EncikPang

EncikPang Tak berat sebelah, cuma beratkan kebenaran.

๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„-๐Ÿ’: ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐€๐๐†๐Š๐€, ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐‚๐€๐˜๐€๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“โ–ช๏ธ ๐๐ข๐ฅ๐š ๐…๐š๐ค๐ญ๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ง...
09/11/2025

๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐‹๐‹๐ˆ๐Ž๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„-๐Ÿ’: ๐€๐๐“๐€๐‘๐€ ๐€๐๐†๐Š๐€, ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐„๐‘๐‚๐€๐˜๐€๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“

โ–ช๏ธ ๐๐ข๐ฅ๐š ๐…๐š๐ค๐ญ๐š ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ž๐ง๐ ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ฆ๐ž๐ง
Dalam politik, angka tidak pernah menipu , cuma tafsirannya yang sering dimanip**asi.
Apabila Pahang mencatat hasil negeri melebihi RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut, itu bukan sekadar laporan kewangan.
Ia tanda bahawa kerajaan negeri sedang di landasan betul, bekerja dengan tenang dan terancang di sebalik pelbagai tohmahan.

Selama empat tahun ini, Pahang tak pernah sunyi daripada pelbagai ujian dan persepsi, namun dalam setiap cabaran itu, negeri ini tetap bergerak, tetap membangun, dan terus membuktikan sesuatu:
fitnah boleh dicipta, tapi hasil tak boleh disorok.

โ–ช๏ธ ๐ƒ๐ข ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐š๐ง๐ ๐ค๐š โ€“ ๐š๐๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ก๐ž๐ง๐ญ๐ข
RM1 bilion bukan angka ajaib.
Ia datang daripada kerja yang tersusun dan dasar yang konsisten.
Pelaburan terus masuk, projek rakyat terus berjalan,
dan hasil negeri itu disalurkan semula kepada rakyat melalui Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang).

IM Pahang bukan sekadar bantuan, tapi satu gerakan menyeluruh yang menyentuh semua lapisan masyarakat, daripada B40, M40, anak muda, wanita, pesara hingga OKU . Setiap kelompok mendapat manfaatnya, sama ada melalui peluang, kemudahan atau bantuan kebajikan yang berterusan.
Inilah wajah sebenar negeri makmur , hasil dikongsi, bukan disimpan.

โ–ช๏ธ ๐๐ข๐ฅ๐š ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ค๐š๐ง ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง
Angka RM1 bilion ini bukan sekadar bukti ekonomi , ia isyarat kestabilan. Dan dalam politik, kestabilan itulah yang paling digeruni lawan. Sebab selama hasil negeri terus stabil dan rakyat merasainya, naratif โ€œkerajaan gagalโ€ akan hilang tempat berpaut.

Lalu muncullah pelbagai isu โ€” tanah, air, tuduhan sekular, malah serangan peribadi terhadap pimpinan negeri kononnya tunduk pada pada mana-mana parti dimalaysia.
Namun rakyat semakin matang. Bila mereka melihat pembangunan di depan mata, mereka tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya berpolitik untuk hidup.

Kerajaan negeri tak perlu menafikan setiap tuduhan, kerana kerja yang berjalan sudah cukup menjawab semuanya.
Dalam diam, kerja yang berterusan akan menewaskan apa jua bunyi di luar sana.

โ–ช๏ธ ๐—”๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด 1๐˜€๐˜ โ€“ ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—บ๐—ถ
Di bawah Aspirasi Pahang 1st, pembangunan negeri bukan lagi soal angka semata, tetapi kesejahteraan yang dirasai rakyat di semua lapisan. Dasar ini menekankan kemajuan seimbang โ€” ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan alam sekitar.

Dan di tengahnya berdiri Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) โ€”
nadi yang memastikan setiap hasil negeri dikembalikan kepada rakyat. Bukan hanya melalui bantuan, tapi melalui peluang, keadilan dan rasa memiliki. Rakyat tak lagi mendengar janji, mereka melihat hasil. Pahang kini membina kemakmuran yang benar-benar membumi.

