EncikPang

EncikPang Tak berat sebelah, cuma beratkan kebenaran.

Politik Batu Api: PAS & PN Menyalak Isu Orang, Rumah Sendiri BergolakIsu titah addendum melibatkan Dato’ Sri Najib Razak...
23/12/2025

Politik Batu Api: PAS & PN Menyalak Isu Orang, Rumah Sendiri Bergolak

Isu titah addendum melibatkan Dato’ Sri Najib Razak telah membuka wajah sebenar politik PAS dan Perikatan Nasional. Saat negara perlukan ketenangan dan kematangan, PAS memilih untuk menyalak paling kuat bukan kerana prinsip, tetapi kerana peluang. Isu sensitif dijadikan pentas politik murahan, seolah-olah krisis orang lain ialah bahan bakar untuk kelangsungan mereka.

Kemarahan UMNO terhadap kenyataan Yeo Bee Yin daripada DAP ialah isu adab rakan kerajaan. Itu ruang dalaman untuk ditegur dan diperbetulkan dalam kerangka kerajaan perpaduan. Tetapi PAS masuk campur dengan niat jahat, melaga-lagakan rakan sekutu, meniup api perpecahan, dan cuba muncul kononnya sebagai paling bermaruah.

Hakikatnya PAS dan PN langsung tidak berminat untuk menyelesaikan apa-apa. Mereka hanya mahu kekacauan. Skrip lama dimainkan semula, emosi dipanaskan, naratif diputar, api dibesarkan. Ini bukan politik berprinsip, ini politik penunggang. Bila api makin marak, merekalah yang berdiri di tepi sambil menjerit paling kuat.

Lebih memualkan, ketika PAS sibuk menuding jari, rumah PN sendiri sebenarnya sedang runtuh. Di Perlis, PN berdepan krisis apabila lapan wakil rakyat didakwa menarik sokongan. Ini bukan propaganda lawan, ini masalah dalaman yang mendedahkan kegagalan kepimpinan dan rapuhnya kepercayaan dalam PN.

Di Sabah p**a, realiti PAS lebih jelas. Seorang ADUN PAS memilih menyertai blok kerajaan negeri, membelakangi Bersatu, sekutu sendiri dalam PN. Di mulut bercakap soal kesetiaan, pada tindakan menikam rakan. Cakap tak serupa bikin itulah wajah sebenar PAS.

Akhirnya, rakyat perlu buka mata. PAS dan PN bukan penyelamat, mereka pencetus masalah. Gagal jaga rumah sendiri, tetapi sibuk membakar rumah orang. Gagal membina kestabilan, tetapi hidup daripada konflik. Politik batu api seperti ini tidak membawa keadilan atau penyatuan yang tinggal hanyalah perpecahan dan kerosakan.

Singa di Luar, Tikus di Dalam , Inilah Sikap Pembangkang PahangJumaat lepas, sebaik sahaja tamat pembentangan Belanjawan...
08/12/2025

Singa di Luar, Tikus di Dalam , Inilah Sikap Pembangkang Pahang

Jumaat lepas, sebaik sahaja tamat pembentangan Belanjawan Negeri Pahang, Ketuan Pembangkang terus tampil buat sidang media di luar Dewan. Lantang betul bunyinya. Konon nya belanjawan ini sebagai “belanjawan pilihan raya” dan kerajaan cuba ambil hati rakyat. Tapi peliknya, semua dakwaan tu langsung tak disebut dalam Dewan, tempat sebenar untuk berhujah. Di luar Dewan, dia berani. Dalam Dewan, dia senyap. Ini sudah cukup menunjukkan mana satu keberanian sebenar, mana satu sekadar wayang depan kamera.

Masuk sahaja hari ini, nada terus berubah. Individu yang sama tiba-tiba memberi “nasihat” dalam Dewan supaya jangan kritik sesama sendiri, jangan berpolitik, Konon nak jaga suasana Dewan. Tetapi bukankah dia sendiri yang berpolitik di luar Dewan dua hari sebelum itu? Bukankah dia sendiri yang mula menyerang belanjawan secara terbuka? Yang peliknya, bila ada peluang tanya soalan dalam Dewan, langsung dia tak berani ulang tuduhan yang sama.

