Bersatu TV

Bersatu TV Official page for BERSATU TV

11/07/2026
KISAH SEBENAR Krisis Politik Negeri Sembilan
24/05/2026

KISAH SEBENAR Krisis Politik Negeri Sembilan

24 Mei 2026Kenyataan Media Biro Politik BERSATU
24/05/2026

24 Mei 2026
Kenyataan Media Biro Politik BERSATU

Dalam sesebuah kerajaan, tidak boleh ada banyak bahasa dalam urusan rasmi. Bahasa rasmi dalam urusan kerajaan wajib baha...
20/05/2026

Dalam sesebuah kerajaan, tidak boleh ada banyak bahasa dalam urusan rasmi. Bahasa rasmi dalam urusan kerajaan wajib bahasa melayu. Jika hidup berpuluh tahun di Malaysia, warganegara pulak tu, tapi tak pandai berbahasa melayu, tidak layak menjadi warganegara Malaysia
Bahasa lain boleh digunakan, tapi dalam urusan rasmi wajib bahasa melayu. Siapa yang undi lagi puak puak ni, meme tidak cerdik.

Serang pun tak jadi apanya. Tetap setia bersama Kerajaan Perpaduan. Iklan jah lebih.
20/05/2026

Serang pun tak jadi apanya. Tetap setia bersama Kerajaan Perpaduan. Iklan jah lebih.

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π——π—¨π—‘π—šπ—¨π—‘ π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—šπ—”π—₯ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—”π—”π—‘ 𝗣𝗔π—₯π—§π—œ12 Februari 20261. Saya adalah diarah merujuk kepada ke...
12/02/2026

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”

π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗧𝗨 π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π——π—¨π—‘π—šπ—¨π—‘ π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—šπ—”π—₯ π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—˜π— π—•π—”π—šπ—”π—”π—‘ 𝗣𝗔π—₯π—§π—œ

12 Februari 2026

1. Saya adalah diarah merujuk kepada kenyataan Setiausaha BERSATU Bahagian Dungun, Ahmad Tarmizi Ghazali, yang disiarkan oleh Malaysia Gazette bertajuk β€œ Tarmizi dakwa Razali hipokrit nyatakan kesetiaan kepada Muhyiddin”.

2. Meneliti kenyataan yang disiarkan adalah jelas beliau tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan pengurusan parti dan kenyataan berkaitan telah disediakan oleh β€œTangan Ghaib” yang berusaha untuk terus membakar polimik dalam BERSATU.

3. Melabelkan Ketua BPN Terengganu seorang β€œhipokrit” dalam menyokong Presiden parti bukti kedangkalan beliau dalam menganalisa Gerak Kerja serta peranan yang telah dimainkan oleh Datuk Razali dalam memperkukuhkan parti selepas selesainya pemilihan parti yang lalu.

4. Datuk Razali telah diberi kepercayaan oleh Tan Sri Muhyiddin untuk terus mengetuai BPN Terengganu dan telah membuktikan kemampuan untuk memimpin BERSATU Terengganu dengan penuh keharmonian termasuk hubungan kerjasama dengan kepimpinan PAS Terengganu.

5. Untuk rekod, Terengganu mempunyai 8 Bahagian BERSATU. Kesemua Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Sayap BERSATU Negeri telah dilantik menganggotai AJK Badan Pimpinan Negeri Terengganu sebagai saluran penyelarasan Gerak Kerja parti.

6. Sehingga kini, Ketua Bahagian BERSATU Dungun TIDAK PERNAH menghadiri mesyuarat BPN Terengganu dan GAGAL mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia. Begitu juga dengan Setiausaha Bahagian Dungun untuk hadir sesi perbincangan Setiausaha-Setiausaha Bahagian.

7. BPN amat yakin bahawa kenyataan tidak berasas ini adalah bersifat β€œLempar Batu Sembunyi Tangan” berkait dengan Ketua Bahagian Dungun antara individu yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin kerana pelanggaran Perlembagaan Parti.

Sekian.

Hj Badrolhisham Mohd Shafie
Setiausaha Negeri Terengganu
Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU)

KUALA TERENGGANU: BERSATU Terengganu tetap teguh bersama Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun terdapat des...
11/02/2026

KUALA TERENGGANU: BERSATU Terengganu tetap teguh bersama Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun terdapat desakan agar bekas Perdana Menteri itu berundur.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Razali Idris, berkata ketua parti di tujuh bahagian dan pemimpin sayap parti di negeri ini bertekad menyokong Muhyiddin sebagai presiden sehingga tamat tempoh seperti keputusan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang diadakan pada September tahun lalu.

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dipilih sebulat suara oleh perwakilan untuk menerajui BERSATU sehingga tamat tempoh pada 2027.

"Kita berpendapat, Muhyiddin perlu dikekalkan untuk terus menerajui parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kita menyeru seluruh kepimpinan parti supaya akur dengan keputusan pemilihan yang diputuskan secara sebulat suara oleh perwakilan ketika PAT yang diadakan pada September tahun lalu," katanya.

Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, berkata seluruh pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri perlu akur dengan keputusan dan tidak menggugat kedudukan Muhyiddin sebagai presiden parti.

"BERSATU Terengganu tetap berdiri teguh dan akan bersama serta memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai presiden parti sehingga tamat tempoh pada tahun 2027," katanya.

Sumber: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pas mengesahkan hasrat mengambil alih jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU tanpa sya...
06/02/2026

KUALA LUMPUR: Pas mengesahkan hasrat mengambil alih jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada BERSATU tanpa syarat dengan persetujuan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung krisis kekosongan dan pertikaian jawatan tertinggi gabungan parti pembangkang berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Address

Kuala
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share