โ–ช๏ธ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐˜€๐—ถ

Sementara segelintir masih bermain persepsi,
kerajaan negeri memilih untuk bercakap dengan fakta.
Setiap jalan yang siap, setiap rumah yang berdiri, setiap bantuan yang sampai โ€”
itu semua bukti senyap yang jauh lebih kuat daripada sepuluh pentas ceramah.

Kerajaan negeri tak mencari tepukan,
kerana dalam politik, suara paling meyakinkan bukan yang paling kuat,
tetapi yang paling jelas hasilnya.

โ–ช๏ธ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ
Empat tahun berturut-turut hasil RM1 bilion.
Pelaburan berbilion masuk. Rakyat di semua lapisan menikmati hasil Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang).
Itu bukan retorik โ€” itu realiti yang sedang hidup di depan mata rakyat.

Di bawah kepimpinan tenang YAB Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, negeri ini membuktikan satu perkara mudah:
bahawa pembangunan tidak perlukan gimik,
dan kejujuran dalam bekerja jauh lebih kuat daripada jeritan politik.

Beliau tidak mencari sorak,
tapi memastikan setiap tindakan meninggalkan manfaat.
Setiap dasar dibina atas nilai, bukan persepsi.
Dan setiap hasil menjadi bukti bahawa kerja ikhlas akhirnya akan menang.

Kerana di hujungnya,
yang benar tak perlu dibela,
yang bekerja tak perlu bersuara, kerana hasilnya sudah cukup untuk menjawab segalanya.

PAHANG 1ST | Maju Terus Pahang | Demi Negeriku Darul Makmur

07/11/2025

Bila YB Machang tampil buat kenyataan kononnya FELCRA rugi besar, ramai yang terus percaya tanpa semak, seolah-olah setiap dakwaan dari bibirnya adalah wahyu yang tak boleh dicabar.
Yang lebih lucu , bila ditanya balik, tiada satu pun angka sebenar disebut dengan jelas. Sekadar petik nama โ€œAudit Negaraโ€, kononnya laporan rasmi membuktikan kerugian.

Hakikatnya, Laporan Ketua Audit Negara 2025 tidak pernah menyebut bahawa FELCRA rugi secara keseluruhan.
Apa yang dilaporkan hanyalah kelemahan pengurusan dalam beberapa pelaburan tertentu yang tidak mendatangkan hasil seperti dijangka.
Itu beza besar antara pelaburan tak menjadi dengan syarikat rugi.

Lebih menarik, FELCRA sendiri telah mengumumkan bahawa bagi tahun kewangan 2024, mereka mencatatkan keuntungan bersih melebihi RM500 juta, dan mengagihkan dividen RM192 juta kepada peserta.
Jadi persoalannya, kalau benar FELCRA rugi, dari mana datangnya keuntungan dan dividen itu?
Atau YB Machang ni sekadar baca tajuk tanpa isi, macam gaya TikTok politikus yang s**a sensasi lebih daripada fakta?

Apa yang sedang berlaku ni bukan sekadar salah tafsir, tapi percubaan terancang untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap institusi milik rakyat.
Lebih parah, kenyataan sebegini boleh menjejaskan kepercayaan pelabur dan moral warga kerja FELCRA sendiri semata-mata demi modal politik murahan.

Inilah masalahnya bila politik dah jadi agama, dan โ€œwalaโ€™โ€ mengatasi logik. Mereka lebih percaya suara pemimpin berkarisma daripada angka sebenar dalam laporan rasmi. Bila emosi dah ambil alih, fakta pun dilihat sebagai fitnah.

YB Machang sepatutnya tahu beza antara teguran audit dengan kerugian operasi. Kalau betul nak jadi pembela rakyat, buktikan dengan dokumen lengkap, bukan dengan persepsi separuh masak yang direka untuk tular di media sosial.

FELCRA tak rugi, YB.
Yang rugi cuma IQ penyokong totok yang menelan bulat-bulat cakap politikus tanpa semak, dan maruah seorang pemimpin muda yang lebih gemar menjual persepsi daripada mencari kebenaran.

