08/12/2025
๐จ๐ฃ๐๐๐ง๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก๐: ๐๐๐ ๐๐น๐ฎ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฎ๐บ๐๐๐น ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ ๐๐๐ป๐๐ต
Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa kematian pelatih PALAPES UTM, Syamsul Haris Shamsudin, diklasifikasikan sebagai KES BUNUH di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, selepas menerima taklimat penuh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dengan keputusan ini, naratif awal kerajaan bahawa โtiada penderaanโ terbatal dengan sendirinya.
Kematian ini bukan insiden latihan atau masalah kesihatan. Ia kes jenayah.
๐๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ถ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฑ๐๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป
Bedah siasat kedua pada 30 Ogos mendedahkan:
โข kecederaan pada leher,
โข kesan melecet,
โข tanda-tanda kecederaan lain,
yang bercanggah sepenuhnya dengan laporan awal kerajaan dan laporan post-mortem pertama.
Fakta perubatan ini kini menjadi asas kepada klasifikasi kes bunuh.
๐ฅ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ ๐๐๐ฎ๐
Jika dirujuk kronologi penuh (https://bit.ly/kronologiSyamsulHaris), tindakan sejak hari pertama bergerak dalam satu arah:
โข keluarga disekat daripada melihat tubuh,
โข bedah siasat pertama dibuat oleh doktor bukan pakar,
โข laporan polis ditolak,
โข kecederaan tidak didokumenkan,
โข pengurusan jenazah dikawal ketat.
Ini bukan tindakan terpencil.
Ia rangkaian tindakan berantai melibatkan kem tentera, hospital dan polis yang akhirnya disahkan oleh empat kementerian.
Dan inilah kegagalan paling besar:
๐๐ข๐ฅ๐๐ฉ ๐ข๐๐ฃ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐๐ฟ๐๐, ๐๐ฟ๐, ๐๐๐, ๐๐๐ ๐ข๐๐ฃ๐๐๐จ๐๐๐ ๐๐ฃ ๐ก๐๐ฅ๐ค๐ง๐๐ฃ ๐๐ฌ๐๐ก โ๐ฉ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐ง๐๐๐ฃโ, ๐จ๐๐๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ๐ ๐ผ๐๐พ ๐ข๐๐ฃ๐๐ ๐ก๐๐จ๐๐๐๐ ๐๐จ๐๐ ๐๐ฃ ๐ ๐๐ข๐๐ฉ๐๐๐ฃ ๐๐ฃ๐ ๐จ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐จ ๐๐ช๐ฃ๐ช๐.
Negara gagal pada semua peringkat sekaligus.
๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ป๐๐๐ต๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐๐๐ฒ๐บ ๐๐๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ฑ๐ถ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฏ๐
Cikgu Ummu, ibu tunggal yang baru kehilangan suami, terpaksa berdiri sendirian melawan sebuah konspirasi dari kem tentera, hospital, polis hingga empat kementerian, semata-mata untuk menegakkan kebenaran buat arwah anaknya.
Jika bukan kerana ketegasan beliau, kebenaran ini tidak akan muncul.
๐๐บ๐ฝ๐น๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐๐น๐ฎ๐๐ถ๐ณ๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ถ โ๐๐ฒ๐ ๐๐๐ป๐๐ตโ
Keputusan AGC membawa makna berikut:
โข laporan awal kerajaan tidak sah,
โข naratif rasmi tidak berasas,
โข siasatan awal tidak mencukupi,
โข dan kematian ini berpunca daripada perbuatan jenayah.
Ini bukan isu teknikal.
Ini keruntuhan integriti institusi.
๐ง๐๐ป๐๐๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ถ๐ป๐ถ๐บ๐๐บ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ถ๐น๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป
1. Batalkan laporan siasatan awal empat kementerian.
2. Tubuhkan siasatan bebas (independent inquiry).
3. Lindungi semua saksi termasuk pelatih dan pegawai.
4. Panggil semula semua anggota bertugas semasa latihan.
5. Jelaskan secara terbuka mengapa keluarga dinafikan akses terhadap jenazah dari hari pertama.
๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ป๐ถ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ
Dengan bedah siasat kedua membuktikan kecederaan, dan AGC mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh, kita tidak lagi berada pada fasa menunggu.
๐๐ถ๐ป๐ถ ๐ณ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ด๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป. Dan pertanggungjawaban bermula di peringkat paling atas iaitu pada empat kementerian yang mengabsahkan laporan palsu itu.
Semoga keadilan ditegakkan sepenuhnya untuk Syamsul Haris dan keluarganya.