Dan inilah sebenarnya perangai pembangkang di Pahang. Dalam Dewan, mereka menikus. Di luar Dewan, mereka jadi singa. Sebab apa? Sebab dalam Dewan, setiap satu dakwaan boleh dipatahkan dengan fakta. Kerajaan boleh jawab satu-satu. Semua hujah direkod, tak boleh pusing cerita, tak boleh spin, tak boleh tarik balik bila salah. Pembangkang tahu kelemahan mereka ada pada hujah, bukan pada suara. Itu sebab mereka diam bila perlu berhujah, tapi bising bila tak perlu bertanggungjawab.

Di luar Dewan p**a, mereka boleh bercakap apa sahaja tanpa angka, tanpa bukti, tanpa counter. Nak tuduh apa pun boleh. Nak reka persepsi pun senang. Tak ada yang boleh mencelah, tak ada yang boleh saman balik atas fakta, tak ada sesiapa yang boleh suruh mereka bentang bukti. Inilah tempat paling selesa untuk mereka — ruang yang tak menuntut keberanian intelektual, cuma keberanian cakap kosong.

Akhirnya episod ini menunjukkan satu hakikat pahit: pembangkang di Pahang bukan tak tahu berhujah, mereka tak berani. Mereka tahu dalam Dewan mereka akan kalah dengan fakta, jadi mereka pilih jalan mudah — buat bising di luar, diam dalam Dewan. Singa depan kamera, tikus depan mikrofon rasmi. Dan rakyat Pahang pun sudah semakin pandai membaca perangai dua muka macam ni.

Dalam dunia politik, kita selalu diajar bahawa rakyat tidak pernah silap apabila mereka membuat keputusan secara kolekti...
01/12/2025

Dalam dunia politik, kita selalu diajar bahawa rakyat tidak pernah silap apabila mereka membuat keputusan secara kolektif. PRN Sabah 2025 menjadi bukti paling jelas bagaimana pengundi menghantar mesej tegas kepada sesiapa sahaja yang datang tanpa rasa hormat, tanpa sensitiviti, dan tanpa kefahaman terhadap realiti negeri tersebut. Gelombang yang kononnya dicanang besar oleh Perikatan Nasional dan pentaksub PAS akhirnya tenggelam begitu sahaja apabila rakyat memilih parti yang lebih memahami mereka, bukan parti yang datang membawa retorik luar yang tidak berpijak pada realiti Sabah.

Kekalahan besar gabungan itu bukan sekadar angka, tetapi satu tamparan politik yang bergema. Bertanding 42 kerusi tetapi hanya p**ang dengan satu kemenangan, sementara majoriti calon hilang deposit, mendedahkan betapa jauh tersasarnya pendekatan mereka daripada kehendak rakyat. Namun yang mencuit hati ialah bagaimana kemenangan kecil itu diraikan seperti kejayaan besar, seolah-olah angka 41 kekalahan lain boleh hilang begitu sahaja. Tindakan begitu hanya menyerlahkan betapa lemahnya keyakinan politik mereka — kerana parti yang benar-benar diterima rakyat tidak perlu berpaut pada satu titik untuk menutup kegagalan menyeluruh.

Selain kegagalan strategi, cara mereka bercakap sepanjang kempen turut menyerlahkan masalah yang lebih mendalam. Beberapa tokoh dari kump**an itu mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan rakyat Sabah secara tidak langsung, melalui gurauan tidak sensitif, nada meremehkan, dan cara bercerita seolah-olah pengundi negeri ini mudah dipujuk dengan janji kecil dan politik murahan. Walaupun usaha “damage control” dibuat kemudian, rakyat Sabah sudah pun melihat sikap sebenar mereka. Sabah bukan negeri yang s**a drama, dan bukan negeri yang boleh diperlakukan sebagai gelanggang percubaan politik dari luar.

