Bersatu TV

Bersatu TV Official page for BERSATU TV

21/08/2025

Terima kasih MB & Kerajaan Terengganu.
Dari rakyat Terengganu

Penambahan 1000 orang guru.
21/08/2025

Penambahan 1000 orang guru.

Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) berhasrat menambah seramai 1,000 orang guru baharu apabila cadangan mewujudkan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di lapan daerah serta Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) direalisasikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat, berkata setakat ini hanya 530 guru berjaya ditempatkan di sekolah milik kerajaan negeri.

“Hari ini jumlah yang ada hanya satu pertiga daripada bilangan sebenar kerana apabila hasrat ini terlaksana, seramai 1,500 guru keseluruhan diperlukan bagi menggerakkan SMIDI dan SRIDI di seluruh negeri,” katanya.

Sumber : TRDI

21/08/2025

LANGSUNG: Sidang Media oleh Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional | 21 Ogos 2025

Selamat datang ke bumi Darul Iman. Budaya menarik, Ishaa Allah orangnya pun baik baik.
21/08/2025

Selamat datang ke bumi Darul Iman. Budaya menarik, Ishaa Allah orangnya pun baik baik.

21/08/2025

Akhirnya terjawab projek kat Tabung Haji diluluskan secara direct nego.
Lagi madani sembang.

21/08/2025
21/08/2025

Ahli Parlimen PN terus berjuang untuk menuntut keadikan untuk adik Zara.

20/08/2025

Kuasa Allah yang maha mencipta.
Air terjun jatuh ke dalam laut pertama dalam Malaysia berada di Kijal.

KUALA LUMPUR – Sebagai pemimpin ARMADA yang mewakili anak-anak muda, YB Hilman Idham berhak untuk mengkritik Akta Hasuta...
19/08/2025

KUALA LUMPUR – Sebagai pemimpin ARMADA yang mewakili anak-anak muda, YB Hilman Idham berhak untuk mengkritik Akta Hasutan.

YB Hilman juga mempunyai hak untuk membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin ARMADA di bawah Akta Hasutan.

Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.

Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.

KUALA TERENGGANU, 18 Ogos – Lelaki Muslim di Terengganu yang culas menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah berdep...
19/08/2025

KUALA TERENGGANU, 18 Ogos – Lelaki Muslim di Terengganu yang culas menunaikan solat Jumaat tanpa alasan munasabah berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata tindakan itu selaras dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) 2016, yang berkuat kuasa selepas digubal beberapa tahun lalu.

Menurutnya, sebelum pindaan dibuat, hanya mereka yang tidak hadir solat Jumaat tiga kali berturut-turut akan dikenakan tindakan.

“Namun kini, kegagalan hadir walaupun sekali sahaja tanpa alasan munasabah sudah boleh diambil tindakan.

“Peringatan ini penting kerana solat Jumaat bukan sekadar syiar, tetapi lambang kekuatan umat. Hukuman hanya akan dilaksanakan sebagai jalan terakhir sekiranya individu tetap culas selepas diberi peringatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi memastikan kewajipan itu tidak diabaikan, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan memasang kain rentang peringatan di perkarangan masjid setiap daerah.

Usaha itu jelas beliau bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Dalam masa sama katanya, tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan hasil laporan orang awam, rondaan mahupun operasi bersepadu JHEAT bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dr. Muhammad Khalil turut menyeru masyarakat melihat pelaksanaan undang-undang ini sebagai langkah mendidik dan menjaga martabat Islam, khususnya bagi membentuk kefahaman generasi muda.

Beliau menjelaskan, seksyen berkaitan sebenarnya telah wujud sejak Enakmen Jenayah Syariah 2001, sebelum diperkemaskan melalui pindaan pada tahun 2016.

Sumber: TRDI





Alhamdulillah,setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang menerima watikah pelantikan JPKK DUN Hulu Besut bagi s...
21/05/2025

Alhamdulillah,setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang menerima watikah pelantikan JPKK DUN Hulu Besut bagi sesi 2025/2027 pada hari ini. Watikah ini bukan sekadar satu surat pelantikan, tetapi satu amanah dan tanggungjawab besar yang diberikan oleh kerajaan dan rakyat untuk membangunkan kampung serta memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan masing-masing.

Peranan JPKK amat penting dalam menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat. Saudara-saudari adalah mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi. Maka, keprihatinan, integriti dan semangat kerja berpasukan amatlah dituntut agar segala dasar dan inisiatif kerajaan dapat disampaikan dan dilaksanakan dengan berkesan.

Saya percaya, dengan barisan kepimpinan yang dilantik ini, kita akan dapat melihat pembangunan yang lebih seimbang, penyampaian bantuan yang lebih telus, serta penyertaan komuniti yang lebih aktif dalam memajukan kampung dan daerah kita.

Akhir kata, saya berharap semua yang dilantik akan menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita bersama dalam memajukan Hulu Besut dan negeri kita tercinta.

Restoran di Taman Panorama, Bukit Pak Apil yang bermasalah sejak tahun 2017 bakal dibangunkan semula dan dijangka mula b...
21/05/2025

Restoran di Taman Panorama, Bukit Pak Apil yang bermasalah sejak tahun 2017 bakal dibangunkan semula dan dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Taman Panorama disifatkan sebagai lokasi strategik yang bukan sahaja menawarkan tempat makan, tetapi juga pemandangan indah bandar Kuala Terengganu.

Dengan pembangunan semula ini, kawasan tersebut dijangka kembali meriah dan menjadi tumpuan pengunjung seperti dahulu.

Address

Kuala
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share