Audit bukan auta โ€“ rugi sebenar bila akal tunduk pada sentimen.

Fakta Lebih Penting Dari PersepsiSejak kebelakangan ini, ada pihak cuba memetik angka daripada laporan audit untuk menci...
04/11/2025

Fakta Lebih Penting Dari Persepsi

Sejak kebelakangan ini, ada pihak cuba memetik angka daripada laporan audit untuk mencipta gambaran seolah-olah kewangan negeri Pahang lemah dan tidak diurus dengan baik. Seperti biasa, bila gagal menyaingi prestasi kerajaan negeri, mereka kembali bermain dengan persepsi dan sentimen.

Laporan Ketua Audit Negara bukan bahan politik. Ia laporan teknikal yang menilai pengurusan kewangan dan hasil negeri secara menyeluruh. Maka apabila angka dipetik separuh-separuh tanpa konteks sebenar, niatnya bukan untuk memberi pencerahan tapi untuk menimbulkan kekeliruan di fikiran rakyat.

Bagi tahun 2024, hasil negeri Pahang berjumlah RM1.220 bilion, sedikit rendah berbanding RM1.306 bilion pada tahun sebelumnya. Namun hakikatnya, hasil tersebut tetap melepasi sasaran bajet RM1.13 bilion, membuktikan kutipan negeri masih kukuh dan stabil. Penurunan kecil ini bukan kelemahan, tetapi penyesuaian normal selepas tahun luar biasa 2023 yang mencatat hasil one-off seperti premium tanah dan pelaburan khas.

Peningkatan hutang sebanyak 4.75% p**a bukan tanda boros seperti yang cuba digambarkan. Ia adalah pinjaman pembangunan untuk projek-projek rakyat termasuk jalan luar bandar, sistem bekalan air dan pembangunan luar bandar. Pahang berhutang untuk membina, bukan berhutang untuk menutup kegagalan.

Lebih penting, laporan audit yang sama turut mengesahkan bahawa akaun kerajaan negeri Pahang mendapat โ€œPendapat Tanpa Teguranโ€, satu pengiktirafan terhadap ketelusan dan disiplin kewangan negeri. Jika benar Pahang gagal seperti yang digembar-gemburkan, pengiktirafan ini tidak akan diberikan.

Sebaliknya, negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional yang sering menuduh inilah sebenarnya sedang bergelut dengan hutang yang tinggi, defisit berulang dan hasil yang makin merosot.
Ada negeri yang menerima royalti petroleum ratusan juta, namun masih bergantung pada bantuan pusat untuk menampung perbelanjaan negeri.
Ada p**a yang sibuk berpolitik siang malam, tetapi gagal menyelesaikan isu asas rakyat โ€” air, infrastruktur, dan peluang pekerjaan.

Itulah bezanya antara kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang berpolitik.
Kerajaan Negeri Pahang tidak membina persepsi, tetapi membina kemajuan.
Yang satu berpegang pada fakta, yang satu bergantung pada fitnah.
Yang satu membina masa depan, yang satu mengulang cerita lama.

Selagi mereka sibuk menanam keraguan, Pahang terus menanam hasil.
Selagi mereka bersandiwara di pentas politik, kerajaan negeri terus menulis pencapaian sebenar. Kerana bagi Pahang โ€” kerja itu bukti, dan hasil itu suara.

Dan hari ini, bukti itu jelas: Pahang kekal stabil, terurus dan terus maju. Sementara mereka yang hanya tahu bermain sentimen terus hanyut, ditenggelamkan oleh fakta yang mereka sendiri cuba putar.

Bila Fitnah Jadi Nafas PolitikIsu terbaru ni sekali lagi tunjuk wajah sebenar politik PAS dari atas sampai bawah, budaya...
31/10/2025

Bila Fitnah Jadi Nafas Politik

Isu terbaru ni sekali lagi tunjuk wajah sebenar politik PAS dari atas sampai bawah, budaya mereka sama. Bila tak ada isu, mereka cipta isu. Bila rakyat tenang, mereka bakar emosi. Bila kerajaan buat kerja, mereka p**a sibuk reka cerita.