Akhirnya, keputusan PRN ini bukan sekadar pilihan raya, ia satu deklarasi bahawa rakyat Sabah tidak akan tunduk kepada politik yang menghina kecerdikan mereka. Dan yang paling terasa tamparannya bukan pemimpin mereka, tetapi pentaksub-pentaksub Perikatan Nasional dan PAS yang masih cuba hidup dalam dunia fantasi. Sedangkan rakyat Sabah sudah membuat keputusan dengan jelas: mereka tidak mahu politik yang merendahkan, tidak mahu naratif yang menghina, dan tidak mahu jiwa negeri mereka dipijak oleh sesiapa. Mereka boleh terus menepuk sesama sendiri, tetapi realitinya Sabah sudah menolak mereka dengan cara paling bermaruah, melalui undi yang tidak boleh diputar sesiapa.

Ketakutan Pembangkang Terhadap Keberkesanan Kerajaan NegeriBeberapa hari lepas, kerajaan negeri Pahang melalui Majlis Ti...
24/11/2025

Ketakutan Pembangkang Terhadap Keberkesanan Kerajaan Negeri

Beberapa hari lepas, kerajaan negeri Pahang melalui Majlis Tindakan Sosial Negeri menghantar Kit SPM 2025 kepada semua calon SPM. Tindakan ini jelas satu inisiatif strategik untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi peperiksaan, tanpa sebarang agenda politik. Namun, apabila video pelajar mengucap “terima kasih Tokwan” tular, PAS dan PN terus menafsirkan situasi itu sebagai politisasi sekolah.

Ironinya, PAS sendiri telah lama menjalankan tadika PASTI, mendidik anak-anak bermula usia empat tahun dengan doktrin tertentu tetapi itu tidak p**a dianggap politik. Fenomena double standard ini nyata: apa yang datang dari pihak mereka dianggap wajar, apa yang dilakukan kerajaan negeri dipertikaikan. Ini lebih mencerminkan ketakutan terhadap keberkesanan kerajaan negeri daripada isu sebenar.

Kit SPM adalah bantuan pendidikan yang tepat pada masanya dan memberi impak langsung kepada pelajar serta sekolah. Tiada ceramah politik, tiada propaganda , fokus jelas kepada akademik dan masa depan generasi muda. Namun, pembangkang tetap cuba memutarbelit naratif, kerana tindakan positif kerajaan negeri mengganggu persepsi mereka yang ingin mengekalkan imej kelemahan.

Double standard ini bukan fenomena baru. Bila PASTI membentuk minda anak-anak kecil, senyap sahaja. Bila kerajaan negeri membantu pelajar SPM, terus dipersoalkan. Rakyat Pahang semakin celik, mereka mampu menilai sendiri mana usaha sebenar, mana sekadar persepsi politik semata-mata.

Kesimp**annya, Kit SPM 2025 membuktikan kerajaan negeri fokus pada masa depan pelajar dan keberkesanan dasar pendidikan. PAS dan PN boleh terus terus berpolitik, tetapi rakyat kini jelas melihat siapa yang benar-benar bekerja untuk mereka. Bantuan pendidikan bukan propaganda, ia satu pelaburan strategik untuk generasi akan datang.

Antara Kepalsuan Wacana dan Hakikat PemerintahanDalam gelanggang politik semasa, terlihat jelas bagaimana sesetengah pih...
19/11/2025

Antara Kepalsuan Wacana dan Hakikat Pemerintahan

Dalam gelanggang politik semasa, terlihat jelas bagaimana sesetengah pihak lebih gemar meniup sentimen daripada menjunjung mutu wacana dan akal budi. PAS dan PN, yang sering mendakwa diri sebagai pembawa panji moral dan agama, semakin hanyut dalam gaya politik yang membakar emosi rakyat. Politik yang diasaskan pada marah, syak dan persepsi bukan sahaja memiskinkan budi bicara, malah meracuni keamanan yang diwarisi sejak sekian lama. Sentimen yang mereka bangunkan tidak pernah menjadi jambatan kemajuan, cuma geruh yang mengaburi pertimbangan rakyat.

