M.C.G

M.C.G Malaya Casual Garment menjual pakaian terpakai

Sejarah Dr MartensDr Martens merupakan jenama popular dari UK bagi but berkualiti tinggi. Kasut ini juga dikenali oleh p...
21/01/2023

Sejarah Dr Martens

Dr Martens merupakan jenama popular dari UK bagi but berkualiti tinggi. Kasut ini juga dikenali oleh penggemarnya dengan pelbagai gelaran seperti Doctor Martens, DMs ataupun docs dan biasanya mudah dikenali dengan jaluran bebenang berwarna kuning di sekeliling kasut ini.

Ketika era 90-an dan 20-an, kasut Dr Martens begitu popular dalam kalangan remaja di Malaysia, terutamanya bagi ahli kumpulan skinhead. Kali ini, pihak iluminasi ingin berkongsi sedikit sebanyak info mengenai jenama Dr Martens yang masih mempunyai peminatnya yang tersendiri ini.

Dicipta oleh seorang Doktor dari Jerman.
Walaupun kasut ini dihasilkan di United Kingdom (UK), mungkin tidak ramai yang tahu bahawa pengasas kasut ini adalah Klaus Martens, seorang doktor yang berasal dari Jerman yang bertugas ketika zaman Perang Dunia Kedua. Ketika sedang bercuti, beliau telah pergi ke kawasan pergunungan Bavarian untuk aktivi ski.

Malangnya, kaki beliau telah tercedera dan akibatnya beliau berasa tidak selesa untuk memakai kembali but askarnya yang keras itu. Bagi mengatasi masalah ini, beliau telah membuat sedikit perubahan kepada kasutnya agar lebih selesa dengan kakinya yang tercedera itu. Antara perubahan yang dilakukan adalah membuat tapak kasutnya itu dengan tayar yang lebih lembut.

Apabila perang telah tamat, beliau telah mengambil kulit daripada kedai membuat kasut dan mula mereka bentuk kasutnya sendiri. Masih menggunakan tayar sebagai tapaknya, kasut ciptaannya itu didakwa lebih lembut dan tahan lama. Beliau mula menjual kasut ciptaannya itu namun jualannya tidak begitu membanggakan.

Segalanya berubah apabila beliau bertemu rakan sepengajiannyadi universiti satu ketika dahulu iaitu Herbert Funck di Munich pada tahun 1974. Rakannya itu tertarik dengan rekabentuk dan konsep kasut tersebut dan telah bersetuju untuk membangunkan bisnes menjual kasut tersebut.

Pada peringkat awal, kasut Dr Martens mula mendapat tempat terutamanya dalam kalangan wanita yang berusia 40 tahun dan ke atas.

Penjualan Di United Kingdom.

Antara keunikan utama kasut Dr Martens adalah jaluran bebenang berwarna kuning di sekeliling kasut. Walau bagaimanapun, jaluran benang kuning ini bukanlah ideal asal Dr Martens, sebaliknya idea syarikat pembuat kasut yang berpangkalan di British, iaitu R. Griggs group LTD.

Pada tahun 1952, semakin memberasangkan sehingga membolehkan kedua orang rakan niaga ini membina kilang membuat kasut di Munich. Menjelang 1959, Dr Martens dan rakannya ini mula mengorak langkah untuk meluaskan lagi penjualan kasut mereka ke peringkat antarabangsa.

Menyedari akan potensi akan kasut Dr Martens ini, R. Griggs Group LTD. iaitu syarikat yang berpangkalan di UK telah hak cipta untuk membuat dan menjual kasut ini di pasaran UK. Syarikat ini kemudiannya telah melakukan sedikit perubahan rekabentuk pada bahagian tumit kasut ini agar ianya lebih selesa, menambah jaluran benang kuning dan meletakkan tanda dagangan tapak kasut ini sebagai AirWaĆ­r.