Lihat saja kejadian baru-baru ni yang dikaitkan dengan sebuah latihan keselamatan rutin berhampiran sebuah masjid terkenal di Terengganu. Belum sempat siasatan dibuat, pemimpin PAS dah mula menuduh, mendakwa kononnya berlaku โ€œserbuanโ€ dan โ€œancamanโ€ terhadap tokoh mereka sendiri.
Cerita tu disebar luas oleh penyokong mereka, sampai ada yang percaya kerajaan nak โ€œugut Presiden PASโ€.

Bila akhirnya terbukti itu cuma salah faham, pihak berkuasa dah pun jelaskan perkara sebenar, tapi malangnya, tiada satu pun permohonan maaf terbuka daripada mana-mana pimpinan PAS.
Tidak daripada MP Kota Bharu, tidak daripada MP Pendang, dan tidak juga daripada parti itu sendiri.
Mereka diam seribu bahasa, seolah-olah isu tu tak pernah berlaku.

Inilah masalah bila politik dijadikan alat untuk membakar sentimen, bukan mencari kebenaran.
Mereka lantang bila menuduh, tapi penakut bila diminta bertanggungjawab.
Mereka cepat menuding jari, tapi tak pernah tunduk minta maaf.
Padahal yang mereka cemarkan bukan saja nama kerajaan, tapi maruah agensi keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Inilah politik yang dibalut dengan serban tapi diisi dengan fitnah.
Islam ajar bercakap benar, bukan pandai bersyarah kemudian berdalih.
Tapi itulah PAS hari ini , bila kena, โ€œsalah fahamโ€; bila tersilap, โ€œdah selesaiโ€; bila fitnah, diam.

Rakyat dah makin bijak menilai.
Yang berjuang untuk rakyat tak perlu menipu, tapi yang hilang arah politiknya memang terpaksa hidup dengan fitnah.

Dari Hogoh ke Rebah: PAS Berkuasa, Bersatu Hilang ArahPerikatan Nasional Pahang sekarang bukan gabungan tapi gelanggang ...
29/10/2025

Dari Hogoh ke Rebah: PAS Berkuasa, Bersatu Hilang Arah

Perikatan Nasional Pahang sekarang bukan gabungan tapi gelanggang tikam-menikam. Belum pun reda suara โ€œhogoh rakyatโ€ di Jelai, pengerusi negeri sendiri dah tumbang. Saifuddin Abdullah gugur bukan sebab kalah pilihan raya, tapi sebab buka mulut tegur Muhyiddin. Dalam Bersatu, siapa bercakap benar, dialah musuh parti.

Ironinya, pengganti Saifuddin bukan orang Bersatu pun. Tapi orang PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man. Nampak lembut, tapi langkah ni licik. PAS perlahan-lahan ambil alih jentera PN Pahang tanpa perlu rampas apa-apa. Bersatu p**a terus lena, masih syok sendiri konon parti utama gabungan, padahal stereng dah lama berpindah tangan.

Bersatu hari ni bukan berpecah dua tapi berderai banyak arah. Ada yang masih sujud pada Tan Sri, ada yang dah tawar hati, ada yang tunggu peluang nak lompat. Parti yang dulu konon jadi alternatif kepada UMNO, kini jadi bahan lawak politik. Tiada hala tuju, tiada karisma, tiada kekuatan. Yang tinggal cuma nama dan nostalgia.

Sementara PAS p**a makin rakus. Bila dah dapat peluang, diaorang takkan lepas. Pengerusi negeri, jentera, pengaruh akar umbi , semua diserap perlahan-lahan. Hari ni PAS teraju PN Pahang, esok mungkin PN cuma tinggal lambang kosong yang menumpang. Inilah hasil gabungan yang dibina atas kepentingan, bukan kejujuran.