Rakyat yang memahami nilai agama tentu maklum bahawa kesucian bukan terletak pada kata-kata, tetapi pada kelakuan. Namun, retorik PAS/PN kerap bertentangan dengan apa yang mereka jaja. Mereka mendabik dada konon menjaga agama, tetapi budaya fitnah dan hasutan subur dalam gelanggang mereka. Mereka bercakap tentang perpaduan, tetapi yang ditebar ialah bibit kebencian. Jika agama dijadikan jubah untuk menutup politik perpecahan, itu bukan ajaran, itu penyimpangan adab dan khilaf kepemimpinan.

Lebih ketara apabila persoalan dasar, hala tuju negeri dan masa depan anak muda dibangkitkan, PAS/PN gagal mengemukakan pelan yang meyakinkan. Mereka lantang mahu “menakluki Pahang”, tetapi rekod pentadbiran di negeri-negeri yang mereka urus sendiri pun tidak menyinar. Tiada model ekonomi yang mapan, tiada strategi pelaburan, tiada rancangan pekerjaan, tiada peningkatan pesaka pembangunan yang boleh ditunjukkan. Jika tanah yang dipijak pun tidak mampu mereka makmurkan, bagaimana mungkin mereka yakin mampu mengemudi negeri sebesar Pahang?

Sedang mereka sibuk menyalakan persepsi dan menjaja dakwaan bahawa Pahang perlukan pembaharuan, mereka sering lupa bahawa angka tidak pernah berbohong. Di bawah Aspirasi Pahang 1st, negeri ini mencatat hasil melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut, satu pencapaian yang tidak dapat diputar melalui ceramah atau video gelap. Pelaburan terus masuk, projek rakyat berjalan, pendidikan diperluas, dan belia diberi tempat dalam agenda negeri. Semua ini hadir bukan kerana retorik, tetapi kerana tatakelola yang tersusun dan kerja yang tidak berhenti.

Inilah beza antara politik fakta dan politik fitnah. Antara kerajaan yang bekerja dan gabungan yang asyik membakar emosi. Rakyat tidak menuntut seruan yang membahana, tidak menagih kata-kata sinis atau tuduhan tidak berasas. Rakyat mahu kestabilan, kepastian dan masa depan yang dibina dengan pengislahan, bukan diranapkan oleh sentimen. Fitnah dan kebencian mungkin menghidupkan sorakan seketika, tetapi tidak pernah menjadi asas untuk memakmurkan negeri.

Akhirnya, rakyat Pahang khususnya perlu menilai antara dua jalan. Satu jalan dipenuhi retorik, syak dan kemarahan yang tidak membawa ke mana. Satu lagi jalan dibina dengan rekod fakta, tatakelola dan hasil yang boleh disentuh. Pepatah Melayu mengingatkan kita, “Yang benar tak berselindung, yang palsu takkan kekal.” Maka dalam menentukan masa depan negeri, berpautlah pada angka yang jujur dan rekod yang terbukti, bukan pada sentimen yang hanya ingin mengambil kesempatan. Negeri yang telah makmur harus terus dipandu oleh kerja, bukan diganggu oleh retorik yang tiada haluan.

𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝟏 𝐁𝐈𝐋𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟒: 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀, 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓▪️ 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧...
09/11/2025

𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈 𝟏 𝐁𝐈𝐋𝐋𝐈𝐎𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄-𝟒: 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀, 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐂𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓

▪️ 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐅𝐚𝐤𝐭𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧
Dalam politik, angka tidak pernah menipu , cuma tafsirannya yang sering dimanip**asi.
Apabila Pahang mencatat hasil negeri melebihi RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut, itu bukan sekadar laporan kewangan.
Ia tanda bahawa kerajaan negeri sedang di landasan betul, bekerja dengan tenang dan terancang di sebalik pelbagai tohmahan.

