Terengganu Viral

Terengganu Viral Selamat datang ke Terengganu Viral. Kami berkongsi apa sahaja yang tular di Terengganu juga dalam negara Malaysia.

Wanita Terengganu Jana Pendapatan Sampingan Hasil Jualan Telur Projek Ayam PenelurKUALA TERENGGANU: Projek penternakan a...
19/09/2026

Wanita Terengganu Jana Pendapatan Sampingan Hasil Jualan Telur Projek Ayam Penelur

KUALA TERENGGANU: Projek penternakan ayam penelur menerusi Program LAMANITA Terengganu 2026 disasarkan membantu wanita menjana pendapatan tambahan antara RM100 hingga RM200 sebulan hanya dari halaman rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato’ Ariffin Deraman berkata, hasil jualan telur ayam segar walaupun bermula dalam skala kecil boleh membantu meringankan perbelanjaan dapur, persekolahan anak serta keperluan harian keluarga.

Menurutnya, LAMANITA bukan sekadar memberi ayam dan peralatan kepada peserta, sebaliknya bertujuan membina kemahiran supaya wanita mampu mengurus ternakan dan mewujudkan sumber pendapatan sendiri.

“LAMANITA bukan sekadar sebuah projek penternakan ayam penelur, sebaliknya membawa gagasan lebih besar untuk memperkasa wanita Terengganu supaya mempunyai kemahiran, sumber pendapatan dan keupayaan membina ekonomi keluarga dari halaman rumah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program LAMANITA Terengganu 2026: Projek Penternakan Ayam Penelur di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, baru-baru ini.

Selain menjana pendapatan, hasil ternakan juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan keluarga, manakala lebihan telur dijual kepada jiran dan komuniti setempat.

Ariffin berkata, peserta turut diberikan latihan secara berperingkat meliputi pengurusan reban, pemakanan ayam, penjagaan kesihatan, kebersihan dan biosekuriti.

Bagi Zon 1, latihan membabitkan peserta dari Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Beliau turut menggalakkan peserta merekod hasil dan perbelanjaan, membina pelanggan serta mengembangkan jumlah ternakan secara berperingkat supaya projek itu mampu menjadi sumber pendapatan yang berterusan.

Katanya, kejayaan LAMANITA bukan sekadar bergantung kepada pelaksanaan program, sebaliknya diukur melalui kemampuan peserta meningkatkan pengeluaran, meluaskan pasaran dan menambah pendapatan keluarga.

Terengganu Ketengahkan Green Ammonia Di London, Sasar Pasaran Maritim AntarabangsaLONDON: Terengganu mengetengahkan pote...
18/09/2026

Terengganu Ketengahkan Green Ammonia Di London, Sasar Pasaran Maritim Antarabangsa

LONDON: Terengganu mengetengahkan potensi green ammonia sebagai antara sumber tenaga baharu yang bakal dihasilkan di negeri itu dan berpotensi dieksport ke pasaran antarabangsa ketika menyertai persidangan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) di London.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, perkara itu diketengahkan ketika delegasi Terengganu diberi kepercayaan menjadi tuan rumah sesi tea break rasmi pada hari kedua persidangan.

Menurutnya, sesi berkenaan membuka ruang lebih santai untuk delegasi Terengganu berinteraksi dengan pakar maritim dan pemain industri dari seluruh dunia.

Katanya, perbincangan turut menyentuh aspek green ammonia, bahan api sifar karbon serta pengangkutan bagi perkapalan antarabangsa, selain peluang penggunaan sumber tenaga berkenaan dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon industri maritim.

“Kesempatan ini membolehkan kita menyampaikan lebih banyak maklumat kepada wakil delegasi yang mewakili 176 negara yang hadir dalam persidangan IMO kali ini,” katanya menerusi hantaran di Fcebook.

Sesi berkenaan turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, H.E. Dato’ Indera Dr Azfar Mohamad Mustafar serta Maritime Attaché, Ts Dr Julyus Melvin Mobilik.