Bila diaorang berangan nak โ€œteraju Pahangโ€, rakyat kena buka mata seluas-luasnya.
Parti sendiri pun tunggang-langgang, pucuk pimpinan bercakaran, akar umbi bercelaru tapi masih berangan nak urus negeri yang aman dan stabil. Cakap pasal mentadbir, tapi rumah sendiri pun bocor sana sini.
Kalau kapal pun dah karam, jangan sembang nak jadi nakhoda negeri.

Himpunan yang mereka panggil perjuangan tu sebenarnya cuma pentas untuk meluah benci dan sebar fitnah. Tiap kali buka mu...
24/10/2025

Himpunan yang mereka panggil perjuangan tu sebenarnya cuma pentas untuk meluah benci dan sebar fitnah. Tiap kali buka mulut, bukan dasar yang keluar tapi maki hamun, tuduhan dan spin. Kalau betul nak perjuang Islam, sepatutnya tunjuk akhlak, bukan jerit sampai urat leher timbul. Tapi itulah bila agama dijadikan alat politik, yang tinggal cuma bunyi dan topeng suci.

Rakyat Pahang dah muak dengan gaya politik macam tu. Kita bukan bangsa yang hidup dengan kebencian. Kita nak pemimpin yang kerja, bukan yang cakap besar. Sebab tu walau berapa kali pun mereka โ€œhogohโ€ atas pentas, rakyat tetap tahu yang paling kuat bising tu lah yang paling kurang hasilnya.

Hehe..

PARTI ISLAM, TAPI AKHLAK KE MANA?Ada batas yang membezakan antara politik dan adab. Malangnya, batas itu nampaknya sudah...
21/10/2025

PARTI ISLAM, TAPI AKHLAK KE MANA?

Ada batas yang membezakan antara politik dan adab. Malangnya, batas itu nampaknya sudah lama dipadam oleh PAS.

Kecewa , sebab yang menjuarai slogan Islam kini jadi pencipta fitnah paling lantang.
Kecewa , sebab mereka datang ke bumi Pahang bukan untuk bantu, tapi untuk burukkan.
Dan lebih kecewa , sebab mereka sanggup gunakan nama Allah dan perjuangan Islam untuk menutup niat jahat mereka yang sebenar.

Lihat saja posting mereka tentang jalan di perkampungan Orang Asli Prosdet Pantos.
Ambil gambar, reka ayat konon prihatin tapi tangan tak pernah dihulur.
Nak bantu tiada, nak faham situasi pun malas.
Sedangkan jalan itu dah pun disenaraikan untuk baik pulih oleh JKR , tapi bagi PAS, tak penting semua tu yang penting dapat tunjuk mereka โ€œpaling prihatinโ€.

Inilah penyakit sebenar parti yang hilang akhlak.
Datang bukan untuk menyembuh, tapi untuk menambah luka. Menanguk di air keruh itu kerja mereka sejak dulu.
Kalau jalan rosak pun boleh dijadikan modal politik, bayangkan apa lagi yang sanggup mereka lakukan bila berkuasa?

Islam bukan sekadar jubah, serban dan lafaz doa atas pentas.
Islam itu adab, tanggungjawab, dan amanah.
Tapi PAS hari ini dah jadikan agama sebagai topeng untuk sembunyikan wajah sebenar yang penuh hasad dan kebencian.

Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Datoโ€™ Sri Diraja Hj Wan Rosdy tak pernah janji bulan bintang, tapi kerja berterusan.
Setiap jalan pedalaman yang rosak, setiap rumah yang uzur, setiap kawasan yang perlukan internet , semua dalam radar tindakan.
Bukan dengan gimik, bukan dengan gambar, tapi dengan kerja.

Kalau betul PAS nak tunjuk Islam, tunjuklah dengan akhlak. Tapi nampaknya, yang tinggal pada mereka cuma nama โ€œParti Islamโ€... roh dan adabnya sudah lama mati.