Selama empat tahun ini, Pahang tak pernah sunyi daripada pelbagai ujian dan persepsi, namun dalam setiap cabaran itu, negeri ini tetap bergerak, tetap membangun, dan terus membuktikan sesuatu:
fitnah boleh dicipta, tapi hasil tak boleh disorok.

▪️ 𝐃𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 – 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐞𝐧𝐭𝐢
RM1 bilion bukan angka ajaib.
Ia datang daripada kerja yang tersusun dan dasar yang konsisten.
Pelaburan terus masuk, projek rakyat terus berjalan,
dan hasil negeri itu disalurkan semula kepada rakyat melalui Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang).

IM Pahang bukan sekadar bantuan, tapi satu gerakan menyeluruh yang menyentuh semua lapisan masyarakat, daripada B40, M40, anak muda, wanita, pesara hingga OKU . Setiap kelompok mendapat manfaatnya, sama ada melalui peluang, kemudahan atau bantuan kebajikan yang berterusan.
Inilah wajah sebenar negeri makmur , hasil dikongsi, bukan disimpan.

▪️ 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧
Angka RM1 bilion ini bukan sekadar bukti ekonomi , ia isyarat kestabilan. Dan dalam politik, kestabilan itulah yang paling digeruni lawan. Sebab selama hasil negeri terus stabil dan rakyat merasainya, naratif “kerajaan gagal” akan hilang tempat berpaut.

Lalu muncullah pelbagai isu — tanah, air, tuduhan sekular, malah serangan peribadi terhadap pimpinan negeri kononnya tunduk pada pada mana-mana parti dimalaysia.
Namun rakyat semakin matang. Bila mereka melihat pembangunan di depan mata, mereka tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang hanya berpolitik untuk hidup.

Kerajaan negeri tak perlu menafikan setiap tuduhan, kerana kerja yang berjalan sudah cukup menjawab semuanya.
Dalam diam, kerja yang berterusan akan menewaskan apa jua bunyi di luar sana.

▪️ 𝗔𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 1𝘀𝘁 – 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗺𝗶
Di bawah Aspirasi Pahang 1st, pembangunan negeri bukan lagi soal angka semata, tetapi kesejahteraan yang dirasai rakyat di semua lapisan. Dasar ini menekankan kemajuan seimbang — ekonomi, sosial, pendidikan, belia dan alam sekitar.

Dan di tengahnya berdiri Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) —
nadi yang memastikan setiap hasil negeri dikembalikan kepada rakyat. Bukan hanya melalui bantuan, tapi melalui peluang, keadilan dan rasa memiliki. Rakyat tak lagi mendengar janji, mereka melihat hasil. Pahang kini membina kemakmuran yang benar-benar membumi.

▪️ 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗽𝘀𝗶

Sementara segelintir masih bermain persepsi,
kerajaan negeri memilih untuk bercakap dengan fakta.
Setiap jalan yang siap, setiap rumah yang berdiri, setiap bantuan yang sampai —
itu semua bukti senyap yang jauh lebih kuat daripada sepuluh pentas ceramah.

Kerajaan negeri tak mencari tepukan,
kerana dalam politik, suara paling meyakinkan bukan yang paling kuat,
tetapi yang paling jelas hasilnya.

▪️𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮
Empat tahun berturut-turut hasil RM1 bilion.
Pelaburan berbilion masuk. Rakyat di semua lapisan menikmati hasil Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang).
Itu bukan retorik — itu realiti yang sedang hidup di depan mata rakyat.

Di bawah kepimpinan tenang YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, negeri ini membuktikan satu perkara mudah:
bahawa pembangunan tidak perlukan gimik,
dan kejujuran dalam bekerja jauh lebih kuat daripada jeritan politik.

Beliau tidak mencari sorak,
tapi memastikan setiap tindakan meninggalkan manfaat.
Setiap dasar dibina atas nilai, bukan persepsi.
Dan setiap hasil menjadi bukti bahawa kerja ikhlas akhirnya akan menang.

Kerana di hujungnya,
yang benar tak perlu dibela,
yang bekerja tak perlu bersuara, kerana hasilnya sudah cukup untuk menjawab segalanya.

