Ossasuke Hikaru

Ossasuke Hikaru Lebih baik mencari KAWAN dari mencari ENTITI..

13/09/2026

Episod 760 | Kisah Seram Supporters | Panggilan Burung Hantu | The Horror Story |

Adakah anda sudah bersedia untuk Segmen File X pada malam ini ?
13/09/2026

Adakah anda sudah bersedia untuk Segmen File X pada malam ini ?

TERIMA KASIH ALLAH.Alhamdulillah. Syukur kepada Allah diatas keizinanNYA kami bersua muka di drawbrigde Kuala Terengganu...
10/09/2026

TERIMA KASIH ALLAH.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah diatas keizinanNYA kami bersua muka di drawbrigde Kuala Terengganu.

Berjumpa dengan orang baik ni memang luar biasa. Ini diantara Panglima Tentera Burung Hantu yang berstatus ‘ORANG TRANUNG’.

Speechless.

Sungguh dok nawok.

Berase gok nok nangis posen. Sebab terharu ader juga yang datang. Hahaha.

Diawal-awal macam biaselah, OH memang malu-malu bewok. Tapi lama kelamaan Alhamdulillah barulah syok bersembang.

Cuma yang datang tu semua orang-orang yang hebat dan baik. Jadi keseganan tu pasti ada.

Terima kasih buat Panglima yang hadir.

- Mr.X (Kemaman)
- Mr.F (Kuantan)
- Suhaidi (Rompin)
- Suami Miss E
- Kak Dynazz
- Miss E
- Kak Rubi
- Kak Farah (Tokey Sate Pak Mezah)
- Kak Zurina
- Kak Wanna
- Kawan Matyo
- Anak Kak Farah
- Ajwad (Geng Rider)
- Matyo

Terutamanya isteri OH yang sentiasa ada bersama.

Dan Terima kasih buat :-

Mr.X - bagi tool kit medical dan kain pelikat
Mr.F - belanja air nescafe
Miss E - Kempurung
Kak Dynazz - Zus Cofee
Kak Farah - belanja Satey

Ya Allah. Rahmatilah mereka. Amin.

Buat Panglima yang ada didalam live tak dilupakan sama sekali. Terima kasih korang sebab stay dalam live dari petang hingga lewat malam sampai dekat kedai makan.

MasyaAllah. Korang memang terbaik dan betul-betul tegarlah. Tetap stay walau apa pun kejadiannya.

Yang mana beli merchandise dan produk OH tadi, Allahu memang betul-betul diluar jangkaan. Terima kasih semua.

Seperti biasa, berjumpa penuh dengan perasaan gembira. Tetapi bila nak berpisah, Allahu sungguh terasa sayu.

Kita jumpa hari Sabtu nanti.

Yang mana ada di Kuala Terengganu, meh lah singgah dekat drawbridge (Depan Medan Selera Muara Utara).OH ada bowok mercha...
10/09/2026

Yang mana ada di Kuala Terengganu, meh lah singgah dekat drawbridge (Depan Medan Selera Muara Utara).

OH ada bowok merchandise dan product Burung Hantu. Yang mana datang beli produk OH, In Sha Allah OH akan bagi harga special termasuklah T-Shirt Burung Hantu.

6 tahun lepas OH pernah jual baju first edition dekat sini. Jadi kembalinya OH disini dengan menjual baju utk edisi yang ke 15.

Alhamdulillah.

OH akan ada disini sampai lewat malam.

Demi sesuap nasi, aku pernah jual anak patung.Dok saboh (sesuai) dengan muke. Tapi aku tetap gembira dengan apa yang All...
10/09/2026

Demi sesuap nasi, aku pernah jual anak patung.

Dok saboh (sesuai) dengan muke. Tapi aku tetap gembira dengan apa yang Allah takdirkan untuk aku.

Walaupun ada satu hari tu, ada makcik yang memandang sinis dan gelak kecik dengan ayat ‘jual anak patung, seolah-olah menghina aku.

Natang sungguh mokcik tu.

Kalau aku jumpa makcik tu, siap ah. Aku nak lempang guna kuali. Tetapi Nasib baik Allah lupakan susuk wajahnya.

Aku igt dalam drama jer ada babak macam tu. Dlm dunia realiti pedih matt kalau kena macam tu.

Tapi aku nak tanya, dalam nie masih ada ke orang jual , TOKOL anak patung nie ? Kalau ada tolong komen.

Aku nak beli 🤣🤣🤣 aku nak jual.

Takpe ke OH jual anak patung ? Bukankah JIN akan menunpang dalam anak patung tu ?

Ahhh. Biarlah. Sekurang-kurangnya biar dia orang kena ganggu dengan jin, nanti dia akan call lah aku dalam Panggilan Burung Hantu. 🤣

Mencari Tokol Anak Patung. Sila dm (serius)

09/09/2026

Episod 758 | Kisah Seram Supporters | Panggilan Burung Hantu | The Horror Story |

2012.Gambar yang diambil 14 tahun yang lepas diperkarangan Istana Chendering.Masa nie ada anak pertama.Dan masa nie juga...
08/09/2026

2012.

Gambar yang diambil 14 tahun yang lepas diperkarangan Istana Chendering.

Masa nie ada anak pertama.

Dan masa nie jugak aku tak pernah terfikir pown tentang hala tuju aku. Hanya membanting segala kudrat untuk mencari rezeki.

Tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Allah lebih tahu dari segala makhluk.

14 tahun selepas itu, berdirinya aku sebagai Ossasuke Hikaru.

Kalau korang nak tahu, ketika gambar ini diambil nama aku di facebook sudah tertera nama Ossasuke Hikaru tetapi masih belum tiba masanya untuk bersinar.

2009 wujudnya nama Ossasuke Hikaru. Itu pun secara tidak sengaja masa nak daftar email yahoo 🤣

Panjang ceritanya. Jangan suruh aku pendekkan, sebab aku malas nak cerita 🤣

Address

Kuala Terengganu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ossasuke Hikaru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category