BILA ISU PALESTIN JADI ALAT POLITIKPerjuangan yang suci tak perlukan sorakan, dan solidariti sebenar tak perlukan pentas...
07/10/2025

BILA ISU PALESTIN JADI ALAT POLITIK

Perjuangan yang suci tak perlukan sorakan, dan solidariti sebenar tak perlukan pentas politik. Tapi itulah yang berlaku minggu lepas di tengah semangat rakyat Malaysia menunjukkan sokongan terhadap Palestin, ada segelintir pihak yang menjadikan isu ini sebagai bahan untuk menaikkan nama sendiri.

Lihat saja Perhimpunan Sumud Flotilla di depan SOGO. Tajuknya atas nama kemanusiaan, tapi nada di pentas lain bunyinya. Dalam celahan laungan takbir, terselit ucapan tentang RUU URA, sindiran terhadap kerajaan, dan retorik politik yang langsung tak ada kaitan dengan nasib rakyat Gaza. Isu yang sepatutnya menyatukan rakyat, akhirnya ditukar jadi bahan propaganda kecil untuk kepentingan tertentu.

Yang paling ketara , kononnya nak tunjuk gelombang rakyat, tapi kehadiran pun tak sampai 2,000 orang. Di beberapa lokasi termasuk Kuantan, jumlahnya sekitar 500 peserta saja. Kalau betul himpunan besar, kenapa tempat masih banyak kosong? Kalau benar semangat perjuangan membara, kenapa ramai mula beransur sebelum majlis selesai?

Padahal sebelah siang, NGO dan pertubuhan kemanusiaan dah pun anjur perhimpunan aman yang fokus dan tertib tanpa politik, tanpa ucapan berlebihan. Tapi malamnya, muncul p**a versi lain yang lebih banyak retorik daripada isi. Dari nada ucapan pun dah jelas yang sepatutnya jadi pentas solidariti, bertukar jadi gelanggang siapa paling lantang bersuara.

Inilah wajah sebenar pembangkang di Malaysia hari ini. Mereka tak pernah benar-benar peduli pada rakyat atau isu kemanusiaan , semuanya sekadar pentas untuk mencipta imej dan simpati. Bila isu Gaza pun dijadikan bahan politik, bayangkan apa lagi yang mereka sanggup peralat demi kuasa.

Rakyat perlu sedar , ini bukan soal siapa lebih pandai bercakap, tapi siapa betul-betul bekerja. Pembangkang boleh terus bersandiwara di jalanan, tapi rakyat tak boleh terus diperbodohkan dengan drama lama yang disolek semula. Jika Malaysia mahu terus maju dan matang, pembangkang seperti ini mesti ditolak habis-habisan.

Beza 2 Pendekatan: UMNO Angkat Diplomasi, PAS Angkat PropagandaDalam isu kemanusiaan Sumud Flotilla ni, kita nampak jela...
03/10/2025

Beza 2 Pendekatan: UMNO Angkat Diplomasi, PAS Angkat Propaganda

Dalam isu kemanusiaan Sumud Flotilla ni, kita nampak jelas siapa yang betul-betul serius dan siapa yang hanya tahu main sentimen. Bila Dr. Akmal bersuara, mesejnya tegas, kalau aktivis rakyat Malaysia tidak dibebaskan, kerajaan mesti ambil tindakan keras, hatta membatalkan jemputan Trump ke negara kita. Itu suara seorang pemimpin muda yang berani, bercakap atas dasar maruah negara dan keselamatan rakyat. Ringkas, padat, jelas hala tuju.

Tapi bila PAS buka mulut, lain p**a bunyinya. Rosli Jabar contohnya, terus bawa cerita Colombia konon nak jadi juara dunia, bercakap seolah-olah dia jurucakap luar negara. Bunyi gah, siap angkat Presiden Colombia sebagai hero, tapi langsung tak menyentuh apa langkah kerajaan Malaysia sedang lakukan. Tak sebut peranan Wisma Putra, tak peduli realiti diplomasi, cuma tahu mainkan emosi rakyat dengan cerita luar yang dipetik bulat-bulat. Inilah masalah PAS โ€“ bila isu global timbul, mereka cepat jadi tukang bakar semangat, ajak rakyat beremosi tanpa fakta, tanpa solusi.