PAHANG 1ST | Maju Terus Pahang | Demi Negeriku Darul Makmur

07/11/2025

Bila YB Machang tampil buat kenyataan kononnya FELCRA rugi besar, ramai yang terus percaya tanpa semak, seolah-olah setiap dakwaan dari bibirnya adalah wahyu yang tak boleh dicabar.
Yang lebih lucu , bila ditanya balik, tiada satu pun angka sebenar disebut dengan jelas. Sekadar petik nama “Audit Negara”, kononnya laporan rasmi membuktikan kerugian.

Hakikatnya, Laporan Ketua Audit Negara 2025 tidak pernah menyebut bahawa FELCRA rugi secara keseluruhan.
Apa yang dilaporkan hanyalah kelemahan pengurusan dalam beberapa pelaburan tertentu yang tidak mendatangkan hasil seperti dijangka.
Itu beza besar antara pelaburan tak menjadi dengan syarikat rugi.

Lebih menarik, FELCRA sendiri telah mengumumkan bahawa bagi tahun kewangan 2024, mereka mencatatkan keuntungan bersih melebihi RM500 juta, dan mengagihkan dividen RM192 juta kepada peserta.
Jadi persoalannya, kalau benar FELCRA rugi, dari mana datangnya keuntungan dan dividen itu?
Atau YB Machang ni sekadar baca tajuk tanpa isi, macam gaya TikTok politikus yang s**a sensasi lebih daripada fakta?

Apa yang sedang berlaku ni bukan sekadar salah tafsir, tapi percubaan terancang untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap institusi milik rakyat.
Lebih parah, kenyataan sebegini boleh menjejaskan kepercayaan pelabur dan moral warga kerja FELCRA sendiri semata-mata demi modal politik murahan.

Inilah masalahnya bila politik dah jadi agama, dan “wala’” mengatasi logik. Mereka lebih percaya suara pemimpin berkarisma daripada angka sebenar dalam laporan rasmi. Bila emosi dah ambil alih, fakta pun dilihat sebagai fitnah.

YB Machang sepatutnya tahu beza antara teguran audit dengan kerugian operasi. Kalau betul nak jadi pembela rakyat, buktikan dengan dokumen lengkap, bukan dengan persepsi separuh masak yang direka untuk tular di media sosial.

FELCRA tak rugi, YB.
Yang rugi cuma IQ penyokong totok yang menelan bulat-bulat cakap politikus tanpa semak, dan maruah seorang pemimpin muda yang lebih gemar menjual persepsi daripada mencari kebenaran.

Audit bukan auta – rugi sebenar bila akal tunduk pada sentimen.

Fakta Lebih Penting Dari PersepsiSejak kebelakangan ini, ada pihak cuba memetik angka daripada laporan audit untuk menci...
04/11/2025

Fakta Lebih Penting Dari Persepsi

Sejak kebelakangan ini, ada pihak cuba memetik angka daripada laporan audit untuk mencipta gambaran seolah-olah kewangan negeri Pahang lemah dan tidak diurus dengan baik. Seperti biasa, bila gagal menyaingi prestasi kerajaan negeri, mereka kembali bermain dengan persepsi dan sentimen.

Laporan Ketua Audit Negara bukan bahan politik. Ia laporan teknikal yang menilai pengurusan kewangan dan hasil negeri secara menyeluruh. Maka apabila angka dipetik separuh-separuh tanpa konteks sebenar, niatnya bukan untuk memberi pencerahan tapi untuk menimbulkan kekeliruan di fikiran rakyat.

Bagi tahun 2024, hasil negeri Pahang berjumlah RM1.220 bilion, sedikit rendah berbanding RM1.306 bilion pada tahun sebelumnya. Namun hakikatnya, hasil tersebut tetap melepasi sasaran bajet RM1.13 bilion, membuktikan kutipan negeri masih kukuh dan stabil. Penurunan kecil ini bukan kelemahan, tetapi penyesuaian normal selepas tahun luar biasa 2023 yang mencatat hasil one-off seperti premium tanah dan pelaburan khas.