Menariknya, delegasi Terengganu turut memperkenalkan elemen Malaysia melalui hidangan kuih-muih tradisi, selain menyerahkan risalah projek, kabel pengecas dan beg cenderamata kepada para delegasi.

Mohd Nurkhuzaini berkata, pendekatan itu diharap dapat memperluaskan pengenalan Terengganu di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang tenaga hijau dan industri maritim.

Pada masa sama, beliau berharap usaha berkenaan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa bagi menyokong peralihan industri maritim dunia ke arah pengeluaran karbon sifar.

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib, Sumbangan Sukarela Untuk Bayar Denda RM50 JutaKUALA LUMPUR: UMNO melancarkan Tabung...
18/09/2026

UMNO Lancar Tabung Solidariti Najib, Sumbangan Sukarela Untuk Bayar Denda RM50 Juta

KUALA LUMPUR: UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi mengumpul sumbangan untuk membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu dilaksanakan susulan perkembangan terbaharu berkaitan pengampunan bersyarat terhadap Najib.

Menurutnya, inisiatif berkenaan digerakkan atas keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tanda sokongan dan solidariti daripada keluarga UMNO serta orang ramai yang mahu menyumbang.

Beliau berkata, kepimpinan, ahli UMNO dan masyarakat umum dijemput memberikan sumbangan secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing melalui saluran rasmi.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di CIMB Islamic, nombor akaun 8604886094, yang diselia oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Perintah itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan. Keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara.

Inovasi Terengganu Tembusi Pentas Maritim Dunia, Diberi Ruang Di IMO LondonLONDON: Terengganu mencuri perhatian di perin...
18/09/2026

Inovasi Terengganu Tembusi Pentas Maritim Dunia, Diberi Ruang Di IMO London

LONDON: Terengganu mencuri perhatian di peringkat antarabangsa apabila diberi ruang eksklusif untuk tampil di pentas utama Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) menerusi persidangan Sub-Committee on Carriage of Cargoes and Containers (CCC) di London, United Kingdom.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, penyertaan itu membuktikan Terengganu mahu memainkan peranan lebih aktif dalam perbincangan berkaitan keselamatan dan dasar perkapalan global.

Katanya, delegasi kerajaan negeri diketuai beliau bersama wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT), Ts Dr Julyus Melvin Mobilik, selain wakil akademik dan industri tempatan.

Menurut Mohd Nurkhuzaini, pembentangan teknikal pada persidangan itu turut menampilkan wakil Terengganu, Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaakob yang mengetengahkan inovasi rakan industri tempatan, Inter Green Global Sdn Bhd.

Penyertaan itu sekali gus membuka ruang untuk idea serta perancangan berkaitan logistik Terengganu dinilai secara langsung oleh pakar antarabangsa.

Beliau berkata, usaha membawa inovasi syarikat tempatan ke pentas IMO turut berpotensi meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan industri negeri dalam pengurusan kargo yang memenuhi standard keselamatan antarabangsa.

Keadaan itu dilihat mampu membuka lebih banyak peluang pelaburan, ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat sekiranya inovasi serta sistem pengurusan kargo tempatan mendapat pengiktirafan di peringkat global.

Mohd Nurkhuzaini berkata kerajaan negeri akan terus membawa potensi dan inovasi anak tempatan ke pentas antarabangsa sebagai sebahagian usaha meneroka sumber pertumbuhan ekonomi baharu untuk Terengganu.

Penggunaan Elektrik Melonjak Akibat Cuaca Panas, Had Perlindungan Bil Dinaikkan Kepada 800kWjPUTRAJAYA: Kerajaan MADANI ...
18/09/2026

Penggunaan Elektrik Melonjak Akibat Cuaca Panas, Had Perlindungan Bil Dinaikkan Kepada 800kWj

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI menaikkan had perlindungan bil elektrik pengguna domestik daripada 600 kepada 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan, susulan peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan isi rumah ketika cuaca lebih panas dan jerebu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember ini sebagai tindakan segera menangani tekanan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, sebahagian isi rumah sebelum ini mencatat penggunaan melebihi paras 600kWj akibat peningkatan penggunaan elektrik ketika cuaca panas, sekali gus menyebabkan bil meningkat dengan ketara.

