13/11/2025
๐๐ ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ ๐ ๐ข๐ก๐ฆ๐จ๐ก ๐ง๐๐ ๐จ๐ฅ ๐๐๐จ๐ง ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Menurut METMalaysia, Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 bermula pada 13 November 2025 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2026, dengan lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Sehubungan itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menasihatkan orang awam agar sentiasa peka dan mengenal pasti tanda-tanda awal tanah runtuh, seperti yang dipaparkan dalam infografik di atas.
Selain melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi keselamatan, orang awam juga boleh mengemukakan aduan terus kepada JMG melalui Aduan Bencana Geologi MyGEMS atau menghubungi Pegawai Bertanggungjawab (PIC) JMG di negeri masing-masing bagi mendapatkan tindakan kepakaran segera berkaitan kejadian tanah runtuh.
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui pautan berikut:
https://www.jmg.gov.my/pengumuman-terkini/amaran-keselamatan-tanah-runtuh-sempena-monsun-timur-laut-2025-2026
JMG akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi melaksanakan pemantauan kawasan berisiko serta memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara sepanjang musim Monsun Timur Laut ini.