PAS hanya pandai menunggang isu Palestin untuk nampak lebih Islamik daripada orang lain. Hakikatnya, bila masuk bab penyelesaian, sunyi sepi. Mereka bukan nak fikir cara nak tekan Israel melalui saluran sah, bukan nak fikir bagaimana Malaysia boleh gunakan jaringan antarabangsa, tapi sibuk jadi jaguh papan kekunci. Yang mereka tahu hanya menghasut rakyat, cipta persepsi seolah-olah kerajaan lembik, sedangkan mereka sendiri tidak pernah bawa sebarang hasil.

Rakyat kena sedar, isu kemanusiaan bukan bahan politik murahan. PAS sudah terbukti berkali-kali, setiap kali ada isu besar dunia Islam, mereka muncul dengan retorik kosong. Bukannya mereka nak masuk meja rundingan, bukannya mereka ada jaringan antarabangsa yang boleh bantu, sekadar jerit di Facebook dengan nada emosional. Bezanya UMNO desak dengan nada tanggungjawab, PAS p**a hanya menangguk di air keruh. Itulah wajah sebenar mereka, bukan pejuang, tapi penghasut.

Bersatu & PAS: Dua Wajah, Satu MasalahKonflik dalaman Bersatu kini jadi bukti jelas bahawa parti itu tidak pernah stabil...
30/09/2025

Bersatu & PAS: Dua Wajah, Satu Masalah

Konflik dalaman Bersatu kini jadi bukti jelas bahawa parti itu tidak pernah stabil. Dari hari pertama ditubuhkan, ia hanya tempat berkumpul orang kecewa , mereka yang lari meninggalkan UMNO, kononnya atas dasar perjuangan. Realitinya, mereka lari sebab kuasa dan jawatan. Hari ini, bila Bersatu semakin nazak, ada p**a yang mahu beralih kepada PAS.

PAS p**a tidak kisah menjadi tempat persinggahan. Apa sahaja yang boleh menambah bilangan, mereka telan. Asalkan boleh bergantung pada angka, walaupun angka itu datang daripada pengkhianat yang sudah menipu parti asal mereka. Inikah kualiti kepimpinan yang mahu dipromosikan kepada rakyat Malaysia? Parti yang hidup dengan sisa, bukan membina kekuatan daripada nilai.

Bayangkan, satu parti (Bersatu) lahir daripada pengkhianatan, satu lagi parti (PAS) p**a hidup dengan menunggang agama. Bila kedua-dua ini bergabung, rakyat hanya akan dapat sebuah kerajaan yang penuh dengan retorik, alasan, dan drama dalaman tanpa penghujung. Tiada hala tuju ekonomi, tiada dasar jelas, hanya tahu menunjuk alim untuk sembunyi kelemahan sendiri.

Jika beginilah rupa parti pembangkang di Malaysia, rakyat harus sedar, memberi mandat kepada mereka bukanlah sebuah pilihan, tetapi malapetaka. Negara akan jadi pentas eksperimen untuk pemimpin yang tak pernah konsisten dan parti yang hanya tahu hidup atas kelemahan orang lain.

Sejarah sudah tunjuk: Bersatu khianat UMNO, lompat sana sini demi jawatan. PAS p**a bertahun-tahun tadbir Kelantan tapi gagal bina lebuhraya, gagal urus air, gagal beri pembangunan setara dengan negeri lain. Itu pun masih ada hati mendabik dada mahu pimpin Malaysia?

Hakikatnya mudah, kalau di negeri sendiri pun gagal, apa jaminan boleh uruskan negara? Kalau di parti sendiri pun berantakan, apa jaminan boleh menjaga kestabilan Malaysia?

Rakyat jangan tertipu. Malaysia tidak perlukan pembangkang seperti ini untuk memimpin. Malaysia perlukan kerajaan yang berasaskan integriti, dasar jelas, dan tindakan, bukan retorik kosong.

Address

Perumahan GONG BADAK 7, Jalan TENGKU AMPUAN INTAN ZAHARAH, K.
Kuala
21300

Telephone

+60129563262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EncikPang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EncikPang:

Share