Peningkatan hutang sebanyak 4.75% p**a bukan tanda boros seperti yang cuba digambarkan. Ia adalah pinjaman pembangunan untuk projek-projek rakyat termasuk jalan luar bandar, sistem bekalan air dan pembangunan luar bandar. Pahang berhutang untuk membina, bukan berhutang untuk menutup kegagalan.

Lebih penting, laporan audit yang sama turut mengesahkan bahawa akaun kerajaan negeri Pahang mendapat “Pendapat Tanpa Teguran”, satu pengiktirafan terhadap ketelusan dan disiplin kewangan negeri. Jika benar Pahang gagal seperti yang digembar-gemburkan, pengiktirafan ini tidak akan diberikan.

Sebaliknya, negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS dan Perikatan Nasional yang sering menuduh inilah sebenarnya sedang bergelut dengan hutang yang tinggi, defisit berulang dan hasil yang makin merosot.
Ada negeri yang menerima royalti petroleum ratusan juta, namun masih bergantung pada bantuan pusat untuk menampung perbelanjaan negeri.
Ada p**a yang sibuk berpolitik siang malam, tetapi gagal menyelesaikan isu asas rakyat — air, infrastruktur, dan peluang pekerjaan.

Itulah bezanya antara kerajaan yang bekerja dengan kerajaan yang berpolitik.
Kerajaan Negeri Pahang tidak membina persepsi, tetapi membina kemajuan.
Yang satu berpegang pada fakta, yang satu bergantung pada fitnah.
Yang satu membina masa depan, yang satu mengulang cerita lama.

Selagi mereka sibuk menanam keraguan, Pahang terus menanam hasil.
Selagi mereka bersandiwara di pentas politik, kerajaan negeri terus menulis pencapaian sebenar. Kerana bagi Pahang — kerja itu bukti, dan hasil itu suara.

Dan hari ini, bukti itu jelas: Pahang kekal stabil, terurus dan terus maju. Sementara mereka yang hanya tahu bermain sentimen terus hanyut, ditenggelamkan oleh fakta yang mereka sendiri cuba putar.

Bila Fitnah Jadi Nafas PolitikIsu terbaru ni sekali lagi tunjuk wajah sebenar politik PAS dari atas sampai bawah, budaya...
31/10/2025

Bila Fitnah Jadi Nafas Politik

Isu terbaru ni sekali lagi tunjuk wajah sebenar politik PAS dari atas sampai bawah, budaya mereka sama. Bila tak ada isu, mereka cipta isu. Bila rakyat tenang, mereka bakar emosi. Bila kerajaan buat kerja, mereka p**a sibuk reka cerita.

Lihat saja kejadian baru-baru ni yang dikaitkan dengan sebuah latihan keselamatan rutin berhampiran sebuah masjid terkenal di Terengganu. Belum sempat siasatan dibuat, pemimpin PAS dah mula menuduh, mendakwa kononnya berlaku “serbuan” dan “ancaman” terhadap tokoh mereka sendiri.
Cerita tu disebar luas oleh penyokong mereka, sampai ada yang percaya kerajaan nak “ugut Presiden PAS”.

Bila akhirnya terbukti itu cuma salah faham, pihak berkuasa dah pun jelaskan perkara sebenar, tapi malangnya, tiada satu pun permohonan maaf terbuka daripada mana-mana pimpinan PAS.
Tidak daripada MP Kota Bharu, tidak daripada MP Pendang, dan tidak juga daripada parti itu sendiri.
Mereka diam seribu bahasa, seolah-olah isu tu tak pernah berlaku.

Inilah masalah bila politik dijadikan alat untuk membakar sentimen, bukan mencari kebenaran.
Mereka lantang bila menuduh, tapi penakut bila diminta bertanggungjawab.
Mereka cepat menuding jari, tapi tak pernah tunduk minta maaf.
Padahal yang mereka cemarkan bukan saja nama kerajaan, tapi maruah agensi keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Inilah politik yang dibalut dengan serban tapi diisi dengan fitnah.
Islam ajar bercakap benar, bukan pandai bersyarah kemudian berdalih.
Tapi itulah PAS hari ini , bila kena, “salah faham”; bila tersilap, “dah selesai”; bila fitnah, diam.