Kasut pertama Dr Martens yang dijual di UK pada 1 April 1960 dan dikenali sebagai model 1460. Kasut model ini dikatakan masih lagi dihasilkan dan dijual di UK namun kuantitinya begitu sedikit sekali. Pada peringkat awal, kasut ini digemari oleh anggota polis, posmen dan pekerja kilang.

Pada 1960 an, kasut ini mula dipakai oleh golongan Skinhead working class dan hal ini teris meningkatkan populariti kasut ini. Populariti kasut ini dalam kalangan golongan skinhead menyebabkan pemakainya sering dikaitkan dengan imej ganas dan memberontak.

Menjelang hujung 1970 an, kasut Dr Martens mula mendapat tempat dalam kumpulan pemuzik, punk dan pelbagai lagi kumpulan subkultur. Pada tahun 1990 an, kasut ini kembali popular dengan kewujudan fesyen grunge yang wujud ketika itu.

Pada tahun 2003, akibat daripada penurunan jumlah jualan kasut ini, operasi penghasilan kasut ini telah dipindahkan ke Thailand dan China bagi mengurangkan kos. Oleh itu, tulisan "Made In England" telah dibuang daripada tapak kasut ini.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, kilang syarikat ini yang terletak di Cobbs Lane kembali kembali membuat kasut ini terutamanya bagi peminat yang mahukan kasut "Made In England" yang di anggap lebih unik dan Original.

Sejarah Jenama Bata:Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata...
02/01/2023

Sejarah Jenama Bata:

Setiap dari kita walaupun sekali dalam seumur hidup pastinya pernah menggunakan kasut berjenama Bata yang sememangnya terkenal sebagai satu jenama kasut yang mampu dimiliki.

Jenama Bata itu sendiri telah telah melalui sejarah yang panjang sebelum menjadi satu jenama yang gah dan dikenali hampir di semua peringkat usia di seluruh dunia.

Jenama Bata mula dikenali di Malaysia atau Malaya pada waktu itu, apabila kedai Bata pertama di negara ini dilancarkan pada 1930 di bangunan Capitol, Singapura.

Lima tahun kemudian, kilang kasut Bata ditubuhkan di Klang, Selangor untuk pasaran dalam dan luar negara.

Namun orang yang bertanggung jawab membina dan memajukan jenama Bata sebagai satu jenama yang unggul di dunia, Thomas J. Bata meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.

Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.

Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.

Sejarah

Pada permulaannya mereka hanya beroperasi di sebuah ruang kecil dengan tenaga kerja seramai empat orang.

Namun hasil kesungguhan dan keupayaan mereka, kilang pertama Bata dibina pada 1900 dan agensi pertamanya di luar negara ialah di Jerman, negara-negara Balkan dan Timur Tengah pada 1909.

Perniagaan beliau semakin menguntungkan dengan tercetusnya perang dunia pertama pada 1914.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan lebih dua juta pasang kasut dalam setahun dengan lebih 10,000 pasang kasut dikeluarkan dalam masa sehari melalui 5,000 orang pekerja ketika Perang Dunia pertama berlangsung.

Bagaimanapun berikutan dari hutang yang berlambak akibat penghantaran yang tidak dibayar ke negara Austria Hungary (kerajaan yang baru ditubuh, Chechoslovakia tidak mengiktiraf hutang tersebut) mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada 1,700 sehari dan mengambil beberapa langkah untuk menjimatkan operasi.

Bagaimanapun di bawah kepimpinan Tomas beliau banyak memperkenalkan revolusi baru dalam bidang pengurusan kilang serta banyak mempelajari teknik pengurusan dari pengeluar kereta terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Ford.

Beliau sememangnya terkenal dengan kesedaran sosiol yang tinggi terhadap pekerjanya malah turut mewujudkan sebuah bandar industri yang lengkap dengan kawasan perumahan, pendidikan malah wayang gambar untuk kegunaan para pekerjanya.

Ungkapan bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan Tomas dalam memberi semangat kepada pekerjanya.