Dengan had baharu itu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800kWj sebulan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kerajaan akan terus memantau kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga bagi memastikan keputusan berkaitan tarif mengambil kira kemampuan rakyat, keterjaminan bekalan elektrik serta kemampanan sektor tenaga negara.

Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Najib, Baki Hukuman Jalani Tahanan Di RumahKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sult...
18/09/2026

Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Najib, Baki Hukuman Jalani Tahanan Di Rumah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu tertakluk kepada syarat Najib membayar denda RM50 juta serta mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara hari ini.

Menurut BHEUU, sekiranya Najib gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan, pengampunan bersyarat itu terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara.

Najib, 73, kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan dalam kes membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan sebelum ini mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib turut sedang melalui proses rayuan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas Mahkamah Tinggi pada 26 Disember 2025 menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion.

Beliau memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 29 Disember 2025.

Dalam kes sivil berasingan, Mahkamah Tinggi pada 31 Mac 2026 turut memerintahkan Najib membayar USD1.3 bilion kepada SRC International, namun pelaksanaan keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Najib juga berdepan dua lagi saman sivil yang masih dalam prosiding mahkamah.

Suami Isteri Mạut, Dilạnggạr Lori Terbạbạs Dalam Nạhạs Tiga MotosikalBESUT: Sepasang suami isteri mạut selepas motosikal...
17/09/2026

Suami Isteri Mạut, Dilạnggạr Lori Terbạbạs Dalam Nạhạs Tiga Motosikal

BESUT: Sepasang suami isteri mạut selepas motosikal yang dinaiki mereka dilạnggạr sebuah lori yang terbạbạs dalam kemạlạngạn membabitkan sebuah lori dan tiga motosikal di Jalan Gong Kedak, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, lelaki berusia 41 tahun itu dan isterinya, 45, yang merupakan pembonceng motosikal berkenaan mạut di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori jenis Nissan Tipper dipandu lelaki berusia 57 tahun sedang bergerak dari arah Jerteh menghala ke Bachok, Kelantan.

Pada masa sama, tiga motosikal jenis Aveta Nova 250 bergerak dari arah Kuala Besut menghala ke Perlis.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang wanita berusia 51 tahun dipercayai memasuki laluan lori sebelum berlaku perlanggạrạn.

“Akibat perlạnggạrạn itu, lori terbạbạs dan melạnggạr sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 41 tahun bersama isterinya berusia 45 tahun sebagai pembonceng,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian sama, sebuah lagi motosikal yang ditunggang lelaki berusia 51 tahun bersama isterinya, 50, dipercayai melạnggạr muatan tanah yang terjatuh di atas permukaan jalan.

Mohd Rozaime berkata, pemandu lori, penunggang motosikal wanita berusia 51 tahun serta pasangan suami isteri berusia 51 dan 50 tahun mengalami kecederạạn.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala punca sebenar kemạlạngạn masih dalam siasatan.

MyKad Generasi Baharu Tiada Lagi Touch ’n Go, JPN Jelaskan Pilihan PenggunaKUALA LUMPUR: MyKad Generasi Baharu tidak lag...
17/09/2026

MyKad Generasi Baharu Tiada Lagi Touch ’n Go, JPN Jelaskan Pilihan Pengguna

KUALA LUMPUR: MyKad Generasi Baharu tidak lagi menyediakan kemudahan Touch ’n Go seperti yang terdapat pada MyKad sebelum ini.

Perubahan itu bermakna pengguna tidak lagi boleh menggunakan fungsi Touch ’n Go melalui MyKad Generasi Baharu untuk urusan berkaitan perkhidmatan tersebut.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perkara itu dimaklumkan menerusi media sosial rasmi jabatan berkenaan susulan pengenalan MyKad Generasi Baharu yang mula dikeluarkan secara berperingkat bermula hari ini, 17 September 2026.

