanaman, cuaca, penyakit, pasaran, penjagaan pokok, pekerja, kos operasi dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang kita masuk kebun untuk mencari ketenangan, tetapi keluar kebun dengan lebih banyak perkara untuk difikirkan.

Jadi, kepada yang berangan-angan mahu masuk pertanian sebab mahu hidup rileks selepas bersara…

Fikir dua kali.

Masuk pertanian, kita mungkin perlu bekerja dua kali lebih kuat. Utk org muda ingat, pertanian bukan jalan terakhir pilihan balik ke kampung utk berkebun.

Kerana ia perlu dilakukan dgn 2 kali lebih terperinci, 2 kali lebih berhati hati.. kerana ramai yg tersadung dlm bertani.

Pasrah dan reda p**a mungkin perlu dua kali lebih hebat.

Dan yang paling penting, kita belajar untuk istiqamah, berusaha sebaik mungkin dan akhirnya berserah 100% kepada Allah SWT.

Kerana dalam pertanian, kita boleh merancang, membaja, memangkas, merawat dan menjaga…

Tetapi hasil akhirnya tetap bukan di tangan kita.

Kita hanya mampu berusaha.

Selebihnya, kita serahkan kepada Allah.

The Kebun
Petani sepenuh masa.

01/09/2026

“Di atas kertas, pertanian nampak mudah & menguntungkan. Di kebun, ceritanya berbeza. Pokok tidak membaca proposal, pokok menuntut ilmu, masa, kerja, disiplin dan kesabaran.”

Jangan bina kebun berdasarkan harga tertinggi yang pernah kita lihat. Bina kebun supaya mampu bertahan pada harga terend...
01/09/2026

Jangan bina kebun berdasarkan harga tertinggi yang pernah kita lihat. Bina kebun supaya mampu bertahan pada harga terendah yang pernah kita lalui.

Kitaran Harga Komoditi: Jangan Bina Kebun Berdasarkan Harga Hari Ini

Sepanjang 20 tahun, kita telah menyaksikan pelbagai fasa harga komoditi. Sawit pernah sekitar RM350 setan, getah sekitar RM2 sekilogram, manakala Musang King pernah berada sekitar RM10 sekilogram. Hari ini, angka tersebut mungkin kelihatan rendah, tetapi ia membuktikan bahawa harga komoditi sentiasa berubah mengikut kitaran pasaran.

Trend 20 tahun bagi durian, sawit dan getah menunjukkan pola yang hampir sama: harga meningkat, mencapai puncak, kemudian mengalami pembetulan sebelum kembali pulih. Namun, setiap komoditi dipengaruhi faktor berbeza seperti bekalan dan permintaan, cuaca, kos input, produktiviti, pasaran eksport dan keadaan ekonomi global.

Persoalannya, apakah keputusan yang wajar dibuat apabila harga sesuatu tanaman melonjak?

Jangan membuat keputusan jangka panjang berdasarkan harga semasa.

Durian, sawit dan getah memerlukan komitmen bertahun-tahun. Harga ketika pokok mula menghasilkan mungkin jauh berbeza daripada harga ketika keputusan penanaman dibuat.

Dalam keadaan harga rendah, kelebihan sebenar terletak pada produktiviti dan kecekapan pengurusan. Pokok yang sihat, pembajaan tepat, pengairan mencukupi, kawalan perosak berkesan, kos terkawal dan rekod kebun yang sistematik mampu membantu pekebun bertahan melalui turun naik pasaran.

Pertanian bukan perlumbaan mengejar harga tertinggi.

Jangan tanam kerana harga sedang tinggi. Jangan tebang kerana harga sedang rendah.

Kenali kitaran, kira kos, tingkatkan produktiviti dan rancang untuk jangka panjang.

Kerana kebun yang berjaya bukan hanya kebun yang untung ketika harga tinggi, tetapi kebun yang mampu bertahan sepanjang kitaran harga.

Address

Kuala Pilah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60125476059

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Kebun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Kebun:

Shortcuts

Share