Malah beliau turut diberi gelaran Henry Ford Eropah Timur?kerana menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.

Beliau juga melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan lagi perniagaan dan mahu mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda.

Bagaimanapun beliau meninggal dunia pada 1932 setelah pesawat yang dinaikinya terhempas di Lapangan Terbang Zlin ketika cuba berlepas dalam keadaan cuaca buruk.

Pada ketika itu, syarikatnya Bata telah mengambil 16,560 orang sebagai pekerja, menguruskan 1,645 buah kedai kasut dan sebanyak 100,000 pasang kasut dikeluarkan dalam sehari menjadikan Bata sebagai pengeksport utama kasut di dunia.

Adik Tomas, Jan Antonin Bata kemudiannya dilantik untuk memimpin syarikat Bata dan di bawah pengurusannya beliau telah berjaya meluaskan lagi empayar perniagaan ke 63 negara serta terlibat dalam beberapa industri lain antaranya dalam industri tayar, tekstil, perlombongan, perfileman malahan pembuatan pesawat.

Beliau turut membangunkan beberapa bandar industri baru di serata dunia berdasarkan wawasan Bandar Harapan antaranya di Bataipora, Batatuba dan Bataguassu di Brazil serta di Perancis, Belanda, Belgium, AS dan India.

Sebelum Perang Dunia ke Dua tercetus, syarikat Bata telah mempunyai pekerja seramai 105,770 orang dan sebanyak 30 juta kasut telah dijual di lebih 30 negara.

Bagaimanapun akibat perang ini keluarga Bata terpaksa melarikan diri ke Kanada selepas tentera N**i menjajah Czechoslovakia dan Antonin ditahan oleh pihak yang pro komunis selepas Perang Dunia Kedua tamat.

Kesemua industri Bata dimilik negarakan oleh kerajaan komunis mengakibatkan syarikat Bata terpaksa memulakan semula perniagaannya melalui syarikat milik mereka di luar negara.

Keadaan ini telah memaksa anak kepada pengasas Bata iaitu Thomas J. Bata memulakan operasi perniagaan mereka di Batawa, Toronto di Kanada sebelum melangkah lebih jauh dengan pembinaan kilang baru serta menjadikan kawasan ini sebagai ibu pejabat baru Bata.

Di bawah kepimpinan Thomas Junior, beliau telah memperkemaskan lagi sektor pemasaran, reka bentuk, peruncitan, pembuatan dan pengagihan menjadikan syarikat ini antara pengeluar kasut yang paling disegani di seluruh dunia.

Beliau juga melancarkan beberapa label baru bersesuaian dengan imej pasaran yang disasarkan bagi mempelbagaikan lagi industri ini.

Thomas akhirnya kembali ke negara asalnya yang kini dikenali sebagai Republik Czech pada 1989, dan membeli kembali syarikat Bata yang masih wujud di sana namun membuat keputusan untuk kembali semula ke Kanada.

Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di AS, Perancis, dan England.

Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan rangkaian kedai untuk beroperasi di negara ini.

Thomas Bata dan isteri (3 dari kiri) ketika lawatan ke kilang BATA di Klang.
Membanggakan

Mereka hanya mengekalkan operasi di negara-negara membangun seperti di India dan Zimbabwe.

Thomas akhirnya meletak jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Bata dengan kejayaan yang begitu membanggakan serta berjaya menonjolkan lagi nama syarikat itu ke seluruh dunia dunia.

Beliau menyerahkan jawatan tersebut kepada salah seorang cucu Tomas, Thomas G. Bata pada 2001.

Syarikat ini kini beribu pejabat di Lausanne, Switzerland dan beroperasi berdasarkan empat unit utama iaitu,

Bata Eropah bertempat di Lausanne.

Bata Asia Pasifik-Afrika bertempat di Singapura.

Bata Amerika Latin bertempat di Mexico City.

Bata Amerika Utara bertempat di Toronto.

Sumber Google:

Address

Kuala
21400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when M.C.G posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share