Bagaimanapun, pengguna yang masih memerlukan perkhidmatan Touch ’n Go boleh menggunakannya menerusi Touch ’n Go eWallet atau kad Touch ’n Go yang berasingan.

MyKad Generasi Baharu diperkenalkan dengan pelbagai penambahbaikan termasuk 53 ciri keselamatan, berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada. Antara ciri baharu ialah kod QR, hologram keselamatan dinamik, elemen ultraungu, teks mikro dan teknologi cip yang dipertingkatkan.

JPN turut memaklumkan bahawa orang ramai tidak perlu tergesa-gesa menukar MyKad sedia ada sekiranya kad masih dalam keadaan baik dan berfungsi seperti biasa.

Polis Ingatkan Orang Ramai Jangan Ambil Tindakan Sendiri Terhadap Pelạriạn MyạnmạrBACHOK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) m...
17/09/2026

Polis Ingatkan Orang Ramai Jangan Ambil Tindakan Sendiri Terhadap Pelạriạn Myạnmạr

BACHOK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai termasuk pempengaruh supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap komuniti pelạriạn Myạnmạr, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, sebarang kejadian atau perkara yang menimbulkan kekeliruan perlu dilaporkan kepada polis atau Jabatan Imigresen dan tidak ditangani mengikut emosi.

“Jika tindakan diambil oleh orang perseorangan macam pempengaruh, bimbang akan melampaui batas, tidak mengikut lunas-lunas undang-undang,” katanya.

Noor Hisam berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS ke-22 Tahun 2026 di Universiti Malaysia Kelantan di sini pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan provokasi atau mesej negatif yang tular di media sosial berkaitan komuniti pelạriạn Myạnmạr.

Katanya, prinsip sama juga terpakai terhadap sebarang dakwaan berkaitan jenayah tanpa mengira etnik, bangsa atau status seseorang sebagai pendatang atau rakyat tempatan.

Mengulas dakwaan kononnya ada pihak bertindak sendiri kerana merasakan tindakan penguatkuasaan lambat, Noor Hisam berkata alasan itu tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mengetepikan undang-undang.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lokasi komuniti pelạriạn Myạnmạr yang tular di media sosial supaya menyalurkannya terus kepada polis agar tindakan lanjut dapat diambil mengikut peraturan sedia ada.

Penyelia Pembersihan Didạkwa Rompak Tiga Pemegang Kad UNHCR Di Taman PerlingJOHOR BAHRU: Seorang penyelia pembersihan me...
17/09/2026

Penyelia Pembersihan Didạkwa Rompak Tiga Pemegang Kad UNHCR Di Taman Perling

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia pembersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini atas empat pertuduhan, termasuk merọmpak tiga lelaki pemegang kad UNHCR serta mencẹdẹrạkan seorang lagi lelaki Rọhịngyạ.

Muhammad Haziq Mohd Rizar, 26, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari dan Majistret Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim, Khamis.

Bagi tiga pertuduhan merọmpak, tertuduh didạkwa mengambil anak kunci motosikal Honda C100, mesin rumput, serangkai kunci motosikal, satu kad UNHCR serta mesin pemotong dahan pokok milik tiga lelaki berkenaan.

Kesalahan itu didạkwa berlaku di Jalan Pekaka 3 dan Jalan Pekaka 5, Taman Perling pada 26 Ogos lalu serta di sebuah taman permainan di Jalan Layang 12, Taman Perling pada 9 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan berasingan di hadapan Majistret A Shaarmini, Muhammad Haziq didạkwa sengaja mendatangkan kẹcẹdẹrạạn terhadap seorang lagi lelaki pelarian Rọhịngyạ di tepi padang permainan Jalan Layang 3, Taman Perling pada 9 September lalu.

Kesalahan itu didạkwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Oktober, dengan tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam, Shamira Mohd Luthfi Ismail dan Anis Shafeeqah Shariffudin, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Jason Nazrin Tan.

Address

Kampung Jeram Hulu
Kuala Terengganu
21060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terengganu Viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share