Media UmnoKualaSelangor

Media UmnoKualaSelangor Media Umno Kuala Selangor

31/05/2026

Alhamdulillah, baru-baru ini program ibadah korban telah berjaya dilaksanakan di Surau Al Imaniah Kampung Tambak Jawa dengan penyembelihan sebanyak 8 ekor kambing hasil sumbangan daripada Dato Jahaya Bin Ibrahim Penyelaras DUN Jeram.

Turut dilaksanakan ibadah korban di kawasan Puncak Alam melibatkan 5 ekor lembu bagi manfaat penduduk dan golongan yang memerlukan.

Semoga ibadah korban ini menjadi lambang ukhuwah, keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat. Terima kasih kepada semua petugas, sukarelawan dan penduduk yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala amal dan pengorbanan diterima Allah SWT.

20/05/2026
18/05/2026

Podcast Ulangtahun UMNO yang ke 80..Jom kita saksikan bersama 🙂

17/05/2026

PROGRAM SUMBANGAN SEMPENA PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR 2026

Alhamdulillah, sempena berlangsungnya Persidangan Tahunan Cawangan bagi tahun 2026, UMNO Bahagian Kuala Selangor telah menyempurnakan penyerahan sumbangan khas kepada seluruh sayap parti di peringkat cawangan.

Sumbangan ini diserahkan khusus buat:
🔹 UMNO Cawangan
🔹 Wanita Cawangan
🔹 Pemuda Cawangan
🔹 Puteri Cawangan

Insentif dan sumbangan ini merupakan tanda penghargaan serta sokongan padu daripada pihak pengurusan Bahagian terhadap komitmen berterusan seluruh jentera akar umbi. Semoga ia dapat membantu kelancaran pengurusan persidangan serta mengukuhkan lagi semangat solidariti demi agama, bangsa, dan tanah air.

Maju bersama, demi perjuangan. 🇲🇾

SELAMAT HARI GURU 2026 🇲🇾✨"Guru Bitara Nadi Negara"Lebih daripada seorang pendidik, guru adalah pencetus inspirasi dan a...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026 🇲🇾✨

"Guru Bitara Nadi Negara"

Lebih daripada seorang pendidik, guru adalah pencetus inspirasi dan arkitek masa depan negara. Di sebalik keperibadian generasi yang berilmu, berintegriti, dan berdaya saing hari ini, berdirinya seorang guru yang penuh dengan dedikasi serta pengorbanan.

UMNO Bahagian Kuala Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan komitmen luar biasa seluruh warga pendidik dalam memangkin kecemerlangan pendidikan negara.

Terima kasih cikgu, atas segala ilmu dan pengorbanan yang tidak pernah luntur. Semoga Allah SWT memberkati setiap titis keringat demi masa depan anak bangsa.

Ikhlas daripada:
UMNO Bahagian Kuala Selangor

Selamat Hari IbuPengorbanan dan Kasih Sayang sorang Ibu amatlah berharga.
10/05/2026

Selamat Hari Ibu
Pengorbanan dan Kasih Sayang sorang Ibu amatlah berharga.

10/05/2026

Alhamdulillah, memenuhi jemputan dan menyantuni sahabat-sahabat perjuangan. Bermula dengan sesi santai Penerangan Isu-Isu Semasa di UMNO Malaysia, kemudian diteruskan dengan meraikan hari bahagia di Majlis Walimatul Urus AJK Cawangan Puncak Alam 2. Tahniah buat mempelai dan keluarga!

Dato Hj Jahaya juga hadir bagi merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Taman Seri Rambai. Teruja melihat semangat ahli akar umbi yang tetap kental demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Moga ukhuwah kita terus erat dan segala urusan dipermudahkan. 🤲✨

07/05/2026
04/05/2026

Address

Kuala Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media UmnoKualaSelangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share