Rakyat dah makin bijak menilai.
Yang berjuang untuk rakyat tak perlu menipu, tapi yang hilang arah politiknya memang terpaksa hidup dengan fitnah.

Dari Hogoh ke Rebah: PAS Berkuasa, Bersatu Hilang ArahPerikatan Nasional Pahang sekarang bukan gabungan tapi gelanggang ...
29/10/2025

Dari Hogoh ke Rebah: PAS Berkuasa, Bersatu Hilang Arah

Perikatan Nasional Pahang sekarang bukan gabungan tapi gelanggang tikam-menikam. Belum pun reda suara “hogoh rakyat” di Jelai, pengerusi negeri sendiri dah tumbang. Saifuddin Abdullah gugur bukan sebab kalah pilihan raya, tapi sebab buka mulut tegur Muhyiddin. Dalam Bersatu, siapa bercakap benar, dialah musuh parti.

Ironinya, pengganti Saifuddin bukan orang Bersatu pun. Tapi orang PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man. Nampak lembut, tapi langkah ni licik. PAS perlahan-lahan ambil alih jentera PN Pahang tanpa perlu rampas apa-apa. Bersatu p**a terus lena, masih syok sendiri konon parti utama gabungan, padahal stereng dah lama berpindah tangan.

Bersatu hari ni bukan berpecah dua tapi berderai banyak arah. Ada yang masih sujud pada Tan Sri, ada yang dah tawar hati, ada yang tunggu peluang nak lompat. Parti yang dulu konon jadi alternatif kepada UMNO, kini jadi bahan lawak politik. Tiada hala tuju, tiada karisma, tiada kekuatan. Yang tinggal cuma nama dan nostalgia.

Sementara PAS p**a makin rakus. Bila dah dapat peluang, diaorang takkan lepas. Pengerusi negeri, jentera, pengaruh akar umbi , semua diserap perlahan-lahan. Hari ni PAS teraju PN Pahang, esok mungkin PN cuma tinggal lambang kosong yang menumpang. Inilah hasil gabungan yang dibina atas kepentingan, bukan kejujuran.

Bila diaorang berangan nak “teraju Pahang”, rakyat kena buka mata seluas-luasnya.
Parti sendiri pun tunggang-langgang, pucuk pimpinan bercakaran, akar umbi bercelaru tapi masih berangan nak urus negeri yang aman dan stabil. Cakap pasal mentadbir, tapi rumah sendiri pun bocor sana sini.
Kalau kapal pun dah karam, jangan sembang nak jadi nakhoda negeri.

Himpunan yang mereka panggil perjuangan tu sebenarnya cuma pentas untuk meluah benci dan sebar fitnah. Tiap kali buka mu...
24/10/2025

Himpunan yang mereka panggil perjuangan tu sebenarnya cuma pentas untuk meluah benci dan sebar fitnah. Tiap kali buka mulut, bukan dasar yang keluar tapi maki hamun, tuduhan dan spin. Kalau betul nak perjuang Islam, sepatutnya tunjuk akhlak, bukan jerit sampai urat leher timbul. Tapi itulah bila agama dijadikan alat politik, yang tinggal cuma bunyi dan topeng suci.

Rakyat Pahang dah muak dengan gaya politik macam tu. Kita bukan bangsa yang hidup dengan kebencian. Kita nak pemimpin yang kerja, bukan yang cakap besar. Sebab tu walau berapa kali pun mereka “hogoh” atas pentas, rakyat tetap tahu yang paling kuat bising tu lah yang paling kurang hasilnya.

Hehe..

Address

PERUMAHAN GONG BADAK 7, JALAN TENGKU AMPUAN INTAN ZAHARAH, 21300 K. TERENGGANU, TERENGGANU
Kuala
21300

Telephone

+60129563262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when EncikPang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to EncikPang:

Share